Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Friday 29 March 2013

Celoteh Jumaat

Assalamualaikum...

Hujan lebat sungguh kat luar tu....Harap-harap tak berpanjangan lah hujan ni lau tak memang tak dapek ler den nak balik. Hari ni balik rumah Sentul selepas 3 hari 2 malam tidur rumah Kak Erni. Alhamdulillah sepanjang tidur rumah kak Erni masuk kerja awal je. Kedatangan CikTeh sejak 2 minggu ni agak teruk Kebanyakkannya adalah merah. Nasib la management tak bising. Lewat pun bukan lama sangat dalam 5 minit je pun tapi bila dah kedatangan asyik merah je akan jejaskan kita nya reputasi la kan. Sejak dua menjak ni emosi agak terganggu sikit. Tak tau kenapa. Silap sikit je terus rasa -ve dalam diri. Kerja tak yah cakap la memang banyak tambah pula shoot untuk program tv yang terbaru 10hb ni dah nak start tapi talent and juri belum lagi confirm. Big boss dah mula bising. Dah la shoot delay almost 1 month. CikTeh betul-betul tengah pening kepala sampai tak tahu nak buat apa. Banyak sangat dalam kepala ni dok fikir sampaikan dah tak tahu apa benda yang ada dalam kepala ni. Teruk betul kan. Fikir pasal kawen la, kerja la, hutang la and banyak la. Fokus kerja sekarang ni memang tak de la bab tu tengah kerja pun sempat lagi update blog (alasan kot tu ^_^). 

Ermmm.....mengeluh dan mengeluh lagi CikTeh ni. Orang cakap tak elok mengeluh tapi nak buat macam mana kan....dah 3 bulan 4 hari jadi tunangan En. B tapi rasa macam dah bertahun lamanya (ayat macam gedik tak sabau nak kawen kan). Alhamdulillah lau pun baru 3 bulan lebih kami tunang, kami mampu lagi mengharungi dugaan bersama. Harap-harap kami dapat bertahan, sabar dan tabah dalam menghadapi ujian dalam tempoh pertunangan ini..."Ya Allah Engkau peliharalah hubungan kami Ya Allah dan Engkau berikanlah kami kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian dari-Mu Ya Allah sepanjang tempoh pertunangan ini agar kami mampu berahan hingga kami diijab kabulkan dan seterusnya ke jannah...amin"

Persiapan kawen masih lagi terlalu awal tapi tidak bermakna CikTeh buat tak endah je. Dah ada la sikit persiapan macam pemilihan color, pelamin, kad and hantaran apa yang nak di berikan. Dan insyallah akhir tahun ni amik kursus kawen tapi tak sure lagi amik sekali dengan En. B or tak sebab dia dah amik kursus kawen masa study dulu. Memandangkan En. B susah nak balik sini, then masa kami untuk berjumpa pun terhad, kami plan untuk barang-barang hantaran masing-masing beli sendiri then tukar je. Ikut hati nak je pi beli sesama and CikTeh memang suka buat apa-apa bersama-sama tapi memandangkan keadaan dan situasi kami yang tidak mengizinkan jadi kami terpaksa la buat sendiri2. Dan yang paling CikTeh harapkan sekarang ni adalah pertukaran En.B ke semenanjung before kami kawen. If dia tak dapat tukar juga before kawen, kami terpaksa lah PJJ or CikTeh ikut dia pi sana tapi macam PJJ je...huk3. Tak kisah la janji kami bersatu..insyallah if jodoh kami kuat.

Wah hujan pun dah berhenti and CikTeh pun dah habis modal nak berceloteh, so CikTeh stop kat cini dulu entry kali ni. 



Sekian

-CikTeh-




Kaki Nota: 2 hari tak contact En. Bie...windu sangat kat dia...hu3(gedik kan)


Thursday 21 March 2013

Chocolate Moist

Mulakan dengan Bismillah ...


Jarang sgt2 kan orang tak suke kek chocolate moist, macam CikTeh dulu-dulu la memang tak suka makan apa-apa yang ada coklat. Tapi sekarang, CikTeh dah boleh telan apa-apa coklat tapi bukan peminat tegar coklat ye....Kek Chocolate Moist apabila masuk ke dalam mulut sahaja sudah membolehkan senyuman terukir tanpa anda sedari. Rasa manis coklat yang tidak terlalu manis. Kek dan coklatnya terus sebati dan rasa hebatnya memenuhi ruang mulut. Inilah rasa sebenar kek Chocolate Moist. Sekarang dah mudah ... Order dari PAKAR MOIST CHOCOLATE CAKE ... semua di hujung jari ;)





Semalam pun ada staff kat sini jual chocolate moist ni. Satu bekas tu RM2.90 je. Sedap sangat. CikTeh dulu-dulu memang tak suka sangat coklat ni sebab bagi CikTeh coklat ni manis dan pahit. Tapi bila dah pandai makan ni tambah lak kek coklat moist ni, terus rasa macam nak order banyak-banyak (over lak kan). Serious CikTeh cakap memang sedap. Lau nak cuba leh order. Tapi order online tau. Just klik kat link kat atas tu atau link kat bawah ni


Sekian

-CikTeh-




Kaki Nota: Saya BAHAgia dengan En.Tunang saya :-)

Tuesday 19 March 2013

Cerita Hujung Minggu

Assalamualaikum.....

Selamat bekerja kembali buat semua....apa program uolls hujung minggu lepas? Macam CikTeh hujung minggu sangat lah best sebab may ma datang KL. Actually my ma datang ngan my niece and bermalam kat rumah abang yon kat seremban. Sabtu pas keje CikTeh terus ke Seremban sebab tak sabar nak jumpa depa. Plan nak gerak ke Seremban dalam pukul 1 after work tapi memandangkan kerja tak siap lagi and kena siapkan hari tu juga so terpkasa la siapkan juga. Dalam pukul 3 baru gerak dari office. sampai Seremban dalam pukul 5.30 and tunggu hampir setengah jam baru la my bro muncul. Then cari kedai telefon sebab tel ma tak de bateri and charger dia lak rosak. Masa depa pi beli CikTeh ngan kakak duk dalam keta je. So, depa tak leh la nak shopping sangat kan....he3. Pas beli charger then my SIL singgah beli air kat Cool Blog. Kakak laupun demam (batuk) ais tetap minum gak. 2 bekas cool blog habis kat dia je. Nasib dia jenis yang senang nak makan ubat. Sampai rumah terus mandi segala then mengadap makanan yang banyak atas meja makan. Actually hari tu my SIL ada buat makan-makan sikit. Asalnya memang CikTeh tak tahu tujuan makan-makan tu sebab CikTeh tanya my ma dia just bagitahu makan-makan biasa je sempena pindah rumah. Tapi balik dari Seremban tu baru la tahu yang sempena birthday my SIL and anugerah cemerlang yang my bro dapat. Alhamdulillah my bro dah 2 kali dapat anugerah cemerlang. My ma and my sis pun pernah dapat. Tak lupa my cikgu pun dapat gak...ermmmm....CikTeh lak bila?entah la...hu3.....memang bangga la ngan depa semua ni. Entah bila la depa nak bangga ngan CikTek lak ye....lupakan dulu hal cemerlang ni kita sambung balik cerita tadi.

So sambung bab makan tadi. My SIL buat nasi dagang dan laksam. My SIL memang lau bab masak serah pada dia. Lau time raya, my ma akan serah kan kat my SIL je buat juadah pagi raya if depa balik raya kat rumah kami. Rajin tak yah cakap la lau bab masak ni. Sedap lak tu. My ma and my SIL saling bertukar resepi tau. My ma belajar ngan my SIL buat bakso then my SIL belajar ngan my ma buat nasi dagang. lau pergi rumah dia cakap je nak makan apa dia akan masak. Bab tu my bro makin gemok....hi3. Tak cukup ngan apa yang dah my SIL masak, ma CikTeh masak pula nasi putih sebab ma CikTeh memang tak leh lau sehari tak makan nasi putih. Kebetulan ma ada bawa tulang ayam dari kampung so ma goreng pula tulang ayam tu makan nasi ngan ulam cicah budu. CikTeh asalnya dah nak berhenti makan sambung lagi habiskan nasi kakak. Memang banyak giler makan. Itupun my SIL suruh goreng nudget lak pastu tapi CikTeh cakap tak boleh masuk dah. Giler-giler penuh dah perut. Pas makan basuh baju then golek-golek ngan my niece. Nak tengok tv pun my bro asyik buka channel sport je. Nak guna laptop pun dia pakai. Lau pi rumah dia memang susah la nak tengok channel lain melainkan dia kua on call or pi kedai. Lau tak memang channel sport la di bukanya. 

