Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label Puasa 2011. Show all posts
Showing posts with label Puasa 2011. Show all posts

Monday, 6 August 2012

Terawih


Alhamdulillah berkesempatan menziarah rumah Allah Rabu lepas untuk tunaikan solat terawih bersama housemate. First time terawih kat surau untuk puasa tahun ni dan harap-harap dapat peluang lagi menziarah rumah Allah itu lagi. Walaupun 20 rakaat tapi imam muda baca ayat Al-Quran pendek-pendek je so tak de la rasa mengantuk sangat. Teringat terawih kat kampung and masa duduk asrama PERKAYA dulu. Sangat seronok terawih dan berpuasa kat sana.


Tak de beza nye solat kat sini and kat kampung lau ada pun sikit je la macam kat surau sini solat witir dilakukan dalam satu salam tapi kat kampung CikTeh witir dilakukan dalam 2 salam that's why witir CikTeh  tersilap buat sebab misunderstanding. Walhal tok imam dah cakap witir dalam satu salam tapi still silap gak. Bacaan antara solat terawih pun agak berbeza sikit.  Cuma apa yang CikTeh perhatikan, kat mana-mana lah kan sama ada kat kampung or kat sini  tabiat nak penuh dan rapatkan saf amatlah susah. Susah sangat nak naik penuhkan saf depan. Nak di tegur semua pangkat mak cik-mak cik kan silap tegur kan de yang kata kurang ajar pula tapi kadang-kadang buat muka juga itu pun tak reti-reti lagi nak naik penuhkan saf. Kedudukan saf penting bagi CikTeh sebab dengan saf yang rapat menunjukkan kita ummat yang kuat. Cuba korang bandingkan saf yang kedudukannya jarang-jarang berbanding saf yang rapat mana korang tengok nampak kuat dan teguh?Of course la yang rapat-rapat kan......bukan nak suruh rapat sampai tak de ruang langsung tapi mengikut keselesaan la kan jangan la sampai boleh muat 2 orang lagi selang antara jemaah. Langsung tak de unsur-unsur nak rebut pahala yang percuma di berikan tu. Pe pun semoga kita semua terutama CikTeh sendiri di beri petunjuk dan hidayah oleh-Nya dan dapat meningkatkan amal ibadat terutama di bulan yang mulia ini.


Maaf la lau ada kata-kata yang bisa menyinggung perasaan sesiapa. CikTeh sekadar luah apa yang CikTeh rasa if ada yang silap CikTeh mintak beri tunjuk ajar lagi. KIta sememangnya tidak sempurna tetapi insyallah sama-sama kita berusaha ke arah itu....insyallah...



Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Susahnya nak faham perasaan orang kan??????Lagi teruk ada yang buat-buat tak faham....nasib laaaaaa......huk3



Monday, 12 September 2011

Flaming Again And Again

Assalamualaikum...


Just nak upload gambar time p buka pose kat flaming kat Setapak pose baru2 nih. Malas nak cite panjang sebab cite nih dah basi so tengok je lah pic nye k.....


Dah nak balik dah masa nih
Pandai Cik Wan guna pengepit tuh
Elin yang macam-macam
Yaya yang sokmo slamber
Senyum dapat makan ye
Take 5
Peace pas kenyang

Sembang apo tu mok cik ^_^
Happy je mok cik nih berceloteh ^_^
Sambil tunggu makanan masak sambil snap
First round done
Hampir licin di kerjakan
Teropong apo tuh CikTeh
Dessert CikTeh
Nyummmmm
Pinnocio
Suka buat aksi yang pelik
Bersungguhan ^_^
Tak habis2 ngan aksi yang tak senonoh ^_^
Pas makan 



Sekian




-CikTeh-

KakiNota: Nak makan grill steamboat pulak tapi kat mana ye?

Tuesday, 9 August 2011

Berbuka

Assalamualaikum...

Hai semua. Selamat pagi. Sudah usai subuh?Alhamdulillah semoga ibadat kita diterima hari ini dan begitu juga hari2 yang akan datang dan sebelumnya..amin. Pagi yang ceria, tenang dan damai nih, CikTeh nak berceloteh pasal juadah buka puasa semalam. Overall memang CikTeh tak puas hati. Buka semalam CikTeh dengan housemate pi bazar Ramadhan kat Setiawangsa. Agak meriah juga lah bazar kat citu. Semalam CikTeh beli sata dan nasi ayam golek. Balik rumah semangat dan tak sabar nak buka sebab tengok pada apa yang di beli sungguh menyelerakan. Tapi semua tuh hampeh. Sata yang dibeli 1 cucuk (ada 3 ketul) berharga RM3 CikTeh rasa mula2 sekali pas usai doa makan.

Buka tengok dah tahu tak sedap sebab dalam nya langsung tak nampak macam sata tu dibakar. Seolah2 baru nak bakar. Tengok luaran dah tau sata tu guna ikan lama. Sata tu langsung tak rasa ikan. Kiranya memang fail lah. Ok fine lah may b CikTeh silap beli and tak usha kedai tu betol2. Then kawan2 CikTeh buka depa nye makanan and sama2 try. Boleh dikatakan makanan yang depa beli pun sama. Mostly, makanan yang kami beli and try tu kuih muih. Ada yang tawar, kuah cair dan macam2 lagi.

Then sahur lak, CikTeh makan ler nasi ayam golek tu. Mula2 buka dah nampak tak best berbeza masa first beli petang 2. Masa beli nampak sedap je. May b sebab dah lama so nampak tak berapa sedap. Try makan juga sebab e2 je yang ada nak masak lain dah tak sempat sebab dah kol 5 lebih. Makan dua tiga mulut, CikTeh berenti sebab tak sedap langsung. Terus p basuh tangan dan tengok bawah saji ape yang ada.

Alhamdulillah nasi lemak yang CikTeh buat masa buka puasa semalam ada lagi. So makan lah nasi lemak yang tinggal sikit tu. Terasa macam membazir lak p bazar ramadhan semalam. Air tembikai yang di beli pun bukan fresh depa dah siap campur ngan sirap. So moral nya jangan lihat pada luaran saja kerana nampak cantik nampak sedap hanya di luaran tapi rasa belom tentu sedap.


Sekian
-CikTeh-
KakiNota:1 daripada 10 sumber rezeki adalah datangnya daripada berniaga. So berniaga lah dengan seikhlas hati anda jangan fikir nak untung je. Customers is always right ^_^

Wednesday, 3 August 2011

Sahur

Assalamualaikum....

Hai semua!!! dah usai sahur belum? Yang belum usai sahur better cepat selesaikan suapan yang terakhir sebab beberapa minit lagi dah nak masuk waktu imsak. Apa menu kalian sahur kali ni? Tiba2 je CikTeh rasa nak buat N3 pasal sahur yang baru je lepas ni. Tak de lah special mana pun menu sahur tadi just ayam masak sos dan kacang goreng telur je. E2 pun tak habis lagi. Nak kata masak banyak ayam dua ketul je and kacang hanya 5 urat je(betoi ka idak penjodoh bilangnya tu). kali ni sahur berteman dah tak keseorangan.

Bila time macam ni teringat lak time sahur masa kecik2 dulu. If tak bangun sahur konpem esoknya tak puasa and balik sekolah buka periuk or peti ais cari makan. Bila kantoi ngan ma alasannya tadi tak sahur. Ma pun dah faham sangat ngan anak dara dia sorang. Sebab tu tiap kali puasa Ma selalu kejutkan anak2 dia terutama CikTeh bangun sahur even ma "cuti". Tapi masa kecik2 dula masa sekolah rendah jarang tinggal puasa. Seingat CikTeh pun puasa sekerat hari pun jarang.


CikTeh start belajar puasa masa darjah satu. Masa tu if tinggal pun dalam sehari dua e2 pun sebab tak bagun sahur dan tak pernah tinggal sebab malas (baiknya masa kecik2 dulu). Puasa dulu pun ma tak ajar anak-anak ma dengan upah bila berpuasa. CikTeh pun tak pernah mintak upah. Lau budak2 sekarang puasa mesti ada ganjaran. Satu hari seringgit paling kurang. E2 lah salah satu cara2 mendidik anak2 puasa zaman sekarang. Macam2 kan peel budak2 zaman sekarang ^_^.

Sekarang bila dah besar ni dah baligh lah katakan yang mana wajib puasa mesti lah puasa even sahur ke tak sahur. Selagi tak memudaratkan diri selagi itu lah kena tahan puasa. If tinggal puasa pun wajib ganti. Tapi bila dah besar pun CikTeh jarang tak sahur. If tak bangun maknanya malas lah tulau pun dah berkali2 orang gerak suruh bangun (perangai time dah besar). Lau dulu ma yang sediakan makan untuk sahur tapi sekarang kena serve sendiri. Tapi biasa lah orang bujang kan lauk pun ala2 orang bujang lah kan.
Puasa tahun ni tak tau lah ade kesempatan ke tidak berbuka bersama family. Tahun lepas dapat lah juga berbuka bersama even 2 hari je kot. Harap2 tahun ni dapat lah. Sehari pun jadi lah. Windu sesangat suasana bersahur dan berbuka reramai.

Ok lah subuh dah masuk so apa lagi jom tunaikan kewajipan bersama ^_^

Sekian

-CikTeh-

KakiNota: Tak sabar nak p beli gadget baru pas kelas nanti ^_^

Terlalu Rajin

Assalamualaikum....

Akibat terlalu rajin sangat tadi dan gatal tangan habis blog lama jadi kucar kacir di buatnya. Sakit hati pun ada. So sesapa yang view blog CikTeh yang lama tu Klik DiSini anggap lah CikTeh tak habis lagi make up blog tu and much better tak yah view lah lagi. Buruk dan serabut dah jadinya. Nyesal sungguh. Ingat kan nak tukar lay out blog tu tapi lain jadinya. Tak sabar sungguh CikTeh ni kan. Pe pun selamat menjalani ibadat puasa dan fadhilat terawih malam ketiga adalah :

"Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka."

Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Terawih lewat malam

Tuesday, 2 August 2011

Terawih Pertama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas kesihatan dan kenikmatan dunia yang sementara ini dapat

 lah CikTeh menunaikan solat terawih yang pertama. Syukur sangat2 kerana Allah masih beri

kesempatan untuk melakukan ibadat dan meningkat amal ibadat walaupun sendirian di rumah. Masih

lagi mencari masa untuk menjengah ke rumah Allah untuk berjemaah. Semoga diberi ruang untuk ke

sana. Mudah2an kerana melakukan sesuatu yang baik tidak pernah ada erti susah, atau lambat.

Semoga ibadat malam ini dapat diteruskan di hari2 yang mendatang....Amin

Sesungguhnya :Fadhilat Terawih malam ke 2

"Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya."
Sekian
-CikTeh-


KakiNota: Jom sahur ^_^


Monday, 1 August 2011

Ramadhan kembali

Assalamualaikum..


Ya Ramadhan datang lagi tahun ni. Alhamdulillah masih berkesempatan menyambut Ramadhan lagi tahun 2011. Seperti tahun2 yang sudah, insyallah Ramadhan tahun ni harapnya akan lebih bermakna dari tahun2 yang sudah. Semoga amal ibadat dapat ditingkatkan dan diberkatinya....amin


Puasa penuh? Insyallah akan penuh tapi tak janji sebab semua itu kuasa Pencipta yang Maha Kuasa.


 Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
" Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan."


Alhamdulillah bagi mereka yang telah menunaikan solat terawih malam pertama telah mendapat pahala. Teruskan amalan tersebut sampai ke akhir bulan kerana ramadhan hanya sekali so rebut peluang yang ada sementara kita berkesempatan.


Sekian

-CikTeh-




KakiNota: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua....rindu untuk berbuka bersama-sama

Total Pageviews