Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Thursday 31 May 2012

SEBULAN SUDAH

Update: Hari ni update sekali entry yang lepas-lepas so tarikh agak bercelaru sikit. Actually entry yang title nye huruf besar tuh CikTeh copy paste kat word sebab internet sebelum ni problem so CikTeh tulis kat word dulu. Tarikh agak berterabur dan begitu juga susunan cerita yang tunggang terbalik.....^_^



Alhamdulillah ari ni genap sebulan CikTeh training kat Lensa Film. Banyak sangat yang CikTeh pelajari setakat ni terutama dalam bidang design nih. Actually bidang graphic ni bukan sesenang yang CikTeh sangka. Sebelum CikTeh just tengok benda yang dah siap tapi untuk hasilkan sesuatu desig graphic or anything else related to graphic amatlah mencabar minda dan kesabaran diri. CikTeh cakap macam ni pun apa yang Cikteh rasa dan Encik Tajul juga akui memang bidang graphic ni bukan senang tapi if kita usaha dan fast learner insyallah everything will be ok. Banyak lagi yang perlu CikTeh pelajari dan seriusly CikTeh cakap masuk training kat Lensa seolah-olah macam baby baru nak berlatih bertatih. Need someone to guide me to stand, hold and walk slowly. CikTeh juga perlu banyak berinteraksi dengan the others staff tapi setakat ni memang CikTeh banyak duk diam.  CikTeh cuba untuk berinteraksi tapi may b masih baru lagi so rasa segan tu masih lagi menebal. Masa belajar dan masa kerja so different. Actually CikTeh training kat Lensa tu macam terkena culture shock gak lah. Mana tak culture shock nye everythng nak kena buat sendiri and must have own efforts to grab the opportunity that have. Tapi buat masa sekarang nih CikTeh masih lagi dalam tempoh suai kenal. Seriously CikTeh cakap CikTeh memang susah nak suaikan diri dengan mereka yang baru kenal. Kebanyakkan staff kat Lensa adalah dari budak praktikal yang training kat situ. Walaupun dalam diri CikTeh lebih kepada position management tapi if dah tersurat my rezeki dalam bidang graphic designer, CikTeh terima je. Insyallah CikTeh akan cuba sedaya upaya untuk mendalami ilmu graphic ni dengan lebih mendalam jika diizinkan. Lagipun kat Lensa ada ramai yang berpengalaman. Cuma CikTeh perlu lebih bertanya dan buang sifat malu untuk berinteraksi dengan orang lain. Pray for me and wish me luck to finish my training successful. 



Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Training make perfect :-)...insyallah

RINDU BAYANGAN


Wah tajuk entry macam tajuk lagu je.....Sedih dan menangis CikTeh sensorang bila dengar suara my mum and my cute niece. Tahan je tadi tak nak kasi my mum tahu yang CikTeh menangis sebab rindu kat diaorang. Dapat je cakap dengan my niece (kakak), minta CikTeh balik. Banyak kali minta CikTeh balik. Rindu benar dia kat CikTeh. CikTeh pun rindu kat my cuties anak buah. Rindu nak gaduh dengan kakak, rindu nak bawa diaorang naik motor pusing-pusing kampung, pergi taman dan main nyorok-nyorok.

Waaaaaaaaaaaa........rindunyeeeeeeeeeee........Dah ler duk rumah sensorang. My aunt balik kampung cuti sekolah. 2 minggu lak tu cuti and insyallah awal bulan depan CikTeh move out to Bandar Baru Sentul duduk menyewa dengan Zura (my training partner). Lau ikutkan nak je menumpang duduk rumah my aunt ni tapi sebab tak nak susahkan diaorang and kacau privacy so CikTeh decided move out. Lagipun bukan nye sekejap, 6 bulan tuh nak menumpang. Dah ler tak bayar apa-apa kan. So segan lah CikTeh.

Seriously tak sabar nak balik kampung raya nanti. Mengikut staff  Lensa, raya sebelum ni company  bagi cuti seminggu untuk raya. Tapi tahun ni tak sure lagi berapa lama. Harap-harap seminggu gak so boleh lah CikTeh beraya lama-lama sikit. And tahun ni tak tau lagi sempat tak balik tolong my mum buat persiapan raya. Harap-harap juga dapat balik kampung beberapa hari sebelum raya dan harap-harap lagi baju raya siap lau tak siap gak tak tahu la sebab my mum dah pi hantar jahit. May be akan beli sepasang lagi yang dah siap untuk back up.

