Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Monday 30 June 2014

:: Chik Convocation ::

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah masuk hari ke-2 kita sebagai ummat Islam berpuasa. Dan syukur ke hadrat Ilahi juga adik CikTeh berjaya habiskan kursus pengawas hutan selama satu tahun kat FRIM, Kepong dan pada 26 June 2014 baru-baru ni berlangsunglah majlis konvo depa semua yang berjaya. Ma and Kak Ngah serta my cuties niece, Amani and Kakak naik KL hari Rabu tu terus ke rumah Cdo kat Setiawangsa. Cikteh after work terus gerak ke Setiawangsa dan kami berkampung kat rumah Cdo dalam 4 hari 3 malam before kami gerak ke rumah Ae Yon kat PD. Actually perancangan ke rumah Abe Yon tu short planning dari Cdo. Ma CikTeh memang tak nak pi dah PD. Lagipun Kak Ngah kena attend meeting on Sunday tu. So depa nak tak  nak kena balik lah Sabtu. Tapi Cdo berjaya pujuk Ma and Kak Ngah untuk sambung cuti Ahad tu. So cuti lah depa Ahad tu. Happy bukan main CikTeh sebab dapat lagi spent time dengan depa semua. So sempat lah sahur sekali subuh Ahad tu. 

So kat bawah ni de lah sikit pic masa konvo Chik (panggilan anak buah) kat FRIM hari tu.

Sementara menunggu VIP datang.....mula-mula nak bedak je

Rehearsal sementara menunggu VIP datang.....Ayh Cik 4 dari kiri barisan hadapan

Eh...eh...eh....pakai celak pula

Pas make up automatik mulut jadi camtu.....hihihihi

Tokma beli bunga ke Cik

Perasaan Amani orang beli bunga untuk dia...tak lepas pegangbunga

Tahniah Cik...semoga dapat kerja elok soon

After event.....

Posing berdiri pulop

Turn CikTeh la pulop posing

Tempat Amani and kakak bermanja

Gembira hati Tokma anak lakinya dah grad

CikTeh pun nak posing juga

Junior FRIM

Sama besar ngan bunga

Mood baik kakak nak posing lau tak memang susah

Last posing

Nak balik dah

Sebelum balik kita makan dulu....
Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Happy yang amat sangat bila dapat bersama keluarga.....quality time with them

Wednesday 25 June 2014

:: Hati My Ma ::

Assalamualaikum……

Tadi masuk je keje tolong Kak Ila prepare barang untuk shoot OPUS. Then call my Ma tanya dah gerak belum and nak gerak dari kampung pukul berapa. Dengar je suara my Ma hati dah tak sedap. Depa belum gerak lagi. My Kak Ngah tengah bersiap lagi. Ok fine. Yang buat hati tak sedap bila dengar suara my Ma macam tengah tahan nangis (actually dah  nangis pun). Hati rasa serba salah. Then my Ma cerita la why dia nangis. Actually dia disappointed with my little brother. My Ma ajak dia naik KL nak settle kan dokumen motor dia tapi dia leh lak buat tak tahu and cakap nak amik lain kali. Mana my Ma tak bising and sakit hati. Dengar jer cerita dari my Ma hati CikTeh turut rasa sakit ngan tindakan my little brother nih. Bila my Ma macam ni, CikTeh tak leh cakap lama sebab CikTeh sebak and sedih.  Serius CikTeh cakap memang CikTeh tak boleh dengar my Ma nangis. Jangan katakana dengar dia menangis, tak dapat nak tunaikan hasrat hati my Ma pun dah fikir banyak kali nak call ke tidak sebab dah buat hati orang tua kita rasa tak senang. Pantang CikTeh bila dengar my Ma luah apa-apa kat CikTeh….air mata mula bertakung. Tapi Alhamdulillah setakat ni CikTeh boleh tahan lagi air mata CikTeh. CikTeh tak nak my Ma tahu CikTeh nangis. Semua tu buat dia lagi risau. Cukup lah ngan masalah yang dia tengah hadapi dalam hidup dia sekarang. Tapi naluri hati seorang ibu tidak dapat kita sangkalkan lagi. Harap-harap (harap sangat) perjalanan depa ke KL hari ni  selamat tiba dan berjalan dengan lancar. Risau selagi depa tak sampai and ada depan mata ni. 

