Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Monday 15 June 2015

:: UJIAN SARINGAN PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL EKONOMI E29 ::

Assalamualaikum.....


Kembali bersiaran lagi kita bersama Celoteh CikTeh. Dah lama gak la tak mencurah ide penulisan ni kan. Hari ni datang mood nak menulis. Entry kali ni just nak share pengalaman CikTeh masa menjalani ujian saringan tadi. Ujian apa tu? Haaaaa....mai sini nak cite. Bukan nak menunjuk tetapi nak share. Sebab saya cuba search kat internet cari tips or pengalaman mereka yang hadir ujian ni tetapi tak de. So cubalah untuk share pengalaman saya yang tidak seberapa ni agar boleh menjadi rujukan kepada yang memerlukan nanti.

Ok, CikTeh apply permohonana ni bulan 4 hari tu. Tup-tup 10 Jun CikTeh dapat call dari FAMA bagitahu yang CikTeh layak untuk menduduki ujian saringan. So dia mintak CikTeh untuk sah kan kehadiran dekat sistem FAMA. Happy sangat-sangat sebab peluang bukan selalu datang. Walaupun ujian saringan tapi CikTeh kena buat yang terbaik sebab ada beberapa stage lagi kena lalui if ujian saringan ni lulus. Selepas sahkan kehadiran, contact abang yang duduk kat PD minta dia tolong hantarkan. Settle bab tu. Kemudian CikTeh settlkan beberapa dokumen untuk di bawa nanti. Antara dokumen dan alatan  yang perlu dibawa:

1. Alat tulis
2. Kalkulator (depa ada sediakan tapi soalan pengiraan tak banyak pun dalam 1@2 soalan je)
3. Salinan IC
4. Salinan Surat Beranak
5. Salinan sijil PMR, SPM, STPM
6. Transkrip diploma, ijazah, dan sijil yang berkaitan
7. Gambar ukuran passport 2 keping (belakang gambar tulis nama dan ic)

Semua dokumen tu kena di sahkan tapi CikTeh tak sempat nak sahkan sijil so bagi je kat depa.

Ujian saringan ni untuk jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Gred E29. Depa buat ujian ni serentak dengan jawatan yang depa iklankan sebelum ni kat ILF dan AIM. Tunggu nye tunggu tibalah masuk dewan. Untuk jawatan E29 ni ujian diadakan di Dewan Baiduri, Tingkat 4. 

Sebelum ujian bermula, pengawas ujian bagi taklimat ringkas berkaitan dengan ujian yang akan dijawab nanti. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian. Setiap bahagian hanya di beri 1 jam masa untuk menjawab. Bahagian 1 adalah soalan berbentuk psikologi dan perihal diri kita. Calon hanya perlu menjawab YA atau TIDAK. Jumlah soalan untuk Seksyen A = 160 dan Seksyen B = 120. Bahagian kedua pula soalan berkaitan dengan skop pekerjaan, FAMA, MOA. Soalan berbentuk objektif sebanyak 50 soalan. Rujukan just boleh baca dan study website FAMA, MOA dan konsep pemasaran. If baca yang tu memang boleh jawab. Setiap calon akan diminta mengisi slip kehadiran dan checklist sebelum dimasukkan ke dalam envelope putih. 

Habis ujian dalam pukul 11.30. Mengikut kata ketua pengawas, keputusan ujian akan keluar dalam masa 1@2 bulan. Sesiapa yang lulus ujian saringan akan dipanggil untuk ujian temuduga dan if lulus ujian temuduga akan dipanggil untuk temuduga akhir. 

Rasanya semua dah CikTeh kongsi. If ada yang nak tanya sila lah jangan segan jangan malu. 

Sebelum undur diri, CikTeh nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua ummat Islam. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan diberkati...amin

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Menghitung hari :-)

306 comments:

  1. Salam.Sy pon exam juga masa tu. Nak tanya.
    Dah keluar ke result ujian tu. Dah 2 bulan. Senyap je ? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Muhammad Fahmi dah boleh cek result kawan baru je bgth result dh keluar. semoga berjaya. cek kat http://perjawatan.fama.gov.my/job

      Delete
  2. Salam.Sy pon exam juga masa tu. Nak tanya.
    Dah keluar ke result ujian tu. Dah 2 bulan. Senyap je ? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm......sy pun tak sure dh kua atau pun x.Tp lau ikut kata mereka hari tu sesiapa yg lulus akan dihubungi. sapa yang x dpt tu mknanya x dpt lah kot.hiihihihihii

      Delete
  3. salam..saya dah pun pergi temuduga akhir jawatan pembantu ehwal ekonomi fama..kalau kita lulus..macam mana nak tahu status temuduga akhir itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada pergi temuduga akhir FAMA jawatan Pembantu Akauntan w17, 7 Disember 2015 lepas. Result memang belum keluar lagi ke?

      Delete
  4. Masih menunggu keputusan akhir dengar2 ujung bulan ni klua nye.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. da keluarka keputusan temuduga akhir bagi calon yang berjaya?

      Delete
  5. Ader sape2 yang dah dpt ker?? Dh ijung bln pon...

    ReplyDelete
  6. FAMA kata bulan 2 ni keluar result nyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. FAMA kata bulan 2 ni keluar result nyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. FAMA kata bulan Feb? Awal bulan ka?

