Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Monday 17 October 2011

Khas untuk yang sedang angau bercinta :-)

♥~♥ 10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA ♥~♥


1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI DAN UTK SEMUA :)




Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Hari2 dilamun cinta ^_^


Friday 14 October 2011

Assignment, Presentation, report and bla3

Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua. Alhamdulillah present fyp 2 dah selamat. So sekarang nak kata tak busy tak juga sebab assignment lain melambak lagi. Lagipun report fyp 2 belum start buat lagi. Duedate draft report kena submit sebelum 28hb nih. Duedate hantar report yang sebenar if tak silap dalam week 16. Ada lagi dalam sebulan gitu lah. Tengok pada jangka masa macam lama lagi kan tapi sebenarnya kejap je 2 sebulan tambah lak kerja lain tak setel lagi. Minggu depan sibuk ngan exhibition start hari Rabu sampai hari Jumaat. Dalam masa yang sama kena pikir pasal exhibition photography yang nak kena present pada 3hb 11. Dan dalam masa tu juga nak kena setelkan report fyp, presentation TIE, assignment TIE and final project untuk AIE. Tapi walaupun banyak kerja nak kena buat, semua tuh tak de lah bagi high pressure untuk CikTeh. CikTeh rasa high pressure pasal fyp je after present ari tuh baru rasa ok sikit. Lau tak rasa macam ayam berak kapur je...hehehehe....Serius lah presentation fyp 2 ari tu memang cuak giler tapi alhamdulillah CikTeh and dak lin dapat lalui dengan baik and yang penting kami tak kena repeat balik present fyp. Syukur sangat2. Thanks sangat2 kat my mom sebab tak putus2 doa untuk anak dia nih sorang. Tak lupa gak dak lin yang bersusah payah bersama2 dalam menyiapkan fyp nih. Begitu juga ngan our supervisor madam yati yang tak putus2 bagi tunjuk ajar kat kami even kami nih liat nak jumpa madam...hehehehe...insyallah semuanya dapat "diberesing". Ok lah jumpa lagi di celoteh akan datang ^_^ 



Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Kamu pun penting juga ^_^ weeeeeeee

Saturday 8 October 2011

Berehat

Assalamualaikum....


Buat sementara nih CikTeh stop berceloteh seketika sebab busy ngan FYP.Nanti ada masa free CikTeh berceloteh lagi ye......ok daaaaaaaa

Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Wish me luck for fyp presentation...so nervous


Monday 3 October 2011

Ralat

Assalamualaikum....


Wawawawa.....baru perasan most of my N3, perkataan "Assalamualaikum" salah eja. Most of perkataan tu banyak yang CikTeh eja "Assalamualikum"......serius baru perasan. So insyallah nanti akan di buat pembetulannya dari masa ke semasa. Bukan tu je tapi ada juga beberapa perkataan yang di eja salah. May b kesilapan dalam menaip maklumlah terlaju sangat (hehehehehe). Pe pun mintak maaf atas kesulitan yang berlaku



Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Mood Fyp 2 yang kian menerjah....huhuhuhu

CIMB Click

Assalamualaikum....

Nak bagitahu yang CikTeh dah boleh guna khidmat Cimb-click dah setelah bertahun gak lah tergendala akibat lupa password.....giler kuno dan mundur kan CikTeh. Orang lain dah berjaman dah boleh guna.......ado CikTeh kisah?hahahaha.....pasni tak yah dah berjalan, beratur tunggu giliran nak bayar bil. Semua hanya dihujung jari CikTeh.....hahahaha......E2 pun nasib baik Jiha ada tolong setelkan lau tak memang masih  tergendala lagi lah urusan online nih. Nak top up pun Jiha dah set kan. Thanks jiha. Jasamu di kenang sampai bila2....and thanks jugak bawa rambutan....sungguh manis buah tu dan sedap sungguh.

Sekian



-CikTeh-

KakiNota: Thanks kejutkan saya tadi awak ^_^

Total Pageviews