Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Saturday 31 August 2013

:: Merdeka Day ::

Assalamualaikum....

Hai uolls....

Tak pergi Dataran Merdeka ke tengok sambutan Merdeka? Ke tengok kat Tv je? Pe pun caranya semoga kalian happy sambut merdeka. Macam CikTeh sambut kat office je. Public Day pun keje ko. Actually hari ni kena datang office sebab kena siapkan mock up paper untuk shoot hari Isnin ni. Last minute nye keje. Asalnya orang lain yang kena buat and dah siap tapi bila check FD tak luluskan. Bukan setakat FD je tak luluskan lau tengok pun memang tak kan lulus untuk shoot. Nak tunjuk kat Tan Sri lak tu. Memang cikai nye kerja lah depa ni. Semua nak lepas tangan. Last-last CikTeh gak yang kena settle kan. Bukan 1 mock up paper tapi 3 tau. Buat lak sensorang. Semalam almost pukul 12 sampai rumah. Nasib baik de housemate tolong teman. Hari ni pun nasib baik dia sudi tolong. Sepatutnya propman yang kena settle kan masalah ni tapi nak buat macam mana masing-masing lepas tangan. Lau ikutkan hati malas gak nak buat tapi fikir balik tak sanggup nak tangguh lagi shoot. Sepatutnya last shoot habis khamis lepas tapi sebab mock up paper ni lah terpaksa tangguh ke isnin. Pas shoot yang ni sambung lagi shoot untuk dokumentari. Shoot ni tak tau sapa yang terlibat either my zura or me. CikTeh tak kisah lau di beri kesempatan untuk join lagi tapi lau boleh biarlah bekerja in one team. Sama-sama beri kerjasama. 

Alhamdulillah setelah 2 hari buat mock up paper ni akhirnya siap juga tapi FD tak tengok lagi. Harap-harap tak de masalah. Nak tak nak kena approve gak lah kot sebab tak de masa dah. Tapi rasanya approve sebab dah sehabis baik dah tu buat. Lau de nak kena baiki lagi itu may be propman and crew lah pula yang usaha.

Muka tension sebab kena kerja on public day :-(


Ni lah mock paper lama zaman 1939 and 1969: macam paper real tak?
*** sorry gambar terbalik...tak tau macam mana nak rotate
Dan yang kat bawah ni lak breakfast + lunch + dinner saya untuk hari ni sepanjang buat mock up paper ni


Sunkist  + potato bread je

La ni tengah tunggu dak Zura balik office bawa tapau makanan kenduri rumah kak erni. Rumah kak erni de buat tahlil untuk arwah anak dia. Niat hati nak join sekali sebab tahlil 40 hari sebelum ni tak dapat pi tapi hari ni pun still tak dapat pi sebab keje ni lah. Pe pun alhamdulillah majlis berjalan lancar. Perut berkeroncong lagu ana dah ni. Roti ngan sunkist tu ada lagi tapi macam tak de selera dah nak telan. 

Ok balik pasal merdeka ni actually CikTeh just nak wish Happy Independent Day to uolls. Itu je. Malas nak cakap merdeka ni sebab masing-masing dah tahu sejarah and saya memang tak minat sejarah. Tapi my tunang minat sejarah sebab tu leh jadi cikgu sejarah......buku peberet dia pun yang jenis auotobiography je. 

K lah CikTeh stop dulu kita jumpa di lain N3 ye. Mata dah letih giler ni. Perut pun lapa yang amat. 


 Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Berapa lama mampu bertahan? Semoga diberi petunjuk dan jalan penyelesaian yang baik...ku mohon pada-Mu Ya Allah.....amin

Tuesday 6 August 2013

:: Balik Kampung ::

Assalamualaikum....

Insyallah after ifftar CikTeh and Adik-adik CikTeh akan bertolak balik kampung. Rindu sangat-sangat dah ni nak jumpa family. Walaupun tak sempat nak jumpa kak ngah and family sebab depa beraya Rompin dulu tahun ni tapi insyallah raya ke 3 kami dapat berjumpa. Raya tahun ni juga abang yon and kak ita tak balik sebab kali ni giliran abang yon bertugas. Tak pe lah lagipun raya haji nanti leh balik kan. Nak balik kampung tak semestinya tunggu raya je. Hari lain pun boleh balik kan. Actually untuk hari ni, adik akan ke Shah Alam dulu amik adik CikTeh yang bongsu then terus ke Sentul amik CikTeh. Pastu baru kami gerak balik. Harap-harap perjalanan kami selamat. Dan berharap agar jam tak teruk. Semoga perjalanan kami lancar dan selamat hingga ke tangga rumah kami :-).

Untuk persiapan raya tahun ni ala kadar je. Baju pun 2 pasang je tapi yang nak pakai sepasang je sebab yang sepasang lagi tu terlalu "jangok" buat CikTeh. Ni lah peel CikTeh bab beli baju ke apa ke. My mom pun dah selalu sangat bebel lau bab membeli ni. CikTeh akan berpuas hati beli sesuatu barang hanya kat kedai je bila dah balik and cuba mula lah rasa tak berkenan. Sudahnya pakai or guna sekali je selebihnya terperuk dalam almari. Seluar jean pun sama. Punya lah beli baru tapi last2 yang tercabut butang gak yang di pakainya. Rela je letak pin janji seluar tu selesa pakai. Yang lain bukan tak selesa tapi dah suka kan itu yang tak kisah tu pin pun pin lah. Selalunya bab pakaian lah. Baju raya tahun lepas pun just pakai 2 kali je. Tapi insyallah tahun ni nak pakai lah sebab fikir balik rugi lak beli mahal-mahal tak pakai kan. Sebab tu koleksi baju saya tak banyak. Lau korang perasan CikTeh akan rotate baju yang sama je. Nak-nak lau dah sangat suka memang akan pakai sampai lenjun lah. Dan bab baju gak lah saya amat cerewet. Kadang-kadang tak tau lah tang mana cerewet nye tu sebab baju-baju CikTeh tak de lah up to date sangat. Budak kampung kan mana nak berfesyen sangat. X reti lah. Lau ajak my ma shopping ke apa my ma acuh tak acuh je nak pi sebab dia tau sangat dah anak bongsu perempuan dia yang sorang ni....belum tentu lagi round satu town CikTeh akan jumpa or beli apa yang nak di beli. Ingat lagi malam raya 3,4 tahun lepas saja ajak my ma kua malam raya cari tudung. Sampai ke sudah tak jumpa. Itu tak kena ini tak kena lah. Last2 pakai tudung yang mana ada je. Hangin my ma...hihihihi.....

Tahun ni kak ngah rajin buat biskut and cake. Tengok dalam gambar macam sodap jo. So balik ni nak tengok lah hasilnya. Banyak mana dia buat bersama "assistant2nya" tu. Lau semapat insyallah CikTeh pun nak buat juga biskut or cake. Itupun lau rumah dah habis kemas lah. Ok lah untuk raya tahun ni tema kami peach. Tak tau lah semua pakai peach ke idak. Kita tengok je lah raya nanti yo. So kat bawah ni ada lah kad raya yang sempat CikTeh buat khas untuk semua.....
1st Edition
2nd Edition

Di kesempatan ini juga CikTeh mohon 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala salah silap CikTeh dengan semua ya. Halalkan segala makan minum CikTeh dan jemput datang rumah raya nanti ye. Semoga lebaran kali ini akan lebih meriah dan bermakna......amin

 Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Beraya dengan status tunangan orang....ada beza ke?xde kot..hihihihi....rindu kamu lah en.tunang :-(

Total Pageviews