Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label raya 2012. Show all posts
Showing posts with label raya 2012. Show all posts

Saturday, 10 November 2012

Seremban

Assalamualaikum...

Hai semua.....meriah beraya? Bagi CikTeh kurang lah meriahnye sebab beraya kat kampung orang. Mesej my mom pun dia cakap tak ke mana pun just tunggu orang hantar daging je. Then tengah harinya my mom and yang lain gerak pi rumah che long sebab dia da buat makan-makan sikit. Che long memang tiap kali raya dia akan buat makan-makan. Tak yah tunggu raya pun lau pi rumah dia memang tak sah lau tak di jamu. Apa yang ada kat dapur tu semua di angkut keluar lah. Sebab tu rezeki dia dan family amat lah murah. Family dia pun baik-baik belaka. Lau buat kenduri tak de che long ni memang tak meriah. Dia juga jenis yang tak suka berkira. Latest news yang CikTeh dapat anak sulung dia aka kak long dah pregnant. Tahniah for both of them. Hope everything is ok. 

Ok, raya kat Seremban biasa-biasa je. Bangun awal  pagi, mandi then siap segala makanan and hidang kat meja. Sementara tunggu orang balik sembahyang (kantoi tak pi solat hari raya..he3) bergambar sekeping dua. Nak snap lebih-lebihkan rumah orang kan. Ingat kan hari raya pertama ada la korban and boleh la pi tengok sambil snap picture tapi rupanya tak de. Depa buat keesokkan hari nya. So hari raya pertama tu kami just lepak kat rumah sambil tunggu orang datang. So bosan kan. Tambah bosan bila berada di rumah orang. Pergerakan agak terbatas. Kami banyak habiskan masa duk dalam bilik if tak de apa nak buat.

Hari raya ke-2 kami tak sempat nak tengok korban sebab subuh-subuh hari kami dah kena bertolak balik ke KL memandangkan kami hanya cuti sehari sahaja. Alhamdulillah kami sampai opis sebelum 8.30. Sampai opis kami kenduri ramai-ramai sebab masing-masing bawa juadah raya haji.



Walaupun beraya di kampung orang bergaya di pagi raya tetap ada ^_^

Di copy and paste dari FB

Thursday, 25 October 2012

Salam Aidiladha 2012

Assalamualaikum...

Ermmmmm.....pasti dah ramai yang dalam perjalanan balik kampung kan? CikTeh tahun ni raya kat Seremban je. Tak dapek den nok balik berayo dongan omak den. Cuti raya sehari je. So nak balik serba salah lak kan penat lagi. So raya ni just ikut kak anis (staff lensa) balik kampung dia kat Soromban. Agak sedih juga sebab first time beraya kat kampung orang. Semalam call ma bagitahu yang den tak dapek balik kampung. Ma cakap tak pe la lagipun CikTeh baru je start keje (alhamdulillah dah di absorb) so tak kan dah nak amik cuti kan. Ma ada cakap yang raya haji ni semua orang tak balik. Agak sedih la dengan kata-kata my mum tu tapi nasib baik gak la my sis and my bro ada. Tapi my mum cakap dia tak nak masak pe pun (maksudnya raya nanti tak de masakan yang special from her) tapi my mum tu cakap je tak nak buat pe last-last paling kurang pun bihun goreng dia masak gak...he3. Tak tau la bila leh balik kampung lagi. Alhamdulillah hari ni 9 Zulhijjah CikTeh ngan staff yang lain berpuasa sempena ibadat wukuf di Arafah. Antara kelebihan puasa 9 Zulhijjah antaranya diampunkan dosa selama 2 tahun. Maksud 2 tahun tu adalah dosa setahun yang lepas dan dosa setahun yang akan datang. Selain itu juga ia merupakan hari pembebasan dari api neraka yang terbanyak. So kepada yang berpuasa hari ni tahniah dan syabas mudah-mudahan anda semua berjaya melaluinya dengan hati yang sabar dan tabah ye.So tadi CikTeh ada design satu kad raya haji untuk semua tau. Kad tu ada kat bawah ni :-)

Gambar yang digunakan adalah dari koleksi CikTeh dan ihsan dari pak cik gugel
^_^
Semalam gak masa chat ngan my mum dia cakap de mende nak cakap tapi tak boleh cakap masa tu sebab da kawan dia datang pasang penyangkut langsir. Agak berdebar gak ni apa ler yang my mum nak cakap tu kan. So la ni waiting call from my mum. Harap-harap jangan ler pasal tutttttttttt.....he3.

Ok lah masa rehat CikTeh hampir nak habis ni so kita sambung next entry ye. Last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk semua ^_^


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Macam mana nak tingkatkan prestasi dalam kerjaya ye? Oh my gucci sungguh mencabar buat CikTeh...hopefully CikTeh boleh buat orang sekeliling CikTeh bangga...insyallah....

Thursday, 6 September 2012

19 Syawal 2012


Wah dah masuk pertengahan Syawal dah kan kita. Still lagi mood raya dan open house. Dan masih lagi mood berpuasa. CikTeh insyallah esok lusa baru nak start puasa. Harap-harap dapat laksanakan. Sabtu nanti Lensa Film Sdn Bhd ada buat jamuan raya so jemput la sesiapa yang free datang ye. Esoknye lak rumah sewa CikTeh ada buat makan juga. Bukan open house pun open table je. Buat kecil-kecilan je jemput mana yang dekat je. Pada mereka yang tidak tidak dijemput tu jangan kecil hati insyallah tahun akan datang rezeki anda pula ye :-)

Macam mana raya korang tahun ni? soalan basi kan....hi3.....Bagi CikTeh meriah la juga sebab semua adik beradik ada pagi raya cuma abang yon je xde sebab raya rumah mentua dulu. Dan tahun ni ada la gambar kami satu family. 

ermmm...xde pe kot dah nak celoteh just nak tepek 2,3 keping gambar masa raya ri tu je.......jom tengok

ensem2 dah anak teruna CikTeh ni tapi pegang botol lak..he3

Anak-anak dara CikTeh yang comel dan manis di pagi raya :-)

wah macam satu family lak...hi3

Amani ngan Tok Where

Masih belum cukup ahli

Mak Ngah Mie & Pak Ngah Lim family

Mak Su Na & Pok Su Sham family

Kami yang single :-)

Kak Check & Abe Die family (kakak xde mood nak bergambar)

Ayah Chick & Chick family

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Tunggu sejam lebih dapat jumpa tak sampai 5 minit....cian my cikgu....sorry :-)

Wednesday, 15 August 2012

10 Malam Terakhir


Pejam celik -pejam celik dah sampai 10 malam yang terakhir kita sambut Ramadhan. Ayuh semua sama-sama bekerja keras tingkatkan amalan kita dan terus beramal walaupun  Ramadhan hampir melabuh tirainya. Time ni la kita nak doa banyak-banyak sebab doa orang yang berpuasa adalah amat lah mustajab. 2 lagi golongan yang berpuasa yang mustajab doanya adalah orang yang musafir dan orang yang dizalimi. So perbanyakkanlah doa kita di bulan Ramadhan ni and one more thing that we shloud know is mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi dari wangian kasturi. Lau tak caya kat bawah ni ada hadis yang menyatakan hal tersebut:


“Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’” (HR. Muslim no. 1151).

Puasa-puasa juga tapi apakah puasa kita tu diterima Allah dan sempurna?Insyallah diterima dan berusaha untuk yang terbaik. Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tapi juga berpuasa anggota badan dari melakukan perkara-perkara yang lagha, dan dimungkari Allah. 

Amacam dapat berapa pingat sepanjang sebulan berpuasa ni? Penuh ke dapat 3 pingat or sekadar dapat 1 pingat macam DLCW and Pandalela? Mengikut ustaz yang bagi ceramah semalam kat surau, sesiapa yang dapat 3 pingat dalam tempuh sebulan berpuasa ni alhamdulillah dia happy dan ikhlas berpuasa dan beramal ibadat tapi bagi mereka yang tak dapat  pun tak pe tidak bermakna tak ikhlas melakukannya cuma kurang sikit la kesungguhan and tak cukup untuk redeem dapatkan 3 pingat tu and jangan putus asa sebab tahun akan datang cuba lagi and jangan tunggu Ramadhan je baru nak beramal bagai ye sebab semua ni free je cuma malas and rajin je....semua ni peringatan bersama terutama CikTeh yang ..bulan-bulan lain pun kena beramal juga kan. Apa yang 3 pingat tu ye? ok 3 pingat tu salah satunye Malam Lailatulqadar. Memang bertuah la sapa yang dapat Malam Lailatulqadar tu. 2 lagi tu CikTeh lupa lak apa dia insyallah nanti lau dah ingat CikTeh update balik. Ustaz tu cakap juga yang malam ni merupakan malam lailatulqadar di mana malam ni merupakan malam ke 27 umat Islam berpuasa...insyallah sama-sama kita merebut malam tersebut....        

Amacam persiapan raya korang? Apa tema raya korang tahun ni? wah meriah raya siap bertema bagaikan....CikTeh tahun ni tema pelangi sebab yang lain dah de family sendiri so depa of course la ada tema sendiri tapi yang bujang-bujang ni macam Cikteh ngan my mom tak de la nak ikut tema sama just apa yang ada cukup la. Adik laki Cikteh pun lau pun bujang of course la nak tema citarasa sendiri kan or sama tema ngan awek masing-masing....budak-budak zaman sekarang kan. Macam CikTeh lak tak de nye nak sama tema ngan my cikgu sebab duit masing-masing suka hati la kan nak pilih color apa bagaikan lagipun sama ke tak sama janji raya tetap disambut meriah..hi3..CikTeh ala kadar je lagipun tahun ni memang feel nak beraya tu kurang sikit sebab balik lambat, tak sempat nak main bunga api ngan anak buah, nak pasang pelita sesama, pi terawih kat kampung, buat biskut, kemas rumah dan yang paling tak best sebab tak sempat nak tolong my mom buat preparation raya. Tapi semangat nak balik kampung memang menggunung tinggi and sempat la berbuka sehari ngan family nanti...he3....persiapan raya CikTeh macam biasa je....baju pun 2 pasang je and as usually I made mini popia for  raya. Yang lain sponsored by my siblings such as biskut raya, kerepek and so on. Juadah wajib kami ketupat, tapai and sate tak tau la my mom buat sendiri or tempah sebab tak de orang nak tolong my mom and my mom pun bukan sihat sangat. And baru di beritahu oleh my sis yang my mom ada darah tinggi and sekarang tak leh miss makan ubat. So pity on her and so worry. Harap-harap tahun ni raya meriah sebab all my family dapat berkumpul di pagi raya and pi ziarah kubur sesama and snap picture raya reramai. 

Tahun ni gak first time nak kasi anak buah duit raya. Sampul raya pun Cikteh design sendiri tapi tak tau la sempat tak  nak pi print. Lau tak sempat guna untuk raya tahun depan je la...hi3.....baju untuk diaorang pun tak beli lagi. Tak de masa lagi nak gi beli, ari tu pun just sempat beli baju raya CikTeh je. Insyallah on the way ke S.Alam nanti singgah kat mana-mana beli.

Kepada yang pulang beraya ke kampung hati-hati ketika memandu dan sebelum tu pi check kenderaan anda dulu agar tiada masalah di kemudian hari. Make sure rumah ditinggal dalam keadaan selamat. Semoga selamat sampai dan kembali. 


CikTeh with my slite board.....limited and special edition ^_^

I like it so much...thanks for my friend and special dedicated this for my cikgu
(alhamdulillah my cikgu also like it ^_^)
Everything is secret and meaningful for me



Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Nak merajuk lagi kah???tapi tadi macam dah ok......whatever

Saturday, 11 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Khas untuk semua blogger, saya mewakili Lensa Film Sdn Bhd mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN" untuk semua. Sempena bulan yang baik ni dan Syawal yang bakal tiba, terima lah hadiah yang ikhlas dari kami untuk semua........




Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Kehadiran Syawal akan lebih bermakna disisi yang tersayang ^_^


Friday, 10 August 2012

Jumaat


Salam Jumaat penghulu segala hari buat semua. Hari ni macam biasa duk office and buat kerja macam biasa. Waktu rehat tadi ikut kak anis ngan kak erni kua pi jenjalan kat Tesco. Saja ikut sambil-sambil cuci mata cari baju raya. Sambil-sambil tu juga survey hp sebab hp CikTeh yang ada ni problem ngan bateri and agak teruk dah sikit. So sambil-sambil survey tu grab la hp satu. Murah je and memang nak beli pun hp tu cuma tadi fikir better terus beli la so that esok just shopping baju raya je. Jimat dah masa kat situ kan. So beli la hp tadi seperti yang dikehendaki. Just beli yang murah je lagipun ok lah tu untuk orang yang keje tak de ni kan. Janji CikTeh boleh call and mesej orang sudah. Sebab kan hal tu gak kami bertiga masuk opis lambat.....hi3......lagipun masa on the way ke Tesco jam agak teruk. Itu menambahkan lagi kelewatan kami balik office.

Itu je yang CikTeh nak cite hari ni....tak dop idea nak tulis panjang-panjang lagipun hari ni tak de yang special nak cite just stay kat opis sambil layan internet.....daaaaa


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Excited duk explore hp baru...ko hado????hikhikhikhik

Total Pageviews