Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Showing posts with label DSLR. Show all posts
Showing posts with label DSLR. Show all posts

Friday, 20 January 2012

Macam Tu Rupe Nye ^_^

Assalamualaikum...

Tak de pe yang nak di celoteh cuma just nak bagitahu apa yang CikTeh tak tahu dan mencari jawapan untuk apa yang bermian di benak fikiran apabila nak upload gambar dalam fb or blog. Tau apa yang CikTeh pikir and apa masalahnya????

Sebelum nih CikTeh ade masalah nak upload gambar kat fb dan blog. Masalahnye bukan rumit or besar mana pun kecik je. Masalahnye apabila CikTeh upload gambar kat fb or blog, sesetengah gambar yang di upload senget walaupun bila tengok kat laptop dah ok. Banyak kali CikTeh try rotate gambar2 tu tapi hasilnya tetap sama. Sebab tu dalam blog CikTeh banyak gambar yang tergendala untuk di upload. Kadang2 ade N3 yang CikTeh janji nak upload gambar tapi sampai ke sudah tak upload tu sebab masalah ni lah. Tapi alhamdulillah Cikteh dah ketemu jawapannya sama ada betul atau idak tapi itu lah jalan penyelesaiannya.

So penyelesaiannya adalah, apabila CikTeh amik gambar guna D3100 tuh then masukkan dalam laptop CikTeh jangan rotate gambar2 terlebih dahulu. If nak edit dari segi color or brightness or whatelse just edit without rotate the pictures. Then upload kat fb or blog. After upload gambar mana yang nak di upload baru lah kita rotate kat laptop. Itu lah yang CikTeh dapat cari penyelesaian untuk persoalan yang CikTeh tertanya2 selama ini. So bagi mereka yang menghadapi masalah yang sama macam CikTeh boleh lah try cara ini or anda mungkin ada cara lain yang lebih efektif just share with me and others because "sharing is interesting". So sampai di sini dulu celoteh merapu CikTeh see u next N3.....adios


Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota: Al-fatihah buat Allahyarham Izwan Pilus yang kembali ke rahmatullah jam 6.15 petang tadi......amin

Sunday, 25 September 2011

Studio

Ermmm...kali nih CikTeh nak upload gambar dalam studio yang CikTeh amik ngan kawan2 CikTeh ari tu. Tema gambar nih (wah siap tema lagi) bertemakan gila2...hahahaha...so enjoy the pica.....


Mula2 nak start buat kerja yang entah apa2

Setting backdrop yang dah hampir lunyai

Rajin kan dak nih kemas studio

Start posing dari dak lin

CikTeh pun nak posing gak

Gaya pe ler tu

Macam top model tak?wakakakaaa

Macam ni pun jadi lah

Gaya Froggy dari dak lin

Kanak2 istimewa

Gaya hindustan ka tamil nih lin?

Adjust lighting

Mak lompat nyah ^_^

Terbanggggggg

Hoooreeeyyyyyyy

Tarik nafassssssss

Ready to jump


Best tak tengok aksi2 yang kami lakukan? Mesti korang pun ada hati nak buat juga kan? Hahahahahahaaaaa.....perasan je kan orang nak buat padahal orang meluat tengok tapi ada kami kisah??? Hihihihi.....Maklumlah studio kan kami punya (time tu jelah) so kami buat lah apa yang dah lama kami idamkan nak buat terutama time lompat tu.Puas hati gak lah bila dah dapat buat. Then kat bawah nih pic yang diambil selepas beberapa hari kami busy ngan photoshoot kami. Masa ni on the way nak balik...So sekali lagi enjoy the pica

Nampak peyot yang buncissss :-(

Makanan sokmo ado kat tangan

Suka nye dapat twistist

Macam model lak

Bolatnyo mato dio macam nak keluo biji mato

Acecececeeee nampak now berlakon

Tak habis2 makan dak istimewa nih :-)

Makan lagi

On The way balik 
Comel..dak wan suka kan pic ni?

Ok habis dah gambar poyo CikTeh bersama kawan2....lain kali CikTeh upload lagi pic poyo kami ye. Jangan muntah jangan segan nak tengok ye....hahahahaha

Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Berdebar...takut...runsing...panik...was2...semua -ve feeling sedang merodak jiwa :-(

Wednesday, 10 August 2011

Elements in Photography

Assalamualaikum...

Tadi CikTeh ade belajar pasal elemen dalam photography. Actually banyak elemen yang ada tapi dalam photography 6 elements ni perlu ada setiap kali kita amik gambar. If 6 elements nih ada gambar kita akan kelihatan cantik even gambar tu simple je. So antara 6 elements nya adalah color, Symmetry, pattern, texture, depth of field, and line.


Color dalam photography ni ada satu color je yang meliputi warna gradient. It means if ade color hijau ia akan dituruti dengan color hijau gelap or hijau terang. Symmetry lak meliputi 3 bahagian yang mana dalam picture yang kita amik tuh perlu ada foreground, middleground and background. Lebih merujuk kepada perspektif objek lah. Manakala Pattern lak objek yang berulang and Texture sesuatu benda or objek yang timbul yang boleh kita sentuh. Depth of field objek yang kita amik part belakang nya (background) nampak kabur and foreground yang blur kita panggil ermmm....alamak lupa lak....sorry sir lupa lak..hehehehe....ade je yang nak kena maki  nih baru je tadi belajar dah lupa ^_^ ... namanya Shallow depth of field....ala tambah shallow je kat depan tu...heheheheh....lagipun tadi sir suruh amik yang depth of field je kan that's why lah yang satu lagi tuh saya ignore je....hahahahah. Ok yang last tu Line. Line biasa lah tak kan korang tak tau line tu apa. Satu titik garisan yang menghubungkan satu titik ke satu titik (betoi ka  ni...lantak lah...hehehehe). So bawah ni adalah contoh yang CikTeh amik untuk sesi panas badan dalam kelas tadi. So enjoy the pica ye....
Symmetry.....time p beli DSLR kat low yat
Yang ni 4 in 1 sebab nya dalam nih ade elemen line, texture, color, and pattern.

Depth of field

Yang nih lupa lak element apa tapi berlawanan dengan depth of field tu lah. Nanti CikTeh dah ingat nama elemnt tuh CikTeh bagitahu ye.
Shallow depth of field element

Line + Pattern + Color

Also Depth of field.....first try guna DSLR cuba2 amik gambar kat rumah ^_^


So ini lah hasil kerja yang pertama. Ok tak? Ok lah tu kan lagipun baru nak merangkak belajar selok belok photography. So coming soon if ada picture yang CikTeh amik and pelajari teknik2 nye nanti CikTeh upload dalam blog ni ye.


So, if ada info yang salah or kurang tepat atas penjelasan kat atas tu pasal element of photography, jangan segan jangan malu drop ur comment and share with me. Sharing is caring but for me sharing is interesting ^_^ (macam tuh pulak).

Sekian




-CikTeh-

KakiNota: Next week Sir Amad nak ajar pasal composition lak. Agak best kelas photo nih tapi time ada assignment tiba2 jadi tak best. Boleh ke gitu???

Thursday, 4 August 2011

D3100

Assalamualaikum...

Fuhh penat sungguh hari ni. Dengan panasnya puasa lak tu nak minum air of coz la tak boleh kan lau pun dahaga sangat tadi. Tadi pas kelas (tak masuk pun sebab sampai kampus kelas dah habis) lepak kat surau kampus sementara tunggu tengah hari nak p low yat cari DSLR untuk kelas Photo minggu depan.

 Dalam tengahari kami gerak ke Low Yat. Sampai sana p kedai kawan kepada kawan untuk install software kat laptop. Tinggal laptop kat kedai sementara siap, gerak ke kedai kamera. First kedai p depan kedai laptop tu je then survey harga untuk D5100. Orang kedai tu boleh bagi setakat RM2350/ full set with out tripod. Kami jalan lagi dan p second kedai. Second kedai ni kedai2 biasa je and harga pun lebih kurang je. Sembang kejap kami agak tak puas hati so kami mintak excuse nak p kuakan duit. Then p kedai yang ke 3. Kedai ke 3 ni ok gak lah dia nye pakej harga sama je dari yang kedai sebelum ni tapi siap dengan tripod. Sekali lagi kami minta excuse lagi konon2 nya nak kuakan duit. Tapi pastu memang kami p kuakan duit sebab mula nya memang nak beli kat kedai tu.

Pas kua duit, kami buat keputusan nak p survey lagi then masuk lah kedai yang last ni. Kedai cina tapi yang surve kami orang melayu. Nama nya Aspa from Kedah. Lama gak kami sembang ngan abang Aspa ni hampir 2 jam kot tanya itu ini pasal DSLR ni. Asal nya memang kami nak yang D5100 sebab dia nye video boleh ambil dari pelbagai posisi tapi last2 CikTeh ngan dak wan tukar fikiran amik D3100. Dah memadai dah pun pakai yang ni untuk beginner macam kami ni. Tapi yang D5100 pun ok gak untuk beginner tapi more tu fun lah bak kata Abang Aspa. Dak Lin amik D5100. Kami amik yang tu pun sebab tambah ngan filter RM200. If amik yang D5100 tambah lak ngan filter memang lebih dari bajet kami lah. So solution amik yang D3100. Dari situ kami dapat save dalam RM200++.

Ehsan dari Pak Google


Ehsan dari Pak Google :Cooler untuk laptop CikTeh (RM10 je)
So kepada sesiapa yang nak beli DSLR ni boleh lah try2 usha kat kedai ni Propel Multimedia Sdn.Bhd (Upper Ground Floor-Low Yat). So untuk D3100 ni kami dapat harga RM1900 (bukan IP ). Set lain kami dapat tripod, SD 8GB, Nikon SLR bag, warranty 1 year and Nikon D3100 Kit. So semua nya dalam RM2150. Bajet awal RM2300 so yang lebih boleh simpan balik or guna untuk kegunaan yang lain.

Setel bab DSLR tu kami terus p kedai laptop tadi. Setel kat kedai laptop kami terus gerak balik. Sebelum tu singgah kat bazar Ramadhan kat Kg. Baru beli juadah buka. Tak larat nak masak sebab penat yang amat sangat. Samapai rumah terus tumbang ^_^

Kelebihan solat Terawih malam ke 4:-

"Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran"

Sekian
-CikTeh-


KakiNota: Tak sabar nak guna benda alah ni and yang pasti nya raya kali ini penuh makna ^_^

Total Pageviews