Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label CikTeh Gemok. Show all posts
Showing posts with label CikTeh Gemok. Show all posts

Monday, 14 December 2015

:: PJJ ::


Lame bebenor CikTeh tak berceloteh di blog ni kan??? And paling tak sangka rupanya ada yang silent reader kat sini. De a few readers yang inbox kat FB tanya bila nak update blog. Terkejut sebenor nye sebab ingatkan blog kite ni tak de orang follow rupanye ado. Buat yang follow blog ni thank you so much walaupun celotehnya entah apa-apa je kan.

Nak kata sibuk ngan kerja takde lah sesibuk mana pun sebab boleh je cilok masa time lunch nak berceloteh. Nak kata sibuk ngan bisnes online pun xde lah hari-hari stock keluar tapi alhamdulillah lah berjalan juga bisnesnya. Nak kata sibuk ngan alam baru (alam berumah tangga) tak la juga sebab kami ni PJJ. Kesimpulannya CikTeh takder idea nak tulis walaupun dalam kepala banya benda nak tulis ni (Alasan yang biasa digunakan).

Ok berbalik pada tajuk entry kali ni just nak berceloteh pasal PJJ. PJJ ni banyak makananya mengikut status masing-masing. Macam CikTeh ni PJJ juga tapa Perkahwinan Jarak Jauh. Memandangkan Encik Zawj kerja kat kampung then CikTeh kat KL terpaksa lah berjauhan untuk sementara. Sementara sampai bila belum dapat di putuskan lagi.

Diam tak diam usia perkahwinan kami dah cecah hamper 3 bulan. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah setakat ni segalanya berjalan dengan lancar walaupun PJJ. Ma selalu pesan dan bagi nasihat memandangkan anaknya ni dalam proses PJJ.
 
Sekarang ni giat lah juga CikTeh cari kerja area Terengganu especially area Besut sebab nak duduk sekali dengan Encik Zawj. Nak suruh Encik Zawj pindah KL memang tak lah kan. Keje dah elok kat kampong nak suruh duduk kat tempat kos sara hidup yang tinggi. Insyallah lau ada rezeki dapat lah balik duduk sekali dengan encik Zawj ni. Buat masa sekarang ni sabar je banyak-banyak.
 
Sekian



-CikTeh-




Kaki Nota: Menghitung hari nak balik jumpa insan-insan tersayang......rindu sangat

Monday, 15 June 2015

:: UJIAN SARINGAN PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL EKONOMI E29 ::

Assalamualaikum.....


Kembali bersiaran lagi kita bersama Celoteh CikTeh. Dah lama gak la tak mencurah ide penulisan ni kan. Hari ni datang mood nak menulis. Entry kali ni just nak share pengalaman CikTeh masa menjalani ujian saringan tadi. Ujian apa tu? Haaaaa....mai sini nak cite. Bukan nak menunjuk tetapi nak share. Sebab saya cuba search kat internet cari tips or pengalaman mereka yang hadir ujian ni tetapi tak de. So cubalah untuk share pengalaman saya yang tidak seberapa ni agar boleh menjadi rujukan kepada yang memerlukan nanti.

Ok, CikTeh apply permohonana ni bulan 4 hari tu. Tup-tup 10 Jun CikTeh dapat call dari FAMA bagitahu yang CikTeh layak untuk menduduki ujian saringan. So dia mintak CikTeh untuk sah kan kehadiran dekat sistem FAMA. Happy sangat-sangat sebab peluang bukan selalu datang. Walaupun ujian saringan tapi CikTeh kena buat yang terbaik sebab ada beberapa stage lagi kena lalui if ujian saringan ni lulus. Selepas sahkan kehadiran, contact abang yang duduk kat PD minta dia tolong hantarkan. Settle bab tu. Kemudian CikTeh settlkan beberapa dokumen untuk di bawa nanti. Antara dokumen dan alatan  yang perlu dibawa:

1. Alat tulis
2. Kalkulator (depa ada sediakan tapi soalan pengiraan tak banyak pun dalam 1@2 soalan je)
3. Salinan IC
4. Salinan Surat Beranak
5. Salinan sijil PMR, SPM, STPM
6. Transkrip diploma, ijazah, dan sijil yang berkaitan
7. Gambar ukuran passport 2 keping (belakang gambar tulis nama dan ic)

Semua dokumen tu kena di sahkan tapi CikTeh tak sempat nak sahkan sijil so bagi je kat depa.

Ujian saringan ni untuk jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Gred E29. Depa buat ujian ni serentak dengan jawatan yang depa iklankan sebelum ni kat ILF dan AIM. Tunggu nye tunggu tibalah masuk dewan. Untuk jawatan E29 ni ujian diadakan di Dewan Baiduri, Tingkat 4. 

Sebelum ujian bermula, pengawas ujian bagi taklimat ringkas berkaitan dengan ujian yang akan dijawab nanti. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian. Setiap bahagian hanya di beri 1 jam masa untuk menjawab. Bahagian 1 adalah soalan berbentuk psikologi dan perihal diri kita. Calon hanya perlu menjawab YA atau TIDAK. Jumlah soalan untuk Seksyen A = 160 dan Seksyen B = 120. Bahagian kedua pula soalan berkaitan dengan skop pekerjaan, FAMA, MOA. Soalan berbentuk objektif sebanyak 50 soalan. Rujukan just boleh baca dan study website FAMA, MOA dan konsep pemasaran. If baca yang tu memang boleh jawab. Setiap calon akan diminta mengisi slip kehadiran dan checklist sebelum dimasukkan ke dalam envelope putih. 

Habis ujian dalam pukul 11.30. Mengikut kata ketua pengawas, keputusan ujian akan keluar dalam masa 1@2 bulan. Sesiapa yang lulus ujian saringan akan dipanggil untuk ujian temuduga dan if lulus ujian temuduga akan dipanggil untuk temuduga akhir. 

