Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Monday 24 March 2014

:: SELAWAT PERDANA ::

Assalamualaikum....


Selamat pagi dan salam sejahtera buat semua.....alhamdulillah kita masih lagi di beri kesempatan untuk melihat ciptaan-Nya dan masih lagi di beri peluang untuk bertaubat Ya Allah.

Ok entry kali ini just nak cerita sikit pasal malam SELAWAT PERDANA yang di adakan di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya baru-baru ini. CikTeh pi tumpang kete Kak Ila je. Yang lain tak dapat ikut sebab masing-masing ade hal. So kami pergi bertiga termasuk husband Kak Ila, Abg Pian. Gerak dari ofis dalam pukul 5.30 and sempat lah sampai sana dalam pukul 7.30 macam tu. Sembahyang maghrib segala then ready for selawat. Ini kali pertama kami menghadiri majlis selawat. So bagi CikTeh sendiri sangat teruja dan happy tak dapat nak bayangkan. Sepanjang majlis keudara, hati amatlah tenang dan langsung tak mengantok. Bagi pendapat peribadi CikTeh sendiri la kan, majlis macam ni sepatutnya dijadikan acara tahunan. Sangat bermanfaat kepada kita semua dari duk pi konsert yang entah apa-apa tu sehinggakan melibatkan nyawa melayang kan better kita semua pi majlis selawat seumpama ini. Bagi yang jauh dan agak sukar untuk pergi boleh menonton kat rumah sebab depa ada live kat Astro Oasis, Tv Al-Hijrah, TV1 dan kat youtube pun dah de depa upload. Dengar kat Radio IKIM pun boleh. Malam selawat perdana baru-baru ni sangatlah happening bagi CikTeh tambah lgi dengan kehadiran PM kita bersama isteri dan menteri-menteri lain. Artis-artis pun ramai yang join. Antara yang CikTeh terserempak macam Adam AF, Ella, Jovian, Fiz Fairuz, Johan Ashaari dan ramai lagi lah. Bukan setakat berselawat, berqasidah je, before tu depa buat solat hajat untuk MH370 dan ada juga di selitkan dengan ceramah dari Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid. Majlis di akhiri dengan bacaan doa oleh Habib Syech Bin Abdul Qodir Assegaf dan selawat beramai-ramai. Waktu tu sangat sebak dan sedih. Habib pun menitiskan air mata. Insyallah jika ada lagi majlis sebegini CikTeh akan cuba untuk menghadirinya....insyallah

Namun apa yang CikTeh sedih ada juga pihak yang tidak senang akan majlis yang diadakan ini. Bagi mereka majlis sebegini membazir, syirik, bida'ah dan sia-sia. Apa yang CikTeh tahu selawat yang di lagukan itu kebanyakkan adalah selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Bah kan kesan dari selawat perdana baru-baru ni ada yang di hadiri non-muslim yang mana telah berminat dengan islam. Bukan saja non-muslim malah mat-mat rock pun turut berminat akan majlis sebegini. Sedih bila baca komen-komen yang tidak senang dengan majlis selawat perdana ni. Walau apa pn CikTeh mohon kepada Allah agar di beri petunjuk dan dibuka pintu hati mereka agar bertaubat. Peringatan dan doa ini juga untuk diri sendiri juga.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton selawat perdana baru-baruni bolehlah tengok di youtube atau klik link di bawah ini:

Print Screen dari FB akhi amin
Print Screen dari FB akhi amin
Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Niat hanyalah untuk jadi yang terbaik walaupun diri ini bukan yang terbaik.

:: MH370 ::

Assalamualaikum....

Sekarang ni rata-rata duk bercerita tentang kehilangan pesawat MAS MH370. Actually CikTeh ada follow up juga tapi masa mula-mula dulu la but now CikTeh just baca mana yang berminat je sebab semua orang tahu banyaksangat yang nak jadi pemberita. Cerita tu cerita ni so CikTeh amik pendekatan CikTeh sendiri untuk tidak follow sangat. Banyak sangat kan spekulasi yang di buat. So entry kali ni bukan nak berceloteh pasal info MH370 yang hilang tu tapi just nak ajak semua doakan yang terbaik dan jangan lupa solat hajat agar misi pencarian dan menyelamat mangsa MH370 selesai dengan cepat dan selamat. So sama-sama lah kita berdoa ye.....




Ya Allah Ya Tuhan kami ...

Jika di laut, timbulkanlah

Jika di langit, turunkanlah

Jika di darat, tunjukkanlah

"Barangsiapa yg menyebarkan sesuatu yg tidak pasti, cukup syarat baginya untuk dia digelar sebagai pendusta" - Imam Muslim (Rahimahullah) 

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: DOA adalah senjata utama bagi ummat islam....Jadi ayuh lah berdoa dan terus berdoa

Total Pageviews