Esok paginya siap-siap segala dengan packing barang, gerak ke Sri Muda. Kedatangan ma CikTeh sebenarnya nak tengok adik CikTeh yang baru pindah. Jejak je kaki kami kat tempat adik CikTeh tinggal, hati CikTeh dah sayu, sebak dan sedih. Sungguh kesian tengok keadaan bilik yang dia sewa tu. Tak berbaloi la dengan harga yang mahal. Sewa bilik tu sebulan RM230 termasuk air ngan letrik tapi biliknya ya ampun......macam tempat pelarian. Tahan je CikTeh tengok keadaan daif bilik tu. Nak menangis tapi tahan tapi mata memang dah berair la. Ma CikTeh pun sama. So kami dah decided yang adik CikTeh tak leh duk situ. Kena pindah. Dah la motor parking tak selamat. Itu pun rantai motor baru je beli sehari dua dah kena kebas. So ma CikTeh suruh adik pindah duk ngan sepupu kat PJ. Jauh sikit tak pe janji selesa duduk. So bulan depan adik CikTeh akan pindah lagi sekali. Harap-harap ok lah duk ngan sepupu kami tu. 

Pas habis melawat kediaman mewah adik, kami gerak ke rumah makcik kat Klang. Singgah sebentar saja sebab abang yon nak kena gerak balik Seremban balik sebab tiket bas ma pukul 8.45 malam takut tak sempat. So pas hantar adik balik, then hantar CikTeh kat Sentul terus my bro pecut ke Seremban. My bro takut jam je. Ma ada bawa tempoyak, keropok, budu dan bahulu untuk kami. So sesi diet CikTeh terpaksa di tunda kerana penangan tempoyak dan budu....hehehehe....

Dalam pukul 8 lebih mesej ma CikTeh. Alhamdulillah depa dah selamat sampai esoknya. Sepanjang CikTeh duk rumah abang yon kat Seremban, macam-macam kakak duk bercerita. Pasal sekolah dia la, pasal tokm a dia la dan banyak la. CikTeh senyum je and memang terhibur dengan telatah dia. Lau ada Amani dan Irfan lagi best. Banyak kali dia mintak CikTeh beli itu ini dan yang selalu dia mintak CikTeh belikan basikal. Insyallah kakak nanti CikTeh belikan. Dan paling tak leh tahan dia lau boleh nak bawa balik semua barang yang ada kat rumah ayah long dia tu. Katanya takpe kakak balik naik bas. Bas kan besar so boleh la muat barang-barang ni.....kelakar pula. Barang yang dia nak sangat bawa balik adalah kerusi rehat ala-ala pelampung tu. Siap tanya lagi kat ayah long dia beli kat mana sebab nanti kakak nak ajak tokma pergi beli. Satu lagi yang kelakar juga ma CikTeh cerita.....suatu hari tu ada la budak kat kampung datang rumah. Budak tu actually krang waras so dengan siapa je dia jumpa akan mintak duit. Selagi tak bagi duit selagi tu la dia akan tunggu. So nak jadikan cerita, dia datang la rumah then kebetulan kakak ada kat luar tengah main. So kakak masuk dalam rumah bagitahu tokma dia yang kawan abahnya datang. Ma CikTeh keluar la tengok sapa yang datang. Sekali keluar tengok budak tu je yang ada. then ma Cikteh tanya la mana kawan abahnya? Kakak dengan selamber je cakap tu la (tunjuk kat budak tu). Ma CikTeh apa lagi gelak la. Ma CikTeh tanya la betulke tu kawan abah? Kakak cakap memang kawan abah sebab abahnya selalu bagi duit kat budak tu tapi sikit je. Kakak de bagitahu kat tokma nye yang lau dia ada duit banyak dia nak bagi kat kawan abahnya tu tapi siap pesan kat tokma dia jangan bagitahu kat abah nanti abah mintak....hi3.  Percakapan dia pun memang dah macam orang dewasa. Dah tahu dah pasal kawen-kawen ni...adoiyaiii...kakak....Masa on the way balik dari rumah makcik pun, cik long dia ada bagi duit. Then CikTeh suruh dia simpan dalam beg tokma dia. Masa dia nak simpan siap pesan kat tokma dia "Tokma ni duit kakak k.Jangan amik buat beli ikan tau".....kami dengar gelak je....adoiyaii....memang betul2 terhibur ngan anak-anak buah CikTeh ni.



Sekian

-CikTeh-




Kaki Nota: En.Tunang manyak busy lor.....


Tuesday 5 March 2013

Wira Semporna

Assalamualaikum...