Rasanya semua dah CikTeh kongsi. If ada yang nak tanya sila lah jangan segan jangan malu. 

Sebelum undur diri, CikTeh nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua ummat Islam. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan diberkati...amin

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Menghitung hari :-)

Thursday, 27 November 2014

:: TERLAJAK LEWAT ::

Assalamualaikum  semua...

Alhamdulillah hari ni dapat berpuasa ganti lagi. Tinggal 5 hari lagi. Insyallah lau di izinkan minggu depan deret lagi puasa. Hari ni last day shoot malam. 2 hari shoot balik dini hari. After lunch baru masuk ofis balik. 

Entry kali ni nak cerita pasal kejadian hari ni di mana orang lain sibuk nak balik kerja CikTeh baru terhegeh-hegeh nak masuk kerja. Apa dah jadi?

Ceritanya macam ni.....once upon a time.....cehcehceh..macam story telling cerita dongeng lak. Sebenarnya tadi dapat call dari Kak Ila suruh snap progress work kat Times Square. So tadi before masuk ofis singgah la kat Times Square. Asalnya nak kua awal before lunch nak sampai ofis tapi tapi tengah duk bersiap hujan panas berserta angin yang sangat kuat. So tunggu nye tunggu hujan reda, jam dah pukul 12 lebih. CikTeh amik keputusan nak solat dulu baru gerak ke BTS. Lam pukul 1.30 gerak pi BTS and lam pukul 2.00 sampai BTS. Snap 2,3 gambar then ws kat kak Ila. Pastu terus amik monorel ke KL Sentral. Tunggu nye tunggu pukul 3.00 baru bas datang. Dalam hati berharap agar cepat sampai ofis before 3.30 sebab ada client nak datang meeting. Yakin je naik bas kat KL Sentral tu. Sampai kat Pusat Bandar Damansara buat tak tau je sebab yakin bas akan lalu depan ofis. Dah la hujan lebat yang amat. Lastly bas berhenti di last stesen. Tanya driver bas tu pukul berapa pula bas akan bergerak. Lam 15 minit lagi baru gerak. Masa tu dah cuak sebab dah pukul 4 lebih. Client tadi dah wass up Kak Anis mintak handle. Tunggu nye tunggu 4.30 baru bas gerak. Lam pukul 5 lebih sampai ofis. Masuk ofis buat muka cam tak bersalah. Lau tak de shoot malam tu memang tak kan masuk ofis dah. Masuk ofis buat keje macam biasa. Kononnya tadi nak cepat tak nak tukar tren bagai last-last lambat gak sampai.


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Jangan over confident ye :-) 

:: TRIP TO DUNGUN ::

Assalamualaikum...

Lama tak bersiaran kat blog ni. Nak kata sibuk agak la tapi campur ngan malas tu yang bersarang sikit blog ni. Entry kali ni just nak cerita rasa excited CikTeh nak ke Dungun. Paling best my Ma, Kak Ngah and Amani pun turun bermalam di Dungun.

Actually kami ke Dungun atas jemputan kahwin staff Lensa. So big boss dah bagi green light untuk bawa satu van and minyak di tanggung oleh company. Seronok bukan kepalang kami. Kami pergi ber enam je sebab yang lain nak pi ngan kereta masing-masing. Big boss and family pun pi gak tapi depa gerak awal sehari. Kami akan bertolak ke Dungun after Subuh hari Sabtu tu. Target sampai Dungun lam pukul 12.30 or 1.00 pm. Sampai Dungun terus siap untuk ke walimah Zura and Pie. After kenduri baru check in homestay. Petang after asar may be keluar cari barang untuk BBQ. Kami plan nak buat BBQ memandangkan ex-staff Lensa de nak sponsor makanan laut. Kak Ngah pun de nak bawa kerang katanya. Keropok lekor and keping memang tidak ketinggalan. 

Tak sabar rasanya nak ke Dungun ni sebab family pun turun sekali kan. Plan nak sambut besday my ma sekali tapi keadaan tidak mengizinkan lagipun my sis cakap hai tu depa dah belikan kek untuk my Ma. 

Oklah itu je nak cerita. Nampak sangatkan tak de idea nak tulis. Selalu tau time laptop tak de depan mata macam banyak je benda yang nak tulis tapi bila buka je blog nak taip macam blur....huhuhuh....

Nanti CikTeh update cerita kat Dungun ye. See you again :-)

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Lagi sebulan......

Thursday, 30 October 2014

:: ALERGIK LAGI ::

As salam dan selamat petang semua. Entry kali ni pasal aelrgik gatal CikTeh yang tak hilang-hilang lagi. Lau de yang bosan baca tak payah baca sebab tak paksa. CikTeh tulis entry ni pun sekadar nak share and untuk diri CikTeh je. Ok semalam sembang ngan kawan masa sekolah dulu kat ws. Dia bagitahu dia pernah kena macam CikTeh kena ni tapi dia lagi teruk. Awalnya dia ingat alahan makanan gak sebab 3 orang doktor dia pi jumpa semua cakap macam tu. 2 kali amik darah lagi tapi doktor tetap cakap alahan. 2 minggu kawan CikTeh tanggung kegatalan tu. Last-last dia pi jumpa ustaz Darul Syifa kat Seksyen 4, Bangi. Alhamdulillah DENGAN IZIN ALLAH dia dah ok sekarang cuma tinggal parut sikit kesan dia garu. Ustaz ada bagitahu yang kawan CikTeh ni kena santau angin dan ada orang bagi makan benda kotor. Kawan CikTeh kena hari kedua raya haji hari tu. Ustaz tu juga cakap yang ada orang kampung yang dengki dengan dia tapi ustaz tak bagitahu la sapa orang kampung yang buat dia macam tu. Ustaz bagi 2 botol air mineral untuk minum, mandi dan sapu tempat yang kena alahan tu. Sebelum minum air tu ustaz suruh baca Al-fatihah, ayat kursi dan selawat 3 kali. Kawan CikTeh saran agar CikTeh buat macam tu dulu. Lau alahan CikTeh ni tak hilang gak CikTeh nak pi jumpa ustaz tu gak la. Mana tahu DENGAN IZIN ALLAH baik dan CikTeh harap gatal CikTeh ni bukan sebab benda yang tak elok....harap-harap ianya just alahan semata-mata. Takut sey bila kawan CikTeh cerita dia kena macam tu. Mintak jauh semua tu. Kepada sesiapa yang CikTeh pernah buat terasa hati dalam sedar dan tak sedar, CikTeh nak mintak maaf banyak-banyak. Jangan lah buat benda-benda yang tak senonoh ni. Tak puas hati, sakit hati ke apa ke datang face to face. Mintak sangat-sangat. Mintak jauh semua tu.

Alahan yang CikTeh kena ni dia datang kejap-kejap je gatalnya. Tapi bintik merah tak pernah hilang cuma kadang-kadang hilang sikit je. Hal ni ma CikTeh tak tahu lagi ni. Lau bagitahu confirm tak senang duduk ma CikTeh.

Ni CikTeh nak share sikit cara nak elak santau dan doa yang boleh kita semua amalkan. CikTeh tau ramai yang dah tahu tapi tak salah kan lau kita selalu ingat mengingati selalu.

Bacalah ayat ini 3x sebelum keluar rumah, ketika masuk ke pejabat, ketika masuk ke dalam kereta, ketika hendak makan, ketika hendak minum, ketika hendak pegang tangkal, dsb. InsyaAllah akan terhindar dari mara bahaya. Doa ini juga dikenali sebagai doa Khalid al-Walid sebab Rasulullah s.a.w. menyuruh beliau membaca doa ini apabila beliau mengadu masalahnya kepada baginda.

CikTeh selalu gak amalkan ayat kursi pas solat, kua rumah, nak tido. Kadang-kadang sambil-sambil tunggu bas baca gak. Boleh dikatakan ayat kursi CiTeh selalu baca tak kira masa. Sebab bagi CikTeh bila baca ayat tu rasa selamat dan dilindungi selalu. 

Kawan CikTeh nye "ALAHAN"

CikTehnye alahan

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Raso macam boruk kono belacan pun ado...garu sini garu sano (*_*)

Tuesday, 28 October 2014

:: ALERGIK ::

Assalamualaikum....

Ujian demi ujian datang kat CikTeh. Semua ujian kesihatan. Namun CikTeh bersyukur dan redha. Baru seminggu lepas sihat dari sakit gigi. Sekarang seluruh badan gatal dan kemerahan. Ingatkan alahan biasa sebab badan CikTeh memang selalu naik bintik merah. Tapi kali ni beza sikit sebab didatangi dengan rasa gatal. Semalam jumpa doktor sebab tak tahan gatal. Doktor cakap memang alahan tapi yang ni teruk sikit. Doktor pun tak tau CikTeh alahan dengan apa. Nak kata seafood CikTeh memang dah lama tak sentuh seafood. Sesi soal jawab dengan doktor lam 2 3 minit then doktor cakap CikTeh cuba elak makan makanan yang mengandungi gandum macam pasta, piza, roti dan sebagainya. Terkejut gak sebab de ke yang alahan gandum. Doktor cakap sekarang ni macam-macam penyakit dan alahan. Lain orang lain alahan. So buat masa la ni CikTeh kena pantang makan makanan yang ada gandum. Doktor ada cakap yang gandum sekarang ni ada depa masukkan bahan kimia dan bukan gandum sahaja tapi barangan lain juga terutama kosmetik. Ada yang tak diiktiraf oleh KKM. So hasil pemeriksaan semalam dapat lah 3 jenis ubat. Tambah satu jenis. Lau dulu doktor bagi 2 jenis je tapi kali ni 3 jenis ubat dan tambahan biji ubat. Hari ni masih lagi ada gatal-gatal dan merah-merah kat badan. If ubat dah habis and tak hilang gak kena la pi jumpa doktor lagi. Doktor juga pesan lau pakai minyak wangi just sembur kat baju je jangan bagi kena kulit tapi tadi lupa main sembur je. Then doktor juga pesan suruh hati-hati ngan bahan pencuci yang kita guna. Insyallah segala nasihat doktor akan CikTeh ikuti. Ubat pun makan ikut time. Rajin benor makan ubat sekarang ni. Tahun ni paling banyak telan ubat. May be faktor usia gak kan...huhuh

Ok lah lunch hour sudah.....mau santap dulu then makan ubat. See you next entry ya.

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Nampaknya mak ayah bakal pengantin yang excited nak buat majlis ni :-)

Wednesday, 25 June 2014

:: Hati My Ma ::

Assalamualaikum……

Tadi masuk je keje tolong Kak Ila prepare barang untuk shoot OPUS. Then call my Ma tanya dah gerak belum and nak gerak dari kampung pukul berapa. Dengar je suara my Ma hati dah tak sedap. Depa belum gerak lagi. My Kak Ngah tengah bersiap lagi. Ok fine. Yang buat hati tak sedap bila dengar suara my Ma macam tengah tahan nangis (actually dah  nangis pun). Hati rasa serba salah. Then my Ma cerita la why dia nangis. Actually dia disappointed with my little brother. My Ma ajak dia naik KL nak settle kan dokumen motor dia tapi dia leh lak buat tak tahu and cakap nak amik lain kali. Mana my Ma tak bising and sakit hati. Dengar jer cerita dari my Ma hati CikTeh turut rasa sakit ngan tindakan my little brother nih. Bila my Ma macam ni, CikTeh tak leh cakap lama sebab CikTeh sebak and sedih.  Serius CikTeh cakap memang CikTeh tak boleh dengar my Ma nangis. Jangan katakana dengar dia menangis, tak dapat nak tunaikan hasrat hati my Ma pun dah fikir banyak kali nak call ke tidak sebab dah buat hati orang tua kita rasa tak senang. Pantang CikTeh bila dengar my Ma luah apa-apa kat CikTeh….air mata mula bertakung. Tapi Alhamdulillah setakat ni CikTeh boleh tahan lagi air mata CikTeh. CikTeh tak nak my Ma tahu CikTeh nangis. Semua tu buat dia lagi risau. Cukup lah ngan masalah yang dia tengah hadapi dalam hidup dia sekarang. Tapi naluri hati seorang ibu tidak dapat kita sangkalkan lagi. Harap-harap (harap sangat) perjalanan depa ke KL hari ni  selamat tiba dan berjalan dengan lancar. Risau selagi depa tak sampai and ada depan mata ni. 

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Jangan sesekali buat hati ibu kita sakit...Ya Allah aku mohon pada-Mu Ya Allah berilah petunjuk kepada kami Ya Allah....amin

Tuesday, 24 June 2014

:: CUTI ::

Assalamualaikum....

Selamat petang semua....nampaknye Kuala Lumpur di serang jerebu lagi. Ikut pada kawan CikTeh katanya kat Indonesia ada hutan yang terbakar. Sebab tu Malaysia pun kena tempias. Cuaca sekarang pun bukan main panas kan? Alhamdulillah laupun cuaca kurang sihat tapi masih lagi di beri kesihatan yang baik. Esok last day kerja before cuti 3 hari. And esok gak my family naik KL. Depa naik KL sebab Khamis 26 Jun 2014 adik CikTeh konvo. Satu keta je. Yang mai pun just my ma, kak ngah, kakak and amani. Sabtu insyallah depa gerak balik kg. Maklumlah Ahad depa keja and dah start puasa kan. Penat tu.....kesian kat my kak ngah lah drive sensorang. Tak sabar sebenarnya nak jumpa depa ni. Dah lama tak jumpa lah kata kan. Last jumpa lau tak silap masa depa naik KL gak la bulan 1. Lain kami just berbual kat fon je. Harap-harap perjalanan depa esok selamat. Untuk penginapan kali ni, my ma and kak ngah bermalam kat rumah cdo kat Setiawangsa. And kali ni my ma tak berhajat pun nak pi rumah abe Yon kat PD sebab abe Yon pun oncall then Sabtu lak dah nak balik kampung. So kali ni depa just stay kat KL and pusing pusing KL je. Memandangkan depa naik KL time orang kerja, my sis plan jenjalan pusing KL waktu malam and my aunt pun dah setuju. Kita tunggu je lah update dari CikTeh nanti kemana cdo nak bawa kami jenjalan pusing KL ye.....paling tidak pun Jalan Tar, Sogo, or may be bawa pi makan-makan je.....pe pun nanti CikTeh akan update dalam entry nanti.

Client dah sampai.....time to say good bye all.....:-)

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Kalau begitu lah caranya baik tak yah :-(

Thursday, 12 June 2014

:: SETERESSSsssss ::

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni dapat berpuasa lagi. Harap-harap penuh lah puasa nye..insyallah. Dalam berpuasa seteress tetap ada. Baru je dapat sembang ngan my Ma. Tak lain tak bukan lah sekarang ni lau sembang ngan m Ma pasti soalan lazim akan di ajukan. Dah naik pening nak jawab. Tak tau nak elak lagu mana dah. Tiap kali tu juga lah tahan sebak tahan air mata je. Sebak sebab tak dapat nak tunaikan hasrat hati my Ma. Lau ikutkan hati my Ma, dia nak je terima rombongan yang nak datang tu tapi disebabkan CikTeh masih lagi main tarik tali so my Ma hold kan dulu. CikTeh bukan nak main tarik tali pun tapi ni melibatkan masa depan CikTeh so CikTeh kena fikir dalam-dalam. CikTeh tak nak pisang berbuah dua kali. Lantak lah orang nak cakap CikTeh ni memilih ke apa ke. Kadang-kadang malas nak fikir tapi bila dah kena pressure ngan my Ma ni kena lah juga. Banyak benda nak kena fikir bila masuk bab hidup ni. 

Walau apa pun CikTeh percaya yang perancangan DIA adalah yang terbaik. Bukan terus berserah tapi dalam masa yang sama CikTeh berusaha. Bukan ignore je apa yang my Ma cakap and my Ma nye cadangan cuma CikTeh perlukan masa dan ruang untuk berfikir semua ni. Bagi orang yang tak faham may be masa yang CikTeh amik ni lama tapi bila tolak tambah semua bagi CikTeh amat singkat untuk buat keputusan. CikTeh tak nak terburu-buru dalam buat keputusan. CikTeh akui yang CikTeh selalu buat keputusan terburu-buru so kali ni CikTeh harap dapat buat keputusan yang terbaik untuk semua orang terutama diri CikTeh sendiri. 

CikTeh doakan untuk diri sendiri juga dan sesiapa saja yang masih single dan yang masih mencari-cari teman hidup tu dipercepatkan dan dipertemukan jodoh dengan insan-insan yang soleh, solehah serta dari golongan yang baik-baik hendaknya...amin


KakiNota: Semoga diberi petunjuk dan terbuka hati 


Tuesday, 29 April 2014

:: 24.04.2014 ::

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah tarikh keramat 24 April 2014 telah selamat berlalu dan kini sudah masuk 29 April 2014. Bermakna umur CikTeh dah menjangkau 29 tahun 5 hari. Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran buat CikTeh dan juga adik bongsu dan arwah ayah yang turut berkongsi tarikh kelahiran dengan CikTeh. Alhamdulillah masih lagi di beri kesihatan yang baik dan berpeluang melihat alam ciptaan-Nya yang indah. Walaupun tahun ni sambutan kurang meriah tapi CikTeh bersyukur atas kehadrat Illahi atas kurniaan yang di beri kan. 

