Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label Kawen. Show all posts
Showing posts with label Kawen. Show all posts

Thursday, 27 November 2014

:: TRIP TO DUNGUN ::

Assalamualaikum...

Lama tak bersiaran kat blog ni. Nak kata sibuk agak la tapi campur ngan malas tu yang bersarang sikit blog ni. Entry kali ni just nak cerita rasa excited CikTeh nak ke Dungun. Paling best my Ma, Kak Ngah and Amani pun turun bermalam di Dungun.

Actually kami ke Dungun atas jemputan kahwin staff Lensa. So big boss dah bagi green light untuk bawa satu van and minyak di tanggung oleh company. Seronok bukan kepalang kami. Kami pergi ber enam je sebab yang lain nak pi ngan kereta masing-masing. Big boss and family pun pi gak tapi depa gerak awal sehari. Kami akan bertolak ke Dungun after Subuh hari Sabtu tu. Target sampai Dungun lam pukul 12.30 or 1.00 pm. Sampai Dungun terus siap untuk ke walimah Zura and Pie. After kenduri baru check in homestay. Petang after asar may be keluar cari barang untuk BBQ. Kami plan nak buat BBQ memandangkan ex-staff Lensa de nak sponsor makanan laut. Kak Ngah pun de nak bawa kerang katanya. Keropok lekor and keping memang tidak ketinggalan. 

Tak sabar rasanya nak ke Dungun ni sebab family pun turun sekali kan. Plan nak sambut besday my ma sekali tapi keadaan tidak mengizinkan lagipun my sis cakap hai tu depa dah belikan kek untuk my Ma. 

Oklah itu je nak cerita. Nampak sangatkan tak de idea nak tulis. Selalu tau time laptop tak de depan mata macam banyak je benda yang nak tulis tapi bila buka je blog nak taip macam blur....huhuhuh....

Nanti CikTeh update cerita kat Dungun ye. See you again :-)

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Lagi sebulan......

Friday, 29 March 2013

Celoteh Jumaat

Assalamualaikum...

Hujan lebat sungguh kat luar tu....Harap-harap tak berpanjangan lah hujan ni lau tak memang tak dapek ler den nak balik. Hari ni balik rumah Sentul selepas 3 hari 2 malam tidur rumah Kak Erni. Alhamdulillah sepanjang tidur rumah kak Erni masuk kerja awal je. Kedatangan CikTeh sejak 2 minggu ni agak teruk Kebanyakkannya adalah merah. Nasib la management tak bising. Lewat pun bukan lama sangat dalam 5 minit je pun tapi bila dah kedatangan asyik merah je akan jejaskan kita nya reputasi la kan. Sejak dua menjak ni emosi agak terganggu sikit. Tak tau kenapa. Silap sikit je terus rasa -ve dalam diri. Kerja tak yah cakap la memang banyak tambah pula shoot untuk program tv yang terbaru 10hb ni dah nak start tapi talent and juri belum lagi confirm. Big boss dah mula bising. Dah la shoot delay almost 1 month. CikTeh betul-betul tengah pening kepala sampai tak tahu nak buat apa. Banyak sangat dalam kepala ni dok fikir sampaikan dah tak tahu apa benda yang ada dalam kepala ni. Teruk betul kan. Fikir pasal kawen la, kerja la, hutang la and banyak la. Fokus kerja sekarang ni memang tak de la bab tu tengah kerja pun sempat lagi update blog (alasan kot tu ^_^). 

Ermmm.....mengeluh dan mengeluh lagi CikTeh ni. Orang cakap tak elok mengeluh tapi nak buat macam mana kan....dah 3 bulan 4 hari jadi tunangan En. B tapi rasa macam dah bertahun lamanya (ayat macam gedik tak sabau nak kawen kan). Alhamdulillah lau pun baru 3 bulan lebih kami tunang, kami mampu lagi mengharungi dugaan bersama. Harap-harap kami dapat bertahan, sabar dan tabah dalam menghadapi ujian dalam tempoh pertunangan ini..."Ya Allah Engkau peliharalah hubungan kami Ya Allah dan Engkau berikanlah kami kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian dari-Mu Ya Allah sepanjang tempoh pertunangan ini agar kami mampu berahan hingga kami diijab kabulkan dan seterusnya ke jannah...amin"

Persiapan kawen masih lagi terlalu awal tapi tidak bermakna CikTeh buat tak endah je. Dah ada la sikit persiapan macam pemilihan color, pelamin, kad and hantaran apa yang nak di berikan. Dan insyallah akhir tahun ni amik kursus kawen tapi tak sure lagi amik sekali dengan En. B or tak sebab dia dah amik kursus kawen masa study dulu. Memandangkan En. B susah nak balik sini, then masa kami untuk berjumpa pun terhad, kami plan untuk barang-barang hantaran masing-masing beli sendiri then tukar je. Ikut hati nak je pi beli sesama and CikTeh memang suka buat apa-apa bersama-sama tapi memandangkan keadaan dan situasi kami yang tidak mengizinkan jadi kami terpaksa la buat sendiri2. Dan yang paling CikTeh harapkan sekarang ni adalah pertukaran En.B ke semenanjung before kami kawen. If dia tak dapat tukar juga before kawen, kami terpaksa lah PJJ or CikTeh ikut dia pi sana tapi macam PJJ je...huk3. Tak kisah la janji kami bersatu..insyallah if jodoh kami kuat.

Wah hujan pun dah berhenti and CikTeh pun dah habis modal nak berceloteh, so CikTeh stop kat cini dulu entry kali ni. 



Sekian

-CikTeh-




Kaki Nota: 2 hari tak contact En. Bie...windu sangat kat dia...hu3(gedik kan)


Saturday, 8 December 2012

25.12.2012

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas nikmat dan limpah kurniaan-Nya selama ini. In Sha Allah lau tak de aral melintang tarikh itu ada sejarah nya tersendiri. Apa akan jadi 25hb tu biarlah rahsia dulu. In Sha Allah lau jadi CikTeh update what is going on. So untuk kali ni itu je yang boleh di update. 




Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Hopefully everything will be ok and everyone happy with it especially both family....i love you all so much.....^_^

Wednesday, 19 September 2012

Bila Nak Kawen?

Hah soklan cepu mas kua lagi. Bila nak kawen? Sapa yang nak kawen? Entry kali ni tiba-tiba je nak tulis pasal soklan cepu mas ni. Rata-rata duk bertanyakan CikTeh soklan ni macam tak de soklan lain. Sampaikan kena ceramah pun ada suruh CikTeh kawen cepat kononnya rugi kawen lambat. Gile ke hapa diaorang....sape yang tak nak kawen kan. Sunnah Rasulullah lak tu mana leh tak ikut kan.hehehe....diaorang bukan gile sebenarnya tapi diaorang risau takut CikTeh tak kawen. Lagipun umur CikTeh pun dah matang (matang ye bukan tua..he3), calon pun dah ada nak tunggu apa lagi kan. Bagi CikTeh simple je. Kawen memang senang tapi before kawen before nak masuk alam rumah tanggan ni for me, we must be prepare in everything. CikTeh tak cakap pasal harta or more to materialistik tapi more tu tanggungjawab. Whether we are ready to take on that responsibility or not. Lau kita tak ready memang perkahwinan tu tak ke mana. Duit melambak pun lau tak de tanggungjawab dalam keluarga pun tak ke mana juga. And CikTeh tak kata duit tak penting tapi duit boleh di cari tapi tanggungjawab memang susah nak di terap. 

Ada kawan-kawan CikTeh cakap yang CikTeh ni memilih sangat sebab tu sampai sekarang tak kawen lagi. Yes CikTeh akui memang CikTeh memilih tapi memilih atas dasar untuk masa depan. Kita hidup di beri peluang untuk membuat pilihan so why kita tak gunakan peluang untuk memilih kan? Tapi memilih pun biar lah berpada-pada. Ukur baju biarlah pada badan sendiri. 

Selain tu gak, restu mak ayah juga penting. Kita pun selalu kan tengok kat tv and realiti kawen tanpa restu ni tak kan kekal lama and hidup sentiasa porak peranda. Alhamdulillah setakat ni my mum ok dengan persahabatan CikTeh dengan my cikgu. Kami bukan tak plan ke arah tu, ada je plan cuma kami tak nak rushing. Perancangan memang dah ada cuma tunggu nak laksanakan je. Lagipun CikTeh kerja pun belum menentu lagi. 

