Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label Mother's day. Show all posts
Showing posts with label Mother's day. Show all posts

Monday, 12 May 2014

::11 Mei 2014 ::

Assalamualaikum...

Hari Ibu kembali lagi......seperti tahun tahun lepas ucapan untuk my mom memeng tak pernah miss. Tadi pagi call Ma tapi tak di angkat. Pastu dapat missed call and message dari Ma suruh call back. Cakap ngan Ma tak lama sebab sebak. Tadi pun cover je cakap tak nak Ma dengar CikTeh nangis. Tahun ni tak tahu lah nak bagi apa hadiah hari ibu. Hadiah hari ibu Ma tahun lepas pun Ma baru guna sekali. Orang kije kat dapur je sayang katanya nak bawa pi kerja. Plan nak bagi purse yang secocok ngan handbag tapi takde lak yang berkenan. Masih lagi duk pikir hadiah yang sesuai dengan my Ma. My Ma cakap tadi lau tak bagi pun tak pe sebab hadiah sebelum ni pun ade je yang tak guna lagi. Insyallah lau tak de hadiah hari ibu insyallah besday my Ma bulan 11 nanti kena double la :-)

Di kesempatan ini juga CikTeh nak ucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua ibu, umi, mama, mummy, mek, mak dan sewaktu denganya semoga hidup kalian semua diberkati-Nya, dilindungi-Nya, dipanjangkan umur, murah rezeki, bahagia disamping insan-insan tersayang. Semoga doa anak-anak sentiasa iringi perjalanan hidup kaum ibu semua.......Happy Mother's day :-)

Special card for my Ma 
Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Semoga diberi petunjuk yang baik agar aku bisa membuat keputusan yang baik untuk diri ku dan jua untuk kebaikan semua :-)

Tuesday, 14 May 2013

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum....

Selamat hari Ibu buat mereka yang bergelar ibu, mama, mami, mak, bonda, mek, dan seangkatan dengannya. Alhamdulillah ma CikTeh masih lagi di beri kesihatan yang baik dan dapat meneruskan hidup bersama-sama anak cucuya. Untuk hari ibu kali ni  kami celebrate awal sikit sebabnya time hari ibu semua dah balik KL. Actually CikTeh pun tak tahu yang my sis nak celebrate tup-tup dapat mesej dari  my sis bagitahu yag dia dah belikan kek. So dia suh CikTeh prepare air and makanan lain. Kelam kabut CikTeh pi bancuh air dan goreng nudget sikit. Itupun nasib baik ada makanan ringan dalam peti ais. Tunggu nye tunggu my sis pun sampai lah rumah then terus bawa kek ke dapur tapi tak dapat bawa masuk sebab my mom ada kat dapur tengah masak. Nak tak nak kami buat bodo je bawa masuk then terus bawa ke beranda dapur. Awalnya my mom dah nampak tapi tak tahu lak yang kek tu untuk dia. Ingatkan my sis beli saja-saja. Dah prepare segala panggil la my mom then masa tu lah dia agak terkejut and senyum je.......Panggil mak semua untuk potong kek dan makan-makan sikit. Untuk hadiah lak CikTeh plan memang nak beli and nak pos tapi tak tau nak beli pe. Last-last pikir balik beli untuk besday dia nanti je lah. Ingat nak beli jam tapi my mom ni sensitif sikit kulitnya. Silap beli membazir la jawabnya tak pakai. Nak beli beg or purse memang dah banyak dah dalam almari dia tu. Kadang-kadang dia tak sempat pakai pun rosak gitu je dalam almari. Tapi biasanya anaknya yang sorang ni la tolong pakaikan.....hahahahaha.....Setakat ni masih lagi mencari-cari hadiah apa nak bagi kat my mom untuk mother's day dan besday dia kali ni. Lau boleh nak yang special la sikit. Memang every year tak pernah miss bagi my mom hadiah laupun hanya sekeping kad. Bila tak bagi ni rasa macam ralat sikit. Itu yang besday dia nanti nak bagi special sikit. Kat bawah ni ada lah beberapa keping gambar yang sempat CikTeh cilok kat fb my sis....

Mother's Day Card for My lovely Mother....
CikTeh kenak ^_^
Simple je sambutan hari ibu...last minute 
Ni lah mak ngan ma kami
Peace from Amani
Suka sangat makan kek......tapi memang kek tu sedap sengoti
We love ....muahhhhh
Ni siap-siap nak pi hantar CikTeh naik bas
Berebut nak buah cherry padahal bukan sedap pun
Tak habis-habis ngan peace dia

 Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Tak sabar nak tulis entry HARI GURU lak ^_^


Sunday, 13 May 2012

Happy Mother's Day


12 Mei 2012 adalah hari ibu. Ada sumber menyatakan HARAM MENYAMBUT HARI IBU atas sebab-sebab tertentu but bagi CikTeh tiap hari adalah hari ibu sebab rasa hormat dan kasih sayang CikTeh pada my mum. Actually semua ni atas nawaitu kita sendiri. Lau nawaitu kita baik maka baik la jadinya. Nak celebrate apa-apa biarlah berpada dan bertempat jangan kita terlalu ikut cara barat sangat. Perkara yang sebegitu yang telah menyebabkan kita mudah terpesong dan terpengaruh. So sempena hari ibu ini pagi-pagi lagi CikTeh mesej my mum wish a special Mother's Day wishes. Just a sincerity message and no present to her. Tahun ni tak dapat bagi my mum hadiah special just pray for her, May Allah bless her and dipanjangkan umur. I love my mum very much. Betapa besar pengorbanan my mum terhadap anak-anak. Membesarkan anak-anak sepanjang 22 tahun sebagai ibu dan ayah. Walaupun anak-anak izinkan mencari pasangan hidup tetapi my mum tetap menolak kerana bagi my mum my late father is the one nobody can replace him. Serius CikTeh cakap CikTeh memang tak boleh dengar suara my mum kat te telefon tiap kali kami bersembang sebab dengar suara my mum membuatkan CikTeh rasa sayu, sedih, sebak sangat-sangat, tambah pula lau CikTeh ada masalah and luah kat my mum. CikTeh akan cuba kawal dari my mum tahu yang CikTeh nangis or rasa sebak. That's why CikTeh suka text my mum so that my mum tak tahu CikTeh menangis. 

Ehsan gambar dari uncle Google

So sempena Hari Ibu ni, CikTeh nak ucapkan "SELAMAT HARI IBU " buat semua ibu-ibu di dunia ini dan juga bakal-bakal ibu, semoga menjadi ibu yang mithali dan sentiasa diberkati oleh-Nya.....amin

Love and miss you so much

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Segala apa yang berlaku memang sudah ditentukan DIA  mengikut kemampuan ummat-Nya ^_^


Sunday, 8 May 2011

HAPPY MOTHER'S DAY

Assalamualaikum...

CikTeh ucapkan selamat hari ibu buat semua ibu di dunia tidak lupa juga bakal2 ibu dan istimewa buat ma CikTeh Puan Zainun Mohd Noor. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ma CikTeh kerana melahirkan CikTeh dan jaga CikTeh sampai ke hari ini. Nasihat yang diberi tidak pernah putus - putus diiringi dengan doa untuk kesejahteraan CikTeh dan anak-anak yang lain. CikTeh sungguh bangga punya ibu seperti ma. Akan CikTeh tebus segala penat lelah ma selama ini walaupun tidak termampu dilakukan CikTeh kerana jasa dan pengorbanan ma selama ini tanpa batasannya dicurahkan. CikTeh hanya nak tengok ma gembira dan sentiasa terukir manis senyum di bibir ma. CikTeh sayang ketat2 kat ma...CikTeh rindu kuat2 kat ma. 

~ Sekian ~

-CikTeh-

Kaki Nota : Ibu....ibu engkau lah ratu hatiku

Total Pageviews