Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Friday 28 December 2012

1st Step

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur sangat-sangat semuanya berjalan dengan lancar. Sehari sebelum majlis kami agak sibuk la buat persiapan sikit dengan kemas rumah and sediakan bahan untuk masak esok. Adalah jiran-jiran datang tolong and sanak saudara and masa tu lah banyak CikTeh kena usik ngan depa semua. Tapi CikTeh buat tak tau je sometime layan je. Malu memang malu tapi buat der je lah. Malas nak layan depa duk dapur CikTeh lari ke ruang tamu tengok mak andam pasang pelamin. And time tu gak lah CikTeh  kemas rumah dan siapkan barang-barang hantaran. Malam tu gak try pakai baju tunang. Dah test semua pikir balik macam vouge sangat so CikTeh decided just nak pakai baju nikah mak cik je. Actually baju tunang ngan pelamin memang tak de plan nak amik pun tapi last-last minute ubah keputusan nak pakai mini pelamin lak. Nasib baik rumah mak andam dekat je selang 5,6 buah rumah je.

Esok nya pagi-pagi dah bangun and tolong ma sikit selebihnya kemas ruang tamu and setetlkan hantaran yang mana tak setel lagi. Dalam pukul 12.30 mak andam datang make up. Agak tak berapa berkenan sangat la ngan make up dia tu and buatkan CikTeh malu nak kua. Bagi CikTeh make up tu agak tebal. My cikgu pun cakap terlalu over make up tu tapi cara CikTeh pakai tudung dia suka. Simple but nice katanya ^_^.

Rombongan datang after Zohor. Dalam 5,6 buah keta gak la datang. Rombongan meminang disambut oleh pakcik-pakcik CikTeh. Adik CikTeh pi jemput depa kat masjid. Masa rombongan sampai sempat CikTeh intai my cikgu. Bukan pe takut dia tak datang. Sebab asalnya dia tak nak datang sebab malu then after di pujuk and my mom pun suh datang siap call lagi baru lah dia datang. Pakai baju pink lagi tu..hi3. Masa depa duk bincang kat luar, CikTeh duk dalam bilik berdebar2. Kejap kua kejap masuk bilik. Tak senang duduk. Then tiba-tiba my aunt panggil suruh kua. Ingatkan dah nak sarung cincin tapi just salam-salam dulu sebab belah lelaki nak kenal and nak tengok muka dulu. Keluar lah CikTeh salam-salam ngan depa then masuk bilik balik. Asalnya nak makan dulu then baru bincang tapi pihak lelaki nak setel kan dulu baru makan sebab depa agak rushing nak balik takut air naik. Tu la padahnya lau buat majlis dalam musim banjir...hi3....so bincang nye bincang (banyak duk sembang sebenarnya kenalkan sanak saudara....hi3) sekali lagi CikTeh dipanggil keluar untuk sarung cincin. Ingatkan my future MIL yang tolong sarungkan rupanya my future SIL. My future MIL tak dapat datang sebab kandas banjir. Agak terketar-ketar juga la masa my future SIL sarung cincin tu macam orang kena pakinson...he3.....Selesai sarung cincin then bergambar sekejap last menjamu selera. Before depa balik sempat la sembang sekejap ngan my cikgu and akak-akak my cikgu. 

Untuk hantaran, biasa-biasa je terutama dari pihak CikTeh. CikTeh asalnya tak nak la kasi yang berat-berat untuk tunang ni sebab nanti kawen baru nak angkat berat-berat tapi my cikgu tetap nak bagi hantaran barang-barang gak sebab katanya bagi makanan cepat habis and kenangan tak de. So memandangkan dia bagi barangan so CikTeh bagi la juga lau pun tak semua. Cikteh paling suka hantaran jam sebab my cikgu pandai pilih. Pilihan color yang buat CikTeh suka sebab color coklat. Yang lain pun suka juga and puas hati sangat-sangat. My cikgu pun puas hati ngan apa yang CikTeh bagi.

