Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Friday 3 January 2014

:: Yaumul Jumuah Yaumul Barakah ::

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam dapat sembang ngan my mom and anak-anak buah. Terubat rasa rindu kat depa ni. Insyallah cuti Thaipussam CikTeh nak apply cuti balik kampung. Ikut hati memang tak nak balik sebab nak balik raya cina tapi my mom bagitahu depa nak naik KL time CNY. Lagipun nak tak nak my mom cakap kena balik gak. So arahan ibu tak leh nak ingkar....hehehehe......harap-harap cuti di luluskan.

Hari ni Jumaat yang pertama 2014. Salam Yaumul Jumuah buat semua. Semoga hari ini dan hari-hari yang akan datang kehidupan kita lebih bermakna dan di redhai-Nya. Pejam celik pejam celik dah 3.1.2014. Sungguh pantas kan masa berlalu. 

Macam blur je tak tau nak update apa kan. So apa kata kita hayati lirik lagu ini sempena hari Jumaat ni....enjoy all.

Yaumul jumuah
Yaumuh barakah
Sayyidul ayyam
Eidul muslimin

Hari jumaat hari yang berkat
Penghulu hari para muslimin

Hari yang istimewa
Penuh berkat mulia
Amal ganda pahala
Anugerah Maha Esa

Rasulullah bersabda
Tentang wajib sunnahnya
Juga adab-adabnya
Buat lagi sempurna

Yaumul jumuah
Yaumuh barakah
Sayyidul ayyam
Eidul muslimin

Hari jumaat hari yang berkat
Penghulu hari para muslimin

Wajib lima syaratnya
Untuk muslim yang pria
Tunai solat jummat
Laksana berjemaah

Lima bahagian waktu
Ganjaran bahagian satu
Ibaratnya pahala
Korban seekor unta

Mandi bersihkan badan
Kemas kuku pakaian
Lantas wangi-wangian
Ulama’ menyarankan

Datang awal saf depan
Solat sunat iktikaf
Baca quran berzikir
Perbanyakkan selawat
Semua amalan diberi
Ganjaran hebat

Yaumul jumuah
Yaumuh barakah
Sayyidul ayyam
Eidul muslimin

Hari jumaat hari yang berkat
Penghulu hari para muslimin

Artis: Inteam
Tajuk: Jumaat

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Syukur atas rezeki yang Engkau berikan Ya Allah....amin

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews