Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Thursday, 27 November 2014

:: TRIP TO DUNGUN ::

Assalamualaikum...

Lama tak bersiaran kat blog ni. Nak kata sibuk agak la tapi campur ngan malas tu yang bersarang sikit blog ni. Entry kali ni just nak cerita rasa excited CikTeh nak ke Dungun. Paling best my Ma, Kak Ngah and Amani pun turun bermalam di Dungun.

Actually kami ke Dungun atas jemputan kahwin staff Lensa. So big boss dah bagi green light untuk bawa satu van and minyak di tanggung oleh company. Seronok bukan kepalang kami. Kami pergi ber enam je sebab yang lain nak pi ngan kereta masing-masing. Big boss and family pun pi gak tapi depa gerak awal sehari. Kami akan bertolak ke Dungun after Subuh hari Sabtu tu. Target sampai Dungun lam pukul 12.30 or 1.00 pm. Sampai Dungun terus siap untuk ke walimah Zura and Pie. After kenduri baru check in homestay. Petang after asar may be keluar cari barang untuk BBQ. Kami plan nak buat BBQ memandangkan ex-staff Lensa de nak sponsor makanan laut. Kak Ngah pun de nak bawa kerang katanya. Keropok lekor and keping memang tidak ketinggalan. 

Tak sabar rasanya nak ke Dungun ni sebab family pun turun sekali kan. Plan nak sambut besday my ma sekali tapi keadaan tidak mengizinkan lagipun my sis cakap hai tu depa dah belikan kek untuk my Ma. 

Oklah itu je nak cerita. Nampak sangatkan tak de idea nak tulis. Selalu tau time laptop tak de depan mata macam banyak je benda yang nak tulis tapi bila buka je blog nak taip macam blur....huhuhuh....

Nanti CikTeh update cerita kat Dungun ye. See you again :-)

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Lagi sebulan......

Tuesday, 24 June 2014

:: CUTI ::

Assalamualaikum....

Selamat petang semua....nampaknye Kuala Lumpur di serang jerebu lagi. Ikut pada kawan CikTeh katanya kat Indonesia ada hutan yang terbakar. Sebab tu Malaysia pun kena tempias. Cuaca sekarang pun bukan main panas kan? Alhamdulillah laupun cuaca kurang sihat tapi masih lagi di beri kesihatan yang baik. Esok last day kerja before cuti 3 hari. And esok gak my family naik KL. Depa naik KL sebab Khamis 26 Jun 2014 adik CikTeh konvo. Satu keta je. Yang mai pun just my ma, kak ngah, kakak and amani. Sabtu insyallah depa gerak balik kg. Maklumlah Ahad depa keja and dah start puasa kan. Penat tu.....kesian kat my kak ngah lah drive sensorang. Tak sabar sebenarnya nak jumpa depa ni. Dah lama tak jumpa lah kata kan. Last jumpa lau tak silap masa depa naik KL gak la bulan 1. Lain kami just berbual kat fon je. Harap-harap perjalanan depa esok selamat. Untuk penginapan kali ni, my ma and kak ngah bermalam kat rumah cdo kat Setiawangsa. And kali ni my ma tak berhajat pun nak pi rumah abe Yon kat PD sebab abe Yon pun oncall then Sabtu lak dah nak balik kampung. So kali ni depa just stay kat KL and pusing pusing KL je. Memandangkan depa naik KL time orang kerja, my sis plan jenjalan pusing KL waktu malam and my aunt pun dah setuju. Kita tunggu je lah update dari CikTeh nanti kemana cdo nak bawa kami jenjalan pusing KL ye.....paling tidak pun Jalan Tar, Sogo, or may be bawa pi makan-makan je.....pe pun nanti CikTeh akan update dalam entry nanti.

Client dah sampai.....time to say good bye all.....:-)

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Kalau begitu lah caranya baik tak yah :-(

Wednesday, 6 June 2012

Saya Rindu Dia


Ya CikTeh memang rindu dia. Tak tau kenapa tiba-tiba rindu sangat kat dia. Siapa dia? Dia adalah kawan CikTeh yang dah lama tak dihubungi. 2 hari berturut-turut teringat kat dia. Teringat suara dia gelak, bercakap dan muka dia yang cantik. Tiap kali balik kerja memang CikTeh selalu dengar budak-budak perempuan yang naik bas sekali ngan CikTeh sembang sambil tergelak-gelak dan suara salah seorang dari mereka memang persis kawan CikTeh tu. Alhamdulillah terubat juga rindu kat dia dapat dengar suara dia laupun bukan yang sebenar. Rindu nak bercerita dengan dia, nak share masalah. Lau dulu kami selalu chat tapi sekarang semua tu tinggal kenangan. Entah bila lagi CikTeh boleh jumpa dia, chat dengan dia dan tengok dia senyum......saya rindu akan dia. CikTeh pun tak tau kenapa tiba-tiba angin rindu kat dia datang. rindu kat my cikgu pun tak macam ni. May be dah lama kot kami tak bersembang dan tak tau apa cerita dia sekarang. Pe pun CikTeh harap dia bahagia dan happy selalu disamping yang tersayang....

