Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Wednesday 18 July 2012

Carpal Tunnel Syndrome


Sejak kebelakangan ni pergelangan CikTeh sering rasa lenguh-lenguh, sakit-sakit dan sengal-sengal. Asalnya biarkan je sebab tau effect dari penggunaan mouse yang tak betul. Korang tahu macam mana guna mouse dengan betul? Korang tau macam mana penggunaan keyboard or kedudukan sebenar sewaktu guna pc or laptop? Haaaa...actually benda ni dah lama CikTeh tahu tapi buat endah tak endah je sebab sebelum ni tak de effect pun tapi sejak kebelakangan nih CikTeh merasainya kesan-kesan tersebut. Masa kursus GEMS dulu pun ada kawan buat presentation pasal CTS ni dan segala tanda-tanda yang di cakapkan semasa presentation tuh CikTeh rasa sekarang. Penyakit CTS ni lau tak dibendung or di rawat dengan lebih awal ianya akan berbahaya  sehingga menyebabkan kecacatan. Teruk lagi seseorang tu perlu menjalani pembedahan kerana ianya juga akan menyebabkan sendi pergelangan tangan putus dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Asalnya CikTeh nk pi klinik check tapi dalam masa yang sama keadaan tak izinkan tambah lak perasaan takut pun ada apatah lagi tengok gambar-gambar operate tangan tuh. Masa tengah duk tulis ni pun pergelangan tangan ni masih lagi sakit tapi still leh tahan. Yang tak leh tahan time buat design yang mana penggunaan mouse amatlah tinggi. So sometime I have to stop and rest dulu before continue designing. So kat bawah ni de link yang boleh anda semua baca untuk tahu dengan lebih detail lagi siap dengan cara-cara menggunakan laptop dan mouse dengan baik. Semoga info ni berguna untuk anda semua sebab ramai yang tak tahu lagi effect dari penggunaan mouse dan laptop yang tidak betul. Jangan anggap mudah dan pandang ringan ye ^_^


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Lagi 2 hari nak puasa....CikTeh dah. Anda....???Dah apa???Dah ready ke nak puasa????hihihihihi..... 

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews