Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Saturday, 25 May 2013

Dari DIA Kita Datang Kepada DIA Kita Kembali

Assalamualaikum....

Ingat lagi tak entry CikTeh sebelum ni yang berceloteh pasal Pretty, anak Kak Erni yang koma tu? Lau tak ingat and ada yang baru baca blog ni oleh la baca kat sini atau scroll down kat bawah entry ni je. Actually 23 Mei 2013 dalam pukul 5  dia telah pulang ke rahmatullah setelah seminggu warded kat ICU bertarung nyawa. Dan semalam alhamdulillah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam dekat Gombak. Semasa arwah di kapankan, wajah arwah senyum je. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pengkebumian arwah. Arwah di bawa balik ke rumah pada 23hb pukul 4 lebih dengan ambulans dibantu dengan alat pernafasan lagi. Sampai di rumah alat bantuan pernafasan di buka and dalam 5 minit arwah menghembus nafas yang terakhir. Menurut doktor, otak arwah gagal berfungsi ekoran daripada kegagalan oksigen sampai ke otak. Sepanjang kejadian, CikTeh, Zura, Pie dan rakan kerja yang lain banyak membantu mereka sekeluarga disamping sanak saudara mereka yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan. Majis tahlil di buat 7 malam berturut-turut. Pemergian arwah sangat mudah. Arwah tidak menunjukkan tanda sakit apa-apa. Bangun dari tidur terus ke bilik air kemudian ke ruang tamu dan baring depan tv. Saat baring arwah terus pengsan dan di bawa ke hospital pakar. Arwah terus di tempatkan di ICU selama seminggu dan hari ke 3 arwah menunjukkan tindak balas sebelum arwah kembali tidak memberi respon kembali keesokkan harinya seterusnya hinggalah arwah menghembus nafas terakhir. Arwah seorang anak yang baik, cergas, bijak dan di senangi oleh semua orang. Alhamdulillah keluarga arwah sudah dapat menerima takdir yang Pretty sudah tiada. Sungguh kuat dugaan untuk keluarga Kak Erni kerana plbagai ujian dan dugaan yang menimpa mereka dalam masa yang singkat. Dengan adik baru keluar hospital akibat kemalangan dan patah tulang bahu, emak mentua yang sakit tenat mengakibatkan suami tidak dapat melihat anak di sini, atok arwah yang terkandas di airport Indonesia beberapa hari. Allahuakhbar....berat sungguh ujian Mu Ya Allah....

Walau apapun sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Pretty (2003 - 2013) semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan ahli syurga......amin



Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Bersediakah aku? Cukupkah amalan aku? Diterimakah amalan aku? Namun kematian adalah PASTI. Sama-samalah berusaha meningkatkan amal ibadat kita agar diterima dan diberkati-Nya....amin

Thursday, 9 May 2013

PRU 13

Assalamualaikum........

Entry kali ni bukan nak cakap pasal politik sangat pun sebab CikTeh memang tak minat pun nak cakap bab politik ni. Bagi CikTeh walau pun kita sokong parti tu tak semestinya kita kena terima bulat-bulat apa yang depa katakan, apa yang depa lakukan. Kita dah besar panjang and dah boleh fikir mana yang baik mana yang buruk. Tak perlu lah nak burukkan sesama sendiri. Macam CikTeh walaupun CikTeh tak amik pot sangat pasal politik ni tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab. So entry kali ni just nak cerita pasal pengalaman pertama pergi mengundi. 

Ok awalnya beria nak balik kampung bukan sebab nak mengundi pun tapi amik peluang nak jumpa family je tapi time hari mengundi tu rasa berkobar-kobar lak tapi kejap je sebab kena beratur panjang and cuaca panas. CikTeh mengundi kat sekolah menengah kebangsaan jabi di saluran 3. Saluran 3 adalah untuk mereka yang baru berdaftar and saluran ni lah Q paling panjang. Kat 2 jam gak la beratur tunggu giliran. Nasib sekali ngan mak cik and kakak so bersembang la kami. Bagi mereka yang preggy and bawa anak mereka di beri keutamaan dahulu. Tiba masa CikTeh buat pemilihan, langkah dengan kaki kanan siap baca bismillah lagi then pergi kat petugas SPR check nama then calit dakwat biru kat jari kiri and depa baca nama CikTeh. Siap mengundi terus keluar and tunggu mak cik and kakak. 

Apa yang best mengundi ni selain daripada melaksanakan tanggungjawab kita kepada negara  ia juga dapat mengeratkan hubungan sesama kita. CikTeh jumpa ramai kawan-kawan sekolah. Bayangkan dah lama tak jumpa padahal duduk sekampung je and ada yang duuk tepi rumah je kot tapi time jumpa kat tempat mengundi baru nak sembang then mula lah banyak cerita nak bagitahu. Tapi masa mengundi ari tu kejap je jumpa depa semua sebab masing-masing ada urusan masing-masing. Nak balik cepat sebab tinggal anak la, ada yang nak balik cepat sebab nak balik rumah mak mentua la and ada yang kejar nak balik sebab esok dah nak keja. Semua kawan-kawan CikTeh tu dah berkeluarga. Seronok tengok kawan-kawan yang dah berkeluarga ni.

Cuti kali ni CikTeh ponteng sehari. Dapat lah jemput Kakak balik sekolah and spent time with my nephew and nieces. Lupa nak cerita masa on da wy balik kampung kereta kami broken down kat tol kuantan. 2 jam tunggu plus datang tambah lak tunggu mekanik lagi. Sepatutnya kami sampai rumah dalam pukul 12 malam  terpaksa tunggu kereta siap pukul 3 petang lebih baru sampai rumah. Nasib baik jalan tak jam. Then masa tunggu bas nak naik KL lak bas boleh buat hal pukul 11 malam baru nampak bayang bas. Dah la depa tak dak bagitahu pe pun delay. Bila pi tanya boleh pula buat muka jawab acuh tak acuh je. Geram giler. Bab tu CikTeh tak suka naik bas ekspres selain bas Sani. And macam biasa anak buah CikTeh akan menangis bila CikTeh dia nak naik bas. Kakak awal-awal lagi tak nak ikut and muka bleh nampak tahan air mata. Tapi Amani mula2 macam kakak juga then pas naik bas my mom call bagitahu suruh pandang keluar. Sebak rasanya bila tengok Amani menangis and langsung tak nak cakap ngan CikTeh bila my mom passed the phone to her. Tapi tu kejap je. Alhamdulillah CikTeh selamat sampai di KL and mula kerja macam biasa.

Sekian

-CikTeh-




Kaki Nota: Risau my cikgu tak sihat tapi terpaksa bertahan demi perjuangan anak didik...hope bie get well soon






Friday, 28 December 2012

1st Step

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur sangat-sangat semuanya berjalan dengan lancar. Sehari sebelum majlis kami agak sibuk la buat persiapan sikit dengan kemas rumah and sediakan bahan untuk masak esok. Adalah jiran-jiran datang tolong and sanak saudara and masa tu lah banyak CikTeh kena usik ngan depa semua. Tapi CikTeh buat tak tau je sometime layan je. Malu memang malu tapi buat der je lah. Malas nak layan depa duk dapur CikTeh lari ke ruang tamu tengok mak andam pasang pelamin. And time tu gak lah CikTeh  kemas rumah dan siapkan barang-barang hantaran. Malam tu gak try pakai baju tunang. Dah test semua pikir balik macam vouge sangat so CikTeh decided just nak pakai baju nikah mak cik je. Actually baju tunang ngan pelamin memang tak de plan nak amik pun tapi last-last minute ubah keputusan nak pakai mini pelamin lak. Nasib baik rumah mak andam dekat je selang 5,6 buah rumah je.