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Sama2 la kita tunggu.. Harap2 minggu depan keluarla keputusan.. Amin

    ReplyDelete
  10. Kalau ada sapa2 yang dah dapat result, inform tau dekat sini. Nanti saya tertunggu-tunggu rupanya tak dapat. Huhu.

    ReplyDelete
  11. Saya kongsikan bersama agar kita tidak tertanya2..:)

    Nama: Administrator
    Mesej:

    salam sehati sejiwa,

    Terima kasih kerana berhubung dengan FAMA. Untuk makluman puan, keputusan akhir temuduga FAMA belum lagi dikeluarkan dan dijangka akan dikeluarkan pada akhir febuari atau awal Mac 2016.FAMA mengucapkan selamat maju jaya kepada puan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian di bawah:

    Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
    Tel: 03-6126 2020

    sekian, terima kasih

    Unit Pengurusan Pelanggan
    Bahagian Komunikasi Korporat
    Dl:03-6126 2020 ext:2233
    Fax: 03-6120 2604
    Emel: fama@fama.gov.my
    Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an ade rezqi la utk jawatan ni...

      Delete
    2. mudah2an ade rezqi la utk jawatan ni...

      Delete
  12. Akhir Feb atau awal Mac? Ooooh, lama lagi la nampak gayanya. Thank you atas info nya.

    ReplyDelete
  13. FAMA XDE BAJET AHAHA

    ReplyDelete
  14. Sama2 kita tunggu aje la... sekurang2nya dah tau bila result akan kuar... So semua good luck...

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. hahaha.. biasanya semenanjung dulu la dapat result baru sabah sarawak dan labuan..

      Delete
    2. Get readyyyyyyy ��

      Delete
  16. Dah nak dekat akhir Feb dah ni. Penantian suatu penyeksaan woi. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahhahahaha i feel u ��

      Delete
  17. Fama tak bagi exact date ker bila result akan keluar? Tak best la hari2 duk tertanya2.. Huhuhu..

    ReplyDelete
  18. Entah ler..dia kata akhir bulan February atau awal Mac..kalau yang berjaya..FAMA akan hantar email Dan call..xper..kita tungguuu..

    ReplyDelete
  19. Blog ni dah jadi macam group whatsapp FAMA. Bagus la korang ni, saling memberi informasi antara satu sama lain. I like. Good luck semuanya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup rasanya mmg ramai yg usha blog ni.. TQ to owner blog

      Delete
  20. ermm..good luck u all..doa bnyk2..

    ReplyDelete
  21. Tik Tok Tik Tok...

    ReplyDelete
  22. Neves giler menanti.. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarikh lapor diri 15mac depan.. So dlm masa tedekat ni dia akan bgtau.. Gudluck smua..

      Delete
    2. Macam mana awak tahu..dah tahu keputusan ke?

      Delete
  23. 15hb mac? Awak dapat info dari mana? Awak dah dapat keputusan?

    ReplyDelete
  24. Betul ke 15 mac lapor diri??

    ReplyDelete
  25. Jika anda dah dapat tahu keputusan..share kat sini ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak berjaya akan dimaklumkan juga ker? Atau yang berjaya saja akan dihubungi?

      Delete
  26. Yang berjaya sahaja akan dihubungi Dan dimaklumkan melalui email.

    ReplyDelete
  27. Says call bahagian Sumber manusia FAMA tadi, mereka kata keputusan tu pada bulan 3 nie...boleh check di web e-perjawatan

    ReplyDelete
  28. Bulan 3? Laa ingatkan hujung Feb. Ada beberapa hari lagi ni nak tunggu. Harap semuanya bersabar dan semoga berjaya untuk kita semua.

    ReplyDelete
  29. tak pa la.. sekurang2nya kita da tahu keputusan tu akan keluar bln 3.. klu ada rezeki insyallah adalah tu...

    ReplyDelete
  30. Semoga berjaya teman-teman semuanya. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  31. wah.. nervesnya.. setiap masa mengira menghitung jam.. setiap masa check eperjawatan fama tp masi error... :(

    ReplyDelete
  32. Baru masuk bln 3... Sabar dgn berdebar2

    ReplyDelete
  33. sy pun sama jugak..setiap hari check portal fama, setiap detik setiap minit check..haha..nervous sgt! excited pun ade nak taw result, dpt ke tak dpt takpelah..yg penting tahu resultnya kan :) esok dh msuk bulan mac, hrp adelah khabar berita dr fama :D

    ReplyDelete
  34. Esok dah bulan Mac kawan-kawan. Semoga rezeki berpihak pada kita. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  35. Kalau eperjawatan dah boleh cek, jangan lupa update dekat sini tau. Saya doakan yang terbaik untuk kita semua.

    ReplyDelete
  36. saya baru lepas check eperjawatan awal2 pagi tadi, hehe masih belum ada khabar berita lagi..aduhhh lamanya menunggu..harap ade lah rezeki..kalau ade rezeki takkan ke mana kan? cepat atau lambat je ;)

    ReplyDelete
  37. Salam... Ape cite kawan kawan.. Da keluar ke ?

    ReplyDelete
  38. Salam semua, bagaimana dengan result kamu semua ??

    ReplyDelete
  39. masi The server didn't respond in time, :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Slmt pg smua...brite t'baru dpt info pihak fama telah pos surat kpd calon2 yg telah bjya utk melapor diri pd 15 hb ni di institut latihan fama port dickson..bg calon2 yg xdpt surat dlm mggu ni mgkin xde rzki..mari lar sama2 bdoa n mnggu tu...smoga ad brite baik utk kite smua...sekadar info...

