Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label kecurian. Show all posts
Showing posts with label kecurian. Show all posts

Wednesday, 10 April 2013

Hilang

Assalamualaikum.....


Itulah lau dah dikatakan bukan rezeki kita and apa-apa kat dunia ini hanya lah sementara bukan hak milik kekal kita. Apa yang CikTeh nak celoteh hari ni adalah pasal HILANG. Actually ahad lepas CikTeh baru je kehilangan 2 biji handphone. Satu sony ericson and satu lagi samsung. Ini semua sebab kecuaian CikTeh sendiri. So nak tak nak kena lah terima seadanya. Handphone pun je kan bukannya apa sangat....wah ayat macam anak orang kaya kau. Beli sebiji pun fikir macam nak kawen kau. Ye lah orang kaya macam korang semua boleh la beli terus kan.....handphone pun sekarang bukan mahal pun. Dalam RM50 hengget pun kau boleh dapat sebiji cuma nak tak nak je. Lau macam CikTeh ni memang kena fikir banyak kan.....lau beli handphone macam mana nak cover saving lagi, makan lagi, bayar bil itu ini lagi and banyak lah nak kena catu bagai. Semalam pun dah survey2 kat internet handphone murah-murah and dah kira-kira if CikTeh beli handphone still lagi ada balnace and dh tolak duit saving bagai cuma tak leh nak belanja keperluan peribadi je la. Tapi it's ok sebab bulan lepas dah shopping handbag and kasut. Bulan ni pun dah rembat skirt dah. So cukup la untuk bulan ni. So plan nak amik Corby 2 je sebab sebelum ni pun just guna yang tu je and dah kira ok lah untuk sementara ni pakai Corby 2 tu dari tak de langsung tapi berminat juga nak pakai Nokia Asha 307. So may be CikTeh just beli Asha 307 je. My sis suruh amik Galaxy Ace or Note 2 tapi memandangkan sekarang kena jimat so amik yang murah-murah sudah. Kan belanja kawen habis untuk handphone je.....so muktamad handphone baru just beli Nokia Asha 307 or Samsung Corby 2.

Ok CikTeh nak cite la sikit peristiwa kehilangan handphone CikTeh tu sikit lau pun korang tak berminat nak tahu tapi apa yang boleh CikTeh bagitahu kat sini, berjaga-jaga dengan penyeluk saku and jangan leka dengan apa yang ada disekeliling kita sehingga barangan peribadi kita terabai.....

Ok berbalik kisah tel hilang ni.....actually benda ni berlaku ahad lepas. Staff Lensa ada shoot kat Maju Junction sempena World Championship To Hollywood. So as a good staff la kononya datangla nak tolong-tolong mana yang patut lau pun nama tak de dalam call sheet. Tapi memang niat nak tolong pun sambil cuci mata kat situ. Bab tu boleh "terbeli" skirt tu...he3. Then after finish shoot, kemas bagai, kami pun singgah la Giant kat MJ tu nak beli barang dapur and keperluan diri. Seingat CikTeh masa masuk Giant CikTeh memang pegang kat tangan je beg handphone tu then masa tengah pilih-pilih barang CikTeh nak masukkan beg handphone tu dalam handbag sebab kat tangan dah banyak giler barang. So pi la kat bakul barang-barang yang kami pilih tu nak letak barang yang ada kat tangan ni. Sampai kat bakul tu CikTeh masukkan barang-barang and memori dah lupa sama ada beg handphone tu dah masukkan dalam handbag or tak. Apa yang CikTeh ingat pas masukkan barang-barang dalam bakul terus bangun then pi cari barang lain. Sedar tak sedar masa dalam tren nak balik check dalam handbag telefon dua-dua tak de. Selongkar sana sini tapi still tak jumpa gak. So CikTeh assume that my phone missing. Kawan try called pun masuk voice mail sebab dua-dua handphone masa tu memang tak de bateri. Sampai rumah termenung panjang fikir ke handphone ni. Biasa sebelum tido mesej my cikgu dulu or belek-belek mesej dulu tapi malam tu memang rasa macam something yang tak lepas nak buat. Tapi alhamdulillah dapat gak tido ^_^

Esoknya mesej guna BB bagitahu yang hp ilang kat my ma and my cikgu. No depa 2 orang je yang CikTeh ingat then post kat fb. Then tengah hari semalam pergi centre block simcard. Just dapat block maxis je yang celcom tak dapat sebab daftar atas nama my sis. So my sis yang settle kan simcard celcom tu. Alhamdulillah semalam balik kerja roomate offer pinjam handphone dia buat sementara ni. So dapatlah sembang ngan my ma semalam bagitahu hal yang sebenar. 


Sekian

-CikTeh-




Kaki Nota: tak jadi beli Nokia Asha 307...my sis tolong belikan samsung galaxy y je...thanks sis :-)

Wednesday, 9 May 2012

Rumah Kena Pecah Masuk


Semalam mesej ngan my mum duk bercerita pasal training and lain-lain hal then my mum buat keluar cite yang rumah my bro kena pecah masuk pagi semalam. Menurut kata my mum, kejadian berlaku dalam pukul 4 pagi. Yang peliknye my bro and my SIL langsung tak sedar apa  pun. Mereka percaya yang mereka kena pukau. Sedar-sedar rumah kena pecah masuk sebab my SIL bangun nak ke toilet then tengok TV tak de. Bila check sekeliling rumah rupanya memang rumah kena pecah masuk. Antara barang-barang yang kena curi TV plasma, laptop, duit dalam RM600 then barang-barang lain. Diaorang masuk ikut pintu dapur. My bro buat report dalam pukul 5 pagi. Jaga ada pun macam tak de. My bro cakap (baca komen kat fb my bro la) jaga bagitahu yang dia ada kat pondok jaga tapi time my bro keluar nak pi buat report langsung tak nampak bayang pun kat pondok jaga tuh. Dan ramai yang beranggapan ni kerja mat Indon dan my bro rasa memang dia ngan wife dia kena pukau sebab diaorang langsung tak sedar apa-apa. Nasib baik tuan rumah tak di apa-apakan. Sekarang my bro and his wife agak trauma. Yelah seumur hidup ni lah 1st time dia kena. Harap-harap ni yang 1st and last. Sungguh bahaya.......Sungguh bersyukur sebab my bro and my SIL selamat. La ni sebab kan taruma, my bro tak lena tidur and berjaga. Petang kejadian juga my bro upah orang pasang grill kat rumah dia. Hilang harta tak pe boleh cari jangan hilang nyawa sudah. Ade hikmat di atas apa yang berlaku. 

"Ya Allah Engkau lindungilah kami dan jauhilah kami dari segala perbuatan yang keji dan berilah petunjuk kepada mereka yang telah terlibat dengan perbuatan keji ini Ya Allah....amin"


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Bosan sungguh kerja minggu ni........esok tak tau nak buat apa????
Windu cikgu ketat ^_^

Total Pageviews