Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label Hometown. Show all posts
Showing posts with label Hometown. Show all posts

Monday, 23 September 2013

:: PTM ::

Assalamualaikum...

Ke mana korang hujung minggu lepas? Macam CikTeh berkesempatan balik kampung. Bukan balik saja-saja tapi balik sebab menhadiri peperiksaan PTM. Apa tu PTM? Mai sini nak habaq  sikit. PTM is stand for Pegawai Teknologi Maklumat. Mesti korang ada yang pernah hadir exam ni kan. Sebelum ni CikTeh pernah hadir exam PTD and now baru je lepas exam PTM. PTD lepas CikTeh gagal and untuk PTM ni x tau lah dapat tak. Hopefully dapat lah sebab yang ni under kerajaan Terengganu (ayat macam senang nak dapat kan....). Macam biasa lah pi sana bertemankan kak ngah as our driver, ma and my nieces, Amani dan kakak. 

Itenary of my exam PTM:

20.09.2013 :
 10.00 p.m - naik bas kat Hentian Putra go back hometown

21.09.2013 :
 05.30 a.m - reached at my hometown and fetched by my sis 
                   05.45 a.m - bersiap untuk hadir exam
                   06.45 a.m - bertolak ke Pusat Konvensyen TTI, Kuala Terengganu
                   08.10 a.m - Tiba kat TTI and having breakfast.
                   08.30 a.m - Masuk dewan exam
                   08.35 a.m - Exam mula untuk seksyen A bahagian I
                   09.45 a.m - Exam seksyen B bahagian I
                   11.00 a.m - Exam seksyen B bahagian II
                   12.00 noon - Went to Museum Terengganu
                   02.00 p.m - Rest, solat, and  lunch at Batu Buruk
                   03.30 p.m - going back home
                   4.45 p.m - Berenti rehat sebab driver mengantok. So CikTeh, Amani and my                                      ma having Hi-Tea + ICT (Ikan celup tepung)  
                   6.15 p.m - Sampai rumah. Before tu singgah pasar malam.

22.09.2013 : 

Bangun pagi then kemas rumah. Then masak untuk lunch segala. Sempatlah merasa durian kampung yang ma CikTeh simpan. Petang lepak-lepak ngan family sambil layan anak buah. Pas maghrib siap-siap untuk naik bas balik KL. Dalam pukul 9.05 minit bas gerak dari stesen bas Jerteh ke KL. Masa salam-salam ngan ma, kak ngah and kakak, Amani dah merengek nak ikut CikTeh naik bas. Lau dulu kakak yang suka buat perangai macam tu, la ni Amani lak. Terpaksa cakap yang CikTeh naik hantar beg dulu baru turun balik amik Amani. Lau tak cakap macam tu memang meraung lah kat situ na ikut. Itu pun pas nampak CikTeh lambai-lambai atas bas pun meragam. Nasib bila pujuk naik mainan kat situ baru ok. Dalam perjalanan balik ke KL, terdetik nak mesej my cikgu tanya khabar. Alhamdulillah dia sihat walafiat. Mesej pun tak lama tapi sempat lah bincang pasal kami. Last-last terlena dengan linangan air mata rindu (over kau).

23.09.2013:

Sampai Hentian Putra dalam pukul 4.30. Laju gak lah bas ni. Tunggu kaunter LRT buka lepak kat situ je. Pukul 6 terus naik LRT balik Sentul. Sampai Sentul terus sambung tidur then bangun siap pi keje. 

Itu je lah kisahnye......


Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Tak sabar dan nervous gak lah nak tunggu hujung tahun ni. Harap-harap CikTeh boleh menerimanya dengan hati terbuka. Begitu juga dia.......Permudahkanlah Ya Allah

Friday, 5 July 2013

Jabi ----> Dungun ----> Kemaman ----> Rompin ----> Seremban ----> Sungai Buloh ----> KL ----> Kepong ----> Jabi

Assalamualaikum...