      Delete
    3. laaa yeke..adoi tak sabarnyaa nak tunggu surat sampai kt rumah..huu harapan menggunung tinggi ni..tp takpe dh usaha kan, tawakal jela.. hmm ..knp check sistem perjawatan dia masih xboleh yer? tak mcm sebelum ni senang je, dan biasa time2 mcm ni dh ade staf fama call bgtahu..hari tu saya pernah call tanya, staf fama ckp, calon yang dapat dan x dapat dua2 dia akan call bgthu jugak..hmmmmmmmmm

      Delete
    4. Rasanya calon yang tak berjaya pihak fama mungkin tak akan call. Alaaaaa mereput la mcm ni. Tunggu punya tunggu, rupanya tak dapat.

      Delete
    5. alaaa jgn lah pihak fama tak call..at least call la bagitahu "Harap maaf, sila cuba lagi" ke ape ke.. heheh sedap sikit dgr.. kuranglah sikit mereput sekian lama nih :(

      Delete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. institut latihan fama port dickson? sekiranya calon tersebut daripada sabah, sarawak dan labuan mereka juga perlu melapor diri di institut latihan fama port dickson ataupun di negeri masing2? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk p'tnyaan tu msih blum dpt dipastikan...ape2 pn tggu je surat dlm msa t'dekat ni...

      Delete
  43. So sekarang kita semua kena tunggu surat la ni? Takde cara lain ker nak tau samada kita dpt atau tidak selain dari surat? Email ker? Web ker?

    ReplyDelete
  44. Dr ape info ni bgtau pihak fama mmg xde bgtau ape2 slain dr surat tu je..so kna tggu surat dr fama je tu..kpd yg b'jya mgkin dlm mggu ni surat akan smpai...

    ReplyDelete
  45. So web tu memang xdapat d ekses la kan? Marilah kita berdoa semoga rezeki berpihak pada kita. Wish me luck guys.

    ReplyDelete
  46. kawan2 semua siapa yang dah terima surat dalam minggu ni please inform kat sini yer.. hehehe dapatlah juga kita berkongsi kegembiraan bersama kan.. *saya mereput dan menunggu ni* hihiii

    ReplyDelete
  47. Ya sy setuju.. tolong inform siapa2 yang dapat surat ya..

    ReplyDelete
  48. Salam.saya dah dpt Surat dari FAMA..alhamdulillah.saya Kena lapor diri 15 HB nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tahniah! hmm saya masih menunggu..harap2 adelah surat sampai ni..mana lah posto2 ni....huhu

      Delete
    2. tahniah... rezeki kmu.. kmi masi menunggu..hmm

      Delete
    3. Tahniah Mohd Faizal. Doakan untuk kami. :)

      Delete
    4. boleh tau saudara dtempatkan di Fama mane?

      Delete
  49. Alhamdulillah saya pon dapat juga.. Jumpa 15hb nanti mohd faizal.. Selamat berjaya pada yang lain.. InshaAllah ada rezeki tu nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah.. korang calon semenanjung ka? calon sabah sarawak, labuan ada da ka yg dapat?

      Delete
    2. Wah seronoknya u all dh dpt yer. alhamdulillah rezeki berpihak pada u all tu :)
      #sy juga yg msih menunggu smpi mereput...hmmm

      **penantian suatu siksa yang tidak tertanggung....oleh tubuhku yg kering dan layu....heheheh nynyi ckit!

      Delete
    3. dtempatkan di fama mane?

      Delete
  50. okey tunggu esok la pulak! mana tahu posto sampai..kikiki

    ReplyDelete
  51. Saya pun calon sabah jugak.. Ada kemungkinan ka posto lambat sampai? Atau bukan rezeki saya.

    ReplyDelete
  52. Tahniah beb yg dapat tu moga terus berjaya.. Alhamdulillah syukur.. Btw aku xtahu apa nasib aku ?? Tapi tak per la mgkin bukan rezeki aku..

    ReplyDelete
  53. Tahniah pada yang berjaya.... Yang masih menunggu tawakal kpd ALlah... Ade rezeki mungkin ada... Perancangan yang terbaik drpd Allah...dgn izinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita merancang dan berusaha, namun rancangan dan takdir Allah buat kita adalah lagi hebat. Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak berjaya seperti saya, jangan putus asa untuk mencuba.

      Delete
    2. mcm mana awk tahu awk tidak berjaya yer? awk cek kt mana?

      Delete
    3. Sebab saya tak dapat surat so saya anggap la itu bukan rezeki saya.

      Delete
    4. mmg yg berjaya dapat surat 1 mac ke..bkn kne tggu dlm mnggu ni yer..awk apply jawatan ape yer?

      Delete
    5. Saya takut nak berharap.. Nnt kecewa pula.. Lgpun kwn2 yang lain dah ada yang dapat surat kan.. Saya apply jawatan pembantu akauntan w17.. Calon sabah.. Awak?

      Delete
    6. saya apply pembantu tadbir..calon semenanjung..hope ade rezeki kita..

      Delete
    7. hai lamiastoria sy pun calon sabah.. sy apply pembantu tadbir juga.. sy blum jg terima surat dr FAMA..:(

      Delete
    8. Saya pun calon sabah. Kalau awak dapat surat/dapat panggilan dari FAMA, awak update dekat sini ya?