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Sakan my cikgu bercuti ye kehulu kehilir habiskan cuti dia yang berbaki lagi 3,4 hari sebelum terbang balik ke Bintulu...miss you la cikgu :-)

Thursday, 31 May 2012

RINDU BAYANGAN


Wah tajuk entry macam tajuk lagu je.....Sedih dan menangis CikTeh sensorang bila dengar suara my mum and my cute niece. Tahan je tadi tak nak kasi my mum tahu yang CikTeh menangis sebab rindu kat diaorang. Dapat je cakap dengan my niece (kakak), minta CikTeh balik. Banyak kali minta CikTeh balik. Rindu benar dia kat CikTeh. CikTeh pun rindu kat my cuties anak buah. Rindu nak gaduh dengan kakak, rindu nak bawa diaorang naik motor pusing-pusing kampung, pergi taman dan main nyorok-nyorok.

Waaaaaaaaaaaa........rindunyeeeeeeeeeee........Dah ler duk rumah sensorang. My aunt balik kampung cuti sekolah. 2 minggu lak tu cuti and insyallah awal bulan depan CikTeh move out to Bandar Baru Sentul duduk menyewa dengan Zura (my training partner). Lau ikutkan nak je menumpang duduk rumah my aunt ni tapi sebab tak nak susahkan diaorang and kacau privacy so CikTeh decided move out. Lagipun bukan nye sekejap, 6 bulan tuh nak menumpang. Dah ler tak bayar apa-apa kan. So segan lah CikTeh.

Seriously tak sabar nak balik kampung raya nanti. Mengikut staff  Lensa, raya sebelum ni company  bagi cuti seminggu untuk raya. Tapi tahun ni tak sure lagi berapa lama. Harap-harap seminggu gak so boleh lah CikTeh beraya lama-lama sikit. And tahun ni tak tau lagi sempat tak balik tolong my mum buat persiapan raya. Harap-harap juga dapat balik kampung beberapa hari sebelum raya dan harap-harap lagi baju raya siap lau tak siap gak tak tahu la sebab my mum dah pi hantar jahit. May be akan beli sepasang lagi yang dah siap untuk back up.

Wah puasa belum lagi sebuk duk bercerita pasal raya ^_^. Ari ni janji dengan tuan rumah sewa nak bank in deposit duit, sekali tak dapat nak depositkan atas kesilapan teknikal mesin dan kami sendiri. So kami tangguh bayar isnin ni. Tuan rumah cakap ok je. Tak sabar nak move out tapi masih lagi mencari orang untuk tolong hantar barang-barang ke rumah sewa. Nak mintak tolong my uncle dia balik sini esok by bus. Nak tunggu my aunt balik lambat sangat. So, may be angkut sendiri dengan public transport. Anyone want to help me???

Ari ni juga berjaya menolong Kak Ila and Zura arrange library dengan jaya nye just part labelling je belum settle lagi. Sungguh seronok buat kerja kat library dari buat design hehehehehe……tapi tadi terserempak dengan En.Tajul  and kena buat 2 lagi design untuk logo Taman Negara. Semalam lagi sebenarnya dia cari CikTeh kat Animation Department tapi CikTeh sibuk kat library tolong Kak Ila dengan Zura. Nasib dia tak mengamuk dan marah-marah macam dulu. Lau dulu aduhhhhhhhh……macam-macam kena sembur dengan dia. Nasib CikTeh sabar je. And berkat kesabaran Alhamdulillah En.Tajul ok sekarang tapi kena hati-hati gak sebab kita tak leh jangka bila angin putting beliung dia nak datang kan.

Untuk logo tu CikTeh kena siapkan sebelum En.Tajul outstation ke Taman Negara kat Terengganu, Kelantan dan Pahang selama 3 minggu bulan 6 nanti. Eh…..tak lama dah nak masuk bulan 6 so that’s why CikTeh bawa balik kerja dia buat kat rumah separuh. Lau ikutkan memang CikTeh tak suka bawa balik kerja opis kat rumah sebab kat rumah is my rest time tapi nak buat macam mana kan dah tugas and agak urgent. And semalam dah start casting untuk Taman Negara and tadi ingat nak pi tengok diaorang buat casting kat studio tapi dah dapat tugas dari Tuan Pengarah En.Tajul so tak dapat nak sertai. Harap-harap ada kesempatan lagi nak tengok dan belajar macam mana diaorang buat casting tu.

Ehhhh...panjang nye entry kali ni....asalnye nak cerita pasal sedih rindu kat my family sekali tercerita pasal kerja hari ni lak ye.....he3......ok lah CikTeh out dulu nak sambung buat kerja Tuan Pengarah ni lak. Kan tak siap kena sembur baru tau hehehehehehe

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Dah masuk sebulan 2 hari dah CikTeh training kat Lensa. Perasaan nak withdraw macam dah nak terhakis.....alhamdulillah berkat doa agar dipermudahkan segala urusan....amin 

HARI INI



INTERVIEW LAGI
Alhamdulillah tadi tengah dok tension buat logo dapat call untuk interview kat Serdang position Executive. Lupa lak nama company ape tapi dia cakap nak email kan butiran interview nanti sebab dia nak confirm ngan boss dia untuk sesi interview. Alhamdulillah interview tak putus-putus Cuma ada yang CikTeh terpaksa tolak sebab masa dan keadaan tak izinkan. So mintak-mintak dapat lah kerja. If dapat kerja tuh may be stay kat rumah mok su na kat Serdang kot. Kalau dapat la lau tak dapat still la duduk kat Sentul. Mesej my mom tadi bagitahu pasal interview. My mom suruh mesej mok su na bagitahupasal interview sebab nanti pe-pe hal boleh contact dia.

MY LOVELY CIKGU
Alhamdulillah my Cikgu dah selamat sampai ke kampung halaman. Tapi cian dia penat sangat and demam. Tu la cikgu lau dah kerja memang tak hingat apa kan. My cikgu selalu gak la tak sihat sebab kurang rehat. Dia memang workerholic. Berbaloi lah penat lelah dia dapat anugerah cemerlang tuh. Mesej ngan dia tadi pun kejap je sebab CikTeh tak nak ganggu dia rehat. Sungguh kecian baca mesej dia. Mana tak penat habis taklimat terus bergegas balik kampung. Sebelum nih hai minggu pun kena kerja. Kerja kerasnya my cikgu nak didik anak bangsa. Pagi pi ngajar, habis waktu sekolah sambung ngan kelas tambahan kat sekolah. Malam lak sambung tusyen kat rumah lak. Sungguh kagum dengan semangat my cikgu. That’s why lah CikTeh sayang sangat kat dia hehehehehe......

DESIGN LOGO
Tadi Mr.Tajul datang check logo yang ke-3 then dia suruh hold dulu and continue dengan design 4. So CikTeh buat la tadi design 4 tu pula. Actually dah siap dah tapi tengok balik macam tak berkenan lak so buat yang lain. Sekali Mr.Tajul datang check before dia balik bagitahu yang design tuh tak sedap dipandang sambil sedap je sedup air coke Mc D. Adoi yaiiiii...berbisa sungguh komennye itu. Dia cakap dia tak tau macam mana CikTeh apply brush guna illustrator. Padahal dah tunjuk kot kat mana CikTeh amik brush and jenis-jenis brush yang ada kat illustrator tuh. Sekali dia suruh pi cari brush betul-betul sekali dengan warna hitam. Turun lah CikTeh pi bilik krew mintak barang-barang tuh. Bertungkus lumus krew cari barang-barang tuh tapi yang depa jumpa just berus yang kecil je tapi Mr.Tajul nak yang besar. CikTeh amik je dari tak de kan. So naik atas tengok dia dah tak de. Mesej Zura tanya Mr. Tajul ada tak kat bilik and Zura cakap dah balik. Penat je turun p amik barang-barang tuh. Esok tak tau la macam mana. Bosan giler buat logo nih. Daus senyum je tengok gelagat CikTeh dengan Mr.Tajul. Esok siap sedia lah dengar bebelan dia. Sungguh bosan dan tension.

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Terbabas juga impian nak diet malam ni kalah dengan ayam masak kicap masakan sendiri :-)

Monday, 16 April 2012

Demam Rindu


Subuh tadi Amani start meragam tak boleh tido sebab idung tersumbat. So CikTeh juga terpaksa berjaga. Dari tidur dalam bilik berpindah ke bilik mama Amani tidur sana then berpindah lagi tidur kat ruang tamu sampailah pagi baru angkat dia tidur dalam bilik mama Amani balik. Dalam pukul 8 mandikan Amani dan bersiap untuk ke klinik. My sis yang tolong hantarkan kebetulan dia nak masuk kerja pukul 10. Dalam pukul 8.30 gerak ke klinik. On the way ke klinik badan Amani panas sangat. Subuh tadi lagi badan dia panas tapi CikTeh ingatkan panas sebab cuaca and memang dia macam tu sebab Amani memang seorang budak yang kuat berpeluh lau pun dalam air-cond. Sekali tuh badan Amani macam menggigil-gigil. Risau CikTeh di buatnye dan berharap Amani just demam biasa-biasa saja. Sampai klinik terus my sis tolong daftarkan then dalam 5 minit nama Amani di panggil untuk timbang berat. Alhamdulillah berat Amani naik sebanyak 9.3kilo. Then nurse suruh masuk bilik rawatan untuk check suhu badan Amani memandangkan CikTeh bagitahu yang Amani demam. Check lah suhu Amani tetapi sampai ke 38.5 termometer still tak bagi signal lagi untuk berhenti. Masa kat rumah tadi dah check pun termometer macam tu juga. Nurse dah mula risau sebab suhu sangat tinggi. Masa check suhu Amani dah terlena kepenatan. Nak tak nak nurse terpaksa hentikan bacaan suhu badan Amani dengan anggaran 38.7. Then kami diminta untuk ke bilik doktor. Kat bilik doktor Amani di  cucuk dengan ubat untuk menghilangkan panas badan. Sementara untuk check suhu yang ke dua, Amani kena "jelung" (bahasa kami kat sini) tapi korang tak tau lah panggil ape......maksudnya lumurkan air kat badan untuk hilangkan panas. Kena jelung dalam 30 minit. Dan sepanjang kena jelung tu lah Amani meragam manggil mama dia. Gamat bilik doktor sepanjang Amani ada. Bila CikTeh dukung dia baru lah dia ok sikit. Sayu je time dia meragam panggil mama dia. Sedih CikTeh dengar tapi tahan je nak nangis sama dengan dia. Pas kena jelung kat klinik nurse amik suhu badan Amani. Bacaannya turun sikit 37.3 tapi doktor cakap masih lagi tinggi laupun dah turun. Dah siapkan pakai Amani segala, terus pi kaunter amik ubat and tunggu my sis datang. My sis balik kejap amik barang Amani sebab tadi datang just sehelai sepinggang. Balik rumah bagi Amani makan tapi Amani tak de selera nak makan. Susu pun dia tak nak. Last dia minum habis susu dia on the way balik dari klinik. Pastu dia dah tak nak. Balik klinik dia main dengan kakak sekejap sebelum dua-dua terlelap diikuti dengan CikTeh. Sedar tak sedar my sis tel tanya anak dia macam mana. Pas my mum balik petang tuh baru lah CikTeh dapat kemas rumah. 


Amani demam berterusan sebab ade kuman dalam darah....alhamdulillah dia dah sihat
Cian Sayang CikTeh
Siang tadi badan Amani dah ok tapi tiba malam badan dia dah panas kembali. Nampak dia kepenatan tapi bila tengok abang ngan kakak main dia pun nak main lau pun badan tak larat. Baru sat tadi CikTeh pi tuam badam dia dengan towel and amik suhu badan dia. Masyallah makin naik rupanya. Lau dari dah turun 37 something la ni dah naik 39.3. My mum risau and lau esok tak kebah and tak turun suhu badan Amani tuh nampaknye kena bawa pi klinik lagi. Kesian Cikteh tengok dia. Dah la susu tak nak minum, makan nasi pun tak nak, tadi bubur nasi berapa suap je dia makan selebihnye duk makan keropok(makanan kegemaran Amani) sambil tengok abang ngan kakak main.


Ok lah Amani meragam lagi. CikTeh pi tengok Amani dulu jumpa di celoteh akan datang ye ^_^ sebeum tu gud nite and i'm sorry for everything......."selamat malam sayang"....."windu kamu juga :-)


Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota:Semoga Amani cepat sembuh ye sayang...nanti CikTeh bawa pi jalan-jalan naik motor 

Total Pageviews