Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label penyakit. Show all posts
Showing posts with label penyakit. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

:: ALERGIK ::

Assalamualaikum....

Ujian demi ujian datang kat CikTeh. Semua ujian kesihatan. Namun CikTeh bersyukur dan redha. Baru seminggu lepas sihat dari sakit gigi. Sekarang seluruh badan gatal dan kemerahan. Ingatkan alahan biasa sebab badan CikTeh memang selalu naik bintik merah. Tapi kali ni beza sikit sebab didatangi dengan rasa gatal. Semalam jumpa doktor sebab tak tahan gatal. Doktor cakap memang alahan tapi yang ni teruk sikit. Doktor pun tak tau CikTeh alahan dengan apa. Nak kata seafood CikTeh memang dah lama tak sentuh seafood. Sesi soal jawab dengan doktor lam 2 3 minit then doktor cakap CikTeh cuba elak makan makanan yang mengandungi gandum macam pasta, piza, roti dan sebagainya. Terkejut gak sebab de ke yang alahan gandum. Doktor cakap sekarang ni macam-macam penyakit dan alahan. Lain orang lain alahan. So buat masa la ni CikTeh kena pantang makan makanan yang ada gandum. Doktor ada cakap yang gandum sekarang ni ada depa masukkan bahan kimia dan bukan gandum sahaja tapi barangan lain juga terutama kosmetik. Ada yang tak diiktiraf oleh KKM. So hasil pemeriksaan semalam dapat lah 3 jenis ubat. Tambah satu jenis. Lau dulu doktor bagi 2 jenis je tapi kali ni 3 jenis ubat dan tambahan biji ubat. Hari ni masih lagi ada gatal-gatal dan merah-merah kat badan. If ubat dah habis and tak hilang gak kena la pi jumpa doktor lagi. Doktor juga pesan lau pakai minyak wangi just sembur kat baju je jangan bagi kena kulit tapi tadi lupa main sembur je. Then doktor juga pesan suruh hati-hati ngan bahan pencuci yang kita guna. Insyallah segala nasihat doktor akan CikTeh ikuti. Ubat pun makan ikut time. Rajin benor makan ubat sekarang ni. Tahun ni paling banyak telan ubat. May be faktor usia gak kan...huhuh

Ok lah lunch hour sudah.....mau santap dulu then makan ubat. See you next entry ya.

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Nampaknya mak ayah bakal pengantin yang excited nak buat majlis ni :-)

Saturday, 25 May 2013

Dari DIA Kita Datang Kepada DIA Kita Kembali

Assalamualaikum....

Ingat lagi tak entry CikTeh sebelum ni yang berceloteh pasal Pretty, anak Kak Erni yang koma tu? Lau tak ingat and ada yang baru baca blog ni oleh la baca kat sini atau scroll down kat bawah entry ni je. Actually 23 Mei 2013 dalam pukul 5  dia telah pulang ke rahmatullah setelah seminggu warded kat ICU bertarung nyawa. Dan semalam alhamdulillah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam dekat Gombak. Semasa arwah di kapankan, wajah arwah senyum je. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pengkebumian arwah. Arwah di bawa balik ke rumah pada 23hb pukul 4 lebih dengan ambulans dibantu dengan alat pernafasan lagi. Sampai di rumah alat bantuan pernafasan di buka and dalam 5 minit arwah menghembus nafas yang terakhir. Menurut doktor, otak arwah gagal berfungsi ekoran daripada kegagalan oksigen sampai ke otak. Sepanjang kejadian, CikTeh, Zura, Pie dan rakan kerja yang lain banyak membantu mereka sekeluarga disamping sanak saudara mereka yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan. Majis tahlil di buat 7 malam berturut-turut. Pemergian arwah sangat mudah. Arwah tidak menunjukkan tanda sakit apa-apa. Bangun dari tidur terus ke bilik air kemudian ke ruang tamu dan baring depan tv. Saat baring arwah terus pengsan dan di bawa ke hospital pakar. Arwah terus di tempatkan di ICU selama seminggu dan hari ke 3 arwah menunjukkan tindak balas sebelum arwah kembali tidak memberi respon kembali keesokkan harinya seterusnya hinggalah arwah menghembus nafas terakhir. Arwah seorang anak yang baik, cergas, bijak dan di senangi oleh semua orang. Alhamdulillah keluarga arwah sudah dapat menerima takdir yang Pretty sudah tiada. Sungguh kuat dugaan untuk keluarga Kak Erni kerana plbagai ujian dan dugaan yang menimpa mereka dalam masa yang singkat. Dengan adik baru keluar hospital akibat kemalangan dan patah tulang bahu, emak mentua yang sakit tenat mengakibatkan suami tidak dapat melihat anak di sini, atok arwah yang terkandas di airport Indonesia beberapa hari. Allahuakhbar....berat sungguh ujian Mu Ya Allah....

