Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Tuesday 31 July 2012

11 Ramadhan


Ramadhan datang lagi dan hari ni dah masuk hari yang ke 11 kita berpuasa. Pejam celik dah hampir separuh bulan Ramadhan. Alhamdulillah setakat berjaya berpuasa cuma terawih agak longgar sikit. Itu pun banyak di lakukan di rumah sendiri. Bak kata my mum buat kat mana-mana pun tak pe janji buat cuma bezanya pahala sikit dan banyak je. Insyallah akan berkunjung jua ke rumah Allah untuk berterawih bersama-sama yang lain.

Hari ni keje mcam biasa tapi agak boring gak la sebab tak banyak keje. Just design and design tak tahu bila nak siap. Asalnya ari ni last shoot for DVD raya but Dato' Sean had a meeting so that we postponed tomorrow. Nasib baik Dato' da meeting lau tak buka lambat gak la macam semalam. Semalam sampai rumah orang tengah azan. Nasib baik ada mini bazar kat depan rumah so boleh la tapau bawa balik. And semalam sempatlah beli ketam masak lemak 2 ekor. Memang my favorite mr.crab ni. Tapi yang semalam nye kuahnya agak cair tapi disebabkan dah lama mengidam so bedal gak la laupun agak mahal. 

And then hari ni CikTeh ngan housemate buat nasi lemak. Menu asal masa kat office nak buat simple-simple je macam ayam masak kicap and sayur goreng last-last sampai rumah lain jadinya. Dan first time CikTeh makan nasi lemak berlaukan sardin. Sedap juga la laupun nasi lemak kami ala-ala koboi. 

And last story for today, my cikgu not very well. Asalnya nak ngajok ngan dia (tak de keje nak majok) tapi tak jadi bila dapat tau my cikgu tak sihat. Dah la tak sihat banyak keje yang dia kena siapkan. Macam nak fly je pi Sarawak tolong (kononnya la kan.....). Pe pun harap-harap my cikgu cepat-cepat sihat dan ceria seperti biasa.....amin


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Status balik kampung masih lagi pending....hukhukhukhuk...nak balikkkkkkkkkk



No comments:

Post a Comment

Total Pageviews