Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Sunday 22 January 2012

Tutorial

Assalamualaikum...


Hai semua...... tadi bosan yang amat sangat so CikTeh godek2 lah blog CikTeh nih and "tertemu" satu blog tutorial untuk blog. Actually nak cari tutorial pasal photoshop tapi dah jumpa blog toturial blog so cancel pasal tutorial photoshop. So ade beberapa perubahan yang Cikteh dah buat kat blog CikTeh nih jika korang perasaan atas bantuan blog tutorial tuh. So CikTeh tak nak kedekut ilmu so CikTeh share sekali dengan korang blog tutorial tuh if nak cuba. So korang boleh klik Di Sini


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Adakah hari itu makin hampir???

Nur Amani Batrisyia - Setahun

Assalamualaikum...

9 January 2012 genap anak buah CikTeh setahun. So sempena besday Amani tuh her mama buat lah makan2 sikit. Jemput orang pun mana yang ade je lagipun Amani baru setahun tunggu Amani besar sikit lagi baru buat besar sikit. Malam tuh just ade family ayah Mie, family CikTeh, Mak dan family kak liza rakan kerja my mum. My mum ade jemput kawan2 dia yang lain tapi semua tak dapat datang sebab my mum jemput last minute and majlis nih pun my sis plan nak buat last minute juga. As usual, my mum as a chef for that nite. Tak buat ape pun my mum just goreng bihun, nasi goreng kampung, kuih sikit, makanan untuk budak2 sikit and tidak ketinggalan air kesukaan Amani air rebina. Nak cerita sikit perangai besday gurl yang semakin hari semakin menjadi2 nih. Amani dah pandai merajuk bila apa yang dia nak tak dapat. Bukan itu saja, dia dah pandai panjat pintu gril dapur dan suka "menganjing". Makin dilarang makin dibuatnye dengan senyum dan ketawa sampaikan nak marah pun tak jadi. Dah pandai nak ikut mama or tokma dia nak p kerja and siaplah lau ada yang pakai cantik2 dan bertudung confirm dia akan ingat nak p jenjalan dan nak ikut. Cakap je nak naik motor or kereta dia dah start bangun meluru ke pintu depan. Dan dia juga alert apabila bunyi pintu depan dibuka dan meluru ke pintu kerana nak keluar dan dah pandai buka sliding door sendiri if tak lock. Cakap pun dah banyak sekarang and kami hanya tertawa dengar percakapan dia yang entah apa2 duk merapu. Dan dia juga suka makan kentang lenyek dan apabila nak tido dia akan main2 kan jari jejari die hingga tertido. Itu lah tabiat dia if nak tido. Tak macam Irma or kakak bila nak tido mesti nak gentel telinga orang. Tabiat nih ikut tabiat CikTeh dia ^_^ cuma CikTeh dia la ni dah tak de dah tabiat gentel telinga orang dah...hehehehehe. Dan perangai Amani banyak gak lah ikut perangai Tok Ma dia yang mana suka makan kat kedai dan suka berjalan. Itu lah serba sedikit tentang Amani yang kentot tuh . So kat bawah nih ade CikTeh letak beberapa keping gambar masa besday Amani tuh so enjoy the pica ^_^

Coklat Kek in pink for Amani
Menu Besday Amani by Tok Ma
Besday Gurl with Her Mama
Besday Gurl with Her cousins
Amani with Iman Nur Qasih
Amani with Her Lovely Family......cam gaya Uncle KSW je Amani nih...apa pun tak bole ^_^
Ok dah cukup lah beberapa kerat gambar tuh CikTeh letak nak letak banyak2 kan lambat pulak viewer nak buka blog CikTeh nih (perasan sokmo ade orang nak baca blog die) lagipun sesiapa yang add CikTeh kat FB leh je p tengok kat page CikTeh kat FB tuh. So that's all for to night see you again.....daaaaaaa

Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota: "Saya tunggu kebahagiaan dengan awak"
^_^

Friday 20 January 2012

Macam Tu Rupe Nye ^_^

Assalamualaikum...

Tak de pe yang nak di celoteh cuma just nak bagitahu apa yang CikTeh tak tahu dan mencari jawapan untuk apa yang bermian di benak fikiran apabila nak upload gambar dalam fb or blog. Tau apa yang CikTeh pikir and apa masalahnya????

