Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label Oh Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Oh Lelaki. Show all posts

Sunday, 10 June 2012

GEMS

Assalamualaikum...


Have you ever heard about GEMS? May be some of you ever  heard and some of you never heard. It's ok because this entry I try to story to you what's GEMS. Actually GEMS is stand for Graduate Employability Management Scheme. This scheme is under Khazanah Malaysia. Ooopppssss...baru perasan terspeaking London pulak.....Actually CikTeh tengah praktik cakap London.....maklumlah BI CikTeh nih tak fluent. Bila baca blog anak Wardina terasa kerdilnya diri bila baca entry dia full english tuh.....malu kita tau. CikTeh try untuk speaking lau ada yang salah tolong lah perbetulkan by  dropping your message for me.


Ok berbalik pada kisah GEMS nih, CikTeh dapat tahu pasal GEMS nih melaui kawan CikTeh. Dia cakap join kursus nih bagus sebab banyak benda yang kita leh belajar. Memang betul cakap kawan CikTeh nih. Ok, untuk kursus ni dibahagikan kepada 2 part iaitu part 1 and part 2. Part 1 peserta akan di beri kursus  berdasarkan 10 modul yang ada. Setiap modul paling lama untuk dihabiskan dalam 4 hari dan part 1 nih berlangsung selama 2 bulan sahaja dan di tempat yang terpilih. Macam CikTeh dapat kursus kat Hotel Seri Malaysia Mersing. Memang best giler lah duduk dua bulan kat sana. Sebelum CikTeh cerita pasal "kebestaan" duduk kat sana let me finish my story about GEMS first ^_^.


As I told before, GEMS is under Khazanah Berhad. This program actually sponsored by goverment which is for part 1 they pay to participant RM500 per month and RM1000 per month for part 2. The objective of this program are:

  • Recruit and select potential candidates based on industry requirements
  • Ascertain the level of job fit between the participants and the available job opportunities within the industry
  • Develop the competencies of the participants based on the industry Competency Model
Actually a lot of program like GEMS sponsored by Government such as (Telekom), Tabung Haji, BSN, Bank Negara and so on. If you want to know more details  and interesting to join GEMS program or others program you may visit this website below:
  1. GEMS
  2. SL1M
But you must remember that they have a few requirements to join this program such as your age must be 27 years old and below and not married. So sesiapa yang dah kawen but age under 27, you still not eligible to participate in this program. Most of requirement is same but you can check it yourself at the website that I given to you above.

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: My cikgu demam and migraine.....so pity on you dear....get well soon 

Thursday, 7 June 2012

Kisah Romantik



Entry kali nih nak berceloteh pasal kisah romantik. Tapi artikel ni CikTeh amik kat laman sesawang yang mana linknye ade kat bawah tu. Ini bagi mereka yang dah kawen dan akan mendirikan rumah tangga. Mereka yang single mingle macam CikTeh ni nak baca pun boleh untuk pengetahuan. So selamat membaca dan beramal ^_^
Kata-kata yang mampu diucapkan untuk menggambarkan rasa cinta dan sayang terlalu sedikit, ibarat setitis embun di hujung daun.
     Demikianlah halnya dalam soal cinta dan kasih sayang antara suami isteri. Selain dari luahan kata-kata, perlu ada cara-cara lain yang tiada hadnya untuk mewujudkan suasana yang mampu menyiram pepohon cinta dan sayang agar terus subur. 
     Di sinilah perlunya diwujudkan suasana romantik. Romantik, menurut yang diistilahkan dalam kamus ialah, "memperlihatkan suasana penuh kasih sayang, keindahan, kemesraan..." Ia berasal dari kata 'romance' yang bererti "hubungan cinta" atau "percintaan". Ini bererti romantik berkait rapat dengan cinta iaitu sesuatu yang amat penting dalam menjalin hubungan erat suami isteri sepanjang usia perkahwinan. Suasana romantik wujud kerana wujudnya rasa cinta ini. 
     Bila rasa cinta dan sayang antara suami isteri diperlihatkan dalam bentuk kata-kata, sikap dan tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari, tercetuslah suasana romantik. Bermakna persoalan romantik akan tetap relevan dan menjadi satu keperluan kepada pasangan sepanjang menjalin perkongsian hidup bersama. 
     Allah berfirman yang maksudnya,
     "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari dirimu sendiri, supaya tenteramlah kamu kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan sayang..."
     (Ar-Rum: 21) 
     Dari ayat ini fahamlah kita bahawa rasa cinta dan sayang adalah pemberian Allah yang amat besar nilainya kepada pasangan suami isteri. Bagaimana rasa cinta dan sayang ini diperlihatkan terhadap satu sama lain, di situlah lahirnya suasana yang dikatakan romantik. Suami isteri yang dapat mewujudkan suasana seperti ini boleh dianggap bersifat romantik.
 
     Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut yang maksudnya,
     "Kiranya seseorang itu menyintai saudaranya maka hendaklah diberitahukan kepadanya." (Abu Daud, Termizi dan Hakim)
 
     Maksud hadis ini, jika kita menyenangi seseorang jangan kita hanya menyimpan di hati, tapi luahkanlah rasa senang itu kepadanya. Ini boleh dikiaskan pada hubungan suami isteri. Oleh kerana hubungan yang unik antara dua insan ini sudah sedia diikat oleh cinta dan sayang, maka wajarlah rasa cinta-menyintai itu diucapkan. Kalaupun tidak dengan kata-kata, hendaklah dengan sikap dan tingkah laku. Ertinya, suami isteri hendaklah bersikap romantik terhadap satu sama lain.

Suasana romantik boleh menjadi penawar pada hubungan suami isteri bila sekali-sekala dilanda badai dugaan dan cubaan. Sedangkan lidah lagi tergigit. Maka tatkala dilanda badai, di situ juga cinta dan sayang teruji serta menagih bukti. Salah satu pihak mesti mula mengorak langkah (make the first move).
 Jika satu pihak sedang marah, satu pihak lagi mesti tenang (cool down) dan diam. Api kemarahan yang sedang menyala tidak boleh dilawan dengan api kemarahan juga, tapi perlu disiram dengan air kesabaran. Oleh itu, kadang-kadang romantik boleh diperlihatkan dengan cara diam dan membisu, bila dengan bersuara dirasakan akan memburukkan hubungan.
      Suasana penuh kasih sayang dan kemesraan boleh wujud, umpamanya, dengan hanya sekadar si isteri memberi sedikit ciuman di pipi suami yang hendak keluar bekerja, atau suami mencium dahi isteri sebelum melangkah keluar rumah. Kadang-kadang ia hanya perlu dilahirkan dengan suami membawa pulang sedikit ole-ole dari tugasan luar daerah, atau  isteri membekalkan suami haruman daun pandan yang diracik halus ketika suami hendak keluar bertugas. Ataupun dengan cara suami isteri keluar berduaan ke halaman pada larut malam ketika anak-anak telah lena.

Rasulullah s.a.w. ada memberi panduan dengan kata-katanya yang bermaksud,
     "Beri-memberilah sesama kamu, nescaya akan saling cinta-menyintai antara kamu."

(Riwayat al-Baihaqi)
 
Pemberian suami kepada isteri, atau isteri kpd suami mungkin berupa pakaian, makanan, barang cenderamata dan sebagainya. Tapi bukan mahal atau murah, kecil atau besar pemberian itu yang akan menjalin erat rasa kasih dan sayang, sebaliknya tanda ingatan dan tanda sayang yang terpancar pada pemberian itu sendiri.
 
     Pendek kata, utk mewujudkan suasana romantik dlm rumah tangga, kita dan pasangan kita bebas memperlihatkan atau melahirkan rasa cinta melalui apa cara pun, asalkan ia bakal membahagiakan pasangan kita dan memperlihatkan rasa kasih kita kepadanya. Caranya terpulang pada  kesesuaian dan citarasa masing-masing.

Ada yang suka dengan cara  bermanja-manja atau sentimental, tapi ada yang suka cara berterus-terang dan terus pada maksud (straight forward). Lain orang, lain cara dan gayanya. Asalkan batas syariat dan akhlak dijaga. Maruah dan kehormatan dipelihara.
"Dalam Islam perkataan romantik sebenarnya tidak wujud. Ini kerana perkataan romantik atau romance itu berasal dari perkataan Latin yang pada asalnya lebih banyak menceritakan kisah-kisah indah, alam fantasi  dan juga fairy tales. Namun ia tetap boleh diserapkan sebagai melengkapkan lagi kehidupan kita mengikut konsep yang dianjurkan oleh Islam,

     "Dalam Islam romantik lebih kepada satu daya cipta yang kita lahirkan melalui perlakuan-perlakuan yang menampakkan sebagai tanda kasihnya seseorang kepada temannya. Bagaimanapun, ramai di kalangan masyarakat kita yang tidak mengetahui konsep ini." Romantik dalam Islam terhad kepada pasangan yang sudah berkahwin sahaja iaitu mereka yang telah mempunyai hubungan yang halal.
"Inilah yang membezakan konsep romantik Islam dan konsep romantik  Barat. Di Barat, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa apa-apa batasan. Sebaliknya dalam Islam, mereka perlu mempunyai tiket terlebih dahulu sebelum konsep romantik itu dapat dihayati sepenuhnya."
 