Esok nya pagi-pagi dah bangun and tolong ma sikit selebihnya kemas ruang tamu and setetlkan hantaran yang mana tak setel lagi. Dalam pukul 12.30 mak andam datang make up. Agak tak berapa berkenan sangat la ngan make up dia tu and buatkan CikTeh malu nak kua. Bagi CikTeh make up tu agak tebal. My cikgu pun cakap terlalu over make up tu tapi cara CikTeh pakai tudung dia suka. Simple but nice katanya ^_^.

Rombongan datang after Zohor. Dalam 5,6 buah keta gak la datang. Rombongan meminang disambut oleh pakcik-pakcik CikTeh. Adik CikTeh pi jemput depa kat masjid. Masa rombongan sampai sempat CikTeh intai my cikgu. Bukan pe takut dia tak datang. Sebab asalnya dia tak nak datang sebab malu then after di pujuk and my mom pun suh datang siap call lagi baru lah dia datang. Pakai baju pink lagi tu..hi3. Masa depa duk bincang kat luar, CikTeh duk dalam bilik berdebar2. Kejap kua kejap masuk bilik. Tak senang duduk. Then tiba-tiba my aunt panggil suruh kua. Ingatkan dah nak sarung cincin tapi just salam-salam dulu sebab belah lelaki nak kenal and nak tengok muka dulu. Keluar lah CikTeh salam-salam ngan depa then masuk bilik balik. Asalnya nak makan dulu then baru bincang tapi pihak lelaki nak setel kan dulu baru makan sebab depa agak rushing nak balik takut air naik. Tu la padahnya lau buat majlis dalam musim banjir...hi3....so bincang nye bincang (banyak duk sembang sebenarnya kenalkan sanak saudara....hi3) sekali lagi CikTeh dipanggil keluar untuk sarung cincin. Ingatkan my future MIL yang tolong sarungkan rupanya my future SIL. My future MIL tak dapat datang sebab kandas banjir. Agak terketar-ketar juga la masa my future SIL sarung cincin tu macam orang kena pakinson...he3.....Selesai sarung cincin then bergambar sekejap last menjamu selera. Before depa balik sempat la sembang sekejap ngan my cikgu and akak-akak my cikgu. 

Untuk hantaran, biasa-biasa je terutama dari pihak CikTeh. CikTeh asalnya tak nak la kasi yang berat-berat untuk tunang ni sebab nanti kawen baru nak angkat berat-berat tapi my cikgu tetap nak bagi hantaran barang-barang gak sebab katanya bagi makanan cepat habis and kenangan tak de. So memandangkan dia bagi barangan so CikTeh bagi la juga lau pun tak semua. Cikteh paling suka hantaran jam sebab my cikgu pandai pilih. Pilihan color yang buat CikTeh suka sebab color coklat. Yang lain pun suka juga and puas hati sangat-sangat. My cikgu pun puas hati ngan apa yang CikTeh bagi.

Untuk majlis ni my mom seperti biasa as a master chef. My mom masak nasi beriani + nasi putih + kari kambing + Acar nenas + kuih akok (feberet kuih my cikgu) + dalca + ayam goreng berempah + daging masak itam lau tak silap + sambal belacan + air teh panas (musim hujan kan kena la air panas) + buah rambutan. Tak sangka kuih tu kuih kesukaan my cikgu. Asalnya memang tak tahu. Rupanya dah lama dia cari nak makan kuih tu last-last datang rumah CikTeh dapat makan gak akhirnya. Sangat suka ^_^.

So far, family depa ok je and my family pun tak de cakap apa-apa pasal depa. depa terima seadanya macam kami terima mereka. Tempoh pertunangan biarlah rahsia ^_^..insha Allah dah sampai masa kami akan jemput dan hebohkan.

Kat bawah ni ada lah beberapa keping gambar tunang CikTeh.....