Sebelum nih CikTeh ade masalah nak upload gambar kat fb dan blog. Masalahnye bukan rumit or besar mana pun kecik je. Masalahnye apabila CikTeh upload gambar kat fb or blog, sesetengah gambar yang di upload senget walaupun bila tengok kat laptop dah ok. Banyak kali CikTeh try rotate gambar2 tu tapi hasilnya tetap sama. Sebab tu dalam blog CikTeh banyak gambar yang tergendala untuk di upload. Kadang2 ade N3 yang CikTeh janji nak upload gambar tapi sampai ke sudah tak upload tu sebab masalah ni lah. Tapi alhamdulillah Cikteh dah ketemu jawapannya sama ada betul atau idak tapi itu lah jalan penyelesaiannya.

So penyelesaiannya adalah, apabila CikTeh amik gambar guna D3100 tuh then masukkan dalam laptop CikTeh jangan rotate gambar2 terlebih dahulu. If nak edit dari segi color or brightness or whatelse just edit without rotate the pictures. Then upload kat fb or blog. After upload gambar mana yang nak di upload baru lah kita rotate kat laptop. Itu lah yang CikTeh dapat cari penyelesaian untuk persoalan yang CikTeh tertanya2 selama ini. So bagi mereka yang menghadapi masalah yang sama macam CikTeh boleh lah try cara ini or anda mungkin ada cara lain yang lebih efektif just share with me and others because "sharing is interesting". So sampai di sini dulu celoteh merapu CikTeh see u next N3.....adios


Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota: Al-fatihah buat Allahyarham Izwan Pilus yang kembali ke rahmatullah jam 6.15 petang tadi......amin

Sunday 1 January 2012

Coretan akhir 2011

Assalamualaikum...


Hai semua dah lama rasanya dah tak ngadap laptop untuk blogging. Rasa macam malas nak menaip sedangkan cerita sungguh banyak nak share ngan korang semua. Lau buka internet pun just layan fb sat and baca blog orang. Buka blog sendiri tengok 2,3 minit then off. So dah alang2 dah taip nih meh cini semua layan celoteh CikTeh yang entah apa2 nih ye. Esok dah masuk tahun baru. So penuh wall fb dok letak status pasal celebrate new year lah azam baru lah segala. Sebut pasal azam baru, bagi CikTeh alhamdulillah azam tahun 2011 dah tercapai walaupun tak spenuhnya dan insyallah yang tak tercapai akan dibawa ke tahun depannya as usual. Azam apa yang dah tercapai dan tak tercapai lagi tuh biar lah rahsia ^_^.

Ok kita tinggal bab new year and azam baru nih sebab perubahan dan azam tahun baru memang ade je tiap2 tahun. So untuk perenggan nih nak cite sikit kenduri cukur jambul sepupu CikTeh semalam. Untuk kenduri semalam, 2 ekor kambing di sembelih dan 20 ekor ayam beserta lauk pauk kampung yang lain. Dan alhamdulillah semua licin terutamanya gulai kambing licin di awal hari selepas di serbu puak2 jemaah masjid selepas solat jumaat. Kami agak terkejut juga sebab kehadiran tetamu melebihi dari jemputan yang kami jemput tapi kami tetap layan mereka sebaik mungkin kerana e2 adalah rezeki mereka. Untuk majlis tuh CikTeh tak sempat nak capture gambar sebab macam yang CikTeh bagitahu tadi jemputan dari orang masjid terlalu ramai dan kesemuanya lelaki (of coz lelaki kan dah namanya sembahyang jumaat) so tak kan tiba2 CikTeh nak menyelit amik gambar tengah depa duk berselawat bagai kan. Dah la hari tuh just pakai seluar track ngan t-shirt je. Tak sempat sey nak balik tukar pakai baju kurung walaupun rumah dekat. Lagipun masa kenduri semalam CikTeh banyak habiskan masa duk dapur je tolong apa yang patut. Time kenduri semalam pun sehari sebelum majlis just 2,3 orang je yang datang tolong buat persiapan selebihnye datang pagi esoknye. Nasib baik semuanya dapat diberesing sebelum jemputan datang. Banyak gak lah lauk untuk kenduri semalam macam ulam-ulaman beserta budu dan sambal belacan, gulai kambing semestinya sebab menu utama, ayam goreng berempah (semua duk mintak resepi sebab sedap yang amat), keresek (tak tau lah korang panggil ape may b kerabu kot sebab ala2 kerabu lah tapi yang nih siap dengan rempah segala lah. Bahan utama ye jantung pisang muda), solok lada, agar2 (pencuci mulut), ikan kering, air sirap dan acar timun.  Alhamdulillah majlis dengan lancar walaupun ade sedikit ketidakpuasan dalam majlis tersebut tapi telah dianggap sebagai asam garam dalam mengadakan kenduri ^_^.

