Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Sunday 14 April 2013

Berserah

Assalamualaikum....



Alhamdulillah selesai sudah exam PTD. Agak terkilan la juga sebab first paper masuk lambat 10 minit and sah2 la tak sempat nak jawab. Lambat sebab tak jumpa cari tempat exam. Nasib baik boleh masuk jawab exam. Ingat lau dalam pukul 9.30 tak jumpa gak memang CikTeh decided tak nak amik la exam tu. Tapi kak ngah CikTeh cakap lambat ke tak masuk je.....Jawab je mana yang sempat. Then untuk section B bahagian Daya Penyelesaian Masalah. Bab ni pun terkilan gak sebab tak sempat nak jawab habis. Soalan CikTeh boleh katakan senang la and enjoy giler jawab tapi sebab masa tak cukup dalam 15 soalan CikTeh tembak.....soalan esei BM and BI pun agak mudah la and CikTeh main hentam je apa yang ada dalam kepala otak ni. Ada rezeki dapat lah ke peringkat yang seterusnya if tak de rezeki insyallah tahun akan datang jawab exam ni lagi ^_^. Bukan nak berlagak pandai tapi apa yang CikTeh bagitahu ni atas pendapat CikTeh sendiri. So CikTeh berserah je lah lulus ke idak exam tu. 


Sekian

-CikTeh-




Kaki Nota: Semakin liat dan leka.......Astagfirullahalazim......bangkit CikTeh.

Wednesday 10 April 2013

Exam

Assalamualaikum....

Ingatkan dah habis belajar ni tak dak dah mengadap buku untuk exam tapi ada lagi. Semalam al-kisahnya, dak rumah dapat exam Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Sabtu ni. So dia tanya la CikTeh ada isi tak jawatan PTD dalam SPA8. If isi jawatan tu better check. So semalam check la and alhamdulillah dapat. So sembang ngan mak sama ada nak balik amik exam tu ke tak (semua nak kena tanya mak kan...hi3). My ma suruh balik amik cuma dia tak dapat nak follow sekali sebab dia keje shift. Means, my sis la yang kena hantar nanti. Yang tu tak kisah sapa hantar janji dapat pi jawab exam and dapat balik kampung (motif sebenar ^_^).

So hari ni masuk office survey la sikit pasal PTD ni and staff kat sini pun sarankan suruh pergi. So isi lah borang cuti and alhamdulillah lulus. Pas kerja nanti nak gi beli tiket bas. Memang tak sabau nak balik kampung. Tambah lak pilihanraya 5 MEI 2013 ni confirm balik lagi.....best nyeeeeeeeeeeee balik kampung. 

So persiapan untuk exam PTD setakat ini hanya lah download apa yang patut then study. Insyallah diizinkan dapat if tak dapat cuba lagi. Cuma apa yang boleh di katakan sekarang ni syukur alhamdulillah atas kurniaan-Mu Ya Allah.....Semoga dipermudahkan segala urusanku Ya Allah dan murahkanlah rezeki hambamu ini Ya Allah...amin


Sekian

-CikTeh-




Kaki Nota: Syukur dengan rezeki yang ada...insyallah 16hb ni interview kat Assunta Hospital lak.....pergi ke tak?

Hilang

Assalamualaikum.....