29 tahun 5 hari......banyak lagi impian CikTeh yang tidak kesampaian dan banyak juga yang hancur di tengah jalan. Namun diri ini tetap bersyukur kerana tiap apa yang berlaku orang-orang sekeliling CikTeh tetap ada bersama CikTeh tika susah dan senang. Terima kasih yang tidak terhingga buat mereka yang sudi bersama CikTeh. CikTeh kuat kerana sokongan mereka semua terutama my lovely mother yang tidak pernah putus memberi semangat dan sokongan kepada CikTeh.......waaaaaa......mata dah berkaca nak nangis ni wei.....Entry kali ni bukan nak raih simpati tapi sekadar ucapan ribuan terima kasih CikTeh kepada mereka yang selalu berada di sisi CikTeh. 

Walau apa pun, CikTeh doakan kalian semua sentiasa di lindungi-Nya dan di berkati-Nya selalu. Tiap apa yang berlaku.....ada hikmahnya dan percayalah perancangan Allah adalah yang terbaik. Namun jangan bulat-bulat berserah kepada nasib dan takdir, usaha yang berterusan juga perlu ada kerana Allah suka akan mereka yang berusaha tanpa putus asa....wallahuallam.

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Perasaan rindu tetap ada namun harus sedar hakikat yang semuanya sudah tertulis....belajar terima kenyataan :-(

Sunday, 19 January 2014

:: WESAK DAY ::

Assalamualaikum....

Hai semua....selamat kembali bertugas semua setelah bercuti beberapa hari bagi yang bercuti macam CikTeh. Alhamdulillah pagi tadi selamat sampai ke KL dan sudah masuk kerja pun. Entry kali ni just nak berceloteh pasal cuti hari Wesak yang lepas. Memang lau bab balik kampung ni bagilah setahun pun memang tak kan puaskan duk kampung. Same goes to me. Cuti hanya 3 hari  2 malam tu ibarat 3 minit 2 saat je...hahahaha...sungguh melampau calculation CikTeh ni. Tapi serius memangg tak puassssssssssss. 

Ok berbalik pada cuti CikTeh ni. Pagi Jumaat dalam pukul 6.30 sampai di Bandar Jerteh. Agak lewat sampai sebab bas masuk Kota Bharu dulu then baru gi Jerteh. Normally bas akan ke Jerteh then last station ke Kota Bharu. My mom and my cute kakak datang pick up then terus pi cari sarapan. Macam biasalah sekali sekala balik ni my mom apa lagi tanya lah nak makan apa bagaikan walaupun kat rumah dah plan nak goreng bihun. CikTeh asalnya tak kisah pun akan apa pun sarapan ni tapi kebiasaannya nasi berlauk ikan gulai kuning lah yang menjadi pilihan. Tapi dalam 3 kedai yang kami singgah tak de. Yang ada banyak nasi kerabu dan nasi berlauk ayam gulai. Nak tak nak CikTeh beli nasi kerabu and my mom nasi berlauk ayam gulai as her requested. Then kuih beli asalnya my mom nak kuih cekmek molek sekali orang yang selalu buat tu tak buat pula hari tu. Bahagian CikTeh lak asal nampak kuih cucur ni memang tak kan pandang kuih lain lah. CikTeh pun tak tau apa yang menarik dan best sangat kuih cucur ni. Tapi yang pasti memang lau nampak kui ni memang CikTeh akan beli. Dan kat KL memang susah nak jumpa kuih ni. Biasa CikTeh jumpa kat kawasan kampung je. So dah jumpa apa lagi terus lah rembat seringgit. Seringgit pun dah leh dapat 4 keping lagi tau. Murah kan. Then balik rumah rehat segala. Tak lama pun rehat sebab my mom dapat call dari Che Long (Kakak ipar ma) ajak sarapan kat rumah dia. Asalnya my mom tak nak sebab dah kenyang and my mom nak settlekan rumah yang dah bersawang giler2 tu tapi mana boleh kami menolak ajakan terutamanya Che Long ni. So my mom ajak lah CikTeh. CikTeh pun asalnya tak nak pi sebab penat tapi takut Che Long terasa hati so pi la tunjuk muka. Bukan tunjuk muka je habis laksam sepinggan.hehehehe....

Habis sarapan terus balik rumah dan baring-baring sehingga lah terlelap. Asal nak tolong my mom kemas rumah tapi terlelap. My mom tak sempat nak kemas sebab after lunch my mom nak kena pi kelas belajar tajwid. Petang dan malam just lepak-lepak kat rumah je sambil my mom buat ketupat sotong. So turun bantu my mom then malam sambung lepak sambil tengok tv je. Esok nye my mom lagi buat kan sarapan. Kali ni my mom buat nasi lemak. Banyak tak banyak la tapi sampai ke petang makan nasi lemak tu je. Lagipun tak de orang sangat kat rumah. Memandangkan semalam tak sempat nak kemas rumah so pagi tu CikTeh kemas la apa yang patut terutama sesawang tu. Petang baru settle kemas itu pun peti ais tak sentuh langsung. Masa banyak duk buang sesawang ngan lap mengelap je. Sampah kat luar rumah pun tak terusik. Tapi sampah kat luar rumah tak banyak pun. Lau ada pun tak sempat nak sapu sebab itu rutin my nenek aka mak yang buat. Biasalah orang tua mana tau duk diam. Duk diam sakit katanya....Petang kua ngan my mom, sisters and nieces round-round bandar, makan-makan sambil cari barang dapur sikit kat super market.