Dan yang terakhir sekali, beberapa hari sebelum majlis akikah itu berlangsung CikTeh sekeluarga telah berangkat ke KL untuk setelkan barang2 dan rumah sewa CikTeh sambil bercuti2 dengan family. Kami pergi sebuah kereta dari terengganu dan dari KL dalam 2 buah lagi yang menunggu kami untuk dibawa berjalan2 di sana. 2 malam kami bermalam di rumah Cdo kami di Setiawangsa dan sempat lah kami membuang matawang kami melawat kedai2 yang ada di Jusco, kedai 2 hengget, pasar malam, dan setelkan rumah sewa. Sebelum ke Serdang kami berjanji berkumpul di depan deretan kedai berhampiran dengan stesen Jelatek untuk sesi jalan2 kami seterusnya. Awalnya kami dibawa ke Tasik Perdana oleh my aunt and uncle. Setengah jam kat sana then move to Taman Burung tapi tak jadi masuk sebab mahal sangat lagipun just tengok burung je. So kami decide pergi zoo je lagi berbaloi sebab dengan RM25 hengget kami bukan saja dapat tengok burung tapi pelbagai jenis haiwan lain. So jalan2 sat sekitar luar taman burung dan sewaktu dengan nya then terus ke zoo. 2 jam kami habiskan masa kat zoo tengok pelbagai gelagat haiwan dan satu zoo kami lawat dengan jalan kaki ramai2. Awalnya nak naik tram tapi pikir balik tak best naik tram sebab tak mencabar. Jalan kaki lagi best boleh lari2 ^_^. Dan alhamdulillah my aunt yang tengah sarat mengandung 7 bulan ok je jalan kaki selama 2 jam tuh. Habis di zoo kami terus ke kampung baru untuk makan segala. Lepas makan dan semuanya kami terus balik ke Bangi. Esok nye dalam kol 11 kami ke ke shopping mall lagi sebab my sis nak beli barang untuk Amani so my aunt bawa p kat Anakku dan Manjaku. Dalam sejam lebih kat situ then gerak ke Klang rumah my aunt yang sorang lagi. Sebelum sampai rumah dia singgah econsave beli barang dapur sikit. Sampai rumah my aunt then masak, makan segalan pas asar gerak ke Plaza Alam Sentral. My aunt and uncle nak bawa my mum ke satu kedai yang jual barang perhiasan rumah. Asalnya my mum nak cari bakul buah je tapi biasa lah orang perempuan kan apatah lagi ada anak dia lagi 2 orang nih yang cuba untuk menghabiskan matawang mak diaorang dari nak cari bakul je terus borong barang2 lain sekali. Murah2 lak tuh that's why my mum borong banyak hari tuh then masalahnye bawa kete kecik nak muat semua tu fuhhhhh......silap ari bulan ranap kete tuh. Tujuan asal nak bawa balik barang2 CikTeh bertukar lak sebab keta penuh dengan barang2 yang my mum borong. So barang CikTeh mintak my BIL tolong bawa balik CNY nanti e2pun kena pick up kat Cherating. Habis borong kat kedai Romantik tuh (nama kedai tuh lau tak silap romantik kedudukan kedai tuh hujung sekali tingkat atas sekali berhampiran dengan pintu masuk Sri Pentas) kami terus ke kedai makan untuk dinner tapi hampeh nye kedai makan sebab makanan dia tak sedap just makanan my aunt ngan CikTeh je ok yang lain KO. Esoknye sebelum berangkat balik ke Terengganu kami singgah sekejap kat Manjaku sekali lagi sebab my sis tak puas hati and nak beli lagi barang2 untyk anak dia. Singgah sat je then kami teruskan perjalanan bersama my aunt sekeluarga dan my BIL follow kitaorang sampai ke Genting Sempah. Sampai sana kami lunch sesama dengan bekal yang my aunt sediakan dan tak lupa bila berenti situ kami akan beli buah berangan. memang sedap buah berangan kat situ. Kemudian kami bersurai balik ke destinasi masing2....kami ke Terengganu, my aunt and uncle ke nilai shopping and my BIL balik sungai buloh......e2 lah last cuti2 kami untuk tahun 2011. Gambar masa bercuti akan di uploadkan kat Page Galeri kat atas tu ye tapi bukan sekarang sedikit masa nanti sebab sekarang musim ujan so line agak lembab sikit.


Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota: psssstttttt....rumah CikTeh dah naik air......


Air melimpah bahagian luar dapur

Tenggelam dah satu tangga

Dalam bilik air

***alhamdulillah air dah surut***

Total Pageviews