Balik je dari shoot semalam, roomate bagitahu yang salah seorang mangsa korban kat Semporna tu adalah dari kampung CikTeh. Awalnya buat tak tau je sebab badan agak penat and de kerja yang kena settle. So sambil buat kerja yang perlu di update esok tu, CikTeh buka la internet tengok pasal kes yang roomate bagitahu tadi. Baca la news pasal kes tu and terpaparla list name mangsa korban. Awalnya tengok nama tu agak tak berapa nak kenal la sebab jarang jumpa. Lau depa satu family balik pun bukan jumpa pun just dengar suara je. Maklumlah dapur rumah pusaka beliau ngan dapur rumah CikTeh dekat je. Lagipun anak beranak and saudara depa suka berkumpul kat anjung dapur. Beliau seorang yang ramah begitu juga anak bini beliau. Mereka tak sombong and amat lah ramah. Ok berbalik pada cerita tadi......dia yang CikTeh maksudkan adalah Supritendan Ibrahim Lebar. Beliau merupakan jiran belakang rumah CikTeh. Pas baca news kat internet terus tido sebab penat sangat tapi dalam kepala still duk pikir lagi pasal kes ni. Ingatan CikTeh kuat menyatakan bahawa memang beliau la sebab dalam kampung kami hanya jiran belakang rumah CikTeh je yang ayahnya bernama Lebar dan beliau je yang kerja polis and bertugas kat Bukit Aman. Then esoknya dapat mesej dari my ma tanya samada tahu tak kes orang kampung meninggal. Terus CikTeh call my ma tanya and nak kepastian adalah betul beliau. Lau kat kampung kami panggil beliau Sudin. So semalam agak was2 la sebab ingatkan nama beliau Shamsudin or something that have Din at the back kan.....so my ma confirmkan yang betul la Abang Sudin yang di maksudkan. Terus meremang bulu roma bagai. Pas dari tu asal je baca news pasal kes ni or dengar ke terus meremang bulu roma and rasa sedih. Balik kerja sempat la tengok rancangan khas pasal kes ini and terus call my ma bagitahu ada live kat TV3. Tapi my ma tak dapat tengok sebab blackout. Asalnya beliau pergi sana hanya sekadar membantu pasukan yang ada kat sana dalam kepakaran perisik yang beliau ada tapi tuhan lebih sayangkan beliau. If tak silap la hari beliau terkorban merupakan hari ulang tahun perkahwinan beliau yang ke 23 tahun. Dan mengikut akhbar, hanya jenazah belaiu yang cukup sifat berbanding yang lain. Sungguh tragis kematian mereka semua ni. Mengikut cerita salah seorang anggota polis yang cedera, sasaran tembakan sepatutnya ke arahnya tetapi beliau bernasib baik kerana peluru tersebut tepat terkena Tuan Ibrahim. Tidak cukup dengan tembakan tersebut, Tuan Ibrahim di hayun parang sehingga hampir putus jari jemari dan tangan akibat pertahankan diri. Menurut beliau lagi, Tuan Ibrahim bernasib baik kerana beliau sempat di selamatkan oleh anggota lain dengan menempatkan beliau di sebuah rumah kosong untuk bersembunyi tetapi tuhan lebih menyanyangi beliau. Takziah buat keluarga semua anggota polis yang terkorban...dan buat anggota-anggota polis dan tentera yang lain, selamat berjuang....jasa dan pengorbanan kalian tetap akan di sanjung dan dikenang sampai bila-bila...Allahuakhbar
Supritanden Ibrahim Lebar
Kakak Allahyarham Kak Yah and Kak Nab

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Merajok hati dengan my cikgu...huk3

Sunday 3 March 2013

3.3.2013

Assalamualaikum...

Ermmmm.....pejam celik pejam celik genap hari ni  23 tahun arwah abah pergi. Dan hari ni juga genap adik CikTeh aka ayah chik (panggilan anak buah) umur 26 tahun. Dah tua dah dia. Dah boleh kawen dah tu tapi tunggu sis dia yang comel ni kawen dulu k...hihihihi....detik 12 malam semalam dah wish kat dia. Baca kat fb pun dia macam menunggu something je sempena besday dia ni...may be his belover de surprise kot....Adik CikTeh yang ni nama nye Mohd Shamsul Hisham and kami panggil dia Ise. Sekarang ni kerja kat kampung je. Memang dia suka duk kampung sebab dah banyak kali dah dia datang KL kerja tapi last-last balik kampung gak. My ma ada suruh dia pi cari kerja kat KL or mana-mana la tapi dia tak nak sebab dia lebih suka duduk kampung berbanding ngan kami (CikTeh, adik yang bongso dan abang Yon) yang suka merantau tempat orang. Tapi ok gak dia duk kerja kampung sebab my ma nak pi mana-mana if dia tak kerja dia lah yang jadi driver nye. Lagi pula kerja dia senang nak release if ada kecemasan. Adik CikTeh ni seorang yang penyayang gak la. Lau bab budak-budak memang dia suka. Anak-anak buah pun memang rapat ngan dia. Lau adik bongsu CikTeh lak memang tak pandai nak amik hati budak-budak. Lau balik kampung memang susah nak tengok dia main-main ngan anak buah. Lau suruh dia dukung anak buah pun dia tak nak melainkan terpaksa. Anak buah pun nak dekat ngan dia pun semacam je. Tu serba sedikit pasal adik CikTeh 2 orang ni. Memang banyak la beza dia ngan adik dia sorang tu. Tapi seingat CikTeh masa kecik dulu depa ni memang rapat. Lau gaduh tak pernah bertumbuk or ganas-ganas. Paling tidak pun baling barang-barang sekolah dalam parit depan rumah. So untuk besday dia kali ni, CikTeh just dapat bagi ucapan and doakan yang terbaik untuk dia je. Tapi sempat la edit card for him....
Saje je letak gambar dia ngan my ma....miss them so much

