Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Thursday 4 August 2011

D3100

Assalamualaikum...

Fuhh penat sungguh hari ni. Dengan panasnya puasa lak tu nak minum air of coz la tak boleh kan lau pun dahaga sangat tadi. Tadi pas kelas (tak masuk pun sebab sampai kampus kelas dah habis) lepak kat surau kampus sementara tunggu tengah hari nak p low yat cari DSLR untuk kelas Photo minggu depan.

 Dalam tengahari kami gerak ke Low Yat. Sampai sana p kedai kawan kepada kawan untuk install software kat laptop. Tinggal laptop kat kedai sementara siap, gerak ke kedai kamera. First kedai p depan kedai laptop tu je then survey harga untuk D5100. Orang kedai tu boleh bagi setakat RM2350/ full set with out tripod. Kami jalan lagi dan p second kedai. Second kedai ni kedai2 biasa je and harga pun lebih kurang je. Sembang kejap kami agak tak puas hati so kami mintak excuse nak p kuakan duit. Then p kedai yang ke 3. Kedai ke 3 ni ok gak lah dia nye pakej harga sama je dari yang kedai sebelum ni tapi siap dengan tripod. Sekali lagi kami minta excuse lagi konon2 nya nak kuakan duit. Tapi pastu memang kami p kuakan duit sebab mula nya memang nak beli kat kedai tu.

Pas kua duit, kami buat keputusan nak p survey lagi then masuk lah kedai yang last ni. Kedai cina tapi yang surve kami orang melayu. Nama nya Aspa from Kedah. Lama gak kami sembang ngan abang Aspa ni hampir 2 jam kot tanya itu ini pasal DSLR ni. Asal nya memang kami nak yang D5100 sebab dia nye video boleh ambil dari pelbagai posisi tapi last2 CikTeh ngan dak wan tukar fikiran amik D3100. Dah memadai dah pun pakai yang ni untuk beginner macam kami ni. Tapi yang D5100 pun ok gak untuk beginner tapi more tu fun lah bak kata Abang Aspa. Dak Lin amik D5100. Kami amik yang tu pun sebab tambah ngan filter RM200. If amik yang D5100 tambah lak ngan filter memang lebih dari bajet kami lah. So solution amik yang D3100. Dari situ kami dapat save dalam RM200++.

Ehsan dari Pak Google


Ehsan dari Pak Google :Cooler untuk laptop CikTeh (RM10 je)
So kepada sesiapa yang nak beli DSLR ni boleh lah try2 usha kat kedai ni Propel Multimedia Sdn.Bhd (Upper Ground Floor-Low Yat). So untuk D3100 ni kami dapat harga RM1900 (bukan IP ). Set lain kami dapat tripod, SD 8GB, Nikon SLR bag, warranty 1 year and Nikon D3100 Kit. So semua nya dalam RM2150. Bajet awal RM2300 so yang lebih boleh simpan balik or guna untuk kegunaan yang lain.

Setel bab DSLR tu kami terus p kedai laptop tadi. Setel kat kedai laptop kami terus gerak balik. Sebelum tu singgah kat bazar Ramadhan kat Kg. Baru beli juadah buka. Tak larat nak masak sebab penat yang amat sangat. Samapai rumah terus tumbang ^_^

Kelebihan solat Terawih malam ke 4:-

"Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran"

Sekian
-CikTeh-


KakiNota: Tak sabar nak guna benda alah ni and yang pasti nya raya kali ini penuh makna ^_^

1 comment:

  1. The King Casino | Review of Casino | RTP - Joker
    The king casino review - everything https://jancasino.com/review/merit-casino/ you need to know about worrione this popular casino. It's all about quality nba매니아 and casinosites.one quantity.

    ReplyDelete

Total Pageviews