Untuk majlis ni my mom seperti biasa as a master chef. My mom masak nasi beriani + nasi putih + kari kambing + Acar nenas + kuih akok (feberet kuih my cikgu) + dalca + ayam goreng berempah + daging masak itam lau tak silap + sambal belacan + air teh panas (musim hujan kan kena la air panas) + buah rambutan. Tak sangka kuih tu kuih kesukaan my cikgu. Asalnya memang tak tahu. Rupanya dah lama dia cari nak makan kuih tu last-last datang rumah CikTeh dapat makan gak akhirnya. Sangat suka ^_^.

So far, family depa ok je and my family pun tak de cakap apa-apa pasal depa. depa terima seadanya macam kami terima mereka. Tempoh pertunangan biarlah rahsia ^_^..insha Allah dah sampai masa kami akan jemput dan hebohkan.

Kat bawah ni ada lah beberapa keping gambar tunang CikTeh.....

Suka sangat pelamin ni....for me sangat cantik dan simple ;-)

Posing sensorang je...Thanks kak ngah jadi photographer  

Hantaran CikTeh untuk My cikgu:
- Sireh junjung
-Pulut Kuning
-Kemeja + Tie
-Kain Baju melayu
-Chocolate
-Kek
-Buah

Hantaran my cikgu untuk CikTeh:
-Sireh Junjung
-Cincin
-Jam
-Perfume
-Kain sepasang + tudung
Alhamdulillah....
Officially engaged :-)
Ni lah cinta hati saya :-)
My lovely family...thanks a lot
Saat yang Mendebarkan macam nak kawen...hi3
Mengintai dari tirai jendela ^_^
Sanak Saudara Belah my Cikgu
Sanak Saudara Kedua-dua belah pihak


Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Syukur alhamdulillah. Next step will be announce soon ^_^.Harap-harap apa yang di rancang di berkati-Nya dan dipermudahkan.....Amin

Tuesday 18 December 2012

Hari Ni....

Assalamualaikum....

Ermmm....apa yang nak  di taip nye untuk entry kali ni? Hurmmmm.....lagi seminggu ....apa yang lagi seminggu ye? Ada yang dah boleh agak apa yang akan jadi seminggu tu and ada yang masih berteka teki lagi....pe pun tunggu je la seminggu je lagi CikTeh akan war-warkan apa yang akan jadi seminggu lagi. 

Alhamdulillah 22hb ni balik kampung. tiket pun dah beli. Cuma tiket balik KL je belum beli lagi. Asal nak beli sekali tiket pergi balik tapi bila fikir balik mana tau kan leh tumpang mak cik ke pak cik ke time balik KL kan save bdget namanya tu...hi3.Adik yang duk S.Alam pun bagitahu nak balik. Tak sabar nak balik kampung jumpa family. Rindu giler kat depa. Rindu juga kat my cikgu. 

Hari ni pun tak banyak keje sangat tambah lak 2 orang kakak producer tu cuti so lagi lah lapang hari ni. Hari ni just prepare material untuk hantar DVD ke RTM selainnya siapkan poster and blogging sambil fb. 

Hari ni gak on9 pakai laptop ofis...he3....my lappy koma sejak semalam. Mengikut doktor laptop peribadi CikTeh, my lappy diserang virus so kena cari alat bantu pernafasan untuk back up agar my lappy leh bernafas lagi. So la ni ngah usaha cari alat bantuan pernafasan tu yang memakan belanja beberapa ratus. So rasanya untuk dalam masa terdekat ni tak dapat lah nak beli alat bantuan pernafasan tu so terpaksa hold my lappy di ICU. Pe pun harap-harap my lappy leh bernafas dan berkhidmat dengan secepat mungkin. 

Ok lah dah habis office hour......balik time....hi3.....jumpa lagi di entry akan datang......daaa

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: "Ketika mencintai seseorang, cintai seadanya. Jangan harap dia yang sempurna, kerana kesempurnaan adalah ketika mencinta tanpa syarat"

Saturday 8 December 2012

25.12.2012

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas nikmat dan limpah kurniaan-Nya selama ini. In Sha Allah lau tak de aral melintang tarikh itu ada sejarah nya tersendiri. Apa akan jadi 25hb tu biarlah rahsia dulu. In Sha Allah lau jadi CikTeh update what is going on. So untuk kali ni itu je yang boleh di update. 




Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Hopefully everything will be ok and everyone happy with it especially both family....i love you all so much.....^_^

Total Pageviews