Walau apapun sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Pretty (2003 - 2013) semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan ahli syurga......amin



Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Bersediakah aku? Cukupkah amalan aku? Diterimakah amalan aku? Namun kematian adalah PASTI. Sama-samalah berusaha meningkatkan amal ibadat kita agar diterima dan diberkati-Nya....amin

Wednesday, 15 May 2013

Ujian Kesihatan Dari-Nya

Assalamualaikum...

Hai blogger and readers semua...sihat? Alhamdulillah lau semua sihat. Kesihatan CikTeh agak tertanggu sejak semalam. Tak tau kenapa. Semalam balik kerja macam biasa then lepak kat depan tengok Master Chef Selebriti 2. Habis program tu tengok Meletop pula then baru pi mandi. Masa mandi dah rasa kat belakang sakit-sakit and sengal-sengal. Ingatkan sekejap je rupanya sampai ke hari ni terasa sakit. Bukan sakit je tapi nak bernafas pun susah. Bernafas melalui mulut k itupun terasa sakit kat belakang and rasa macam tersekat kat dada. Semalam tidur memang terganggu. 2,3kali bangun sebab tak selesa and sakit-sakit. Tido pun tak leh gerak banyak. Nak pusing kiri kanan pun slow-slow je pusing. Ingat hari ni nak gi klinik check tapi rasa malas lak. Sampai ofis buat kerja macam biasa laupun badan tak selesa. Ngan batuk lagi and setiap pergerakan akan rasa sakit and effect kat belakang. After lunch pas settle semua kerja mintak Kak Erni urut. Urut dalam 10 minute je sebab tak tahan sakit. Dah ni first time urut. Sebelum ni memang tak pernah berurut. Awalnya leh tahan tapi lama-lama tak tahan sakit sangat. Pas urut rasa kejap je ok pastu rasa sakit macam tadi balik. Yang tak tahan tu nak bernafas macam tak lepas. Tak tau la sebab period or apa. Biasa lau period just sakit pinggang je tapi ni pinggang memang tak terasa sakit pun tapi atas pada pinggang lak sakit. Belah kiri je pulak tu yang sakit. Batuk pun sakit. Kawan cakap gastrik. Pelik gak lau gastrik kan kat perut tapi ni tak de lak rasa pe2 kat perut. Or CikTeh yang tak tahu gastrik boleh menyerang kat bahagian lain selain perut..Malam ni tak tau la boleh tido ke idak ni. Adakah ini akibatnya tak minum susu or faktor usia? Tak kan lah faktor usia kot? May be juga sebab tak jaga kesihatan. Dah la susu tak minum, ais menjadi-jadi di minumnya. So lau malam ni and esok tak hilang gak sakit ni, CikTeh plan nak pi klinik buat check up. Risau gak lau jadi apa-apa kan. Harap-harap ni penangan period je lah. 


 Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Kursus kawen hujung minggu ni.......nak pi ke idak?

Wednesday, 18 July 2012

Carpal Tunnel Syndrome


Sejak kebelakangan ni pergelangan CikTeh sering rasa lenguh-lenguh, sakit-sakit dan sengal-sengal. Asalnya biarkan je sebab tau effect dari penggunaan mouse yang tak betul. Korang tahu macam mana guna mouse dengan betul? Korang tau macam mana penggunaan keyboard or kedudukan sebenar sewaktu guna pc or laptop? Haaaa...actually benda ni dah lama CikTeh tahu tapi buat endah tak endah je sebab sebelum ni tak de effect pun tapi sejak kebelakangan nih CikTeh merasainya kesan-kesan tersebut. Masa kursus GEMS dulu pun ada kawan buat presentation pasal CTS ni dan segala tanda-tanda yang di cakapkan semasa presentation tuh CikTeh rasa sekarang. Penyakit CTS ni lau tak dibendung or di rawat dengan lebih awal ianya akan berbahaya  sehingga menyebabkan kecacatan. Teruk lagi seseorang tu perlu menjalani pembedahan kerana ianya juga akan menyebabkan sendi pergelangan tangan putus dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Asalnya CikTeh nk pi klinik check tapi dalam masa yang sama keadaan tak izinkan tambah lak perasaan takut pun ada apatah lagi tengok gambar-gambar operate tangan tuh. Masa tengah duk tulis ni pun pergelangan tangan ni masih lagi sakit tapi still leh tahan. Yang tak leh tahan time buat design yang mana penggunaan mouse amatlah tinggi. So sometime I have to stop and rest dulu before continue designing. So kat bawah ni de link yang boleh anda semua baca untuk tahu dengan lebih detail lagi siap dengan cara-cara menggunakan laptop dan mouse dengan baik. Semoga info ni berguna untuk anda semua sebab ramai yang tak tahu lagi effect dari penggunaan mouse dan laptop yang tidak betul. Jangan anggap mudah dan pandang ringan ye ^_^


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Lagi 2 hari nak puasa....CikTeh dah. Anda....???Dah apa???Dah ready ke nak puasa????hihihihihi..... 

Total Pageviews