Bab keje lagi satu. Depa selalu gak la tak puas hati bila CikTeh cakap keje pun tak de lagi macam mana nak kawen? Diorang selalu gak la cakap buat apa nak pikir pasal kerja, nafkah kan encik suami yang tanggung. Ye betul encik suami yang tanggung nafkah tu tapi tak salah kan kita menolong meringankan beban encik suami dan untuk masa depan kita juga. Kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan so that bila kerja sekurang-kurangnya terjamin la sikit masa depan kita kan. In case lau jadi apa-apa yang tidak diingini macam encik suami tiba-tiba hilang pekerjaan ke or apa-apa je lah kan(tak nak sebut and lau boleh mintak dielakkan) la sekurang-kurangnya puan isteri boleh membantu kan. Bukan kita mintak tapi persediaan awal. Depa selalu gak la kata itu la perempuan suka pikir yang bukan-bukan. Bukan pikir yang bukan-bukan tapi bagi CikTeh ini adalah persiapan awal agar nanti tak de la kelam kabut and huru hara jadinya. 

Sapa yang tak jeles tengok kawan-kawan yang dah bahagia dengan family diaorang kan. Kat fb macam-macam status di updatenye pasal anak pasal encik suami bagai. Memang jeles tapi kita kena redha la dengan ketentuan yang dah ditentukan untuk kita. Why not kita doakan je mereka bahagia dan mohon agar bahagia itu akan jadi milik kita juga kelak...insyallah.

So, buat kenkawan yang selalu dok tanya pasal soklan cepu mas ni, jangan risau dah sampai masa CikTeh jemput semua. Jangan tak datang pula nanti bila dah di jemput ye. Doa-doakanlah kami agar dipermudahkan segala urusan...amin

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Cara kami, hidup kami berbeda dengan orang lain ^_^

Thursday, 7 June 2012

Kisah Romantik



Entry kali nih nak berceloteh pasal kisah romantik. Tapi artikel ni CikTeh amik kat laman sesawang yang mana linknye ade kat bawah tu. Ini bagi mereka yang dah kawen dan akan mendirikan rumah tangga. Mereka yang single mingle macam CikTeh ni nak baca pun boleh untuk pengetahuan. So selamat membaca dan beramal ^_^
Kata-kata yang mampu diucapkan untuk menggambarkan rasa cinta dan sayang terlalu sedikit, ibarat setitis embun di hujung daun.
     Demikianlah halnya dalam soal cinta dan kasih sayang antara suami isteri. Selain dari luahan kata-kata, perlu ada cara-cara lain yang tiada hadnya untuk mewujudkan suasana yang mampu menyiram pepohon cinta dan sayang agar terus subur. 
     Di sinilah perlunya diwujudkan suasana romantik. Romantik, menurut yang diistilahkan dalam kamus ialah, "memperlihatkan suasana penuh kasih sayang, keindahan, kemesraan..." Ia berasal dari kata 'romance' yang bererti "hubungan cinta" atau "percintaan". Ini bererti romantik berkait rapat dengan cinta iaitu sesuatu yang amat penting dalam menjalin hubungan erat suami isteri sepanjang usia perkahwinan. Suasana romantik wujud kerana wujudnya rasa cinta ini. 
     Bila rasa cinta dan sayang antara suami isteri diperlihatkan dalam bentuk kata-kata, sikap dan tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari, tercetuslah suasana romantik. Bermakna persoalan romantik akan tetap relevan dan menjadi satu keperluan kepada pasangan sepanjang menjalin perkongsian hidup bersama. 
     Allah berfirman yang maksudnya,
     "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari dirimu sendiri, supaya tenteramlah kamu kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan sayang..."
     (Ar-Rum: 21) 
     Dari ayat ini fahamlah kita bahawa rasa cinta dan sayang adalah pemberian Allah yang amat besar nilainya kepada pasangan suami isteri. Bagaimana rasa cinta dan sayang ini diperlihatkan terhadap satu sama lain, di situlah lahirnya suasana yang dikatakan romantik. Suami isteri yang dapat mewujudkan suasana seperti ini boleh dianggap bersifat romantik.
 
     Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut yang maksudnya,
     "Kiranya seseorang itu menyintai saudaranya maka hendaklah diberitahukan kepadanya." (Abu Daud, Termizi dan Hakim)
 
     Maksud hadis ini, jika kita menyenangi seseorang jangan kita hanya menyimpan di hati, tapi luahkanlah rasa senang itu kepadanya. Ini boleh dikiaskan pada hubungan suami isteri. Oleh kerana hubungan yang unik antara dua insan ini sudah sedia diikat oleh cinta dan sayang, maka wajarlah rasa cinta-menyintai itu diucapkan. Kalaupun tidak dengan kata-kata, hendaklah dengan sikap dan tingkah laku. Ertinya, suami isteri hendaklah bersikap romantik terhadap satu sama lain.

Suasana romantik boleh menjadi penawar pada hubungan suami isteri bila sekali-sekala dilanda badai dugaan dan cubaan. Sedangkan lidah lagi tergigit. Maka tatkala dilanda badai, di situ juga cinta dan sayang teruji serta menagih bukti. Salah satu pihak mesti mula mengorak langkah (make the first move).
 Jika satu pihak sedang marah, satu pihak lagi mesti tenang (cool down) dan diam. Api kemarahan yang sedang menyala tidak boleh dilawan dengan api kemarahan juga, tapi perlu disiram dengan air kesabaran. Oleh itu, kadang-kadang romantik boleh diperlihatkan dengan cara diam dan membisu, bila dengan bersuara dirasakan akan memburukkan hubungan.
      Suasana penuh kasih sayang dan kemesraan boleh wujud, umpamanya, dengan hanya sekadar si isteri memberi sedikit ciuman di pipi suami yang hendak keluar bekerja, atau suami mencium dahi isteri sebelum melangkah keluar rumah. Kadang-kadang ia hanya perlu dilahirkan dengan suami membawa pulang sedikit ole-ole dari tugasan luar daerah, atau  isteri membekalkan suami haruman daun pandan yang diracik halus ketika suami hendak keluar bertugas. Ataupun dengan cara suami isteri keluar berduaan ke halaman pada larut malam ketika anak-anak telah lena.

Rasulullah s.a.w. ada memberi panduan dengan kata-katanya yang bermaksud,
     "Beri-memberilah sesama kamu, nescaya akan saling cinta-menyintai antara kamu."

(Riwayat al-Baihaqi)
 
Pemberian suami kepada isteri, atau isteri kpd suami mungkin berupa pakaian, makanan, barang cenderamata dan sebagainya. Tapi bukan mahal atau murah, kecil atau besar pemberian itu yang akan menjalin erat rasa kasih dan sayang, sebaliknya tanda ingatan dan tanda sayang yang terpancar pada pemberian itu sendiri.
 
     Pendek kata, utk mewujudkan suasana romantik dlm rumah tangga, kita dan pasangan kita bebas memperlihatkan atau melahirkan rasa cinta melalui apa cara pun, asalkan ia bakal membahagiakan pasangan kita dan memperlihatkan rasa kasih kita kepadanya. Caranya terpulang pada  kesesuaian dan citarasa masing-masing.

Ada yang suka dengan cara  bermanja-manja atau sentimental, tapi ada yang suka cara berterus-terang dan terus pada maksud (straight forward). Lain orang, lain cara dan gayanya. Asalkan batas syariat dan akhlak dijaga. Maruah dan kehormatan dipelihara.
"Dalam Islam perkataan romantik sebenarnya tidak wujud. Ini kerana perkataan romantik atau romance itu berasal dari perkataan Latin yang pada asalnya lebih banyak menceritakan kisah-kisah indah, alam fantasi  dan juga fairy tales. Namun ia tetap boleh diserapkan sebagai melengkapkan lagi kehidupan kita mengikut konsep yang dianjurkan oleh Islam,

     "Dalam Islam romantik lebih kepada satu daya cipta yang kita lahirkan melalui perlakuan-perlakuan yang menampakkan sebagai tanda kasihnya seseorang kepada temannya. Bagaimanapun, ramai di kalangan masyarakat kita yang tidak mengetahui konsep ini." Romantik dalam Islam terhad kepada pasangan yang sudah berkahwin sahaja iaitu mereka yang telah mempunyai hubungan yang halal.
"Inilah yang membezakan konsep romantik Islam dan konsep romantik  Barat. Di Barat, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa apa-apa batasan. Sebaliknya dalam Islam, mereka perlu mempunyai tiket terlebih dahulu sebelum konsep romantik itu dapat dihayati sepenuhnya."
 
     Menurutnya lagi, konsep romantik dalam Islam merupakan satu perkara yang kekal dan tetap iaitu hubungan yang terjalin itu akan terus  membawa ke jinjang pelamin. Oleh itu, tidak wujud konsep cinta monyet, cinta suka-suka dan sebagainya. Ini kerana perhubungan sebegini hanya cenderung untuk memuaskan nafsu semata-mata dan tidak berkekalan.

Romantik Siti Khadijah
Mungkin kisah romantik paling agung ialah antara Rasulullah dan isterinya Siti Khadijah r.a. Ketika Rasulullah pulang ke rumah dengan mengalami keadaan yang luar biasa selepas menerima wahyu pertama, Siti Khadijah menyelimutinya. Siti Khadijah duduk di sebelah baginda dan  meluahkan bait-bait kata yang lunak dan mententeramkan. Rasulullah tidak pula merahsiakan pengalamannya di Gua Hira' itu, tetapi bersikap terbuka menceritakan detik-detik mencemaskan yang dialaminya. Sikap terbuka dan tawaduk Rasulullah serta sifat keibuan Siti Khadijah telah melahirkan suasana yang boleh dianggap begitu romantik ketika itu. Tidak hairanlah Rasulullah masih tetap mengenang Siti Khadijah setelah Siti Khadijah lama pergi.
Romantik Sayidina Umar
Kadang-kadang rasa cinta dan sayang diperlihatkan dengan cara yang unik. Sayidina Umar al-Khattab, sewaktu dibebeli isterinya pada satu ketika, hanya membisu dan tidak membalas sepatah pun. Paling-paling beliau hanya tersenyum. Bila diselidiki oleh seorang sahabat, ternyata itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia  serta telah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangganya. Diam beliau adalah diam tanda sayang. Itu merupakan romantik cara Sayidina Umar. Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bukan marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak sampai ke tahap derhaka pada suami.


Kesimpulannya, masing-masing ada cara masing-masing macam mana nak tunjuk rasa romantik tu sebab lain orang lain caranya. Tak semestinya melalui perbuatan or perkataan tapi melalui pemberian or apa saja. CikTeh suka cara romantik yang ditunjukkan oleh 2 kisah di atas. My cikgu cakap dia tak suka romantik sebab bosan katanya tapi bagi saya romantik ke tidak bukan masalah bagi saya walaupun saya suka yang romantik. Apa yang penting KERJASAMA :-)  hihihihihi...tak de lah bagi saya ciri-ciri yang saya cari ada pada dia dan saya senang dengan dia...doakan kebahagian kami...insyallah lau jodoh tak ke mana gitew ^_^

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: My cikgu happy saya double happy :-)

Tuesday, 29 November 2011

Walimatul Urus

Assalamualaikum...

Tanggal 11.11.11 my aunt selamat diijab kabulkan. Alhamdulillah akhirnya sampai juga jodohnya. Tapi time my aunt nikah CikTeh tak dapat nak join sekali sebab pagi tu CikTeh dah kena bertolak balik KL. 

Selepas Diijab Kabulkan....bersama sanak saudara kedua2 belah pihak
Tapi majlis bersanding ari tu CikTeh dapat hadirinya tapi gambar tak sempat nak amik sebab banyak sangat kerja....maklumlah kena jadi "Jong Kako". Kamera lak bateri tak cas so x sempat nak amik gambar pengantin. Nasib baik my sis ade kamera pejabat dia so guna lah kamera dia tapi e2 pun just beberapa keping je amik sebab sibuk sangat. Dan alhamdulillah walaupun musim hujan tapi hari sanding my aunt tuh hujan just turun renyai2 je sampai ke petang. Tapi mengarung air gak lah sebab rumah my aunt and my nenek naik air setakat buku lali je tapi agak payah pergerakannya sebab kami terpaksa mengarung air bila nak berhubung dengan 2 buah rumah nih. Walau apa pun 2hb nanti majlis bertandang pula. Harap2 cuaca ok. Kat bawah nih CikTeh upload gambar mana yang ada ngan CikTeh je lah ye.....nanti ade gambar lain CikTeh upload lagi.

Team Door Gift :-)

Ooppssss.....tak ready lagi ye...hehehehe

My mum with Chef of the day

Wakaf santai

Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota: Majlis bertandang seminggu pas tu

Total Pageviews