Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label Hospital. Show all posts
Showing posts with label Hospital. Show all posts

Saturday, 25 May 2013

Dari DIA Kita Datang Kepada DIA Kita Kembali

Assalamualaikum....

Ingat lagi tak entry CikTeh sebelum ni yang berceloteh pasal Pretty, anak Kak Erni yang koma tu? Lau tak ingat and ada yang baru baca blog ni oleh la baca kat sini atau scroll down kat bawah entry ni je. Actually 23 Mei 2013 dalam pukul 5  dia telah pulang ke rahmatullah setelah seminggu warded kat ICU bertarung nyawa. Dan semalam alhamdulillah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam dekat Gombak. Semasa arwah di kapankan, wajah arwah senyum je. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pengkebumian arwah. Arwah di bawa balik ke rumah pada 23hb pukul 4 lebih dengan ambulans dibantu dengan alat pernafasan lagi. Sampai di rumah alat bantuan pernafasan di buka and dalam 5 minit arwah menghembus nafas yang terakhir. Menurut doktor, otak arwah gagal berfungsi ekoran daripada kegagalan oksigen sampai ke otak. Sepanjang kejadian, CikTeh, Zura, Pie dan rakan kerja yang lain banyak membantu mereka sekeluarga disamping sanak saudara mereka yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan. Majis tahlil di buat 7 malam berturut-turut. Pemergian arwah sangat mudah. Arwah tidak menunjukkan tanda sakit apa-apa. Bangun dari tidur terus ke bilik air kemudian ke ruang tamu dan baring depan tv. Saat baring arwah terus pengsan dan di bawa ke hospital pakar. Arwah terus di tempatkan di ICU selama seminggu dan hari ke 3 arwah menunjukkan tindak balas sebelum arwah kembali tidak memberi respon kembali keesokkan harinya seterusnya hinggalah arwah menghembus nafas terakhir. Arwah seorang anak yang baik, cergas, bijak dan di senangi oleh semua orang. Alhamdulillah keluarga arwah sudah dapat menerima takdir yang Pretty sudah tiada. Sungguh kuat dugaan untuk keluarga Kak Erni kerana plbagai ujian dan dugaan yang menimpa mereka dalam masa yang singkat. Dengan adik baru keluar hospital akibat kemalangan dan patah tulang bahu, emak mentua yang sakit tenat mengakibatkan suami tidak dapat melihat anak di sini, atok arwah yang terkandas di airport Indonesia beberapa hari. Allahuakhbar....berat sungguh ujian Mu Ya Allah....

Walau apapun sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Pretty (2003 - 2013) semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan ahli syurga......amin



Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Bersediakah aku? Cukupkah amalan aku? Diterimakah amalan aku? Namun kematian adalah PASTI. Sama-samalah berusaha meningkatkan amal ibadat kita agar diterima dan diberkati-Nya....amin

Wednesday, 22 May 2013

Doakan Pretty Sihat

Assalamualaikum...

Hari Isnin lalu masuk office je Kak Anis tanya sapa yang masuk ICU? Kami tercengang dan terkejut. Kami tak dapat apa-apa berita pun pasal ICU ni. Kak Anis bagitahu Abang Isa mesej dia bagitahu ada orang masuk ICU. Kami duk fikir-fikir sapa then call Abang Isa tanya. Rupanya anak Kak Erni masuk ICU semalam after maghrib. Kami call Kak Erni tak dapat so kami call mak cik dia. Kami dimaklumkan bahawa Pretty (Anak Kak Erni) tidak sedarkan diri waktu tengah baring-baring tengok tv. So lunch hour kami terus pergi melawat kat KPJ Damansara. Sedih sangat-sangat sebab kami tengok seluruh badan sejuk dan pucat sangat. Memang langsung tak de darah. Then mata terbuka sedikit. Dia seolah-olah nak berkata sesuatu tapi macam ada something yang menghalang. Semalam lak kami buat kutipan sikit untuk meringankan beban Kak Erni. So semalam pas office hour kami pergi melawat lagi. Family Kak Erni dari Indonesia pun semua dah sampai semalam. Alhamdulillah badan Pretty dah panas and mula beri tindak balas sikit. Time kami cakap-cakap ngan Pretty memang nampak reaction dari dia. Doktor pun tak tahu apa penyakit dia. Apa yang diberitahu mungkin jantung. Doktor dah stop bagi ubat tidur and just tunggu dia sedar and bernafas sendiri. Setakat hari ni masuk hari ke-4 Pretty warded and keadaan dia masih tak sedarkan diri. Masih lagi bernafas guna alat bantuan pernafasan. Insyallah ada kelapangan kami pergi jenguk lagi. Actually Pretty baru je umur 10 tahun. Sebelum dia koma ni, dia tak de pun tunjuk sakit apa-apa. Sihat walafiat. Pe pun kami harap Pretty cepat sembuh dan kembali ceria macam sebelum ni.

Berkelah di Ulu Yam dengan Pretty, Kak Erni, Zura & Pie not in this photo.
CikTeh merayu kepada blogger diluar sana sama-samalah  doakan agar Pretty sihat walafiat.


Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Ujian Allah tidak kira muda atau tua, sihat atau sakit.....jika itu ketentuan-Nya pasti akan jadi.....Allahuakhbar 

Total Pageviews