Pagi esoknya my mom mesej suruh siap nak gi pejabat DO untuk ambil duit dana remaja (muda remaja lagi tau CikTeh ni...hihihihi). My mom suruh bawa adik CikTeh sekali sebab nak buat kad bank. My mom drop me off kat pejabat DO then depa pi bank buat kad. Al-kisahnya kat pejabat DO ni, pas jumpa pegawai yang berkenaan dia cakap YB akan tentukan tarikh lain untuk agihkan duit tu. Adoiyaiiii.....dah la jauh datang nak amik duit tu tup..tup tak dapat lak. Call my mom bagitahu dah settle. Dalam keta ceritalah kat my mom duit tak dapat ambik. My mom angin gak lah sebab orang kampung yang handle benda ni tak de lak cakap apa-apa. Depa just cakap bagi mereka yang tak ambil lagi boleh ambil kat pejabat DO. Dah la my mom terpaksa ambil half day cuti. Tu kes kat pejabat DO. Ni kes adik lak nak buat kad bank yang hilang tu. Tengah duk nak proses buat kad tu leh lak IC adik rosak. IC dia tak leh detect kat mesin. Tak pasal-pasal nak kena pi buat IC baru lak. Pi lah balik kat Pejabat DO tadi sebab pejabat pendaftaran kat situ. Ingat nak settlekan hari tu juga rupanya tak leh gak sebab buat IC at situ 2 minggu baru siap. If nak siap dalam satu hari kena pi buat kat Kampung Raja (tempat kami biasa buat). Last-last balik macam tu je. Satu kerja pun tak menjadi hari tu. Bebel gak lah my mom..hihihihi...Before balik rumah sempat sarapan dulu. Malam nye siap-siap nak balik KL. 

Part ni paling tak suka. Belum puas nak manja-manja ngan family dah kena balik KL. Tapi nak tak nak kena la kan. Macam biasalah my mom and my sis akan hantar kat stesen bas tu. And anak-anak buah dah bijak dan cerdik sekarang ni. Tak de dah nak nangis ikut CikTeh naik bas bagai cuma air muka depa nampak lah sedih nak lepaskan CikTeh dia ni. Salam-salam, peluk bagai bertolak lah balik KL.

Itulah kisahnye cuti hari Wesak hari. Dah basi dah kan. Orang lain dah masuk cite tahun baru cina kita cerita hari Wesak baru nak kua....hihihhi.....nak buat macam mana CikTeh bukan ler rajin nak update blog ni sangat. Ni pun cerita ni dah berkurun terperam kat draft.

K lah panjang lebor celoteh CikTeh ni kan. Semua benda dia nak celotehkan. Ni semua untuk hiburan CikTeh gak. Time rasa bosan CikTeh akan selalu baca balik entry-entry yang lepas. 


Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Kadangkala Allah menduga kita untuk menguji kesabaran dan keimanan kita untuk sementara. Rupanya Allah ingin berikan kita rezeki yang tidak terduga. 

Monday, 16 September 2013

:: Hujung Minggu a.k.a Cuti Hari Malaysia ::

Assalamualaikum...

Apa plan korang hujung minggu ni? Mesti best kan plan korang maklumlah Isnin kan cuti Malaysia Day. Macam CikTeh asalnya nak balik kg tapi tak jadi sebab my Ma cakap nak naik KL. Tapi last minute cancel lak sebab adik CikTeh nak balik kg siap bawa kawan-kawan tidur rumah. Nak kenal Besut katanya. My Ma tak kisah lagi suka kan orang datang bertandang umah tapi kesian lah kat dia sebab kat rumah tak de orang. My sis tengah bercuti kat Genting. My sis yang sorang lagi tu keje. Kesian kat my Ma kena layan sensorang. Lau CikTeh balik boleh lah tolong mana yang patut kan.

Memandangkan tak jadi balik kampung dan Ma pun tak jadi naik KL, so CikTeh teruskan habiskan masa cuti kat rumah abang Yon. Family Cdo pun join sekali. Macam biasa lah lau pi rumah Abang Yon ni, of course lah Kak Ita akan masak best-bestnye. Kali ni CikTeh pi sana sendiri naik public transport. Memandangkan Abang Yon dan Kak Ita dah pindah duduk kuarters Klinik Kesihatan Lukut, so public transport senanglah sikit. Lau dulu duduk kuarters Klinik Bukit Pelandok memang Abang Yon akan datang amik kat stesen KTM Seremban. Itupun nak kena tunggu abang Yon tak oncall. So pasni lau nak pi rumah abang Yon dah tau lah nak naik bas apa turun kat mana. Mula-mula tu memang takut dan nervous gak lah sebab takut terlepas or salah naik bas. Ye lah kan sebelum ni pi mana-mana orang datang amik then sedar tak sedar dah tau sampai. 