      Delete
  54. Kepada sahabat yg dikasihi di Semenanjung,Sarawak dan Sabah Malaysia.
    Sekiranya anda tidak berjaya disini tidak bermakna anda gagal dan tidak memiliki kualiti peribadi. Ianya adalah salah satu proses mematangkan diri yang Allah dah tetapkan untuk kita. Begitu juga kepada yg berjaya, ingatlah ianya juga salah satu proses kematangan diri. Kebahagiaan itu bukan terletak pada berjayanya kita dengan pekerjaan, ianya mengenai berapa banyak kebajikan kita kepada diri,ahli keluarga dan masyarakat. Saya faham erti kegagalan dengan penuh cabaran dan ujian. Namun tidak pernah setiap kegagalan terus diisytihar sebagai kekurangan kualiti peribadi. Saya dah pernah bekerja sendiri, bekerja dengan bank dan syarikat insurans serta dengan glc komunikasi. Namun direzekikan pula utk bekerja dengan FAMA. Semua itu adalah dugaan dan cabaran. Saya suka memberi contoh usaha kakak saya sendiri yg pada awal kerjaya menjual nasi lemak di pasar malam, kemudian bersama saya bentuk enterprise dan kami gagal kerana ditipu pembekal, dia dan saya berusaha kaedah lain. Dia sambung belajar dan saya bekerja. Dengan semangat tinggi dia kerja part time cashier di Tesco dan berjaya complete degree dan master. kini dia adalah pensyarah senior sedang berusaha utk PHD beliau di UiTM. InshaaAllah saya akan turut serta berbuat demikian.
    Hidup ni jangan kita permudahkan dengan emosi, hadirkan akal fikiran dalam membuat keputusan hidup dan sentiasa tawakkal kepada Allah... Selamat maju jaya kepada sahabat2 semua. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah buat anda. Dan terima kasih atas kata kata semangat buat kami yang tidak berjaya. Diharapkan kepada yang tidak berjaya, semoga akan datang kejayaan lain buat kita.

      Delete
    2. Assalamualaikum en.Ammar Ridhwan Ramli.. sy nk bertanya sekiranya alamat bg calon yang berjaya bermasalah ataupun telah berpindah dan surat tersebut tidak diterima oleh calon dalam masa tersebut, so macamman pihak FAMA akan hubungi ataupun disebaliknya.. sekadar bertanya..terima kasih

      Delete
  55. hari ni dah 2 mac.. diriku masih menghitung hari..detik demi detik...menunggu utusan khabar gembira dari FAMA :) harap2 ade laaa..heheheh btw, tahniah pd kwn2 yg dh dpt....pls doakan kami yg msih belum terima sebarang khabar berita ni yer..

    ReplyDelete
  56. nak tanya pd kwn2 yg dh dpt surat tu, fama pos biasa je ke or poslaju ek?? hehe

    ReplyDelete
  57. hari2 saya ngadap blog ni sbb nak dptkan feedback dr rakan2 lain..so induksi start 15hb mac la kan ? so yang sdg bkerja ni kena notis berhenti kerja 2 minggu jela eh

    ReplyDelete
  58. salam.. sy calon dari sabah, surat sy pn belum terima. sekiranya ada calon sabah yang telah terima kat cni.. share2 ya.. supaya sy pn x ttungu2.. peace :)

    ReplyDelete
  59. Saya calon sabah pun tiada terima apa-apa surat.. Ada 2 kemungkinan, antara surat tu lambat sampai atau memang bukan rezeki saya.. Nnt kalau mana-mana calon sabah sudah dapat surat, jgn lupa update dekat blog ni..

    ReplyDelete
  60. Secara lazimnya apabila berlaku masalah demikian, pihak POS akan memberi maklum kepada FAMA. Return Postage ini akan di selidiki oleh FAMA dan usaha menghubungi akan dibuat berdasarkan maklumat yg kita beri semasa diawal permohonan. Sebab itu kita kena memberi maklumat asli dan utuh demi mengatasi keadaan sedemikian berlaku. Maklumat perhubungan kita adalah dianggap tulen dan disandarkan pada integriti pemohon. sekiranya sudah 2kali dihubungi melalui pelbagai medium, email,pos atau telefon, maka bahagian HR FAMA akan mengambil pendirian mengikut SOP perjawatan sedia ada dalam FAMA. SOP nya bagaimana? itu saya xtahu sebab tiada pengetahuan mengenai fungsi dalaman HR FAMA lagi buat masa ni. Jadinya, cara terbaik seandainya rasa alamat tidak valid atau berubah adalah dengan menghubungi terus HR FAMA bertanyakan status permohonan anda.

    ReplyDelete
  61. sy dah cuba call fama di talian 0361262233 unit pengurusan pelanggan..betul kan nombor ni? nmpk msih tidak berjawab..maybe staf fama busy kot.. dgr khabar mereka akan berpindah HQ baru di kelana jaya..hehehe..tapi peliklah, nape fama tak direct call or emel terlebih dahulu sbg makluman awal eh?? kiranya surat mmg agk lmbt la kn..huhuhuhu mana posmen ni, cptlah lalu depan rumah sayaaaaaa!

    ReplyDelete
  62. FAMA nak buat suprise kot.. posman dah lalu depam rumah tapi tak singgah umah kita pun...ermmm

    ReplyDelete
  63. Hahahaaa.. Sabar ja la.. Kita senasib, rasa nk pukul ja abam posman tu sbb xbagi surat.. kan..

    ReplyDelete
  64. FAMA dh buat panggilan kpd siapa yg dh berjaya smlm.. dan diorg dh anta pos srt kpd yg dh brjaya...mana yg x dpt dua2 tu mungkin x dpt la kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  65. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  66. FAMA dah buat panggilan semalam? Jd maksudnya yang tak kena call tu tak berjaya la kan? It's okey kawan2, takpa. Bukan rezeki kita dengan FAMA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. FAMA da buat panggilan kat semua calon termasuk sabah dan sarawak ka? sbb sy calon sabah.. skiranya FAMA da buat panggilan kepada calon2 sabah.. so, itu bukan rezeki sy.. tak pa bukan rezeki dgn FAMA.. tq

      Delete
  67. Yup diorg dh call mana berjaya...isteri sy dpt pnggilan srh lapor 15.3 ni di PD

    ReplyDelete
  68. Yup diorg dh call mana berjaya...isteri sy dpt pnggilan srh lapor 15.3 ni di PD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isteri awak calon sabah/sarawak/labuan?

      Delete
  69. korang, sy ade dpt notis dr poslaju suruh amik surat esok kt pejabat poslaju..sbb takde org kt rumah :( adoi nervous la..apakah itu surat dr fama??? tp fama takde call pulak semalam..hmm nak tanya pada yg dh dpt surat tu, adakah pos biasa atau poslaju???? mohon jawab pertanyaan saya ni...urgent!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk apply jawatn ape yer? Awk dr semenanjung ke

      Delete
    2. sy apply jwtn setiausaha pejabat n27 .. yelaa kena tunggu esok pagi jela nk amik brg dr poslaju..sy check tracking number tu dr pos batu caves..so yela tu kot surat dr fama'...harap2 lah..hmm nervousssss kot!

      Delete
    3. yup sy calon semenanjung...aduh risaunyaa entah apalah isi kandungan brg poslaju tu ekk..huhu

      Delete
  70. Maaf menyampuk, sy Alhamdulillah dapat surat fama tp belum ade panggilan dari fama, jadi jgn bimbang kawan kawan. Yg sabah sarawak sabar InsyaAllah ada nt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak dah dapat surat tapi tak terima panggilan? Ada yang kata sesiapa yang berjaya akan dihubungi. Tapi awak tak dihubungi kan? By the way, tahniah untuk awak.

      Delete
    2. awk surat tu kata apa? tahniah berjaya dan perlu melapor diri ke cmne ??? hmmmm ala risau sgt nih

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  71. Calon Sabah, Sarawak Dan Labuan sabar menanti keputusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak calon Sabah/Sarawak/Labuan ka? Anyone dekat sini dri 3 negeri ni kalau ada yang sudah terima surat/dapat panggilan tolong update dekat sini ya.

      Delete
  72. salam... sape dari semenanjung bagi jawatan pembantu hal ehwal ekonomi e17 yang dah dapat panggilan.

    ReplyDelete
  73. Cara mcm ni x profesional langsung sepatutnya fama kena lebih utamakan protal untuk semakan sama ada berjaya atau gagal.. Ianya lebih mudah dan memuaskan hati semua pihak.. Tapi bila hal ini terjadi, banyak yg tertanya2.. Sepatutnya jawatan kuasa fama lebih ambil perhatian dan memikirkan tentang beberapa pekara.. Jika dihantar dengan pos belum tentu sampai.. Sebab pernah terjadi hal posman tidak hantar surat n parcell kerumah oleh perkhidmatan poslaju mahupun pos biasa.. Malah alasan poslaju malaysia barang telah dihantar, bila diselidik terbukit barang still di pejabat pos berbulan tanpa update dari pos malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..saya setuju..saya pernah kena esok iv..hari baru smpai surat

      Delete
    2. Kan? Sepatutnya FAMA kena update dekat eperjawatan. Kalau kita dah tau kita tak berjaya, tak ada lah kita tertunggu2 surat atau panggilan dari FAMA. Takpe la, saya andaikan ini bukan rezeki saya. Tapi pengalaman menduduki ujian saringan dan 2 kali temuduga adalah satu pengalaman yang insyaAllah akan mematangkan kita.

      Delete
    3. assalam..siapa yg calon jawatn pembantu tadbir yg da dpt surat..blh update kt sni x?

      Delete
    4. Lamiastoria Sy dapat surat da sy jwtn Pembantu tadbir jg.. awak try kol fama.. sy calon sabah jg

      Delete
  74. Saya masih menunggu..dah ada yang dpt surat or call dari fama ke untuk jawatan N27 penolong pegawai tadbir?

    ReplyDelete
  75. Yang belum dapat surat atau dapat panggilan FAMA jum buat whatsapp group. Senang nak update.