Wow tajuk entry nye panjang sepanjang trip kami je kan....hihihi....actually ni nak cite pasal hujung minggu yang lepas. Alhamdulillah hujung minggu CikTeh kali ini awesome gak lah sebab my family naik KL (entry lepas pun da sebut depa naik KL kan). So family CikTeh mulakan kembara depa bertolak dari kampung tercinta kampung Jabi paginya menuju ke Dungun untuk menghadiri kenduri kawen rumah saudara. Lepas perut pun dah kenyang segala, depa menuju ke kampung Lubuk Lesung, Kemaman pula bertemu bakal besan my ma a.k.a my future MIL. Alhamdulillah senang je nak cari rumah mak esah (my future MIL). Tak lama pun kat kemaman sebab kembara depa jauh lagi. Beruntung depa dah dapat jumpa my future MIL. Tak macam CikTeh ni sampai la ni belum kenal lagi mak esah tu. Just tengok gambar and dengar suara je. Bertabah lah CikTeh. Raya nanti leh jumpa kan. Bertabahlah lagi ye CikTeh. Selesai kat Kemaman, depa teruskan lagi kembara depa ke Rompin, rumah besan my ma. Actually depa de misi penting kat sana. Depa bermalam kat sana semalam before bertolak ke Seremban. 

CikTeh suka lau ke Rompin sebab kat sana boleh pancing udang kat sungai Pahang belakang rumah Mak Besah je(tadi mak esah ni mak besah lak ye....). Mak Besah buat bisnes sewa bot untuk kaki pancing. Dan yang paling suka sangat pi Rompin ni adalah menu yang family mak Besah sediakan. Menu wajib semestinya udang galah. Tiap kali nak makan udang galah mesti ada. And baru-baru ni my ma cakap depa di jamu ngan seafood je. Ketam yang besar, udang galah yang besar lagi segar dan lain-lain lagi. Semua lauk pauk tak de langsung sayur. Semua tu buat CikTeh meleleh air liur....hihihihi. Walaupun CikTeh alergik ngan seafood, makan tetap makan sebab my febret ketam. Alergik belakang kira. Pagi sebelum depa bertolak ke Seremban, Mak Besah bawa my ma, my aunt melawat kebun depa. Apa lagi bila dah melawat kebun tu macam-macam la hasil yang depa dapat. Tak cukup kat kebun, Mak Besah tapaukan lagi makanan lain untuk di bawa ke Seremban. Nasib baik bawa Kenari je lau bawa lori mesti ada lagi mak Besah nak bagi. Untuk cucu tersayang tak yah cakap lah memang tak pernah balik kosong si Amani tu. Bekal makanan saja dah 2,3 beg. Beruntung Amani dapat nenek macam tu. Concern sangat kat cucu. Tokma pun apa kurangnya kan Amani. Walaupun Amani kurang rapat ngan nenek dan tokki kat Rompin tapi kasih sayang tetap tak berkurang.

Habis misi kat Rompin, depa gerak ke Seremban. CikTeh ngan my aunt family gerak esoknya ke Seremban. On the way ke Seremban, jam tak yah cakap lah. Lau normal kita leh sampai Seremban dalam 45 minit la dari KL tapi hari tu 2 jam k. 


Semua dah penat dah harung jam

See.....punya lah panjang....
Sampai Seremban rehat-rehat sambil tengok plane ngan anak buah and sepupu. Sebelum tu kami melantak dulu sebab dah lapar sangat. Berselera kami menjamu sebab semua lauk kampung dengan ulam ulaman bagai kan. Siap mencekik, rehat-rehat sambil makan lagi sebab makanan banyak sangat. Itupun my SIL suruh goreng lagi fast food dalam peti ais tu. Memang tak lah kan sebab badan pun tak larat ngan perut kenyang yang amat. Plan asal nak buat BBQ kat tepi pantai PD tapi memandangkan semua dah kenyang and malam tu pula ada game bola, langsung cancel. 


Siakap pelbagai rasa
Nampak simple tapi menyelerakan
Kuah siakap on da way
Hasil tangkapan untuk santapan kami malam tu
Akhirnya ke dalam kuali jua
Siakap stim
Esoknya before gerak ke Sungai Buloh, kami singgh kat Muzium Askar kat Seremban. 


Suka la Tokma dapat jalan-jalan ngan cucu

Excited Aman tengok fish ngan che long

Panas2 pun jadi je posing

Nur Amani Batrisyiah

Kakak and Adam

Manja-manja ngan ayoh chik 

Adoiyaiii....CikTeh dok ready lagi ni mama wei

Seronok Amani...ayoh Dotayang betis nampak :-)

Mama Amani gemok...yeeeeaaayyyy :-)

Besau nye sunglasses Cdo
Dh habis round satu muzium tu kami terus gerak cari makan. After lunch kami teruskan perjalanan ke IKEA mencari barang-barang adik CikTeh dan barang-barang lain. Family Cdo and Ayah Do yang banyak shopping. Actually kami sesat cari pintu keluar. 4,5 kali pusing akhirnya jumpa gak pintu keluar. 


Kat IKEA depa je banyak shopping...

Dah dapat keluar, tunggu lak family Cdo habis shopping. Dah settle kami gerak ke shopping mall lain lak sebab barang-barang adik CikTeh de lagi yang tak settle. Dalam pukul 9 lebih kami terus gerak ke Sungai Buloh. Sampai sana kami di sambut oleh adik Mak cik dan terus di jamu dinner. Seronok dinner rumah depa sebab semua segar-segar dan hasil peliharaan dan tanaman depa sendiri. Habis menjamu selera, CikTeh dengan family Cdo gerak balik ke Kuala Lumpur memandangkan esok semua kerja. Ikut hati nak join my family hantar adik ke Kepong tapi dah kerja so cancel. Esoknya selepas hantar adik kat FRIM, Kepong berkursus sebagai Renjer Hutan selama setahun, my family terus gerak balik Terengganu. Depa konvoi 2 keta je. Dan alahamdulilah depa semua selamat sampai. 


Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Ujian yang melanda membuatkan saya lebih kuat....insyallah.....semoga kami tabah dalam menghadapinya...amin

Tuesday, 14 May 2013

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum....

Selamat hari Ibu buat mereka yang bergelar ibu, mama, mami, mak, bonda, mek, dan seangkatan dengannya. Alhamdulillah ma CikTeh masih lagi di beri kesihatan yang baik dan dapat meneruskan hidup bersama-sama anak cucuya. Untuk hari ibu kali ni  kami celebrate awal sikit sebabnya time hari ibu semua dah balik KL. Actually CikTeh pun tak tahu yang my sis nak celebrate tup-tup dapat mesej dari  my sis bagitahu yag dia dah belikan kek. So dia suh CikTeh prepare air and makanan lain. Kelam kabut CikTeh pi bancuh air dan goreng nudget sikit. Itupun nasib baik ada makanan ringan dalam peti ais. Tunggu nye tunggu my sis pun sampai lah rumah then terus bawa kek ke dapur tapi tak dapat bawa masuk sebab my mom ada kat dapur tengah masak. Nak tak nak kami buat bodo je bawa masuk then terus bawa ke beranda dapur. Awalnya my mom dah nampak tapi tak tahu lak yang kek tu untuk dia. Ingatkan my sis beli saja-saja. Dah prepare segala panggil la my mom then masa tu lah dia agak terkejut and senyum je.......Panggil mak semua untuk potong kek dan makan-makan sikit. Untuk hadiah lak CikTeh plan memang nak beli and nak pos tapi tak tau nak beli pe. Last-last pikir balik beli untuk besday dia nanti je lah. Ingat nak beli jam tapi my mom ni sensitif sikit kulitnya. Silap beli membazir la jawabnya tak pakai. Nak beli beg or purse memang dah banyak dah dalam almari dia tu. Kadang-kadang dia tak sempat pakai pun rosak gitu je dalam almari. Tapi biasanya anaknya yang sorang ni la tolong pakaikan.....hahahahaha.....Setakat ni masih lagi mencari-cari hadiah apa nak bagi kat my mom untuk mother's day dan besday dia kali ni. Lau boleh nak yang special la sikit. Memang every year tak pernah miss bagi my mom hadiah laupun hanya sekeping kad. Bila tak bagi ni rasa macam ralat sikit. Itu yang besday dia nanti nak bagi special sikit. Kat bawah ni ada lah beberapa keping gambar yang sempat CikTeh cilok kat fb my sis....

Mother's Day Card for My lovely Mother....
CikTeh kenak ^_^
Simple je sambutan hari ibu...last minute 
Ni lah mak ngan ma kami
Peace from Amani
Suka sangat makan kek......tapi memang kek tu sedap sengoti
We love ....muahhhhh
Ni siap-siap nak pi hantar CikTeh naik bas
Berebut nak buah cherry padahal bukan sedap pun
Tak habis-habis ngan peace dia

 Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Tak sabar nak tulis entry HARI GURU lak ^_^


Wednesday, 15 August 2012

10 Malam Terakhir


Pejam celik -pejam celik dah sampai 10 malam yang terakhir kita sambut Ramadhan. Ayuh semua sama-sama bekerja keras tingkatkan amalan kita dan terus beramal walaupun  Ramadhan hampir melabuh tirainya. Time ni la kita nak doa banyak-banyak sebab doa orang yang berpuasa adalah amat lah mustajab. 2 lagi golongan yang berpuasa yang mustajab doanya adalah orang yang musafir dan orang yang dizalimi. So perbanyakkanlah doa kita di bulan Ramadhan ni and one more thing that we shloud know is mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi dari wangian kasturi. Lau tak caya kat bawah ni ada hadis yang menyatakan hal tersebut:


“Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’” (HR. Muslim no. 1151).

Puasa-puasa juga tapi apakah puasa kita tu diterima Allah dan sempurna?Insyallah diterima dan berusaha untuk yang terbaik. Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tapi juga berpuasa anggota badan dari melakukan perkara-perkara yang lagha, dan dimungkari Allah. 

Amacam dapat berapa pingat sepanjang sebulan berpuasa ni? Penuh ke dapat 3 pingat or sekadar dapat 1 pingat macam DLCW and Pandalela? Mengikut ustaz yang bagi ceramah semalam kat surau, sesiapa yang dapat 3 pingat dalam tempuh sebulan berpuasa ni alhamdulillah dia happy dan ikhlas berpuasa dan beramal ibadat tapi bagi mereka yang tak dapat  pun tak pe tidak bermakna tak ikhlas melakukannya cuma kurang sikit la kesungguhan and tak cukup untuk redeem dapatkan 3 pingat tu and jangan putus asa sebab tahun akan datang cuba lagi and jangan tunggu Ramadhan je baru nak beramal bagai ye sebab semua ni free je cuma malas and rajin je....semua ni peringatan bersama terutama CikTeh yang ..bulan-bulan lain pun kena beramal juga kan. Apa yang 3 pingat tu ye? ok 3 pingat tu salah satunye Malam Lailatulqadar. Memang bertuah la sapa yang dapat Malam Lailatulqadar tu. 2 lagi tu CikTeh lupa lak apa dia insyallah nanti lau dah ingat CikTeh update balik. Ustaz tu cakap juga yang malam ni merupakan malam lailatulqadar di mana malam ni merupakan malam ke 27 umat Islam berpuasa...insyallah sama-sama kita merebut malam tersebut....        

Amacam persiapan raya korang? Apa tema raya korang tahun ni? wah meriah raya siap bertema bagaikan....CikTeh tahun ni tema pelangi sebab yang lain dah de family sendiri so depa of course la ada tema sendiri tapi yang bujang-bujang ni macam Cikteh ngan my mom tak de la nak ikut tema sama just apa yang ada cukup la. Adik laki Cikteh pun lau pun bujang of course la nak tema citarasa sendiri kan or sama tema ngan awek masing-masing....budak-budak zaman sekarang kan. Macam CikTeh lak tak de nye nak sama tema ngan my cikgu sebab duit masing-masing suka hati la kan nak pilih color apa bagaikan lagipun sama ke tak sama janji raya tetap disambut meriah..hi3..CikTeh ala kadar je lagipun tahun ni memang feel nak beraya tu kurang sikit sebab balik lambat, tak sempat nak main bunga api ngan anak buah, nak pasang pelita sesama, pi terawih kat kampung, buat biskut, kemas rumah dan yang paling tak best sebab tak sempat nak tolong my mom buat preparation raya. Tapi semangat nak balik kampung memang menggunung tinggi and sempat la berbuka sehari ngan family nanti...he3....persiapan raya CikTeh macam biasa je....baju pun 2 pasang je and as usually I made mini popia for  raya. Yang lain sponsored by my siblings such as biskut raya, kerepek and so on. Juadah wajib kami ketupat, tapai and sate tak tau la my mom buat sendiri or tempah sebab tak de orang nak tolong my mom and my mom pun bukan sihat sangat. And baru di beritahu oleh my sis yang my mom ada darah tinggi and sekarang tak leh miss makan ubat. So pity on her and so worry. Harap-harap tahun ni raya meriah sebab all my family dapat berkumpul di pagi raya and pi ziarah kubur sesama and snap picture raya reramai. 

Tahun ni gak first time nak kasi anak buah duit raya. Sampul raya pun Cikteh design sendiri tapi tak tau la sempat tak  nak pi print. Lau tak sempat guna untuk raya tahun depan je la...hi3.....baju untuk diaorang pun tak beli lagi. Tak de masa lagi nak gi beli, ari tu pun just sempat beli baju raya CikTeh je. Insyallah on the way ke S.Alam nanti singgah kat mana-mana beli.

Kepada yang pulang beraya ke kampung hati-hati ketika memandu dan sebelum tu pi check kenderaan anda dulu agar tiada masalah di kemudian hari. Make sure rumah ditinggal dalam keadaan selamat. Semoga selamat sampai dan kembali. 


CikTeh with my slite board.....limited and special edition ^_^

I like it so much...thanks for my friend and special dedicated this for my cikgu
(alhamdulillah my cikgu also like it ^_^)
Everything is secret and meaningful for me



Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Nak merajuk lagi kah???tapi tadi macam dah ok......whatever

Thursday, 31 May 2012

RINDU BAYANGAN


Wah tajuk entry macam tajuk lagu je.....Sedih dan menangis CikTeh sensorang bila dengar suara my mum and my cute niece. Tahan je tadi tak nak kasi my mum tahu yang CikTeh menangis sebab rindu kat diaorang. Dapat je cakap dengan my niece (kakak), minta CikTeh balik. Banyak kali minta CikTeh balik. Rindu benar dia kat CikTeh. CikTeh pun rindu kat my cuties anak buah. Rindu nak gaduh dengan kakak, rindu nak bawa diaorang naik motor pusing-pusing kampung, pergi taman dan main nyorok-nyorok.

Waaaaaaaaaaaa........rindunyeeeeeeeeeee........Dah ler duk rumah sensorang. My aunt balik kampung cuti sekolah. 2 minggu lak tu cuti and insyallah awal bulan depan CikTeh move out to Bandar Baru Sentul duduk menyewa dengan Zura (my training partner). Lau ikutkan nak je menumpang duduk rumah my aunt ni tapi sebab tak nak susahkan diaorang and kacau privacy so CikTeh decided move out. Lagipun bukan nye sekejap, 6 bulan tuh nak menumpang. Dah ler tak bayar apa-apa kan. So segan lah CikTeh.

Seriously tak sabar nak balik kampung raya nanti. Mengikut staff  Lensa, raya sebelum ni company  bagi cuti seminggu untuk raya. Tapi tahun ni tak sure lagi berapa lama. Harap-harap seminggu gak so boleh lah CikTeh beraya lama-lama sikit. And tahun ni tak tau lagi sempat tak balik tolong my mum buat persiapan raya. Harap-harap juga dapat balik kampung beberapa hari sebelum raya dan harap-harap lagi baju raya siap lau tak siap gak tak tahu la sebab my mum dah pi hantar jahit. May be akan beli sepasang lagi yang dah siap untuk back up.

Wah puasa belum lagi sebuk duk bercerita pasal raya ^_^. Ari ni janji dengan tuan rumah sewa nak bank in deposit duit, sekali tak dapat nak depositkan atas kesilapan teknikal mesin dan kami sendiri. So kami tangguh bayar isnin ni. Tuan rumah cakap ok je. Tak sabar nak move out tapi masih lagi mencari orang untuk tolong hantar barang-barang ke rumah sewa. Nak mintak tolong my uncle dia balik sini esok by bus. Nak tunggu my aunt balik lambat sangat. So, may be angkut sendiri dengan public transport. Anyone want to help me???

Ari ni juga berjaya menolong Kak Ila and Zura arrange library dengan jaya nye just part labelling je belum settle lagi. Sungguh seronok buat kerja kat library dari buat design hehehehehe……tapi tadi terserempak dengan En.Tajul  and kena buat 2 lagi design untuk logo Taman Negara. Semalam lagi sebenarnya dia cari CikTeh kat Animation Department tapi CikTeh sibuk kat library tolong Kak Ila dengan Zura. Nasib dia tak mengamuk dan marah-marah macam dulu. Lau dulu aduhhhhhhhh……macam-macam kena sembur dengan dia. Nasib CikTeh sabar je. And berkat kesabaran Alhamdulillah En.Tajul ok sekarang tapi kena hati-hati gak sebab kita tak leh jangka bila angin putting beliung dia nak datang kan.

Untuk logo tu CikTeh kena siapkan sebelum En.Tajul outstation ke Taman Negara kat Terengganu, Kelantan dan Pahang selama 3 minggu bulan 6 nanti. Eh…..tak lama dah nak masuk bulan 6 so that’s why CikTeh bawa balik kerja dia buat kat rumah separuh. Lau ikutkan memang CikTeh tak suka bawa balik kerja opis kat rumah sebab kat rumah is my rest time tapi nak buat macam mana kan dah tugas and agak urgent. And semalam dah start casting untuk Taman Negara and tadi ingat nak pi tengok diaorang buat casting kat studio tapi dah dapat tugas dari Tuan Pengarah En.Tajul so tak dapat nak sertai. Harap-harap ada kesempatan lagi nak tengok dan belajar macam mana diaorang buat casting tu.

Ehhhh...panjang nye entry kali ni....asalnye nak cerita pasal sedih rindu kat my family sekali tercerita pasal kerja hari ni lak ye.....he3......ok lah CikTeh out dulu nak sambung buat kerja Tuan Pengarah ni lak. Kan tak siap kena sembur baru tau hehehehehehe

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Dah masuk sebulan 2 hari dah CikTeh training kat Lensa. Perasaan nak withdraw macam dah nak terhakis.....alhamdulillah berkat doa agar dipermudahkan segala urusan....amin 

Wednesday, 23 November 2011

Jabi Forever

Assalamualaikum...

Alhamdulillah CikTeh dah sampai kat kampung pagi tadi dan di jemput adik setibanya kat stesen Jerteh. Sampai rumah tukar baju and rehat segala, siap untuk follow my sis pergi seminar kat TM Rusila. Seminar nih berlangsung 2 hari and Cikteh follow my sis sebab kena jadi bibik sepanjang seminar berlansung. And pagi tadi semasa dalam bas CikTeh boleh tak perasan yang my mum call banyak kali serta mesej sebab risau dia call Cikteh tak angkat and mesej tak balas. Actually CikTeh bukan sengaja buat my mum risau tetapi CikTeh memang tak perasan lagipun handphone CikTeh letak dalam beg kat kaki. Sedar2 pun my sis call. Lagi satu silap CikTeh tak selalu update kat my mum CikTeh dah sampai mana seperti sebelum2 nih memang selalu update kat my mum so bila jadi macam nih mana tak keruan risau kat si anak dara dia nih sorang. Sepanjang perjalanan balik semalan hujan tak henti2 turun start dari Kl sampai lah ke Jabi and tadi masa on the way mai TM Rusila nih CikTeh tengok banyak tempat dah dinaiki air and seakan2 lautan gitew.....banyak sungguh air duk melimpah lau ujan masih berterusan juga tak mustahil akan melimpah ke jalan raya. Tadi pun sempat jenguk rumah my nenek pun sama dah dinaiki air. Kenduri 25hb nih tak tau lah macam mana. Harap2 berjalan dengan lancar walaupun keadaan agak basah. And paling terkejut gak lah walaupun bukan hal besar pun hal remeh temeh gak lah, beg yang CikTeh letak kat kaki tuh basah lenjun tak tau mana datangnye air dalam bas tuh. Time nak turun bas baru perasan yang bas sedikit banjir. Nasib baik dalam beg kertas tuh just letak alat solek and baju yang kotor. Ok lah nanti kita sambung berceloteh lagi ye sebab Amani dah bagi sign nak bangun tido.....

Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota: Saya dah habis belajar ^_^


Tuesday, 22 November 2011

Balik Kampung

Assalamualaikum...


Ermmm.....lagi beberapa jam lagi CikTeh nak naik bas balik kampung. Tak sabar rasanya nak tunggu beberapa jam yang ade tuh. Sekarang CikTeh berada kat kampus tunggu report fyp siap. Tadi dah p kedai print tuh tapi   abang kedai tu cakap may b petang sikit kot dalam kol 5 baru sampai. Ermmmm.... menunggu e2 satu penyeksaan.....nasib tergerak nak bawa laptop sekali tadi so leh lah ber blogging and ber fb seketika sementara tunggu p amik report fyp. Harap2 kol 7 tak ujan kat KL nih lau hujan gak memang sukar untuk bergerak menuju ke stesen bas. Nak amik teksi macam tak boleh sebab matawang kurang memberangsangkan ^_^ lagipun tadi masa nak gerak p Kampung Baru dah amik teksi. Tadi pun ingat kan nak naik LRT je tapi dah kebetulan teksi kosong naik je lah lagipun nak bawa beg yang berat tuh lagi ngan beg kamera segala. Galas beg laptop pun dah berpeluh ketiak bagai. And harap2 balik kampung malam nih tak terkandas dek banjir yang sedang hangat melanda kat Terengganu. Harap2 tak de jalan tutup and bas boleh lalu dengan senang hati. Serius tak sabar nak balik kampung jumpa my family and tak sabar juga nak rewang kenduri mak cik Jumaat nih. Ok lah CikTeh stop sini dulu nanti ada masa Cikteh berceloteh lagi ya. daaaaa.......


Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota: Sejuk yang amat kat kampus nih macam duk London pun hado ^_^

Tuesday, 17 May 2011

Jabi

Assalamualaikum....


CikTeh selamat sampai ke kampung awal pagi semalam. Ma CikTeh yang datang amik kat stesen bas sebab xde orang lain dah kat rumah. Adik CikTeh kena p pulau perhentian buat kje, my sis lak bercuti balik rumah mak mentua di rompin. Sekarang nih dah otw balik dalam 1,2 jam lagi sampai lah tu. Tiap kali balik kampung ade je perubahan yang dibuat dalam rumah nih. Lau x perabot yang bertambah mesti perhiasan rumah yang bertambah. Biasa lah my mom nih memang suka lau bab membeli dan menambah nih tapi bab mengemas adoiyaii......tunggu CikTeh balik ler baru terurus skit. 


So semalam sampai rumah x tdo sebab nak tunggu subuh. Pas subuh ingat nak tido sebab penat tapi x ngantok lak. Tunggu my mom p kerja then start kemas rumah. Nak tengok astro tapi problem lak x tau ape kes boleh dengar suara je gambar x kua. Patut my mom asyik lepak dapur je rupanya astro problem lau x tv kat dapur tu memang jarang sangat terbuka nya. Lagipun tv kat dapur tuh just leh tengok channel 1 dan 2 je. Channel yang sungguh bosan (ceit...mentang2 dah de astro lau dulu channel tuh lah dok brebut tengok). 


Selesai kemas rumah baru lah rasa ngantok dan penat sangat. Tapi sempat lagi on lappy tengok fb and ingat nak update blog tapi dah ngantok x jadi lagipun line kat kampung nih slow sangat. Tido sat dalam kol 2.30 bangun masak. Just masak asam pedas ayam ngan goreng ikan kukus je sebab lau masak banyak2 membazir gak sebab xde orang makan e2 pun hari nih br habis lauk tu CikTeh habiskan. Ari nih lak macam biasa bangun kemas rumah tapi relex sikit sebab semalam dah kemas so ari nih just sapu2 je.......tapi nak mop malas lagi ^_^


Siap kemas x tau nak buat ape nak buka lappy malas (semua benda malas kan..huhuhuhu) so baring2 kat sofa sambil kipas badan terlelap. Tapi baru je nak lelap dengar lak mak panggil ajak p rumah mok tie. Ok gak sebab dok rumah pun bosan gak p rumah moktie ade gak budak2 buat main. Siap p rumah mok tie tapi dia lak xde p rumak pak mentua dia tapi masa tel tanya tuh dia dah nak balik so tunggu la kejap depa sampai. Sampai je depa tuh terus ke dapur prepare buat pengat pisang. Tujuan mak ajak p rumah mok tie pun memang sebab nak makan pengat tuh. So pas setel makan semua balik lah sebab petang nih depa dah nak balik Jeli sebab esok kan dah sekolah. Ni pun CikTeh ngah tunggu my sis sampai x sabar nak main ngan anak buah CikTeh Amani. X tau la si Irma tuh ikut my sis balik ke x. Lau balik bestnye leh dia teman CikTeh sepanjang cuti nih. My mom lak kol 7 baru balik keje. Lama giler my mom kje masuk 3 pagi balik kol 7. cian my mom. Macam tuh lah my mom bila ada orang kursus kat tempat dia. Maklum lah tukang masak so lau ada orang kursus kena lah keje shift. 


Ermmmm......baru dua hari kat kampung nih. Ada lagi 2 bulan lebih apa lah CikTeh nak buat ek? Cepat2 lah astro baik seperti biasa bosan sangat dah ni. CikTeh, cuti2 juga fyp jangan lupa......yup fyp 2....i need to finish my design for game. So x leh nak relex sangat ^_^ 


Adios Amigos


~ Sekian ~

- CikTeh-


Petang semalam  ..>>>>> CikTeh: sapo kawen ma (sampai tengok kat kad jemputan)
My Mom: Orang lain kawen belako doh
CikTeh: Ore tunggu ma kawen dulu (sambil sneyum dan berlalu masuk ^_^)


Kaki Nota : Insyallah ma, ada lah tu jodoh CikTeh cuma belum tiba masa je lagi. CikTeh doakan agar ma panjang umur ^_^

Total Pageviews