CikTeh cerita sikit perjalanan pertama CikTeh naik public transport pi sana. Mana tau korang pun ada hal ke nak ke tempat yang sama kan. Gerak dari opis ke Hentian Putra dalam pukul 1.15 tengah hari. Actually bas ke Terminal 1 korang leh amik bas sama ada kat Hentian Putra ataupun kat Pasar Seni. CikTeh amik keputusan naik kat Hentian Putra sebab kebetulan nak beli tiket balik kampung next week. Lagipun pula CikTeh tak berani nak naik bas sensorang kat Pasar Seni. Bagi CikTeh Hentian Putra much better. Tapi lau korang amik bas kat Pasar Seni cepat lah sikit perjalanannnya berbanding bas kat Hentian Putra sebab bas ni akan pusing jauh. Tapi CikTeh tak sure lah ikut jalan mana. My SIL cakap lau naik bas kat Pasar Seni tu (lau tak silap bas City Liner) dia akan ikut Tol Sungai Besi. Tambang bas lebih kurang je rasanya. Bas yang CikTeh naik kat Hentian Putra ni bas Mara Liner tambangnya dalam RM6.10 je. Perjalanan makan masa hampir 2 jam lebih gak lah. Jauh sebab tu transit penumpang ke Muadzam and Keratong. Sampai Hentian Putra dalam pukul 2.30 then terus pi beli tiket tapi malangnya bas pukul 2.30 tak amik orang ke Seremban apatah lagi CikTeh sorang je penumpang ke sana. Jadi dia orang tak nak bazir minyak semata-mata nak hantar sorang penumpang yang cute ni (wak lu cute....hihihi). Memandangkan bas 2.30 tak de so depa suggested amik bas pukol 4.30. Nak tak nak amik gak lah sebab nak naik bas kat Pasar Seni memang tak lah kan. Tunggu nye tunggu sambil study sebab nak exam minggu depan rasa cepatlah masa berlalu. Tepat 4.30 bas gerak. Sampai Terminal 1 dalam pukul 6 lebih. Sampai sana tel my SIL sama ada dia leh amik or tak. Sekali da bagitahu suruh naik bas. Terkejut gegurl tau. Nak nangis pun ada masa tu sebab rasa macam tersaing sangat kat Terminal tu (manja dan ngengadakan). Then my SIL bagitahu suruh naik bas yang ke PD. Cari nye cari jumpa lah bas tu then sempat lah tannya kat amoi kat situ sama ada bas ni lalu Lukut tak. Ramai tak yah cakap lah dalam bas tu. Kena berdiri lak tu ngan kura-kura kat belakang tambah lak macam-macam bau. Dalam 7 lebih sampai betul-betul depan Klinik Kesihatan Lukut. Alhamdulillah syukur yang amat. Padahal dalam bas memng tak yah cakap lah takut sebab rasa macam jauh je bila naik bas nak sampai. Mata tak pernah miss baca signboard takut terlepas. Sampai je kat Lukut terus call my SIL bagitahu dah sampai. Then baru lah dia mai amk CikTeh. Sampai rumah terus buka tudung saji and ceduk nasi. Lapar beb sebab tengah hari tak makan. Kenyang makan bagai rehat dan cuci badan segala baring-baring sambil layan internet. Sesekali layan tv ngan my SIL and abang Yon. 

Esoknya, pagi2 lagi nak kena bangun teman my SIL nak ke pasar. Pas breakfast kami gerak ke pasar beli lauk untuk lunch. Balik dari pasar kami singgah Kliknik Kesihatan Bukit Pelanduk amik buah mempelam. Seronok tak terkata leh makan colek buah pauh / mempelam. Dalam 2 guni kecik gak lah kami amik. Niat nak buat jeruk sekali. Cdo and family sampai dalam pukul 12 lebih. Kami masak sama-sama dan menjamu selera bersama. Memang best sangat-sangat. Belah petangnya,Cdo and family kua jenjalan kat PD. CikTeh, Abang Yon and My SIL just relex-relex kat rumah je. Malas nak kua sebenarnya. Sambil2 tu depa kua nak cari durian nak buat pulut durian esoknya.

Sukalah tu Adam leh jalan-jalan.....dari sampai rumah lagi duk ajak keluar jenjalan
Cantikkan suasana dalam gambar ni
Malam macam biasa pas masak and dinner kami layan gadget masing-masing dan tonton tv. Esok nye bangun lambat sikit sebab my SIL kua pi pasar ngan Cdo. Memandangkan semalam tak jumpa cari durian so depa sambung cari pagi tu sambil2 pi jenguk rumah baru my SIL. Tapi last2 nye tak jumpa gak durian. Jumpa pun pas hantar CikTeh balik depa menjamu selera kat Seri Rampai. Tengok lah pic kat bawah ni bukan main lagi makan durian nak lepaskan hajat.
Seronok kakak ye dapat makan durian
Hai Adam ngan abahnye tengok je ke........
Pas breakfast Cdo plan nak buat kek. Siap beli bahan-bahan semua kami mula projek buat kek marble. Lupa nak bagitahu yang sebelum tu kami gotong royong buat Laksam, Laksa peneng and Laksa lemak. Nak makan dalam 6 orang je tapi buat macam nak makan 20 orang. Tapi kami tak membazir. 
Separuh je ni separuh lagi kat dapur :-)
Kami siap bagi-bagikan kat jiran. Untuk kek marble lak, asalnya nak buat satu je last2 rasa macam seronok lak buat reramai kami buat lagi satu biji. Kat bawah ni hasil kek yang kami buat.....

Time ni tengah agih2kan beberapa bekas untuk letak warna 
Haaaa...yang ni lak dah siap warna dah acuan tu
Second time buat.......pakai tangan je tau pukul adunan nih....lenguh gak lah
Taraaaaa....dah siap dah kek marble kami
Yang ni yang dah siap potong....colornya memang cantik.
Pas siap buat kek kami gotong royong lagi sekali masak untuk lunch lak. Antara lauknya sila lah tengok pic kat bawah ni :-)

Lauk yang sungguh menyelerakan
Oklah rasanya itu je kot cerita hujung minggu CikTeh. Ini pun dah panjang giler kan. Pe pun selamat membaca bagi yang suka dan sudi baca blog CikTeh.

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Saat duka hilang seketika di saat hidup dikelilingi insan-insan tersayang

Friday, 5 July 2013

Jabi ----> Dungun ----> Kemaman ----> Rompin ----> Seremban ----> Sungai Buloh ----> KL ----> Kepong ----> Jabi

Assalamualaikum...

