Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Tuesday 9 August 2011

Berbuka

Assalamualaikum...

Hai semua. Selamat pagi. Sudah usai subuh?Alhamdulillah semoga ibadat kita diterima hari ini dan begitu juga hari2 yang akan datang dan sebelumnya..amin. Pagi yang ceria, tenang dan damai nih, CikTeh nak berceloteh pasal juadah buka puasa semalam. Overall memang CikTeh tak puas hati. Buka semalam CikTeh dengan housemate pi bazar Ramadhan kat Setiawangsa. Agak meriah juga lah bazar kat citu. Semalam CikTeh beli sata dan nasi ayam golek. Balik rumah semangat dan tak sabar nak buka sebab tengok pada apa yang di beli sungguh menyelerakan. Tapi semua tuh hampeh. Sata yang dibeli 1 cucuk (ada 3 ketul) berharga RM3 CikTeh rasa mula2 sekali pas usai doa makan.

Buka tengok dah tahu tak sedap sebab dalam nya langsung tak nampak macam sata tu dibakar. Seolah2 baru nak bakar. Tengok luaran dah tau sata tu guna ikan lama. Sata tu langsung tak rasa ikan. Kiranya memang fail lah. Ok fine lah may b CikTeh silap beli and tak usha kedai tu betol2. Then kawan2 CikTeh buka depa nye makanan and sama2 try. Boleh dikatakan makanan yang depa beli pun sama. Mostly, makanan yang kami beli and try tu kuih muih. Ada yang tawar, kuah cair dan macam2 lagi.

Then sahur lak, CikTeh makan ler nasi ayam golek tu. Mula2 buka dah nampak tak best berbeza masa first beli petang 2. Masa beli nampak sedap je. May b sebab dah lama so nampak tak berapa sedap. Try makan juga sebab e2 je yang ada nak masak lain dah tak sempat sebab dah kol 5 lebih. Makan dua tiga mulut, CikTeh berenti sebab tak sedap langsung. Terus p basuh tangan dan tengok bawah saji ape yang ada.

Alhamdulillah nasi lemak yang CikTeh buat masa buka puasa semalam ada lagi. So makan lah nasi lemak yang tinggal sikit tu. Terasa macam membazir lak p bazar ramadhan semalam. Air tembikai yang di beli pun bukan fresh depa dah siap campur ngan sirap. So moral nya jangan lihat pada luaran saja kerana nampak cantik nampak sedap hanya di luaran tapi rasa belom tentu sedap.


Sekian
-CikTeh-
KakiNota:1 daripada 10 sumber rezeki adalah datangnya daripada berniaga. So berniaga lah dengan seikhlas hati anda jangan fikir nak untung je. Customers is always right ^_^

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews