Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label Puasa 2012. Show all posts
Showing posts with label Puasa 2012. Show all posts

Thursday, 25 October 2012

Salam Aidiladha 2012

Assalamualaikum...

Ermmmmm.....pasti dah ramai yang dalam perjalanan balik kampung kan? CikTeh tahun ni raya kat Seremban je. Tak dapek den nok balik berayo dongan omak den. Cuti raya sehari je. So nak balik serba salah lak kan penat lagi. So raya ni just ikut kak anis (staff lensa) balik kampung dia kat Soromban. Agak sedih juga sebab first time beraya kat kampung orang. Semalam call ma bagitahu yang den tak dapek balik kampung. Ma cakap tak pe la lagipun CikTeh baru je start keje (alhamdulillah dah di absorb) so tak kan dah nak amik cuti kan. Ma ada cakap yang raya haji ni semua orang tak balik. Agak sedih la dengan kata-kata my mum tu tapi nasib baik gak la my sis and my bro ada. Tapi my mum cakap dia tak nak masak pe pun (maksudnya raya nanti tak de masakan yang special from her) tapi my mum tu cakap je tak nak buat pe last-last paling kurang pun bihun goreng dia masak gak...he3. Tak tau la bila leh balik kampung lagi. Alhamdulillah hari ni 9 Zulhijjah CikTeh ngan staff yang lain berpuasa sempena ibadat wukuf di Arafah. Antara kelebihan puasa 9 Zulhijjah antaranya diampunkan dosa selama 2 tahun. Maksud 2 tahun tu adalah dosa setahun yang lepas dan dosa setahun yang akan datang. Selain itu juga ia merupakan hari pembebasan dari api neraka yang terbanyak. So kepada yang berpuasa hari ni tahniah dan syabas mudah-mudahan anda semua berjaya melaluinya dengan hati yang sabar dan tabah ye.So tadi CikTeh ada design satu kad raya haji untuk semua tau. Kad tu ada kat bawah ni :-)

Gambar yang digunakan adalah dari koleksi CikTeh dan ihsan dari pak cik gugel
^_^
Semalam gak masa chat ngan my mum dia cakap de mende nak cakap tapi tak boleh cakap masa tu sebab da kawan dia datang pasang penyangkut langsir. Agak berdebar gak ni apa ler yang my mum nak cakap tu kan. So la ni waiting call from my mum. Harap-harap jangan ler pasal tutttttttttt.....he3.

Ok lah masa rehat CikTeh hampir nak habis ni so kita sambung next entry ye. Last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk semua ^_^


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Macam mana nak tingkatkan prestasi dalam kerjaya ye? Oh my gucci sungguh mencabar buat CikTeh...hopefully CikTeh boleh buat orang sekeliling CikTeh bangga...insyallah....

Wednesday, 15 August 2012

10 Malam Terakhir


Pejam celik -pejam celik dah sampai 10 malam yang terakhir kita sambut Ramadhan. Ayuh semua sama-sama bekerja keras tingkatkan amalan kita dan terus beramal walaupun  Ramadhan hampir melabuh tirainya. Time ni la kita nak doa banyak-banyak sebab doa orang yang berpuasa adalah amat lah mustajab. 2 lagi golongan yang berpuasa yang mustajab doanya adalah orang yang musafir dan orang yang dizalimi. So perbanyakkanlah doa kita di bulan Ramadhan ni and one more thing that we shloud know is mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi dari wangian kasturi. Lau tak caya kat bawah ni ada hadis yang menyatakan hal tersebut:


“Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’” (HR. Muslim no. 1151).

Puasa-puasa juga tapi apakah puasa kita tu diterima Allah dan sempurna?Insyallah diterima dan berusaha untuk yang terbaik. Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tapi juga berpuasa anggota badan dari melakukan perkara-perkara yang lagha, dan dimungkari Allah. 

