Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Sunday 18 September 2011

Terkilan

Assalamualaikum...

Sungguh terkilan hati ini sebab tidak dapat hadir ke majlis kawen my bestfren aka my sanak saudara juga lah Cik Laa Bella nih. Dah lama nak attend majlis dia tapi last2 tak dapat juga sebab Sabtu ade kelas (Majlis Jumaat). Tapi dengar khabar ramai yang attend kenduri dia. Sungguh terkilan dan amat kecewa sekali lau pun my mum and my sis ada p wakilkan CikTeh. Sedikit tentang Cik Laa Bella(nama di fb nye).

  • Baik hati
  • Suka tolong orang
  • Senang bila berkawan dengan dia
  • Ringan tulang
  • Sanggup datang dari jauh untuk attend kenduri kawan dia jika dia free 
  • Seorang yang sempoi dan simple
  • Otak gila2 gak lah
Dah niat dah balik raya haji nih nak p jumpa dia and jemput ke rumah raya haji 1 sebab ada buat kenduri. Dah pilih hadiah untuk dia sekali. Best kawan ngan dia and paling best time p jalan2 ngan dia. cakap je nak p mana dia akan bawa. Tapi bila dah kawen nih pasti agak susah kot nak p jalan2 ngan dia sebab kehidupan masa anak dara dengan bila dah bersuami lain kan......Tapi Cik Laa Bella nih pernah cakap dia kawen ke anak dara ke time nak p mana2 jangan segan jangan malu untuk hello dia. Insyallah dia akan bawa. Cik Laa Bella nih selalu jadi driver CikTeh if CikTeh nak ke mana2 majlis kawen kawan2 kitaorang. Yelah CikTeh kan xde lesen so dia lah kena drive. Kesungguhan dia datang kenduri kawan2 dia yang lain memang CikTeh tabik spring lah. Dia sentiasa berusaha untuk datang and sebab tu juga lah salah satu sebab kenapa CikTeh terkilan sangat tak dapat p majlis dia.

Walau apa pun selamat pengantin baru buat Cik  Puan Laa Bella and encik somi Encik Zulkarni. Dua2 nih kawan masa sekolah CikTeh. Semoga hubungan suami isteri kekal hingga akhir hayat....amin




This Song dedicated to both of you


Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Lau dulu target dalam 25 tahun nak kawen tapi sekarang dah lebih so target baru sebelum 30 tahun.Perlu ke?

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews