Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Monday 12 December 2011

Bibik

Assalamualaikum...

Sejak dengan rasminya menjadi tokey anggur yang berjaya nih, duk memerap kat rumah je lah jaga baby. Cari kerja pun cari online sebab nak kua jalan cari memang tak dapat lah. Setakat nih baru 2 company bagi respond e2 pun belum ade kata putus nak panggil interview lagi. Sejak jaga baby nih rasa macam bini orang lak. Yelah mana tak nye pagi2 dah kena bangun uruskan baby. Time baby tido pula kena kemas rumah. My baby nih sungguh baik budaknya time CikTeh nak vakum rumah dia tak kan terjaga dek dengar bunyi vakum tuh tapi bunyi lain dia akan terkejut. Sungguh memahami time CikTeh nye tengah buat kerja. Hari2 macam tuh lah sejak bergelar penganggur nih. Bab2 basuk berak kencing baby, tukar pampers, mandikan baby, bagi makan baby dan semuanya lah (bab menyusu badan tak termasuk itu keje mama baby ye ^_^) CikTeh dah kira teror dah dan dah sesuai dah jadi mak budak (my mum cakap lah). Tapi serius CikTeh cakap memang seronok jaga baby nih nak2 time baby tido sungguh kiut miut. Macam2 gaya tido baby depa ada. Macam baby yang CikTeh jaga nih anak akak CikTeh je bukan anak orang lain. Lau anak orang lain memang tak berani nak jaga.

Anak buah CikTeh nih memang senang je nak jaga. Lau dia menangis bawa je kua rumah naik stroller then bawa jalan2 area rumah diam lah dia. Dia memang suka berjalan. Tapi lau dia tak nak juga maknanya dia nak tido lah tu. Time nak tido lak lau dia betol2 mengantok kita tak yah tepuk dia akan tido dengan sendiri tapi bila datang susah nak tido tu yang susah sikit sebab dia akan mengamuk. Dan satu lagi time ramai orang dia juga susah tido laupun dia ngantok dia akan tahan. Bila jadi macam tuh biasa nya CikTeh akan baringkan dia dan terus bagi susu. Lau bagi masa tengah dukung memang dia tak nak jangan kan nak minum nak tengok pun dia tak nak melainkan dengan mama dia buat macam mana pun dia minum je. Kadang2 bila dia lapar sangat kita letak je botol tuh dia akan merangkak amik sendiri. Tapi sekarang dia jarang minum susu. Ari tu my sis cite sepanjang jalan balik Dari Rompin ke Besut, satu botol susu pun tak habis. Nasi pun makan 3,4 sudu je. Tapi alhamdulillah lau pun macam tuh selera makan dia tak pernah kurang. Pantang nampak orang makan dia akan terkam cuma makannya sikit je lah. And my baby dah start bertatih. Dia memang baby yang berani. Telatah dia sentiasa mencuit hati kami. Tak de dia sunyi rumah. Dan sejak jadi bibik nih kerja masak memasak agak berkurangan lagipun masak tak de sapa nak makan. Lau masak pun masak yang simple2 je. Malam baru ramai orang nak makan. Yelah siang hari kat rumah just CikTeh, Amani and adik CikTeh je. CikTeh makan ape yang ade je kat dapur tuh. Kadang2 cicah air ngan biskut pun ok je. Adik CikTeh lak jangan kata lah memang siang jarang makan. 

Berbalik pada kerja bibik nih, actually CikTeh suka buat kerja2 rumah nih tapi CikTeh cukup pantang dan tak suka orang yang tak hargai apa yang CikTeh dah buat. Selagi CikTeh leh sabar CikTeh sabar tapi kita kena ingat sabar seseorang tuh pun ada batasnya. Alhamdulillah sabar CikTeh boleh tahan lagi. Lau kita buat dengan niat yang ikhlas insyallah hati kita tak sakit dan kita akan rasa happy je bila buat kerja tuh laupun tiap2 hari kita buat kerja yang sama je. Tapi kan dalam banyak2 kerja rumah, satu benda tu yang CikTeh paling malas nak buat and biasanya my mum lah yang selalu buat. Kerja rumah tuh adalah lipat kain dan simpan dalam almari. Lau bab basuh dan jemur leh tahan lagi tapi lau bab lipat dan simpan baju2 tuh memang liat. Kadang2 my mum dah siap lipat pun malas lagi nak p simpan baju2 tuh. Tapi kadang2 kesian kat my mum CikTeh simpan and lipat gak lah tapi jarang2 lah.

Setakat nih rumah bahagian bawah memang tiap2 hari sapu, lap dan mop tapo bahagian atas tak berkesempatan nak buat lagi sebab bahagian atas nih susah sikit tambah lak ade baby nih. Nak buang sawang2 tuh bukannya senang. Nak kena naik tangga segala. Lau setakat lap kipas tuh boleh tahan lagi tapi lau bab sawang2 nih cerewet sikit. Insyallah kerja2 sawang2 nih hujung minggu buat bersama my mum. Dan kerja2 kat luar rumah juga belum di beresing lagi sebab cuaca la ni tak mengizinkan. Asyik hujan je...maklumlah musim tengkujuh la ni. Dan sebab cuaca ni juga CikTeh tak dapat bawa Amani kua jalan2. Cian dia terperap dalam rumah je. Nasib baik cuaca sejuk so dia tak banyak ragam. 

Ermmm...ok lah semua CikTeh dah rasa ngantok so kita sambung berceloteh lagi ye lagipun esok nak kena bangun awal nih ^_^ so gud nite and sweet dream semua.

Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota: Rasa macam perasaan benci ade je dalam diri sekarang. Perlu ke???

Total Pageviews