Amacam dapat berapa pingat sepanjang sebulan berpuasa ni? Penuh ke dapat 3 pingat or sekadar dapat 1 pingat macam DLCW and Pandalela? Mengikut ustaz yang bagi ceramah semalam kat surau, sesiapa yang dapat 3 pingat dalam tempuh sebulan berpuasa ni alhamdulillah dia happy dan ikhlas berpuasa dan beramal ibadat tapi bagi mereka yang tak dapat  pun tak pe tidak bermakna tak ikhlas melakukannya cuma kurang sikit la kesungguhan and tak cukup untuk redeem dapatkan 3 pingat tu and jangan putus asa sebab tahun akan datang cuba lagi and jangan tunggu Ramadhan je baru nak beramal bagai ye sebab semua ni free je cuma malas and rajin je....semua ni peringatan bersama terutama CikTeh yang ..bulan-bulan lain pun kena beramal juga kan. Apa yang 3 pingat tu ye? ok 3 pingat tu salah satunye Malam Lailatulqadar. Memang bertuah la sapa yang dapat Malam Lailatulqadar tu. 2 lagi tu CikTeh lupa lak apa dia insyallah nanti lau dah ingat CikTeh update balik. Ustaz tu cakap juga yang malam ni merupakan malam lailatulqadar di mana malam ni merupakan malam ke 27 umat Islam berpuasa...insyallah sama-sama kita merebut malam tersebut....        

Amacam persiapan raya korang? Apa tema raya korang tahun ni? wah meriah raya siap bertema bagaikan....CikTeh tahun ni tema pelangi sebab yang lain dah de family sendiri so depa of course la ada tema sendiri tapi yang bujang-bujang ni macam Cikteh ngan my mom tak de la nak ikut tema sama just apa yang ada cukup la. Adik laki Cikteh pun lau pun bujang of course la nak tema citarasa sendiri kan or sama tema ngan awek masing-masing....budak-budak zaman sekarang kan. Macam CikTeh lak tak de nye nak sama tema ngan my cikgu sebab duit masing-masing suka hati la kan nak pilih color apa bagaikan lagipun sama ke tak sama janji raya tetap disambut meriah..hi3..CikTeh ala kadar je lagipun tahun ni memang feel nak beraya tu kurang sikit sebab balik lambat, tak sempat nak main bunga api ngan anak buah, nak pasang pelita sesama, pi terawih kat kampung, buat biskut, kemas rumah dan yang paling tak best sebab tak sempat nak tolong my mom buat preparation raya. Tapi semangat nak balik kampung memang menggunung tinggi and sempat la berbuka sehari ngan family nanti...he3....persiapan raya CikTeh macam biasa je....baju pun 2 pasang je and as usually I made mini popia for  raya. Yang lain sponsored by my siblings such as biskut raya, kerepek and so on. Juadah wajib kami ketupat, tapai and sate tak tau la my mom buat sendiri or tempah sebab tak de orang nak tolong my mom and my mom pun bukan sihat sangat. And baru di beritahu oleh my sis yang my mom ada darah tinggi and sekarang tak leh miss makan ubat. So pity on her and so worry. Harap-harap tahun ni raya meriah sebab all my family dapat berkumpul di pagi raya and pi ziarah kubur sesama and snap picture raya reramai. 

Tahun ni gak first time nak kasi anak buah duit raya. Sampul raya pun Cikteh design sendiri tapi tak tau la sempat tak  nak pi print. Lau tak sempat guna untuk raya tahun depan je la...hi3.....baju untuk diaorang pun tak beli lagi. Tak de masa lagi nak gi beli, ari tu pun just sempat beli baju raya CikTeh je. Insyallah on the way ke S.Alam nanti singgah kat mana-mana beli.

Kepada yang pulang beraya ke kampung hati-hati ketika memandu dan sebelum tu pi check kenderaan anda dulu agar tiada masalah di kemudian hari. Make sure rumah ditinggal dalam keadaan selamat. Semoga selamat sampai dan kembali. 


CikTeh with my slite board.....limited and special edition ^_^

I like it so much...thanks for my friend and special dedicated this for my cikgu
(alhamdulillah my cikgu also like it ^_^)
Everything is secret and meaningful for me



Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Nak merajuk lagi kah???tapi tadi macam dah ok......whatever

Tuesday, 31 July 2012

11 Ramadhan


Ramadhan datang lagi dan hari ni dah masuk hari yang ke 11 kita berpuasa. Pejam celik dah hampir separuh bulan Ramadhan. Alhamdulillah setakat berjaya berpuasa cuma terawih agak longgar sikit. Itu pun banyak di lakukan di rumah sendiri. Bak kata my mum buat kat mana-mana pun tak pe janji buat cuma bezanya pahala sikit dan banyak je. Insyallah akan berkunjung jua ke rumah Allah untuk berterawih bersama-sama yang lain.