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Jangan sesekali buat hati ibu kita sakit...Ya Allah aku mohon pada-Mu Ya Allah berilah petunjuk kepada kami Ya Allah....amin

Tuesday 24 June 2014

:: CUTI ::

Assalamualaikum....

Selamat petang semua....nampaknye Kuala Lumpur di serang jerebu lagi. Ikut pada kawan CikTeh katanya kat Indonesia ada hutan yang terbakar. Sebab tu Malaysia pun kena tempias. Cuaca sekarang pun bukan main panas kan? Alhamdulillah laupun cuaca kurang sihat tapi masih lagi di beri kesihatan yang baik. Esok last day kerja before cuti 3 hari. And esok gak my family naik KL. Depa naik KL sebab Khamis 26 Jun 2014 adik CikTeh konvo. Satu keta je. Yang mai pun just my ma, kak ngah, kakak and amani. Sabtu insyallah depa gerak balik kg. Maklumlah Ahad depa keja and dah start puasa kan. Penat tu.....kesian kat my kak ngah lah drive sensorang. Tak sabar sebenarnya nak jumpa depa ni. Dah lama tak jumpa lah kata kan. Last jumpa lau tak silap masa depa naik KL gak la bulan 1. Lain kami just berbual kat fon je. Harap-harap perjalanan depa esok selamat. Untuk penginapan kali ni, my ma and kak ngah bermalam kat rumah cdo kat Setiawangsa. And kali ni my ma tak berhajat pun nak pi rumah abe Yon kat PD sebab abe Yon pun oncall then Sabtu lak dah nak balik kampung. So kali ni depa just stay kat KL and pusing pusing KL je. Memandangkan depa naik KL time orang kerja, my sis plan jenjalan pusing KL waktu malam and my aunt pun dah setuju. Kita tunggu je lah update dari CikTeh nanti kemana cdo nak bawa kami jenjalan pusing KL ye.....paling tidak pun Jalan Tar, Sogo, or may be bawa pi makan-makan je.....pe pun nanti CikTeh akan update dalam entry nanti.

Client dah sampai.....time to say good bye all.....:-)

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Kalau begitu lah caranya baik tak yah :-(

Thursday 12 June 2014

:: SETERESSSsssss ::

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni dapat berpuasa lagi. Harap-harap penuh lah puasa nye..insyallah. Dalam berpuasa seteress tetap ada. Baru je dapat sembang ngan my Ma. Tak lain tak bukan lah sekarang ni lau sembang ngan m Ma pasti soalan lazim akan di ajukan. Dah naik pening nak jawab. Tak tau nak elak lagu mana dah. Tiap kali tu juga lah tahan sebak tahan air mata je. Sebak sebab tak dapat nak tunaikan hasrat hati my Ma. Lau ikutkan hati my Ma, dia nak je terima rombongan yang nak datang tu tapi disebabkan CikTeh masih lagi main tarik tali so my Ma hold kan dulu. CikTeh bukan nak main tarik tali pun tapi ni melibatkan masa depan CikTeh so CikTeh kena fikir dalam-dalam. CikTeh tak nak pisang berbuah dua kali. Lantak lah orang nak cakap CikTeh ni memilih ke apa ke. Kadang-kadang malas nak fikir tapi bila dah kena pressure ngan my Ma ni kena lah juga. Banyak benda nak kena fikir bila masuk bab hidup ni. 

Walau apa pun CikTeh percaya yang perancangan DIA adalah yang terbaik. Bukan terus berserah tapi dalam masa yang sama CikTeh berusaha. Bukan ignore je apa yang my Ma cakap and my Ma nye cadangan cuma CikTeh perlukan masa dan ruang untuk berfikir semua ni. Bagi orang yang tak faham may be masa yang CikTeh amik ni lama tapi bila tolak tambah semua bagi CikTeh amat singkat untuk buat keputusan. CikTeh tak nak terburu-buru dalam buat keputusan. CikTeh akui yang CikTeh selalu buat keputusan terburu-buru so kali ni CikTeh harap dapat buat keputusan yang terbaik untuk semua orang terutama diri CikTeh sendiri. 

CikTeh doakan untuk diri sendiri juga dan sesiapa saja yang masih single dan yang masih mencari-cari teman hidup tu dipercepatkan dan dipertemukan jodoh dengan insan-insan yang soleh, solehah serta dari golongan yang baik-baik hendaknya...amin


KakiNota: Semoga diberi petunjuk dan terbuka hati 


Total Pageviews