Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label Puasa 2013. Show all posts
Showing posts with label Puasa 2013. Show all posts

Tuesday, 6 August 2013

:: Balik Kampung ::

Assalamualaikum....

Insyallah after ifftar CikTeh and Adik-adik CikTeh akan bertolak balik kampung. Rindu sangat-sangat dah ni nak jumpa family. Walaupun tak sempat nak jumpa kak ngah and family sebab depa beraya Rompin dulu tahun ni tapi insyallah raya ke 3 kami dapat berjumpa. Raya tahun ni juga abang yon and kak ita tak balik sebab kali ni giliran abang yon bertugas. Tak pe lah lagipun raya haji nanti leh balik kan. Nak balik kampung tak semestinya tunggu raya je. Hari lain pun boleh balik kan. Actually untuk hari ni, adik akan ke Shah Alam dulu amik adik CikTeh yang bongsu then terus ke Sentul amik CikTeh. Pastu baru kami gerak balik. Harap-harap perjalanan kami selamat. Dan berharap agar jam tak teruk. Semoga perjalanan kami lancar dan selamat hingga ke tangga rumah kami :-).

Untuk persiapan raya tahun ni ala kadar je. Baju pun 2 pasang je tapi yang nak pakai sepasang je sebab yang sepasang lagi tu terlalu "jangok" buat CikTeh. Ni lah peel CikTeh bab beli baju ke apa ke. My mom pun dah selalu sangat bebel lau bab membeli ni. CikTeh akan berpuas hati beli sesuatu barang hanya kat kedai je bila dah balik and cuba mula lah rasa tak berkenan. Sudahnya pakai or guna sekali je selebihnya terperuk dalam almari. Seluar jean pun sama. Punya lah beli baru tapi last2 yang tercabut butang gak yang di pakainya. Rela je letak pin janji seluar tu selesa pakai. Yang lain bukan tak selesa tapi dah suka kan itu yang tak kisah tu pin pun pin lah. Selalunya bab pakaian lah. Baju raya tahun lepas pun just pakai 2 kali je. Tapi insyallah tahun ni nak pakai lah sebab fikir balik rugi lak beli mahal-mahal tak pakai kan. Sebab tu koleksi baju saya tak banyak. Lau korang perasan CikTeh akan rotate baju yang sama je. Nak-nak lau dah sangat suka memang akan pakai sampai lenjun lah. Dan bab baju gak lah saya amat cerewet. Kadang-kadang tak tau lah tang mana cerewet nye tu sebab baju-baju CikTeh tak de lah up to date sangat. Budak kampung kan mana nak berfesyen sangat. X reti lah. Lau ajak my ma shopping ke apa my ma acuh tak acuh je nak pi sebab dia tau sangat dah anak bongsu perempuan dia yang sorang ni....belum tentu lagi round satu town CikTeh akan jumpa or beli apa yang nak di beli. Ingat lagi malam raya 3,4 tahun lepas saja ajak my ma kua malam raya cari tudung. Sampai ke sudah tak jumpa. Itu tak kena ini tak kena lah. Last2 pakai tudung yang mana ada je. Hangin my ma...hihihihi.....

Tahun ni kak ngah rajin buat biskut and cake. Tengok dalam gambar macam sodap jo. So balik ni nak tengok lah hasilnya. Banyak mana dia buat bersama "assistant2nya" tu. Lau semapat insyallah CikTeh pun nak buat juga biskut or cake. Itupun lau rumah dah habis kemas lah. Ok lah untuk raya tahun ni tema kami peach. Tak tau lah semua pakai peach ke idak. Kita tengok je lah raya nanti yo. So kat bawah ni ada lah kad raya yang sempat CikTeh buat khas untuk semua.....
1st Edition
2nd Edition

Di kesempatan ini juga CikTeh mohon 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala salah silap CikTeh dengan semua ya. Halalkan segala makan minum CikTeh dan jemput datang rumah raya nanti ye. Semoga lebaran kali ini akan lebih meriah dan bermakna......amin

 Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Beraya dengan status tunangan orang....ada beza ke?xde kot..hihihihi....rindu kamu lah en.tunang :-(

Thursday, 11 July 2013

:: 2 RAMADHAN ::

Assalamualaikum....

Selamat sore semua. Apa juadah buka korang hari ni? Actually CikTeh pun tak tau apa menu untuk buka hari ni. Lau semalam dapat lah merasa nasi dagang air tangan kak Am dan juga nasi berlauk sardin + sayur goreng kak Anis, hari ni tak tau lagi. Actually semalam rezeki murah kak Am belanja nasi dagang. Sedap sangat tapi tak leh lawan nasi dagang belah pantai timur. Ingat alik nanti nak singgah bazar depan apartment tu tengok apa yang best itupun lau de orang menjual. Semalam balik keje macam tak de sangat orang menjual juadah macam tahun lepas penuh tepi jalan depa duk meniaga. Lau tak de yang berkenan, may be buat spagetti je lah. Dari hari tu lagi sebenarnya nak buat spagetti tapi malas...hehehehehehe

Hari ni rasa macam perut tak berapa nak sedap. Masuk meeting tadi pun tahan je. May be masuk angin. Insyallah selagi boleh tahan CikTeh tahan. Office hour bulan puasa tak macam tahun lepas. Lau tahun lepas masuk 8 balik pukul 5 tapi tahun ni tak de perubahan waktu kerja alasan pihak management tak de siapa pun tanya masa meeting sebelum puasa hari tu. Boleh pulak macam tu ye. Tak kisah lah janji sempat berbuka. 

Tadi sempat call my mum tanya khabar sebab my sis bagitahu dia kurang sihat. Sakit telinga katanya. Sian my mum. Harap-harap my mum cepat baik. Masa call tadi pun dia tengah rehat kat surau. Rindu nye nak berbuka ngan family. 

Sempena bulan puasa ni kami kat production department dah plan untuk bertema selama sebulan. So semalam tema pink dan hari ni tema kuning. Bukan setakat pemakaian je bertema, kami akan amik gambar dan buat something. So kat bawah ni ada lah 2 keping editing gambar untuk 2 hari berpuasa. Coming soon akan diupdate kemudian lah.....
1st day fasting
2nd day fasting

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Tak sabau nak buka puasa esok reramai.....rindu lagi kat my cikgu (makin gedik)

Wednesday, 10 July 2013

:: RAMADHAN KAREEM ::

Assalamualaikum.....

Hai semua......sihat ke? Lau sihat alhamdulillah. Amacam puasa pertama hari ni? Dah de yang berbuka ke? Baru separuh hari tak kan dah tak larat kot.....ke tak bangun sahur? Walau apa pun semoga kalian tabah dan sabar mengharungi ujian di bulan Ramadhan ni. Ala tak lama pun sebulan je bukan setahun pun. Sabar banyak-banyak ye. 

Ok sempena bulan baik lagi mulia ni, CikTeh ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA bagi sleuruh umat Islam dan semoga puasa tahun ini dapat lah kita tingkatkan lagi amal ibadat kita sekaligus lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. 


Kami yang gojes....kuang3



Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Apa lah my bro 2 orang tu berbuka ye.......risau pulak.....rindu kat my cikgu lah (gedik x habis2)

Total Pageviews