     Menurutnya lagi, konsep romantik dalam Islam merupakan satu perkara yang kekal dan tetap iaitu hubungan yang terjalin itu akan terus  membawa ke jinjang pelamin. Oleh itu, tidak wujud konsep cinta monyet, cinta suka-suka dan sebagainya. Ini kerana perhubungan sebegini hanya cenderung untuk memuaskan nafsu semata-mata dan tidak berkekalan.

Romantik Siti Khadijah
Mungkin kisah romantik paling agung ialah antara Rasulullah dan isterinya Siti Khadijah r.a. Ketika Rasulullah pulang ke rumah dengan mengalami keadaan yang luar biasa selepas menerima wahyu pertama, Siti Khadijah menyelimutinya. Siti Khadijah duduk di sebelah baginda dan  meluahkan bait-bait kata yang lunak dan mententeramkan. Rasulullah tidak pula merahsiakan pengalamannya di Gua Hira' itu, tetapi bersikap terbuka menceritakan detik-detik mencemaskan yang dialaminya. Sikap terbuka dan tawaduk Rasulullah serta sifat keibuan Siti Khadijah telah melahirkan suasana yang boleh dianggap begitu romantik ketika itu. Tidak hairanlah Rasulullah masih tetap mengenang Siti Khadijah setelah Siti Khadijah lama pergi.
Romantik Sayidina Umar
Kadang-kadang rasa cinta dan sayang diperlihatkan dengan cara yang unik. Sayidina Umar al-Khattab, sewaktu dibebeli isterinya pada satu ketika, hanya membisu dan tidak membalas sepatah pun. Paling-paling beliau hanya tersenyum. Bila diselidiki oleh seorang sahabat, ternyata itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia  serta telah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangganya. Diam beliau adalah diam tanda sayang. Itu merupakan romantik cara Sayidina Umar. Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bukan marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak sampai ke tahap derhaka pada suami.


Kesimpulannya, masing-masing ada cara masing-masing macam mana nak tunjuk rasa romantik tu sebab lain orang lain caranya. Tak semestinya melalui perbuatan or perkataan tapi melalui pemberian or apa saja. CikTeh suka cara romantik yang ditunjukkan oleh 2 kisah di atas. My cikgu cakap dia tak suka romantik sebab bosan katanya tapi bagi saya romantik ke tidak bukan masalah bagi saya walaupun saya suka yang romantik. Apa yang penting KERJASAMA :-)  hihihihihi...tak de lah bagi saya ciri-ciri yang saya cari ada pada dia dan saya senang dengan dia...doakan kebahagian kami...insyallah lau jodoh tak ke mana gitew ^_^

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: My cikgu happy saya double happy :-)

Friday, 11 November 2011

Dia Lagi

Assalamualaikum...


Hai semua......CikTeh sekarang dah ade kat KL. Petang tadi sampai my bro and my SIL yang hantarkan. Perjalanan tadi terasa macam sekejap je may b jalan tak jam and my bro bawa kete laju kot atau sebab CikTeh banyak tido dalam keta so tak sedar tup2 dah sampai Kl. Tapi kali nih CikTeh tak mo cite lagi pasal perjalanan tadi sebab malas nak taip and no idea nak karang panjang2. Cuma N3 kali nih just nak tepek gambar twin someone CikTeh (gatai tak habis2 ^_^) Sebenarnya tetiba je tadi dok layan gosip artis kat blog abang nara ni hah so dalam duk baca2 duk belek2 gosip tuh ternampak lah gambar twin someone CikTeh nih. Hang pa kenai tak? Lau hangpa pembaca setia blog CikTeh hangpa tau lah sapa dia nih sebab CikTeh pernah buat N3 pasai dia nih. So tiba2 rasa nak buat N3 gedik lagi kali nih...hihihihi....so selamat menengok lah ye

Wah ensem nye die...hihihi

Alamak!!! jelesnye ^_^
Dua kerat je gambarnye e2 pun cilok kat blog abang nara. Gambar nih masa depa datang tengok ASK 2011 ari tu. Kat blog abang nara tuh ade dalam 20 keping lagi gambar retis lain tapi CikTeh just cilok 2 keping nih je lah. Jangan marah ye abang nara ^_^. Nak tengok gambar2 lain p lah tengok kat blog abang nara tu or leh klik kat cini je More Pictures (ASK 2011).


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Tak sabar nak balik kampung lagi and selamat pengantin baru buat che sue, sorry tak dapat nak hadiri majlis akad nikah che sue malam nih. Nanti sanding CikTeh balik ye...tunggu!!!

Total Pageviews