Wow tajuk entry nye panjang sepanjang trip kami je kan....hihihi....actually ni nak cite pasal hujung minggu yang lepas. Alhamdulillah hujung minggu CikTeh kali ini awesome gak lah sebab my family naik KL (entry lepas pun da sebut depa naik KL kan). So family CikTeh mulakan kembara depa bertolak dari kampung tercinta kampung Jabi paginya menuju ke Dungun untuk menghadiri kenduri kawen rumah saudara. Lepas perut pun dah kenyang segala, depa menuju ke kampung Lubuk Lesung, Kemaman pula bertemu bakal besan my ma a.k.a my future MIL. Alhamdulillah senang je nak cari rumah mak esah (my future MIL). Tak lama pun kat kemaman sebab kembara depa jauh lagi. Beruntung depa dah dapat jumpa my future MIL. Tak macam CikTeh ni sampai la ni belum kenal lagi mak esah tu. Just tengok gambar and dengar suara je. Bertabah lah CikTeh. Raya nanti leh jumpa kan. Bertabahlah lagi ye CikTeh. Selesai kat Kemaman, depa teruskan lagi kembara depa ke Rompin, rumah besan my ma. Actually depa de misi penting kat sana. Depa bermalam kat sana semalam before bertolak ke Seremban. 

CikTeh suka lau ke Rompin sebab kat sana boleh pancing udang kat sungai Pahang belakang rumah Mak Besah je(tadi mak esah ni mak besah lak ye....). Mak Besah buat bisnes sewa bot untuk kaki pancing. Dan yang paling suka sangat pi Rompin ni adalah menu yang family mak Besah sediakan. Menu wajib semestinya udang galah. Tiap kali nak makan udang galah mesti ada. And baru-baru ni my ma cakap depa di jamu ngan seafood je. Ketam yang besar, udang galah yang besar lagi segar dan lain-lain lagi. Semua lauk pauk tak de langsung sayur. Semua tu buat CikTeh meleleh air liur....hihihihi. Walaupun CikTeh alergik ngan seafood, makan tetap makan sebab my febret ketam. Alergik belakang kira. Pagi sebelum depa bertolak ke Seremban, Mak Besah bawa my ma, my aunt melawat kebun depa. Apa lagi bila dah melawat kebun tu macam-macam la hasil yang depa dapat. Tak cukup kat kebun, Mak Besah tapaukan lagi makanan lain untuk di bawa ke Seremban. Nasib baik bawa Kenari je lau bawa lori mesti ada lagi mak Besah nak bagi. Untuk cucu tersayang tak yah cakap lah memang tak pernah balik kosong si Amani tu. Bekal makanan saja dah 2,3 beg. Beruntung Amani dapat nenek macam tu. Concern sangat kat cucu. Tokma pun apa kurangnya kan Amani. Walaupun Amani kurang rapat ngan nenek dan tokki kat Rompin tapi kasih sayang tetap tak berkurang.

Habis misi kat Rompin, depa gerak ke Seremban. CikTeh ngan my aunt family gerak esoknya ke Seremban. On the way ke Seremban, jam tak yah cakap lah. Lau normal kita leh sampai Seremban dalam 45 minit la dari KL tapi hari tu 2 jam k. 


Semua dah penat dah harung jam

See.....punya lah panjang....
Sampai Seremban rehat-rehat sambil tengok plane ngan anak buah and sepupu. Sebelum tu kami melantak dulu sebab dah lapar sangat. Berselera kami menjamu sebab semua lauk kampung dengan ulam ulaman bagai kan. Siap mencekik, rehat-rehat sambil makan lagi sebab makanan banyak sangat. Itupun my SIL suruh goreng lagi fast food dalam peti ais tu. Memang tak lah kan sebab badan pun tak larat ngan perut kenyang yang amat. Plan asal nak buat BBQ kat tepi pantai PD tapi memandangkan semua dah kenyang and malam tu pula ada game bola, langsung cancel. 


Siakap pelbagai rasa
Nampak simple tapi menyelerakan
Kuah siakap on da way
Hasil tangkapan untuk santapan kami malam tu
Akhirnya ke dalam kuali jua
Siakap stim
Esoknya before gerak ke Sungai Buloh, kami singgh kat Muzium Askar kat Seremban. 


Suka la Tokma dapat jalan-jalan ngan cucu

Excited Aman tengok fish ngan che long

Panas2 pun jadi je posing

Nur Amani Batrisyiah

Kakak and Adam

Manja-manja ngan ayoh chik 

Adoiyaiii....CikTeh dok ready lagi ni mama wei

Seronok Amani...ayoh Dotayang betis nampak :-)

Mama Amani gemok...yeeeeaaayyyy :-)

Besau nye sunglasses Cdo
Dh habis round satu muzium tu kami terus gerak cari makan. After lunch kami teruskan perjalanan ke IKEA mencari barang-barang adik CikTeh dan barang-barang lain. Family Cdo and Ayah Do yang banyak shopping. Actually kami sesat cari pintu keluar. 4,5 kali pusing akhirnya jumpa gak pintu keluar. 


Kat IKEA depa je banyak shopping...

Dah dapat keluar, tunggu lak family Cdo habis shopping. Dah settle kami gerak ke shopping mall lain lak sebab barang-barang adik CikTeh de lagi yang tak settle. Dalam pukul 9 lebih kami terus gerak ke Sungai Buloh. Sampai sana kami di sambut oleh adik Mak cik dan terus di jamu dinner. Seronok dinner rumah depa sebab semua segar-segar dan hasil peliharaan dan tanaman depa sendiri. Habis menjamu selera, CikTeh dengan family Cdo gerak balik ke Kuala Lumpur memandangkan esok semua kerja. Ikut hati nak join my family hantar adik ke Kepong tapi dah kerja so cancel. Esoknya selepas hantar adik kat FRIM, Kepong berkursus sebagai Renjer Hutan selama setahun, my family terus gerak balik Terengganu. Depa konvoi 2 keta je. Dan alahamdulilah depa semua selamat sampai. 


Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Ujian yang melanda membuatkan saya lebih kuat....insyallah.....semoga kami tabah dalam menghadapinya...amin

Total Pageviews