Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label Artis Nasyid. Show all posts
Showing posts with label Artis Nasyid. Show all posts

Friday, 3 January 2014

:: Yaumul Jumuah Yaumul Barakah ::

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam dapat sembang ngan my mom and anak-anak buah. Terubat rasa rindu kat depa ni. Insyallah cuti Thaipussam CikTeh nak apply cuti balik kampung. Ikut hati memang tak nak balik sebab nak balik raya cina tapi my mom bagitahu depa nak naik KL time CNY. Lagipun nak tak nak my mom cakap kena balik gak. So arahan ibu tak leh nak ingkar....hehehehe......harap-harap cuti di luluskan.

Hari ni Jumaat yang pertama 2014. Salam Yaumul Jumuah buat semua. Semoga hari ini dan hari-hari yang akan datang kehidupan kita lebih bermakna dan di redhai-Nya. Pejam celik pejam celik dah 3.1.2014. Sungguh pantas kan masa berlalu. 

Macam blur je tak tau nak update apa kan. So apa kata kita hayati lirik lagu ini sempena hari Jumaat ni....enjoy all.

Yaumul jumuah
Yaumuh barakah
Sayyidul ayyam
Eidul muslimin

Hari jumaat hari yang berkat
Penghulu hari para muslimin

Hari yang istimewa
Penuh berkat mulia
Amal ganda pahala
Anugerah Maha Esa

Rasulullah bersabda
Tentang wajib sunnahnya
Juga adab-adabnya
Buat lagi sempurna

Yaumul jumuah
Yaumuh barakah
Sayyidul ayyam
Eidul muslimin

Hari jumaat hari yang berkat
Penghulu hari para muslimin

Wajib lima syaratnya
Untuk muslim yang pria
Tunai solat jummat
Laksana berjemaah

Lima bahagian waktu
Ganjaran bahagian satu
Ibaratnya pahala
Korban seekor unta

Mandi bersihkan badan
Kemas kuku pakaian
Lantas wangi-wangian
Ulama’ menyarankan

Datang awal saf depan
Solat sunat iktikaf
Baca quran berzikir
Perbanyakkan selawat
Semua amalan diberi
Ganjaran hebat

Yaumul jumuah
Yaumuh barakah
Sayyidul ayyam
Eidul muslimin

Hari jumaat hari yang berkat
Penghulu hari para muslimin

Artis: Inteam
Tajuk: Jumaat

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Syukur atas rezeki yang Engkau berikan Ya Allah....amin

Tuesday, 31 December 2013

:: Dari DIA Kita Datang Kepada DIA Kita Kembali ::

Assalamualaikum....

Macam biasa hari ni sampai ofis check wechat, whatApps, email dan FB. Pas breakfast terus buka laptop baca Metro. Dan sekali sekala jenguk FB. Tengah duk scroll down page FB terpandanglah post Ukhti Aini pasal Aden Edcoustic meninngal dunia. Bagi peminat nasyid nama beliau memang tak asing lagi lah. Sebelum ni CikTeh ada terbaca yang dia memang sakit dalam perut. Masa concert ngan Inteam baru-baru ni pun dia tak dapat nak join sebab masih terlantar kat hospital. Tup-tup hari ni dapat berita yang beliau dah kembali ke rahmatullah. Walau apa pun semoga roh beliau di cucuri rahmat. Bagi mereka yang belum kenal Aden ni, kat bawah ni ada sedikit review pasal beliau.....





Al-fatihah buat beliau....amin


-CikTeh-


Kaki Nota: Teringat kata-kata seseorang kat FB "Jangan difikirkan saja tentang bila ajal kita bakal menjemput tapi fikirkanlah macam mana kita untuk menghadapi saat kematian kita....Allahuakhbar "

Total Pageviews