Itulah lau dah dikatakan bukan rezeki kita and apa-apa kat dunia ini hanya lah sementara bukan hak milik kekal kita. Apa yang CikTeh nak celoteh hari ni adalah pasal HILANG. Actually ahad lepas CikTeh baru je kehilangan 2 biji handphone. Satu sony ericson and satu lagi samsung. Ini semua sebab kecuaian CikTeh sendiri. So nak tak nak kena lah terima seadanya. Handphone pun je kan bukannya apa sangat....wah ayat macam anak orang kaya kau. Beli sebiji pun fikir macam nak kawen kau. Ye lah orang kaya macam korang semua boleh la beli terus kan.....handphone pun sekarang bukan mahal pun. Dalam RM50 hengget pun kau boleh dapat sebiji cuma nak tak nak je. Lau macam CikTeh ni memang kena fikir banyak kan.....lau beli handphone macam mana nak cover saving lagi, makan lagi, bayar bil itu ini lagi and banyak lah nak kena catu bagai. Semalam pun dah survey2 kat internet handphone murah-murah and dah kira-kira if CikTeh beli handphone still lagi ada balnace and dh tolak duit saving bagai cuma tak leh nak belanja keperluan peribadi je la. Tapi it's ok sebab bulan lepas dah shopping handbag and kasut. Bulan ni pun dah rembat skirt dah. So cukup la untuk bulan ni. So plan nak amik Corby 2 je sebab sebelum ni pun just guna yang tu je and dah kira ok lah untuk sementara ni pakai Corby 2 tu dari tak de langsung tapi berminat juga nak pakai Nokia Asha 307. So may be CikTeh just beli Asha 307 je. My sis suruh amik Galaxy Ace or Note 2 tapi memandangkan sekarang kena jimat so amik yang murah-murah sudah. Kan belanja kawen habis untuk handphone je.....so muktamad handphone baru just beli Nokia Asha 307 or Samsung Corby 2.

Ok CikTeh nak cite la sikit peristiwa kehilangan handphone CikTeh tu sikit lau pun korang tak berminat nak tahu tapi apa yang boleh CikTeh bagitahu kat sini, berjaga-jaga dengan penyeluk saku and jangan leka dengan apa yang ada disekeliling kita sehingga barangan peribadi kita terabai.....

Ok berbalik kisah tel hilang ni.....actually benda ni berlaku ahad lepas. Staff Lensa ada shoot kat Maju Junction sempena World Championship To Hollywood. So as a good staff la kononya datangla nak tolong-tolong mana yang patut lau pun nama tak de dalam call sheet. Tapi memang niat nak tolong pun sambil cuci mata kat situ. Bab tu boleh "terbeli" skirt tu...he3. Then after finish shoot, kemas bagai, kami pun singgah la Giant kat MJ tu nak beli barang dapur and keperluan diri. Seingat CikTeh masa masuk Giant CikTeh memang pegang kat tangan je beg handphone tu then masa tengah pilih-pilih barang CikTeh nak masukkan beg handphone tu dalam handbag sebab kat tangan dah banyak giler barang. So pi la kat bakul barang-barang yang kami pilih tu nak letak barang yang ada kat tangan ni. Sampai kat bakul tu CikTeh masukkan barang-barang and memori dah lupa sama ada beg handphone tu dah masukkan dalam handbag or tak. Apa yang CikTeh ingat pas masukkan barang-barang dalam bakul terus bangun then pi cari barang lain. Sedar tak sedar masa dalam tren nak balik check dalam handbag telefon dua-dua tak de. Selongkar sana sini tapi still tak jumpa gak. So CikTeh assume that my phone missing. Kawan try called pun masuk voice mail sebab dua-dua handphone masa tu memang tak de bateri. Sampai rumah termenung panjang fikir ke handphone ni. Biasa sebelum tido mesej my cikgu dulu or belek-belek mesej dulu tapi malam tu memang rasa macam something yang tak lepas nak buat. Tapi alhamdulillah dapat gak tido ^_^

Esoknya mesej guna BB bagitahu yang hp ilang kat my ma and my cikgu. No depa 2 orang je yang CikTeh ingat then post kat fb. Then tengah hari semalam pergi centre block simcard. Just dapat block maxis je yang celcom tak dapat sebab daftar atas nama my sis. So my sis yang settle kan simcard celcom tu. Alhamdulillah semalam balik kerja roomate offer pinjam handphone dia buat sementara ni. So dapatlah sembang ngan my ma semalam bagitahu hal yang sebenar. 


Sekian

-CikTeh-




Kaki Nota: tak jadi beli Nokia Asha 307...my sis tolong belikan samsung galaxy y je...thanks sis :-)

Total Pageviews