Suka sangat pelamin ni....for me sangat cantik dan simple ;-)

Posing sensorang je...Thanks kak ngah jadi photographer  

Hantaran CikTeh untuk My cikgu:
- Sireh junjung
-Pulut Kuning
-Kemeja + Tie
-Kain Baju melayu
-Chocolate
-Kek
-Buah

Hantaran my cikgu untuk CikTeh:
-Sireh Junjung
-Cincin
-Jam
-Perfume
-Kain sepasang + tudung
Alhamdulillah....
Officially engaged :-)
Ni lah cinta hati saya :-)
My lovely family...thanks a lot
Saat yang Mendebarkan macam nak kawen...hi3
Mengintai dari tirai jendela ^_^
Sanak Saudara Belah my Cikgu
Sanak Saudara Kedua-dua belah pihak


Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Syukur alhamdulillah. Next step will be announce soon ^_^.Harap-harap apa yang di rancang di berkati-Nya dan dipermudahkan.....Amin

Saturday, 8 December 2012

25.12.2012

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas nikmat dan limpah kurniaan-Nya selama ini. In Sha Allah lau tak de aral melintang tarikh itu ada sejarah nya tersendiri. Apa akan jadi 25hb tu biarlah rahsia dulu. In Sha Allah lau jadi CikTeh update what is going on. So untuk kali ni itu je yang boleh di update. 




Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Hopefully everything will be ok and everyone happy with it especially both family....i love you all so much.....^_^

Monday, 8 October 2012

UNIKL Convocation & Cameron Higlands

Assalamualaikum...

Hai blogger semua......apa khabar semua? Harap-harap semuanya sihat belaka. Untuk entry kali ini CikTeh nak berceloteh tentang peristiwa yang berlaku beberapa hari yang sudah. Pertama tentang konvo CikTeh baru-baru ni yang diadakan kat PICC, Putrajaya. Konvo ni merupakan my 1st day in my life sebab masa sijil dulu tak dapat pi sebab masa tu tengah final exam kat Unikl. So untuk konvo kali ni, very excited gak la dengan family ramai yang turun bagai kan. Tapi yang tak bestnya masa tu kejap je dan family pula just my mum and my bro je yang masuk kat PICC yang lain semua tunggu luar PICC. Nasib baik masa rehearsal tu ada la amik beberapa keping gambar. Masa reherasal everything ok cuma masa konvo tu je datang agak lewat so jadi kelam kabut sikit dengan smart card nye tertinggal bagai. Tak pasal-pasal kena charge RM10 untuk smart card baru itu pun belum bayar lagi. Memang rushing sangat time tu. Jubah tak sempat nak hantar, scroll tak amik. Ngan gambar ye banyak gelap. Kenkawan tak sempat nak wish congrate and candid camera sesama.....tapi semua tu agak berbaloi la bila dapat spent time ngan family kat Cameron. Itu pun banyak tempat yang tak dapat masuk sebab full parking. Next time we will come back to Cameron. My mom tak puas hati lagi jenjalan kat citu sebab masa pi tu buah strawberry baru je di petik and banyak kedai kaktus and bunga tak masuk. Ladang teh pun tak sempat masuk. Dalam kepala CikTeh bila plan nak gi Cameron dah terbayang nak posing banyak-banyak kat Ladang Teh tu tapi hampeh sebab tak sempat pi. Tapi tak pe next time kita pi lagi je semua. Lagipun benda ni memang dah plan cuma awalnya ramai yang tak dapat join sebab masa yang agak terhad tapi setelah dipujuk rayu my kak ngah akhirnya my bro, my aunt pun join gak la. Dapat la konvoi 5 keta pi Cameron. Balik dari Cameron kami plan nak singgah kat Lata Iskandar tapi dah nama pun hujung minggu mesti la ramai yang datang berkelah kat situ kan. So kami just lalu sambil jeling2 je la sebab orang ramai yang amat sangat. Nak parking nak beli goreng pisang pun tak boleh. Last-last kami teruskan lah perjalanan balik sebelum masing-masing berpisah ikut haluan masing-masing. CikTeh ngan my BIL ke Sentul hantar CikTeh dulu then my BIL balik ke Sungai Besi, my aunt sefamily tuju ke Serdang and my bro sefamily tuju ke PD. Last dapat cerita sekembalinya (wah ayat skema gile) dari trip kami tu ramai yang tak sihat rupanya termasuklah CikTeh. Ramai yang demam dan selsema. May b penangan sejuk Cameron. Laupun begitu kami tidak serik untuk ke sana lagi. So, see you again CAMERON HIGHLAND....WE WILL COME BACK :-)

My lovely family

Thank mom for the big flower

officially i'm graduated from unikl
Photography session

Amani ngada-ngada with her mom

Amani cayang papa

Kacau ler minah arab ni :-)


Suka ler tu bebas


Part of my family

Thanks for coming

Budok suko buat peel comel :-)

Tercapai gak my BIL pakai jubah


*** Gambar seterusnya akan di upload kemudian or sesiapa yang ada add CikTeh leh view kat fb je k....daaaa
Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Insyallah 25 Disember 2012 lau diizinkan :-)

Anda mungkin juga meminati:

Wednesday, 6 June 2012

Saya Rindu Dia


Ya CikTeh memang rindu dia. Tak tau kenapa tiba-tiba rindu sangat kat dia. Siapa dia? Dia adalah kawan CikTeh yang dah lama tak dihubungi. 2 hari berturut-turut teringat kat dia. Teringat suara dia gelak, bercakap dan muka dia yang cantik. Tiap kali balik kerja memang CikTeh selalu dengar budak-budak perempuan yang naik bas sekali ngan CikTeh sembang sambil tergelak-gelak dan suara salah seorang dari mereka memang persis kawan CikTeh tu. Alhamdulillah terubat juga rindu kat dia dapat dengar suara dia laupun bukan yang sebenar. Rindu nak bercerita dengan dia, nak share masalah. Lau dulu kami selalu chat tapi sekarang semua tu tinggal kenangan. Entah bila lagi CikTeh boleh jumpa dia, chat dengan dia dan tengok dia senyum......saya rindu akan dia. CikTeh pun tak tau kenapa tiba-tiba angin rindu kat dia datang. rindu kat my cikgu pun tak macam ni. May be dah lama kot kami tak bersembang dan tak tau apa cerita dia sekarang. Pe pun CikTeh harap dia bahagia dan happy selalu disamping yang tersayang....

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Sakan my cikgu bercuti ye kehulu kehilir habiskan cuti dia yang berbaki lagi 3,4 hari sebelum terbang balik ke Bintulu...miss you la cikgu :-)

Wednesday, 30 November 2011

Pacat

Assalamualaikum...

Ari nih CikTeh nak berceloteh pasal pacat. Tau tak pacat tu apa? Lau korang tak tau, Cikteh tak tau nak cakap apa lah sebab pacat nih lebih femes dari Datuk Siti Nurhaliza.....ngeh3. Actually semalam lagi nak post n3 nih tapi semalam sibuk sikit so tangguh sat lagipun semalam masih lagi teringat2 pacat dok melekat kat betis CikTeh. Geli beb. So ari nih nak cite pasal pacat kat betis Cikteh semalam. 

Ceritanya macam nih........pas p amik lengkuas kat belakang rumah, CikTeh p kat almari amik pengepit kuku nak potong kuku kat beranda sambil layan Amani main then tiba2 rasa gatal kat betis and CikTeh selak lah seluar track CikTeh nak garu. Time nak garu tuh tiba2 rasa macam jari CikTeh sentuh benda yang lembik dan sejuk. Sentuh je benda tuh and rasa lain macam terus tengok kat betis CikTeh. Then apa lagi terus melompat dan menjerit mintak pertolongan (macam kena sesuatu yang parah). My mum ngan kak ngah kat dapur berlari keluar tengok apahal yang bising. Sambil melompat kegelian, CikTeh bagitahu sambil tunjuk kat betis yang pacat tengah merayap naik. Apa lagi my mum ngan my sis pun menjerit lah sekali sebab kami memang dari spesis yang tak leh tahan dengan benda2 alah macam tuh. Makin gamat kat dapur tuh. Then my  mum amik pisau suruh CikTeh "Kuis" pacat tu sebab semua tak berani nak buang sebab geli. My bro ada sekali tapi dia lagi lah suka tengok akak dia duk melompat2 kegelian ngan pacat. Bukan nak tolong buang tapi buat der je....huhuhuhu....nak tak nak terpaksa CikTeh buang sendiri dengan rasa yang amat sangat geli nya apatah lagi time pacat tuh duk merayap memang terasa yang amat gelinya. Dapat je buang pacat tuh terus p dapur bako pacat tuh dengan perasaan yang bercampur (Geli + Geram + sukahati pun ada.) Then dah setel semua tuh my mum tanya mana dapat pacat tuh. May b kat belakang rumah kot masa p amik lengkuas tuh lagipun la ni kan musim ujan then kat belakang tuh berumput sikit memang ade lah benda alah tuh. CikTeh bagitahu kat my mum pas nih jangan harap CikTeh nak p amik lengkuas kat belakang rumah lagi lau time ujan....hehehehehe.....

Family CikTeh terutamanya my mum, my sisters and I memang geli ngan pacat, lintah or seangkatan dengannya. Itu baru pacat, lau dari spesis ulat pun sama nak2 my mum memang kecoh lah kat rumah tuh. Sedangkan yang plastik pun menjerit bagai ni kan pula yang idup memang silap2 ari bulan ade yang kena ketok ngan my mum. Nampak ulat gonggok jalan depan dia pun dah rasa geli and mintak anak dia nih tolong buangkan. Mintak2 ni last kena ngan pacat. Memang serik dan tak mau lagi jumpa dengan pacat nih. Lau jumpa ok lagi tapi jangan sampai naik atas badan sudah. Tak sanggup nak tahan geli nye tuh. Opppssss.....Amani dah bangun so CikTeh stop cini dulu nanti kita sambung berceloteh lagi ye. K daaaaaaaaa

Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota: Hidup Si Penganggur :-(

Monday, 26 September 2011

Old School

Assalamualaikum...

Semalam yang lepas masa duk basuh baju dalam bilik air tiba2 teringat pasal kawan2 zaman sekolah. So N3 kali nih CikTeh nak berceloteh pasal kawan2 CikTeh dari tadika sampai lah la ni. So jom baca celoteh CikTeh....

Tadika kemas Jabi
Ok CikTeh mula dengan kawan2 masa kat tadika. Masa kat tadika if tak silap CikTeh tak ramai sangat pun kawan baik. Masa tuh semua orang CikTeh baik cuma yang betul2 ngam tak de. Tapi yang best nye tadika nih tiap kali cikgu mintak p beli barang memang CikTeh lah yang akan p beli dengan 2,3 orang kawan kat kedai belakang tadika tuh. And tiap kali p beli barang tuh memang CikTeh akan amik peluang untuk balik rumah sebab rumah belakang kedai tu. So dapat lah berehat2 sekejap kat rumah sambil minum air or segala. Bila ada barang yang cikgu pesan yang kami and tuan kedai tuh tak tau memang akan balik rumah lagi tanya kat my mum or mak kawan sebelah rumah. Dan yang paling menakutkan tiap kali nak p beli barang adalah ketika lalu kat satu pagar yang mana kat situ ada anak patung lama yang dibuang. Tiap kali lalu kat pagar tu pasti kami akan pecut seribu langkah sebab takut. Padahal patung tuh tak de pe2 pun tapi dah namanya budak2 lagi then ada pula dengar orang bercerita yang kat pagar tuh berhantu sebab patung tuh so kami yang tak berapa nak matang lagi nih takut ler. Kadang2 sebab terlalu takut kami rela ikut jalan jauh. Dan yang paling CikTeh tak suka time makan. Bukan tak suka makan tapi kadang2 je. Time menu air nye susu tepung tu je yang tak suka sebab CikTeh memang tak suka minum susu apatah lagi susu tepung. Sampaikan Cikgu perhatikan sesapa yang tak minum dia paksa gak soh minum. Time kena paksa tuh terpaksa minum tapi bila sampai dapur terus buang balik sebab masa minum tak telan pun air tu biar je dalam mulut....hahahaha.....Masa konvo tadika lak my mum tak dapat hadir sebab keje so pagi sebelum p my mum siapkan CikTeh cantik2 pakaikan cream kat muka sebab masa tuh kat muka CikTeh ade panau sikit. Ye lah mana tak berpanau suka basuh muka time panas2........Dan paling best masa tuh dapat pakai baju baru p konvo dan paling tak lupa pas turun stage amik sijil baru cikgu tadika perasan yang jubah CikTeh pakai tuh terbalik....adoiyaiiii......Itulah 1st konvo CikTeh....

