Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Monday 12 September 2011

Kelam Kabut

Assalamualaikum....


Fuhhhh ari ni sungguh kelam kabut. Mana tak nye assignment yang patut hantar hari ni tiba2 semalam check rosak. So pagi2 lagi dah kua rumah p kedai gambar and dalam sejam lebih gak lah tunggu kedai tuh buka. Sementara kedai buka p bekfes kat Mc D. Pas hantar gambar untuk cuci p balik Mc D sebab nak kena tunggu gambar siap dalam sejam kata tokey kedai tuh. Pas setel  gambar p kedai sebelah untuk print nama yang nak letak kat mounting board. Pas print baru perasan yang spacing nama tuh agak jauh dan besar ukurannya. So gegas ke kampus terus sebab nak print kat library. Sampai kampus, terus p level 14 tapi tutup pulak. Tinggal beg segala kat library terus pecut ke kedai print kat bawah tapi masalah lagi printer black and white tak boleh pakai. P pula kedai seberang sana. Print kat kedai tuh masalah lagi. Masalah kali nih lak tulisan atas and bawah tak nampak. Adoiyaiiii.....dah penat dah kejor sana kejor sini. Malas nak tunggu lama kat kedai tuh terus naik library balik then tunggu library buka 2.30. Library buka terus p print tapi masalah lagi. Masalahnya semua folder/file yang ade dalam pendrive jadi shortcut. Bangang punyer pc. So keluar bilik print p kat Pc taip balik nama yang nak print tuh then p print tapi kat pc lain. Alhamdulillah ok. Then beli gam and potong siap2 tampal terus naik level 12. Naik level 12 lecturer tak de sebab dia de kelas habis 4.30. Tunggu ler lecturer habis ngajo sebab nak buh dalam pigeon hole tak muat. Sementara tunggu lecturer, p solat sat. Tepat jam 4.30 (tepat lah sangat kan) p hantar assgnment tuh and alhamdulillah lecturer tak marah sebab lambat hantar cuma dia komen picture tuh blur tapi dia terima juga sebab ni 1st assignment.

Moral of the story : Jangan buat keje last minute ^_^ (Tapi ni bukan keje last minute tapi ari jumaat lepas time nak hantar silap print dalam size yang salah so lecturer bagi masa hantar ari ni).

Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Jangan dilupa pada-Nya kerana tiap apa yang berlaku semua tuh adalah dari-Nya untuk menguji ketahanan hamba-Nya


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews