Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label kemas rumah. Show all posts
Showing posts with label kemas rumah. Show all posts

Monday, 23 September 2013

:: PTM ::

Assalamualaikum...

Ke mana korang hujung minggu lepas? Macam CikTeh berkesempatan balik kampung. Bukan balik saja-saja tapi balik sebab menhadiri peperiksaan PTM. Apa tu PTM? Mai sini nak habaq  sikit. PTM is stand for Pegawai Teknologi Maklumat. Mesti korang ada yang pernah hadir exam ni kan. Sebelum ni CikTeh pernah hadir exam PTD and now baru je lepas exam PTM. PTD lepas CikTeh gagal and untuk PTM ni x tau lah dapat tak. Hopefully dapat lah sebab yang ni under kerajaan Terengganu (ayat macam senang nak dapat kan....). Macam biasa lah pi sana bertemankan kak ngah as our driver, ma and my nieces, Amani dan kakak. 

Itenary of my exam PTM:

20.09.2013 :
 10.00 p.m - naik bas kat Hentian Putra go back hometown

21.09.2013 :
 05.30 a.m - reached at my hometown and fetched by my sis 
                   05.45 a.m - bersiap untuk hadir exam
                   06.45 a.m - bertolak ke Pusat Konvensyen TTI, Kuala Terengganu
                   08.10 a.m - Tiba kat TTI and having breakfast.
                   08.30 a.m - Masuk dewan exam
                   08.35 a.m - Exam mula untuk seksyen A bahagian I
                   09.45 a.m - Exam seksyen B bahagian I
                   11.00 a.m - Exam seksyen B bahagian II
                   12.00 noon - Went to Museum Terengganu
                   02.00 p.m - Rest, solat, and  lunch at Batu Buruk
                   03.30 p.m - going back home
                   4.45 p.m - Berenti rehat sebab driver mengantok. So CikTeh, Amani and my                                      ma having Hi-Tea + ICT (Ikan celup tepung)  
                   6.15 p.m - Sampai rumah. Before tu singgah pasar malam.

22.09.2013 : 

Bangun pagi then kemas rumah. Then masak untuk lunch segala. Sempatlah merasa durian kampung yang ma CikTeh simpan. Petang lepak-lepak ngan family sambil layan anak buah. Pas maghrib siap-siap untuk naik bas balik KL. Dalam pukul 9.05 minit bas gerak dari stesen bas Jerteh ke KL. Masa salam-salam ngan ma, kak ngah and kakak, Amani dah merengek nak ikut CikTeh naik bas. Lau dulu kakak yang suka buat perangai macam tu, la ni Amani lak. Terpaksa cakap yang CikTeh naik hantar beg dulu baru turun balik amik Amani. Lau tak cakap macam tu memang meraung lah kat situ na ikut. Itu pun pas nampak CikTeh lambai-lambai atas bas pun meragam. Nasib bila pujuk naik mainan kat situ baru ok. Dalam perjalanan balik ke KL, terdetik nak mesej my cikgu tanya khabar. Alhamdulillah dia sihat walafiat. Mesej pun tak lama tapi sempat lah bincang pasal kami. Last-last terlena dengan linangan air mata rindu (over kau).

23.09.2013:

Sampai Hentian Putra dalam pukul 4.30. Laju gak lah bas ni. Tunggu kaunter LRT buka lepak kat situ je. Pukul 6 terus naik LRT balik Sentul. Sampai Sentul terus sambung tidur then bangun siap pi keje. 

Itu je lah kisahnye......


Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Tak sabar dan nervous gak lah nak tunggu hujung tahun ni. Harap-harap CikTeh boleh menerimanya dengan hati terbuka. Begitu juga dia.......Permudahkanlah Ya Allah

Thursday, 31 May 2012

HARI MINGGU YANG BOSAN


Hari ni bermalas malasan kat rumah. Tengok design logo Taman Negara pun tak de idea nak buat. Try juga buat tapi sekerat jalan blur. Bosan sangat hari ni. Esok dah start keje balik. Duk rumah hari ni just kemas rumah, tengok tv, masak memasak time rasa lapar(banyak je makan hari ni) and sentuh buat design logo sikit. Try juga cari ilham nak buat logo Taman Negara tapi langsung tak datang. Mesej cikgu lak macam tak de mood je nak mesej. Memang bosan hari ni. Nak kua fulus pula agak tidak mengizinkan and tak tau nak kua ngan sapa. Ahhhhhhhh.....sungguh bosan hari ni.

Malam nanti nak try buat juga logo tu laupun sikit. Esok tak de la En.Tajul tuh mengomel banyak sebab dah buat sikit. Satu dah siap design just tunggu dia komen je yang satu lagi ni memang blur. Nak design guna brush segala. Siap suruh turun level bawah guna brush betul design kat paper then scan if susah nak buat dia cakap tapi memang tak datang pun idea yang dia nak tuh.....huhhhhhh.....idea...idea....idea......Dah ler dia ni cerewet and dia sendiri akui yang dia macam tuh. Ni baru ade 4 design masa dalam lif ari tu dia cakap nak sekurang-kurangnya 6 design. Maknanya ada lagi 2 lagi coming soon. Nampaknya bukan sebulan ni amik masa buat satu logo tapi silap ari bulan 6 bulan training kat situ CikTeh buat logo Taman Negara tu je lah. Staff lain pun asyik duk tanya “buat logo lagi ek?” Soklan tuh lah selalu ditanya mereka. Nak buat macam mana saya just trainee je and skill masih lagi tak mantop. Banyak lagi yang perlu di asah tambah pula CikTeh kan 50-50 je minat design nih so lagi lah liat nak gilap bakat yang ada huhuhuhuh...banyak sungguh songeh CikTeh ni kan....whateverrrrrrr ^_^.

Esok meeting tak tau nak cakap pe. Tiap kali meeting asyik cakap buat logo buat logo sampaikan Dato’ pun dah naik fade up dengar. I lagi lah fade up Dato’ J. Tapi lau dah de nak cakap gak esok may be diam je lah kot tak pun bagitahu je lah still buat logo lagi tapi tambahan 2 logo dari En.Tajul. Dia nak marah ke nak ngomel apa dia punya pasal lagipun bukan tak buat kerja buat cuma agak perlahan sikit nak siapkan kerja ni maklumlah skill CikTeh masih lagi belum berkilat (alasan banyak sungguh).

Ok lah CikTeh chow kue tiaw dulu erk nak cari ilham buat design logo tu. Mintak-mintak datanglah ilham tuh lau tak datang gak esok discuss ngan En.Tajul balik. Ok readers see you next entry...daaaaa

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Rasa macam nak merajuk je ...ada orang kisah ke CikTeh oiiiii.....pedulik apa kan...hik3...internet tak leh guna la pula...wawawawawawaaaaaaaa


Sunday, 15 April 2012

Rutin Hari Ini


Hari ni kena jaga Amani sebab my sis kena pi kursus 3 hari kat Sekayu. So 3 hari lah Amani kena tinggal dengan Mama dia. Dan 3 hari juga lah Amani tak pi sekolah sebab tak de sapa nak hantar. My mum tak boleh hantar sebab my mum kena masuk kerja awal pagi and CikTeh tak de lesen nak bawa motor pi hantar. Takut kena saman seyy ^_^. So tinggallah Amani dengan CikTeh. Hari ni lau pun jaga Amani alhamdulillah siap juga kemas rumah bahagian depan siap dengan bilik adik lelaki CikTeh yang dah lama tak balik since dia kawen nih. Nak kata jauh tak de lah jauh pun sebab rumah dia pun tepi opis my mum kerja. Dia keje pun lalu je depan rumah tapi tak tau lah nape tak nak singgah. CikTeh rindu gak kat dia itu yang rajin tadi kemas tempat tido dia tukar cadar segala. Tapi alhamdulillah tengah hari tadi dia singgah sekejap amik kunci. Terubat sikit rindu kat adik CikTeh tu. Nampak dia pun macam dah lain sikit. Lau pun senyum sentiasa tapi CikTeh rasa dia macam kekok je. CikTeh rasa lah tapi dia tak tau lah rasa macam mana. May b juga perasaan CikTeh je tu. 

Ok habis kemas rumah just duduk rehat-rehat ngan Amani and kakak. And macam biasa lah lau dah jaga budak kecik nih suara jantan habis keluar. Sampai kakak pun dah lali dengan suara jantan CikTeh ni and tiap kali kena marah ade je yang kena cubit ngan CikTeh kakak nih. Kesian anak buah CikTeh tu. Tapi tak de lah cubit melampau2 kan just untuk bagi dia sedar kesalahan dia. Cubit2 sayang ^_^

Pas siap kemas bahagian depan, jenguk lah dapur sekali. Ingatkan my sis dah kemas dapur rupanye tak. Dia cakap dia kemas tapi CikTeh tengok macam tak kemas ngan tak menyapu nye ngan dpaur tak lap....adoiyaiiii nak marah kan kakak nak suruh buat kan kakak and Cikteh memang tak suka suruh-suruh orang sebab benda kita pun boleh buat. So biarkan je lah. Tadi pas makan malam baru lah CikTeh kemas dapur lagipun Amani dah tido soh boleh lah buat kerja sikit. Esok tak de lah banyak sangat nak kena kemas dapur tuh. And esok CikTeh kena bawa Amani p klinik timbang berat dia. Rasa macam dah naik banyak kot berat badan dia sebab nampak sangat dah makin bulat dan berat time dukung dia. Dah la isi padat. Kebanyakkan baju dia semua dah macam ketat2 tambah lak bahagian perut. Tokma dia pula potong rambut bulat semalam lagi lah nampak bulat. Pe pun janji Amani sihat. Sihat tak sihat sangat lah dia tu sebab idung dah kat seminggu berair dan batuk2. Tadi baru bagi dia makan pamoga and scotts. Pas makan terus guling2 and meragam jap then tido. 3 hari Amani tido ngan CikTeh and Tokma. 

Ok lah CikTeh masuk tido dulu sebab esok nak kena bangun awal bawa Amani pi klinik. So selamat malam semua dan maafkan CikTeh atas segala-galanya ^_^


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota:Nampaknya 3 hari ni kena berjaga malam lah tiap kali Amani nak susu ^_^




Total Pageviews