    ReplyDelete
  76. cadangan yang baik..pls drop ur number di sini spya senang kita kongsi information

    ReplyDelete
  77. ok dah boleh berhenti berharap semua. Untuk jawatan penolong pegawai E @ N, kalau tak ada kabel besar tak payah la berharap. Dengar pun berasap je... sape disini yang dapat jawatan di atas dan tanpa kabel besar meh bagi nama, kawan tolong cekkan... kalau tak dapat sebab tak layak tu tak kisah sikit, ini kalau pasal kabel ni yang letih dengar. Renjat guna kabel TNB baru tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu pembantu mcmmna? cth pembantu tadbir, pembantu eko dll.. dpt tlg cekkn ka

      Delete
    2. kabel kecik, jgn cakap camtu. tak semestinya dapat sbb ade kabel besar baru dapat. mungkin ada dikalangan candidates anak someone tapi not at all. semua tu rezeki dari Allah.masih ade ruang untuk org yg perform. sy boleh reveal who am i, but i want to highlight here everything can achieve if you bit the challenge. maaf if sy terkasar. buat bakal rakan2 sekerja nt, cuba bersangka baik ( husnuzon ) sesama rakan2 kerja supaya kita ada keberkatan dlm perkerjaan kita. saya tak kata tak boleh nak bangkang ke apa dlm soal kerja tapi ada caranya. allahualam.

      Delete
  78. Saya w17 jerrr. Kabel pun takde jugak. Tapi saya pun dah berhenti berharap dah ni. Takpe la, bukan rezeki saya. Kepada yang berjaya, tahniah.

    ReplyDelete
  79. Hmmm untung org ade kabel..sian ker org yg xde kabel yg dh kawin ada anak harap dpt keje tgk xdapat sebb kne ada kabel..
    Harap yg xdpt tu brsabr byk2..berat mata memndang berat bahu memikul..
    **sy cuma silent reader di sini betapa susahmye nk dpt kerja zamn skng..

    ReplyDelete
  80. salam kawan2, sy dh dpt surat dari fama..poslaju..alhamdulillah..tp sy msih risau, sy dah fakskan maklum balas penerimaan tadi pd fama, sy pun cuba hubungi fama utk maklumkan, tp tak berjawab pon :( risaunyaaa..fama pon takde call sy jugak..sbb kt surat ni kata kena balas dlm kadar segera, kalau lmbt, maka terbatallah.adoi..hrp2 tak ler..hmmmmmm
    *sy doakan pd semua kawan2 yg memohon dpt khabar berita gembira ni jgk yer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiausaha pejabat n27 ... tp tula fama takde call sy pun lg ni..sy call fama pon dh berkali-kali ni..sbb dh faks surat penerimaan td..tkut mereka x terima je lg..hmm

      Delete
  81. tahniah awak.. awak dr semenanjungka? kmi dari sabah ni masih lagi menunggu jawapan...hhmm:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak, calon sabah memang belum ada yang dapat surat ka? Atau kita antara yang xdapat?

      Delete
  82. Saya nk kongsi sesuatu, saya call fama td.. Diorg bg tau, sy xberjaya.. Saya redha.. Sy tahu ini ujian allah utuk sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. no apa awak kol.. share sni

      Delete
    2. 03-61262059.. Sy harap korg berjaya.. Moga jumpa lg.. Sy betul2 sedih bila dia bg tau yg sy xberjaya td..

      Delete
    3. awl call num mna yer?

      Delete
    4. Pembantu ehwal ekonomi..

      Delete
  83. assalamualaikum, ada tak yang dari sabah perempuan dapat keputusan sbb sy kol FAMA td sy dapat.. alhamdulillah.. tp sy dr calon sabah dan kita kena lapor diri pada 15.3.2016 di PD sehingga 20.3.2016 sbb menghadiri kursus PTM (induksi).. jd sesiapa dpt inform sy sbb mmudahkan kita bkumpul bersama2 untuk bergerak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak2 sy calon semenanjung..sy pon dpt jgk surat fama dn kena hadir pada 15hb di PD.. nk tnya awk, awk call FAMA mereka jawab yer? sy dh berpuluh kali call ni tidak dijawabnyaa...adoi risau!

      Delete
    2. Awak, nombor apa awak call? Fama kata awak dapat? Tahniah awak. Awak tak dapat surat lagi?

      Delete
  84. sy kol no. 03 6126 2020 pastu minta sambungkan dengan cawangan pengurusan sumber manusia bahagian pengambilan. sy kol jg banyak kali tp ari ini rezeki sy, sy kol dorg trs angkt.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  85. Assalam semua... thanks sbb bg byk info pasal keputusan temuduga... saya x berjaya... sedih mmg sdh sbb terlalu berharap... tp biasalah bkn rezeki... percaturan Allah lagi baik... kepada sesiapa yg dapat tahniah... kepada sesiapa yg x dapat jgn kecewa... hidup perlu d teruskan... all the best...

    ReplyDelete
  86. ok kawan2 saya doakan anda semua maju jaya di luar sana yer :) kpd yg berjaya tu, kita jumpa di PD ye..nervous jgk ni..hmm x sempat nk ready pape..mental dan fizikal..