Wah puasa belum lagi sebuk duk bercerita pasal raya ^_^. Ari ni janji dengan tuan rumah sewa nak bank in deposit duit, sekali tak dapat nak depositkan atas kesilapan teknikal mesin dan kami sendiri. So kami tangguh bayar isnin ni. Tuan rumah cakap ok je. Tak sabar nak move out tapi masih lagi mencari orang untuk tolong hantar barang-barang ke rumah sewa. Nak mintak tolong my uncle dia balik sini esok by bus. Nak tunggu my aunt balik lambat sangat. So, may be angkut sendiri dengan public transport. Anyone want to help me???

Ari ni juga berjaya menolong Kak Ila and Zura arrange library dengan jaya nye just part labelling je belum settle lagi. Sungguh seronok buat kerja kat library dari buat design hehehehehe……tapi tadi terserempak dengan En.Tajul  and kena buat 2 lagi design untuk logo Taman Negara. Semalam lagi sebenarnya dia cari CikTeh kat Animation Department tapi CikTeh sibuk kat library tolong Kak Ila dengan Zura. Nasib dia tak mengamuk dan marah-marah macam dulu. Lau dulu aduhhhhhhhh……macam-macam kena sembur dengan dia. Nasib CikTeh sabar je. And berkat kesabaran Alhamdulillah En.Tajul ok sekarang tapi kena hati-hati gak sebab kita tak leh jangka bila angin putting beliung dia nak datang kan.

Untuk logo tu CikTeh kena siapkan sebelum En.Tajul outstation ke Taman Negara kat Terengganu, Kelantan dan Pahang selama 3 minggu bulan 6 nanti. Eh…..tak lama dah nak masuk bulan 6 so that’s why CikTeh bawa balik kerja dia buat kat rumah separuh. Lau ikutkan memang CikTeh tak suka bawa balik kerja opis kat rumah sebab kat rumah is my rest time tapi nak buat macam mana kan dah tugas and agak urgent. And semalam dah start casting untuk Taman Negara and tadi ingat nak pi tengok diaorang buat casting kat studio tapi dah dapat tugas dari Tuan Pengarah En.Tajul so tak dapat nak sertai. Harap-harap ada kesempatan lagi nak tengok dan belajar macam mana diaorang buat casting tu.

Ehhhh...panjang nye entry kali ni....asalnye nak cerita pasal sedih rindu kat my family sekali tercerita pasal kerja hari ni lak ye.....he3......ok lah CikTeh out dulu nak sambung buat kerja Tuan Pengarah ni lak. Kan tak siap kena sembur baru tau hehehehehehe

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Dah masuk sebulan 2 hari dah CikTeh training kat Lensa. Perasaan nak withdraw macam dah nak terhakis.....alhamdulillah berkat doa agar dipermudahkan segala urusan....amin 

HARI MINGGU YANG BOSAN


Hari ni bermalas malasan kat rumah. Tengok design logo Taman Negara pun tak de idea nak buat. Try juga buat tapi sekerat jalan blur. Bosan sangat hari ni. Esok dah start keje balik. Duk rumah hari ni just kemas rumah, tengok tv, masak memasak time rasa lapar(banyak je makan hari ni) and sentuh buat design logo sikit. Try juga cari ilham nak buat logo Taman Negara tapi langsung tak datang. Mesej cikgu lak macam tak de mood je nak mesej. Memang bosan hari ni. Nak kua fulus pula agak tidak mengizinkan and tak tau nak kua ngan sapa. Ahhhhhhhh.....sungguh bosan hari ni.

Malam nanti nak try buat juga logo tu laupun sikit. Esok tak de la En.Tajul tuh mengomel banyak sebab dah buat sikit. Satu dah siap design just tunggu dia komen je yang satu lagi ni memang blur. Nak design guna brush segala. Siap suruh turun level bawah guna brush betul design kat paper then scan if susah nak buat dia cakap tapi memang tak datang pun idea yang dia nak tuh.....huhhhhhh.....idea...idea....idea......Dah ler dia ni cerewet and dia sendiri akui yang dia macam tuh. Ni baru ade 4 design masa dalam lif ari tu dia cakap nak sekurang-kurangnya 6 design. Maknanya ada lagi 2 lagi coming soon. Nampaknya bukan sebulan ni amik masa buat satu logo tapi silap ari bulan 6 bulan training kat situ CikTeh buat logo Taman Negara tu je lah. Staff lain pun asyik duk tanya “buat logo lagi ek?” Soklan tuh lah selalu ditanya mereka. Nak buat macam mana saya just trainee je and skill masih lagi tak mantop. Banyak lagi yang perlu di asah tambah pula CikTeh kan 50-50 je minat design nih so lagi lah liat nak gilap bakat yang ada huhuhuhuh...banyak sungguh songeh CikTeh ni kan....whateverrrrrrr ^_^.

Esok meeting tak tau nak cakap pe. Tiap kali meeting asyik cakap buat logo buat logo sampaikan Dato’ pun dah naik fade up dengar. I lagi lah fade up Dato’ J. Tapi lau dah de nak cakap gak esok may be diam je lah kot tak pun bagitahu je lah still buat logo lagi tapi tambahan 2 logo dari En.Tajul. Dia nak marah ke nak ngomel apa dia punya pasal lagipun bukan tak buat kerja buat cuma agak perlahan sikit nak siapkan kerja ni maklumlah skill CikTeh masih lagi belum berkilat (alasan banyak sungguh).

Ok lah CikTeh chow kue tiaw dulu erk nak cari ilham buat design logo tu. Mintak-mintak datanglah ilham tuh lau tak datang gak esok discuss ngan En.Tajul balik. Ok readers see you next entry...daaaaa

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Rasa macam nak merajuk je ...ada orang kisah ke CikTeh oiiiii.....pedulik apa kan...hik3...internet tak leh guna la pula...wawawawawawaaaaaaaa


HARI INI



INTERVIEW LAGI
Alhamdulillah tadi tengah dok tension buat logo dapat call untuk interview kat Serdang position Executive. Lupa lak nama company ape tapi dia cakap nak email kan butiran interview nanti sebab dia nak confirm ngan boss dia untuk sesi interview. Alhamdulillah interview tak putus-putus Cuma ada yang CikTeh terpaksa tolak sebab masa dan keadaan tak izinkan. So mintak-mintak dapat lah kerja. If dapat kerja tuh may be stay kat rumah mok su na kat Serdang kot. Kalau dapat la lau tak dapat still la duduk kat Sentul. Mesej my mom tadi bagitahu pasal interview. My mom suruh mesej mok su na bagitahupasal interview sebab nanti pe-pe hal boleh contact dia.

MY LOVELY CIKGU
Alhamdulillah my Cikgu dah selamat sampai ke kampung halaman. Tapi cian dia penat sangat and demam. Tu la cikgu lau dah kerja memang tak hingat apa kan. My cikgu selalu gak la tak sihat sebab kurang rehat. Dia memang workerholic. Berbaloi lah penat lelah dia dapat anugerah cemerlang tuh. Mesej ngan dia tadi pun kejap je sebab CikTeh tak nak ganggu dia rehat. Sungguh kecian baca mesej dia. Mana tak penat habis taklimat terus bergegas balik kampung. Sebelum nih hai minggu pun kena kerja. Kerja kerasnya my cikgu nak didik anak bangsa. Pagi pi ngajar, habis waktu sekolah sambung ngan kelas tambahan kat sekolah. Malam lak sambung tusyen kat rumah lak. Sungguh kagum dengan semangat my cikgu. That’s why lah CikTeh sayang sangat kat dia hehehehehe......

DESIGN LOGO
Tadi Mr.Tajul datang check logo yang ke-3 then dia suruh hold dulu and continue dengan design 4. So CikTeh buat la tadi design 4 tu pula. Actually dah siap dah tapi tengok balik macam tak berkenan lak so buat yang lain. Sekali Mr.Tajul datang check before dia balik bagitahu yang design tuh tak sedap dipandang sambil sedap je sedup air coke Mc D. Adoi yaiiiii...berbisa sungguh komennye itu. Dia cakap dia tak tau macam mana CikTeh apply brush guna illustrator. Padahal dah tunjuk kot kat mana CikTeh amik brush and jenis-jenis brush yang ada kat illustrator tuh. Sekali dia suruh pi cari brush betul-betul sekali dengan warna hitam. Turun lah CikTeh pi bilik krew mintak barang-barang tuh. Bertungkus lumus krew cari barang-barang tuh tapi yang depa jumpa just berus yang kecil je tapi Mr.Tajul nak yang besar. CikTeh amik je dari tak de kan. So naik atas tengok dia dah tak de. Mesej Zura tanya Mr. Tajul ada tak kat bilik and Zura cakap dah balik. Penat je turun p amik barang-barang tuh. Esok tak tau la macam mana. Bosan giler buat logo nih. Daus senyum je tengok gelagat CikTeh dengan Mr.Tajul. Esok siap sedia lah dengar bebelan dia. Sungguh bosan dan tension.

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Terbabas juga impian nak diet malam ni kalah dengan ayam masak kicap masakan sendiri :-)

Sunday 13 May 2012

Happy Mother's Day


12 Mei 2012 adalah hari ibu. Ada sumber menyatakan HARAM MENYAMBUT HARI IBU atas sebab-sebab tertentu but bagi CikTeh tiap hari adalah hari ibu sebab rasa hormat dan kasih sayang CikTeh pada my mum. Actually semua ni atas nawaitu kita sendiri. Lau nawaitu kita baik maka baik la jadinya. Nak celebrate apa-apa biarlah berpada dan bertempat jangan kita terlalu ikut cara barat sangat. Perkara yang sebegitu yang telah menyebabkan kita mudah terpesong dan terpengaruh. So sempena hari ibu ini pagi-pagi lagi CikTeh mesej my mum wish a special Mother's Day wishes. Just a sincerity message and no present to her. Tahun ni tak dapat bagi my mum hadiah special just pray for her, May Allah bless her and dipanjangkan umur. I love my mum very much. Betapa besar pengorbanan my mum terhadap anak-anak. Membesarkan anak-anak sepanjang 22 tahun sebagai ibu dan ayah. Walaupun anak-anak izinkan mencari pasangan hidup tetapi my mum tetap menolak kerana bagi my mum my late father is the one nobody can replace him. Serius CikTeh cakap CikTeh memang tak boleh dengar suara my mum kat te telefon tiap kali kami bersembang sebab dengar suara my mum membuatkan CikTeh rasa sayu, sedih, sebak sangat-sangat, tambah pula lau CikTeh ada masalah and luah kat my mum. CikTeh akan cuba kawal dari my mum tahu yang CikTeh nangis or rasa sebak. That's why CikTeh suka text my mum so that my mum tak tahu CikTeh menangis. 

Ehsan gambar dari uncle Google

So sempena Hari Ibu ni, CikTeh nak ucapkan "SELAMAT HARI IBU " buat semua ibu-ibu di dunia ini dan juga bakal-bakal ibu, semoga menjadi ibu yang mithali dan sentiasa diberkati oleh-Nya.....amin

Love and miss you so much

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Segala apa yang berlaku memang sudah ditentukan DIA  mengikut kemampuan ummat-Nya ^_^


Wednesday 9 May 2012

Rumah Kena Pecah Masuk


Semalam mesej ngan my mum duk bercerita pasal training and lain-lain hal then my mum buat keluar cite yang rumah my bro kena pecah masuk pagi semalam. Menurut kata my mum, kejadian berlaku dalam pukul 4 pagi. Yang peliknye my bro and my SIL langsung tak sedar apa  pun. Mereka percaya yang mereka kena pukau. Sedar-sedar rumah kena pecah masuk sebab my SIL bangun nak ke toilet then tengok TV tak de. Bila check sekeliling rumah rupanya memang rumah kena pecah masuk. Antara barang-barang yang kena curi TV plasma, laptop, duit dalam RM600 then barang-barang lain. Diaorang masuk ikut pintu dapur. My bro buat report dalam pukul 5 pagi. Jaga ada pun macam tak de. My bro cakap (baca komen kat fb my bro la) jaga bagitahu yang dia ada kat pondok jaga tapi time my bro keluar nak pi buat report langsung tak nampak bayang pun kat pondok jaga tuh. Dan ramai yang beranggapan ni kerja mat Indon dan my bro rasa memang dia ngan wife dia kena pukau sebab diaorang langsung tak sedar apa-apa. Nasib baik tuan rumah tak di apa-apakan. Sekarang my bro and his wife agak trauma. Yelah seumur hidup ni lah 1st time dia kena. Harap-harap ni yang 1st and last. Sungguh bahaya.......Sungguh bersyukur sebab my bro and my SIL selamat. La ni sebab kan taruma, my bro tak lena tidur and berjaga. Petang kejadian juga my bro upah orang pasang grill kat rumah dia. Hilang harta tak pe boleh cari jangan hilang nyawa sudah. Ade hikmat di atas apa yang berlaku. 

"Ya Allah Engkau lindungilah kami dan jauhilah kami dari segala perbuatan yang keji dan berilah petunjuk kepada mereka yang telah terlibat dengan perbuatan keji ini Ya Allah....amin"


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Bosan sungguh kerja minggu ni........esok tak tau nak buat apa????
Windu cikgu ketat ^_^

Saturday 5 May 2012

Wesak Day


Nasib baik hari ni cuti so leh la rehat-rehat sikit kat rumah. Esok tak leh nak rehat sangat sebab kena pi kenduri anak tiri che sue kawen kat Klang. Ingat tak nak pi tapi apa pula kata diaorang kan lagipun family my aunt semua pi. 

Untuk hari ni just duduk melepak je kat rumah dengan che ngah yang baru tiba semalam. Che do ngan anak-anak dah kua pagi tadi sebab de tournament boling. Ingat nak ikut depa p kat bowling tapi che ngah ada kat rumah lak so teman kan dia la kat rumah sambil berinternet. 

Ingat cuti 2 hari ni nak install software untuk siapkan kerja tapi nampaknya macam tak jadi je sebab de problem nampaknya. Tak tau la bila nak siap kerja buat logo tu. Orang lain buat logo 2,3 hari dah siap tapi CikTeh dah nak masuk minggu ke 3. Lama giler. Ni baru design belum lagi nak masukkan color or lain-lain lagi. Tukang yang suruh buat lak sungguh cerewet. Maklum lah orang yang belajar dan berpengalaman kerja kat oversea tak sama cara pemikiran dengan orang  sini. Mintak-mintak CikTeh leh sabar dan akan berusaha untuk siapkan walaupun makan masa yang lama. I'm still in learning process. Jiwa pun dah 50-50 ni sama ada nak continue training or withdraw. Semua suggested soh sabar and waiting until the end of training but CikTeh rasa macam tak sanggup and tak mampu nak teruskan. Lau dapat teruskan or habiskan 6 bulan training nih memang pengalaman kerja kat situ sungguh berharga lah. Tiap-tiap hari leh jumpa artis and leh belajar selok belok proses buat pengambaran tapi pe pun skill design ni yang CikTeh perlu belajar lagi. My mum pun boleh dikatakan selalu call tanya ok ke tak sebab ari tuh ade bagitahu yang CikTeh nak withdraw. Kesian my mum duk risau pasal anak dara dia nih sorang. Tak de niat pun nak buat ma risau macam tuh tapi ye lah apa-apa masalah CikTeh cerita kat my mum. Dia lah tempat mengadu. Dia lah ibu dia lah ayah. Sebab tu tiap kali tel dengar suara my mum CikTeh sebak tak leh nak cakap. So that I always text my mum not call.


I'm really miss my mum and my family. Best nye dapat balik kampung.Ikut hati nak je duduk kat kampung je tapi sampai bila orang nak tanggung makan minum CikTeh kan??? CikTeh kena keluar dari kampung tuh untuk cari masa depan CikTeh. Tambah lak ni, tak lama lagi(lambat lagi pun) nak tukar status ^_^. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar namum kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segala-galanya.....wallahuallam
Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Tahniah cikgu atas kecemerlangan kerja cikgu dalam mendidik anak bangsa. I'm so proud of you sayang :-)

Tuesday 1 May 2012

Mood Kerja


Esok dah start kerja balik....Serius CikTeh cakap tak de mood nak pi kerja. Tiap kali nak pi kerja rasa macam terpaksa berhadapan dengan satu benda yang amat berat untuk dipandang dan dipikul. May be sebab kerja ni CikTeh tak berapa minat tambah lak banyak yang nak kena drawing. I hate drawing.......Mudah-mudahan segala urusan CikTeh esok dan akan datang dipermudahkan dan berjalan dengan lancar serta dapat menerima teguran dan kritikan dengan baik dan sabar serta tabah......amin


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Mudah-mudahan En.Tajul ok esok....takut beb....muka 25 hours serius je :-(

Entah Apa-Apa Je


Baru sampai petang tadi dari kampung. Hari ni tak pi kerja sebab tiket bas tak de nak mai semalam. Dah bagitahu kat depa yang CikTeh tak datang kerja. Actually banyak story nak taip tapi tak tau nak start dari mana dan agak frust sebab CikTeh nye lay out blog nih dah jadi huru hara. Gatal tangan sangat tadi nak ubah sekarang hamek ko jadi macam nih. Banyak yang hilang yang terpaksa di masukkan kembali dan setakat nih biarlah macam tu dulu. Malas nak pikir lagi. Banyak benda lain lagi nak pikir dari dok pikir pasal blog nih. 

Ok lah setakat ni lah dulu sebab tengah tak de mood nak menaip blog. So, CikTeh blah dulu and good night everyone.....

Sekian

-CikTeh-
Kaki Nota: Dalam dilema pasal kerja.......huk3

Total Pageviews