Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Thursday 6 February 2014

:: CNY 2014 - Part 1 ::

Assalamualaikum...

Hah ni lak nak celoteh pasal cuti CNY baru-baru ni. Ber part-part lagi nih. Kebiasaanya tahun-tahun sudah kami balik kampung time CNY ni tapi kali ni my mom plan nak naik KL seperti yang CikTeh war-warkan sebelum ni. So Khamis petang tu depa sampai la KL. Actually bukan KL tapi Seremban. Asal memang nak turun KL dulu pi rumah nenda kat Setiawangsa sebab nak ke rumah abang Yon kat Lukut my sis tak tau jalan. Tapi memandangkan my sis nak amik my bro kat Gombak and my bro tau jalan ke Lukut so depa teruskan lah perjalanan ke Seremban. CikTeh macam biasalah pas kerja baru gerak pi Sereman naik public transport. Nak tumpang my sis tapi my sis sampai awal sangat. So my SIL datang jemput kat stesen KTM Seremban ngan abang Yon and my cuties niece. Sampai Lukut terus dinner. Dan yang paling best my SIL masakkan masakan yang CikTeh suka....masa lemak cili padi rebung dengan udang. Menambah kot makan ngan ulam-ulaman dan budu bagaikan. Tambah selera bila makan ramai-ramai ngan family kan. 

Esoknya dalam tengah hari nenda and family sampai. Depa lewat sampai sebab jam teruk. Bayangkan pukul 10pg depa kua pukul 2 lebih baru sampai Lukut. Sampai terus lunch dulu. Pagi tu kak ngah sempat lah buat pencuci mulut sikit. Duk rumah my sil ni memang mulut asyik mengunyah je. Dan paling tak best tiap kali makan or cakap bab makan ni, CikTeh akan jadi bahan sebab depa kata CikTeh dah gemok. Sedih giler tapi CikTeh buat tak tau je...huhuhuhu..Pas lunch and rehat, kami siap untuk keluar amik angin kat pantai sambil-sambil pi recce tempat untuk Ayh Do mancing nanti malam. Tapi tak sempat tunggu malam pun, sebab niat asal just nak recce je tapi Ayh Do tak tak tahan dah nak mancing tambahan pula tokey kolam tu baru nak lepas ikan ke kolam, so tinggalkan Ayh Do ngan Adam kat situ. Kami terus ke destinasi kami ke pantai. Nak ke pantai Teluk Kemang tapi faham-faham lah kan bila public holiday ni....sampai kat roundborad pun dah jam so abang yon terus turn balik tak jadi ke sana. Pusing punya pusing kebanyakkan tempat parking full so kami decided pi pantai Batu 4 je lah. Itu pun 2,3 kali pusing gak nak cari parking. Lepak-lepak sambil snap gambar then terus balik.
Kami di pantai
With Puteri Danish As-Suffiah....cousin. Dah nak sama besar dah
Apa yang tak puas hati tu CikTeh sampai cekak pinggang
Abe Yon With Kak Ita.....happy couple
Ayoh Chik With TokMa
Apa benda yang di tengok pun tak tau la...bersungguh belake nampaknye :-)
Sunset yang cantik
Before balik rumah singgah pasar malam cari makan untuk alas perut. Sampai rumah rehat sat then terus prepare dinner. Untuk dinner malam tu, Ayh Do ada bawa ikan siakap hasil tangkapannye before datang ke Lukut. Siap makan bagai lepak tengok TV then tidur. Masing-masing tidur awal sebab esok pagi dah nak gerak ke Melaka. So cerita kat Melaka kita sambung part 2 ok :-)

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Indahnye dapat berjalan di tepi pantai dengan insan tersayang kan sambil menikmati keindahan alam ciptaan-Nya :-)

Total Pageviews