Ya ALLAH.. Sampaikanlah Seumpama pahala bacaanKu kepada roh bapaku
MOHD NASIR BIN ABDUL GHANI Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih
 
Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali.  
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.

Sekian

-CikTeh-


 
Kaki Nota: Amat risau akan mereka yang berada di Lahad Datu, Semporna, dan sekitar Sabah.....semoga semuanya akan berakhir dan kedamaian akan muncul....amin

Saturday 2 March 2013

Rajin

Assalamualaikum...

Hai semua.....buat pe tu? Macam CikTeh masih lagi kat office settle apa yang belum settle lagi. Esok nak shoot untuk last segment program ADA BERANI. Hari ni prepare sikit barang-barang untuk shoot esok  sambil-sambil update jadual untuk KBM2 yang tak siap-siap lagi. Nak kena gi cari cakcibo lagi lau sempat. ermmmm......penat kan tapi CikTeh suka. Lau tak masa ni mesti terbongkang atas katil. Pemalas kan tak macam my cikgu dia rajin. Haaaa..ni nak cite sikit ni pasal dia. Tadi mesej la macam biasa before gi kerja. Then tunggu nye tunggu tak balas. CikTeh ingat dia tido lagi la sebab hari minggu je dia boleh rehat sikit itu pun if tak de tusyen. So kat tengah hari mesej lagi tanya sama ada bangun tido tak lagi.......tunggu tak sampai 5 minit tel bunyi.....my cikgu dah balas. Riang nye hati bila dapat mesej dari my cikgu. Tu baru mesej lau tel tak yah cakap la...rasa macam dunia ni ana yang punya...hi3....rupa-rupanya dia awal pagi lagi dah bangun cuma tak balas mesej tu sebab tel kat atas then dia pula berkebun kat luar. Berkebun ok.....terkejut gak la CikTeh bila dia cakap baru pas sudah baja pokok. Tak sangka my cikgu rajin bercucuk tanam. Banyak gak la yang dia tanam macam serai, kunyit, cili, and beberapa tanaman lain lagi. My cikgu tanam pun just untuk makan sendiri je. Yang buat saya tak sangka tu dia suka berkebun tu, my cikgu ni seorang yang agak moden gak la dari segi pemakaian, pemakanan dan perangainya tu. Tapi bab perangai tu alhamdulillah dah banyak berubah. Cara pemikiran dia pun dah banyak berubah. Masa taip ni masih lagi tak sangka yang my cikgu berkebun...tak tau la nape rasa macam teruja (teruja tu) sangat bila tau dia berkebun. Ingatkan dia jenis yang tak suka buat kerja-kerja macam tu. So pasni leh la berkebun bersama-sama ye sebab CikTeh pun memang suka berkebun gak.....actually CikTeh suka bau tanah itu yang selalu gak la kat rumah cabut rumput, bersihkan kebun mak kat tepi rumah tu then bercangkul or tanam apa-apa yang boleh di tanam.

Sejak kami serius ke arah planning masa depan kami ni, CikTeh tengok my cikgu ni dah banyak la berubah, Bak kata dia " dah rasa ada tanggungjawab". Tambah lak pas tunang ni lagi la ketara perubahan dia tu. Alhamdulillah perubahan ke arah kebaikan. Semoga hubungan kami kekal hingga ke jannah dan kami dapat harungi segala cabaran dan dugaan dalam tempoh pertunangan ini....amin.

Sekian

-CikTeh-



Kaki Nota: Sedih baca berita pasal kejadian kat Semporna...harap-harap semuanya akan kembali aman....

Total Pageviews