Sekolah Kebangsaan Jabi
Ok ni lak time sekolah rendah. Masa sekolah rendah dari darjah 1 hingga 3 CikTeh duk kelas no 2 dari 3 kelas. Masa tuh kawan pun dalam 3,4 orang je. Masa darjah satu CikTeh pernah mengamuk, menangis bagai sebab kawan usik CikTeh. Tapi nasib baik masa tuh cikgu tak de kuo p check out kat klinik. Masa mengamuk tuh habis batu yang bawa untuk buat mengira CikTeh baling. Then naik darjah  2 dan 3 pun still gak kawan tak ramai. Masa darjah 4 hingga 5 tuko kelas naik kelas depan. So masa naik kelas nih lah kawan bertambah e2 pun dalam 5,6 orang je. Masa ni juga geng2 CikTeh boleh dikatakan kepala gak lah kat sekolah. Semua geng CikTeh (Rehe, EG, Lela, Kumek, Kak ya, Noli) ade pegang jawatan. Ade yang jadi pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan. Masa nih juga kami sangat aktif bersukan tapi waktu PJ je lah tapi ada gak yang wakil sekolah dan daerah untuk permainan bola baling dan bola jaring. Masa sekolah rendah CikTeh aktif gak dalam acara balapan terutama bab lari 100M dengan 200M e2 pun waktu sukan tahunan. Kalau ada sukan tahunan memang 2 acara tuh lah yang CikTeh masuk tapi sampai darjah 4 je kot. Darjah 5, 6 dah tak masuk sebab malu nak lari...hahahahahaaa lagipun waktu tu kena tumpu kat exam kan. Dengan kelas tambahan lagi, seminar tu seminar ni. Tak masuk lagi aktiviti perkhemahan segala. Time berkhemah pun best sebab my mum akan datang duk tepi padang tengok anak dia berkhemah. If tak cukup apa2 yang nak guna my mum akan tolong bawakan tapi kena sembunyi2 sebab tak nak cikgu tau. Orang lain just mnum air masak je time khemah tapi group CikTeh minum ais lagi.E2 semua cilok dari my mum...hehehehe....Then paling yang tak dapat dilupakan masa darjah 6. Biasa lah dah masuk darjah 6 ni nak UPSR kan so banyak lah kelas and study group kena buat. Masa tuh memang group kami je yang buat. Group lain depa study kat umah je. Group kami memang rajin masa tuh (puji group sendiri la pulak tapi memang betul). Tak cukup buat group study pas waktu sekolah kami buat lagi kat rumah kawan belajar Math. Nak dijadikan cerita suatu petang tuh tengah duk study CikTeh rasa bosan so Cikteh amik ler daun pokok angsana so conteng2 lah kat atas daun tuh ala2 cite Mohabbtein. Then dari situ lah terjadinye kejadian yang tak diingini dimana (wah suspen je kan..hahahaha) kawan2 CikTeh pun mula tulis nama gabungan geng2 kami dengan budak2 laki kelas kami. Bila sorang start yang lain pun ikut ah. Tak cukup dengan tuh daun2 yang kami tulis tuh kami tabur atas padang. Esoknye datang sekolah masuk kelas atas meja penuh dengan daun yang kami tulis tuh. Budak laki kelas kami marah2 dan tanya sape yang buat. Kami dengan muka tak senonoh buat de je lau pun tahu budak2 laki tuh tahu yang kami tulis sebab depa kenai tulisan kami. Masa darjah 4 lagi kot geng kami selalu dipasangankan dengan geng laki dalam kelas kami. Mana yang tak suka memang muncung masam lah muka dan mana yang suka mula lah tersipu2 malu. Waktu bertugas juga kami selalu dipasang2kan.


