Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Saturday 6 August 2011

Sabar dan Tabah kan hati KFCM dan Elia

Assalamualaikum....

Hai semua. Selamat berpuasa. Amacam masih bertahan lagi kah puasa anda atau sudah tewas? Harap2 masih bertahan dan tidak tewas. Kuatkan iman kerana puasa adalah wajib so by hook or by crook we have to fasting and niat kerana Allah. Bagi yang tewas bersebab jangan lupa ganti ye.

Actually N3 kali ni bukan nak bercerita pasal puasa tapi CikTeh tertarik nak bercerita pasal hot topic sekarang(hot ke dah basi dah?). Tak lain tak bukan cerita pasal keeper Malaysia yang sedang dilanda kontroversi. Rata2 blog sibuk duk menulis N3 pasal KFCM dan Elia.

Actually CikTeh bukan minat sangat pun kat depa nih. Depa dok heboh satu malaya pun CikTeh tak tau. Tau2 pun bila baca kat blog cikepal (mesti korang kenal kan cikepal....salah sorang blogger yang femes emos tu). Awalnya tak nak amik pot sangat tapi bila dah baca rasa macam nak tahu lebih lanjut lagi(padahal memang suka bz body kan ^_^). So CikTeh mintak ehsan pakcik google cari ler blog si Elia ni jejariruncing dan baca apa yang telah berlaku.

Agak sedih bila baca kenyataan kat akhbar metro yelah baru je tunang tup2 dah nak putus. Kat cini CikTeh tak nak cakap sapa salah sapa betul cuma CikTeh harap depa boleh setelkan dengan cara baik. Bak kata mak Elia pun time minang dulu mintak cara elok so nak putus biar lah cara elok. Baca blog si Elia ni kadang2 rasa muak jugak sebab most of N3 blog dia pasal si Apek ni but dalam masa yang sama CikTeh suka sebab rasa they are sweet couple and so romantic. Tapi jodoh pertemuan di tangan tuhan so terima je lah yang dia bukan jodoh kita even amat susah nak lupakan(wah cakap macam berpengalaman je ^_^).

Banyak komen yang CikTeh baca ada yang tak puas hati ngan KFCM dan ada juga yang tak puas hati ngan Elia. Cuma apa yang CikTeh boleh bagitahu yang biar lah depa setelkan masalah depa tu kita as orang luar yang tak de kena mengena dengan depa doakan lah agar mereka dapat setelkan masalah dengan baik. Bulan baik ni tak elok lah jadi benda macam ni seeloknya bulan baik ni kita eratkan hubungan sesama kita bukannya memutuskan hubungan sesama kita. Itu di tegah oleh Islam. Sape curang sapa setia hanya depa dan Allah saja yang tahu dan if benda ni benar2 terjadi jangan ler kita pula yang terlebih terover kutok segala kan just doakanlah agar depa berubah dan take it as pengajaran agar ianya tak berlaku lagi and  tak terjadi kat kita nanti. Jangan pula kita keruhkan keadaan yang dah keruh ni. (wah macam boleh jadi calon ustazah pilihan x?hihihihhhiii).

Ermm.......e2 hanya pendapat CikTeh saja if korang tak setuju e2 hak korang. Masing2 ada pendapat masing2. Cuma CikTeh harap kita jangan terlalu beremosi dan cepat melatah dengan segala permasalahan orang lain.

Sekian
-CikTeh-

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam:

"Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu."

KakiNota:Terasa macam kosong dan kosong :-( 



No comments:

Post a Comment

Total Pageviews