Hari ni keje mcam biasa tapi agak boring gak la sebab tak banyak keje. Just design and design tak tahu bila nak siap. Asalnya ari ni last shoot for DVD raya but Dato' Sean had a meeting so that we postponed tomorrow. Nasib baik Dato' da meeting lau tak buka lambat gak la macam semalam. Semalam sampai rumah orang tengah azan. Nasib baik ada mini bazar kat depan rumah so boleh la tapau bawa balik. And semalam sempatlah beli ketam masak lemak 2 ekor. Memang my favorite mr.crab ni. Tapi yang semalam nye kuahnya agak cair tapi disebabkan dah lama mengidam so bedal gak la laupun agak mahal. 

And then hari ni CikTeh ngan housemate buat nasi lemak. Menu asal masa kat office nak buat simple-simple je macam ayam masak kicap and sayur goreng last-last sampai rumah lain jadinya. Dan first time CikTeh makan nasi lemak berlaukan sardin. Sedap juga la laupun nasi lemak kami ala-ala koboi. 

And last story for today, my cikgu not very well. Asalnya nak ngajok ngan dia (tak de keje nak majok) tapi tak jadi bila dapat tau my cikgu tak sihat. Dah la tak sihat banyak keje yang dia kena siapkan. Macam nak fly je pi Sarawak tolong (kononnya la kan.....). Pe pun harap-harap my cikgu cepat-cepat sihat dan ceria seperti biasa.....amin


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Status balik kampung masih lagi pending....hukhukhukhuk...nak balikkkkkkkkkk



Saturday, 21 July 2012

Hari Ini Dalam Sejarah


Wah tajuk bukan main macam nak bercerita pasal sejarah lak kan....tapi entry kali ni tak de kena mengena dengan sejarah pun sekadar buat gempak je (gempak ler sangat). Actually entry kali ni just nak story pasal ofis hour during Ramadhan. Ishhhhhh...tak de benda lain ke nak story CikTeh ni kan. Ofis hour pun nak cite.....suka hati CikTeh la kan dah blog CikTeh nak berceloteh apa pun....hahahaha......

Ok back to the topic ye....Memandangkan ofis hour untuk bulan Ramadhan ni dah awal dari pukul 8.30 hingga 5.30 asalnya dah dianjakkan ke 8 hingga 5 so CikTeh with my partner, Zura bangun awal la sebab nak sahur satu hal then nak gerak pi kerja satu hal. Takut lambat lagipun Saturday memang bas tak banyak. So pas sahur kami tak tidur. Kiranya ni first day puasa kami recce la nak tengok timer untuk pi kerja nanti ok ke tak. Zura dengan aktiviti dia dalam bilik (mengemas bagai lau tak silap CikTeh) and CikTeh kemas ruang tamu sementara tunggu subuh. Pas siap segala gerak la kami ke stesen Monorel. Sebelum ni sempat la tengok aunt-aunt duk tai chi tapi tadi sunyi sepi je. Suasana tadi pun gelap lagi tak macam biasa-biasa. Sampai ofis 7.45....Oh My English awal kan. Lau sebelum ni lau tak 8.25 memang tak jejak kaki kat ofis tapi hari ni awal sangat. Lau sebelum ni 7.30 la paling lewat kua rumah tapi hari ni sebelum pukul 7 dalam 6.50 dah kua rumah. Mana kami tak senyum kambing pandang sesama sendiri dan unbelievable you know we can reach at the office early than previously. Macam CikTeh cakap tadi hari ni just recce je start Isnin dan seterusnya may be kami kua pukul 7.  

And nak gak cerita time kami balik semalam, punya la lama kami dalam bas dari tempat kerja ke Bangsar. Normally it is take time around 30 minute to reach Bangsar but last day it's take about 1 hour and half....Oh My English so long kan.....And next week I don't know how long we can reach at home. So that Zura and I prepare some drink inside our bag. I think that's all for today sebab tiba-tiba blur tak de idea. Tadi on the way datang office macam-macam nak tulis tapi bila dah start tulis ni hilang lak. K la dikesempatan ni gak CikTeh nak ucapkan........

Ehsan dari pak Gugel

Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota: Menu apa ye nak masak first day puasa ni? Any idea?

Total Pageviews