Tapi itu semua zaman sekolah depa semua pun dah beranak pinak dah. Kecik2 dah pandai kan cintan cintun. Itu kisah cinta masuk bab p sekolah time ujan lak bagi CikTeh kelakar lah juga. Tiba musim ujan plastik gelenya pasti menjadi pilihan. Ye lah masa tuh my mum tak mampu nak beli baju ujan sorang satu. Lagipun masa tuh tak berapa nak ada lagi baju2 hujan budak2 nih. So tak nak bagi kasut basah my mum bekalkan plastik tuh kat kami. Kami sarungkan plastik tu kat kaki then jalan slow dalam air. Nak jalan kaki ayam memang tak berani sebab takut lintah or pacat gigit kaki sebab area sekolah CikTeh tuh memang ade benda alah tuh. So pakai lah plastik tuh. If tak nak pakai plastik terpaksa lah ikut jalan jauh. Ikut jalan besar untuk ke sekolah. Bila ada kelas malam lak berlumba2 naik basikal p kelas malam. Time balik  kelas malam lagi lah laju kami berlumba2 sebab takut. Kadang2 my mum akan datang jemput  balik kelas. Seronok sangat time sekolah rendah kan. Masa sekolah dulu my mum bagi 50 sen je tapi dengan 50 sen boleh beli nasi dengan air dah tu tapi sekarang apa je boleh beli dengan 50 sen tu. Nasi lemak pun sekarang dah seringgit. Time p sekolah petang (fardhu ain) mula lah korek tabung buat belanja petang. Bila korek tabung banyak ler sikit belanjanya dalam seringgit e2 pun my mum tak tau...hihihihihi. Geng CikTeh masa sekolah dulu agak nakal juga lah tapi tak de la sampai kena panggil dengan GB kan. Pernah suatu ketika masa tu subjek Kajian Tempatan dimana time cikgu duk sibuk suruh hantar keje sekolah kami boleh duk bersimpuh atas simen main batu seremban. Masa tuh permainan nih memang popular. Tiap sorang mesti ada simpan set batu seremban. So apa lagi mengamuk cikgu tuh siap rampas batu seremban kami dan ugut kami suruh kami minum air rebusan batu tersebut. Awalnya kami agak takut dan cuak tapi selepas hari ke hari benda tu berlalu macam tu je. E2 lah skit sebanyak time sekolah rendah. Kat bawah ni ade beberapa keping gambar masa sekolah rendah ehsan dari Cik Laa Bella :

Masa nih teacher bawa jalan2 pusing bandar (program anak angkat)

Kenangan bersama cikgu pektikal (Cikgu syahrum)

Kecik je kan comot lak tuh........masa nih darjah 5 lau tak silap

Dengan cikgu pektikal gak tapi lupa lak nama cikgu ngan ustazah ni :-)
(nama cikgu laki ingat je...hahahaha)

Bersama GB, Tuan Haji Mohammad - Hari2 last kat sekolah

Kenduri rumah kak ya

Still lagi contact laupun masing2 dah bawa haluan masing2

Friends for ever
Sekian



-CikTeh-

KakiNota: Nanti celoteh lagi di part 2 ye :-)

Total Pageviews