    ReplyDelete
  87. Hari ni pada jam 11pg saya berjaya jejakkan kaki ke bahagian HR FAMA. Dari pengamatan saya, staff dibahagian HR FAMA bertungkus lumus beroperasi sebaik mungkin. Setiap tindakan mereka mengenalpasti pelbagai masalah diatasi secara professional. Statement ni bukan nak bodek etc. tetapi adalah utk memberi win-win situation kepada pemohon dan HR FAMA. Mereka tidak pernah berburuk sangka, malah ada pemohon yg bermasalah utk lapor diri, mereka atasi dengan baik. Telefon berderingan disambut sambil menyiapkan key in data2 pemohon. multitasking skill yg tahap tinggi. maka kita yg sebagai pemohon jawatan ni bersangka baiklah.. itu sahaja sahaja perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En. Ammar Ridhwan Ramli, maaf bertanya, awak ada tanya pd HR FAMA tak kalau ade certain kes calon ada mslh utk melapor diri pada 15 mac ni?? hari tu saya ada call FAMA tanya psl ni, FAMA ckp so far semua calon boleh hadir utk lapor diri pd 15 Mac tu..maklumlah sy sedang bkerja dn perlu notis satu bulan...tp sy dh berbincang baik dgn tmpt keje saya utk sy meletakkan notis benti keje seminggu shj..ats sbb utk hadir lapor diri dn kursus sehingga 20 mac..dan sy dimaklumkan oleh pihak FAMA juga, pd esok harinya setelah tamat kursus tu, 21 mac isnin tu dh boleh mula naik bertugas di FAMA dah, dan penempatan unit mana sumer tu akan dimaklumkan pd hari terakhir dalam kursus tu nanti. so far, sy mmg kesuntukan masa utk mencari tempat tinggal nak menyewa di sana nnti..sy duk jauh..... huhuhuhu risaunyaa lahai :(

      Delete
  88. tahniah kepada yang berjaya. kepada yang tidak berjaya seperti saya jangan putus asa dan usaha lagi. insyallah ada rezeki di lain hari.

    terima kasih juga kerana sudi menjenguk blog ini terutama entry ni. tak sangka entry ni menarik perhatian anda semua. Niat di hati sekadar berkongsi pengalaman sahaja :-)

    keep in touch ye semua.....sesiapa yang ada blog boleh tinggalkan link disini untuk saya follow :-)

    ReplyDelete
  89. oh, perkara tu saya xtahu pula. mereka akan confirmkan balik rasanya selepas consult pegawai bertjwb. saya ke HR FAMA pun hari tu just nak hand over sendiri beberapa maklumat lepas hari terakhir kat tempat kerja lama. yup. memang dugaan nak cari penempatan kalau dpt posting kemana2. inshaa Allah dengan teknologi skg, senang utk cari penempatan dlm online rasanya boleh jumpa banyak rumah sewa etc. bertabahlah dan banyakkan berdoa.

    ReplyDelete
  90. Assalam...tumpang tnya adakah keputusan yg keluar untuk jawatan gred E dan N sahaja? Bagaimana dengan keputusan gred W27? Saya salah seorang calon dari kedah yang mnjalani temuduga akhir bg jawatan tersebut,masih menanti dan berharap. Ada sesiapa disini yang dah Berjaya untuk gred W27? kalau ada tahniah saya ucapkan.. mungkin belum tiba rezeki saya lagi..

    ReplyDelete
  91. sape2 calon wanita yg berjaya dan sedang mencari rumah sewa, sila inform kt sini eh..sy nk cari geng mnyewa skali. huhu risau kalau tmpt tinggal takde lagi, sbb lepas kursus tu esok harinya 21 mac isnin dh mula bertugas kan??? adoi bila pulak nk cari rumah bagai..hmm kesuntukan masa..jap, nk tnya kwn2, yg dpt ni semua penempatan kt HQ FAMA selayang tula kan????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan penempatan akan diberitahu lpas induksi tu ke ?? Takut jugak kalau dia hantar merata2..

      Delete
    2. betul tu, taw takpe..sy dh call fama, diorang kate hari last time kursus tu dia akn inform tempat mana..mcm mana kita nk standby rumah sewa kalau tmpt pon xtahu lagi? dan dgr citer dlm masa terdekat pulak tu kena mula bertugas..abis tu bila masa pulak nk get ready ngn tmpt tinggal kita nnti eh?'nk survey pon mkn masa..hm hrp dipermudahkan dan ada kwn2 yg sama2 dpt join sewa sama2 .. boleh jimat sikit :D

      Delete
  92. TERIMA KASIH BANYAK2 TUAN RUMAH EMPUNYA BLOG SBB IZINKAN KAMI BERSEMBANG KT SINI..AT LEAST TERJAWAB JUGAK SEGALA PERSOALAN..HMMM KPD YG BERJAYA DIUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS!! KPD YG TAK BERJAYA, JGN BERSEDIH , DOA BYK2 INSHAALLAH REZEKI ALLAH ITU LUAS DI LUAR SANA, PASTI ADA HIKMAH DISEBALIK YG BERLAKU :)

    ReplyDelete
  93. harap2 kami yang tak dapat ni sebagai calon simpanan la..bukan senang walaupun gred 17 je sampai 3 kali tapisan..SPA pun xmacam tu...

    ReplyDelete
  94. salam.. sy nk tanya ada tak di kalangan pelawat dalam blog ini daripada Sabah dan mendapat panggilan untuk lapor diri ke PD selain saya, jawatan pa2 je..

    ReplyDelete
  95. Suami sy pun tak dapat.. sbb mmg xde info langsung kt web fama pasal pengambilan..bile tbaca komen2 kat blog ni baru la tau pengambilan die da lame dah huhu.. smpai ati fama.. suppose diorg inform or atleast update la kat e-pengambilan tu kan..jadi org x ttunggu2..tp saya heran knp la x dapat,kalau smpai 3x gi interview.kalau da tau x dapat xyahla mtk dtg interview bagai smpai 3x kan..dtg dr jauh..blom kire amek cuti lagi semate2 nak dtg interview..sy lak yg frust hahah.. apepn xpela..bkn rzki kat situ..munkin Allah dah sediakn rzki yg lbih better utk suami sy n calon2 yg x dapat tu kan.. insha Allah.. :)

    ReplyDelete
  96. Kenapa fama call saya yea tadi 0361262020

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pn ade terima call..npe dy call awk ye?

