Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Monday 6 August 2012

Terawih


Alhamdulillah berkesempatan menziarah rumah Allah Rabu lepas untuk tunaikan solat terawih bersama housemate. First time terawih kat surau untuk puasa tahun ni dan harap-harap dapat peluang lagi menziarah rumah Allah itu lagi. Walaupun 20 rakaat tapi imam muda baca ayat Al-Quran pendek-pendek je so tak de la rasa mengantuk sangat. Teringat terawih kat kampung and masa duduk asrama PERKAYA dulu. Sangat seronok terawih dan berpuasa kat sana.


Tak de beza nye solat kat sini and kat kampung lau ada pun sikit je la macam kat surau sini solat witir dilakukan dalam satu salam tapi kat kampung CikTeh witir dilakukan dalam 2 salam that's why witir CikTeh  tersilap buat sebab misunderstanding. Walhal tok imam dah cakap witir dalam satu salam tapi still silap gak. Bacaan antara solat terawih pun agak berbeza sikit.  Cuma apa yang CikTeh perhatikan, kat mana-mana lah kan sama ada kat kampung or kat sini  tabiat nak penuh dan rapatkan saf amatlah susah. Susah sangat nak naik penuhkan saf depan. Nak di tegur semua pangkat mak cik-mak cik kan silap tegur kan de yang kata kurang ajar pula tapi kadang-kadang buat muka juga itu pun tak reti-reti lagi nak naik penuhkan saf. Kedudukan saf penting bagi CikTeh sebab dengan saf yang rapat menunjukkan kita ummat yang kuat. Cuba korang bandingkan saf yang kedudukannya jarang-jarang berbanding saf yang rapat mana korang tengok nampak kuat dan teguh?Of course la yang rapat-rapat kan......bukan nak suruh rapat sampai tak de ruang langsung tapi mengikut keselesaan la kan jangan la sampai boleh muat 2 orang lagi selang antara jemaah. Langsung tak de unsur-unsur nak rebut pahala yang percuma di berikan tu. Pe pun semoga kita semua terutama CikTeh sendiri di beri petunjuk dan hidayah oleh-Nya dan dapat meningkatkan amal ibadat terutama di bulan yang mulia ini.


Maaf la lau ada kata-kata yang bisa menyinggung perasaan sesiapa. CikTeh sekadar luah apa yang CikTeh rasa if ada yang silap CikTeh mintak beri tunjuk ajar lagi. KIta sememangnya tidak sempurna tetapi insyallah sama-sama kita berusaha ke arah itu....insyallah...



Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Susahnya nak faham perasaan orang kan??????Lagi teruk ada yang buat-buat tak faham....nasib laaaaaa......huk3



No comments:

Post a Comment

Total Pageviews