      Delete
    2. Salam sahabat.. apa kbar.. puas cari blog akak ni semula lepas tinggalkan berbulan2 lama.. sy hirzan.. boleh pggil ezany.. sy pun baru2 ni dpt call dari hq fama.. xsilap 26/10/2016 tu ari, dua kali dia call tp sy tak angkat.. sbb sy kerja kilang time tu bising tgh reapy mesin n bising.. so sy call lah semula time rehat.. terus dia sambungkan dekat bahagian perjawatan.. dia tnya beberapa soalan untuk kemaskini status, sedang buat apa, kerja kt mana, ada pasangan tak, nk berkawen ker dlm masa terdekat ni.. sy risau la, mula fikiran tertanya2 apa yg sedang berlaku dan bakal berlaku.. korg keep intouch dkt blog ni tau.. apa2 kita boleh kongsi2 maklumat n idea.. tak pun letak jer no hp nnt aku pm n buat grop fama whatapps..

      Delete
    3. Hi awk, dapat call dari fama ker ?

      Delete
  97. Assalmualaikum semua.
    Sy baru dapat email utk latihan bertulis di matrade 4 nov ini. Ade tips tak or ade kawan2 same macam saya? ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Latihan bertulis ?? Fama ker ??

      Delete
    2. Salam awak. macamana ujian tu? sy 10 nov ni. ada tips tak? terima kasih

      Delete
  98. alhamdulillah dapat dah hampir setahun dah bersama fama.seronok kerja..bnyk pengalaman dapat

    ReplyDelete
  99. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  100. Assalam semua, sy dpt temuduga akhir pembantu akauntan w19. Soalan sy , apa maksud temuduga akhir ya? Lepas tu ada ujian saringan tak?

    ReplyDelete
  101. Salam mazakkir.. sy pun dpt panggilan temuduga akhir.. tahun lps, sy dapat panggilan lapor diri, kt fama, tp sy tak pergi.. sbb ada masalah sikit.. sy temuduga pembantu ehwal ekonomi.. awk org mana yer.. nnt boleh jumpa kt sana.. apa2 whtsapp sy 0132073325..

    ReplyDelete
  102. SALAM.. untuk temuduga pembantu ehwal ekonomi ni biasa dia tanya apa je? Suami saya dapat jugak iv tu.. memang semua iv dekat Fama batu caves yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada jawapan ke belum? isteri saya ada interview pembantu ehwal ekonomi pada 14.8.18 lepas di fama sarawak.

      Delete
  103. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  104. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  105. Assalam.. akak, nak kena sediakan sijil2 semua ke? Sbb dkt email yg sy dpt, diorang tak inform bawa sijil/salinan sijil tp bila bca entry akak, akak bawa semua tu. Ke masa akak dpt email dr diorang, diorang mmg ada inform kat situ sruh bawa sijil tu semua? Sy tkut pulak t tiba2 smpai kat sna diorang mntak sijil ape semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak dah dpt keputusan interview haritu ker?ke baru nak g interview

      Delete
    2. Hi! Saya baru dpt panggilan ujian bertulis wak, belum iv lagi 😊

      Delete
  106. Assalam, sye ade dpt panggilan ujian bertulis FAMA utk jawatan setiausaha pejabat n29. Tpi dlm email tak dinyatakan utk bawa ape2 dokumen. So mcm mne ye? Lagi stu ape contoh soalan dia tnye sbb bnyak sngat nak bca huhu

    ReplyDelete
  107. Mintak2 la berjaya dlm temuduga..hrp sgt dpt bekerja dlm fama..minggu pertama rasanya dia ckp keputusan akan keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ye sy dh call fama kelmarin, dia ckp dlm bulan 10 ni tp xtau bila mgu ke berapa

      Delete
    3. thanks share information..

      Delete
  108. Salam semua.. Wew.. Nebes jgak bila bca komen2 kat sni.. Apa pn kita sama2 doa.. Sya ada ujian brtulis 5 oct nie.. Hahaha.. Doakn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya 4hb ni, nervous gak mcm bnyak gila topik nak cover huhu

      Delete
    2. Hahahaha.. Nanti jgn lpa kongsi.. Sbb sya lwt sehari.. X stdy lg nie.. Btw ujian kat mn?

      Delete
  109. ujian bertulis untuk jawatan apa eh? by the way , ahmad muzakkir awk apply jawatan ape? and mase call FAMA tu, FAMA ade ckp tak diorg akan bgtahu via ape? email @ surat @ call @ laman web ? soooo nervous

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin. inshaallah mudah2an awk berjaya. kitaorg yg pgkt @ gred rendah ni pun nebesssss allah je tau hahaha.

      Delete
    2. Haha.. Tu la.. Nebes thp dewa.. Org ckp kalau xde kabel besar, susah nk lepas.. Lbh2 lg 41.. Ikut kn hati x nk p.. Tp bila fikir balik.. Xde kabel besar dr kabel doa kat Allah... Jgn mendahului takdir.. Dpt x dpt p ja.. Mudah dipermudahkn urusan kita semua..

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete

Total Pageviews