Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Monday 26 September 2011

Old School

Assalamualaikum...

Semalam yang lepas masa duk basuh baju dalam bilik air tiba2 teringat pasal kawan2 zaman sekolah. So N3 kali nih CikTeh nak berceloteh pasal kawan2 CikTeh dari tadika sampai lah la ni. So jom baca celoteh CikTeh....

Tadika kemas Jabi
Ok CikTeh mula dengan kawan2 masa kat tadika. Masa kat tadika if tak silap CikTeh tak ramai sangat pun kawan baik. Masa tuh semua orang CikTeh baik cuma yang betul2 ngam tak de. Tapi yang best nye tadika nih tiap kali cikgu mintak p beli barang memang CikTeh lah yang akan p beli dengan 2,3 orang kawan kat kedai belakang tadika tuh. And tiap kali p beli barang tuh memang CikTeh akan amik peluang untuk balik rumah sebab rumah belakang kedai tu. So dapat lah berehat2 sekejap kat rumah sambil minum air or segala. Bila ada barang yang cikgu pesan yang kami and tuan kedai tuh tak tau memang akan balik rumah lagi tanya kat my mum or mak kawan sebelah rumah. Dan yang paling menakutkan tiap kali nak p beli barang adalah ketika lalu kat satu pagar yang mana kat situ ada anak patung lama yang dibuang. Tiap kali lalu kat pagar tu pasti kami akan pecut seribu langkah sebab takut. Padahal patung tuh tak de pe2 pun tapi dah namanya budak2 lagi then ada pula dengar orang bercerita yang kat pagar tuh berhantu sebab patung tuh so kami yang tak berapa nak matang lagi nih takut ler. Kadang2 sebab terlalu takut kami rela ikut jalan jauh. Dan yang paling CikTeh tak suka time makan. Bukan tak suka makan tapi kadang2 je. Time menu air nye susu tepung tu je yang tak suka sebab CikTeh memang tak suka minum susu apatah lagi susu tepung. Sampaikan Cikgu perhatikan sesapa yang tak minum dia paksa gak soh minum. Time kena paksa tuh terpaksa minum tapi bila sampai dapur terus buang balik sebab masa minum tak telan pun air tu biar je dalam mulut....hahahaha.....Masa konvo tadika lak my mum tak dapat hadir sebab keje so pagi sebelum p my mum siapkan CikTeh cantik2 pakaikan cream kat muka sebab masa tuh kat muka CikTeh ade panau sikit. Ye lah mana tak berpanau suka basuh muka time panas2........Dan paling best masa tuh dapat pakai baju baru p konvo dan paling tak lupa pas turun stage amik sijil baru cikgu tadika perasan yang jubah CikTeh pakai tuh terbalik....adoiyaiiii......Itulah 1st konvo CikTeh....

Sekolah Kebangsaan Jabi
Ok ni lak time sekolah rendah. Masa sekolah rendah dari darjah 1 hingga 3 CikTeh duk kelas no 2 dari 3 kelas. Masa tuh kawan pun dalam 3,4 orang je. Masa darjah satu CikTeh pernah mengamuk, menangis bagai sebab kawan usik CikTeh. Tapi nasib baik masa tuh cikgu tak de kuo p check out kat klinik. Masa mengamuk tuh habis batu yang bawa untuk buat mengira CikTeh baling. Then naik darjah  2 dan 3 pun still gak kawan tak ramai. Masa darjah 4 hingga 5 tuko kelas naik kelas depan. So masa naik kelas nih lah kawan bertambah e2 pun dalam 5,6 orang je. Masa ni juga geng2 CikTeh boleh dikatakan kepala gak lah kat sekolah. Semua geng CikTeh (Rehe, EG, Lela, Kumek, Kak ya, Noli) ade pegang jawatan. Ade yang jadi pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan. Masa nih juga kami sangat aktif bersukan tapi waktu PJ je lah tapi ada gak yang wakil sekolah dan daerah untuk permainan bola baling dan bola jaring. Masa sekolah rendah CikTeh aktif gak dalam acara balapan terutama bab lari 100M dengan 200M e2 pun waktu sukan tahunan. Kalau ada sukan tahunan memang 2 acara tuh lah yang CikTeh masuk tapi sampai darjah 4 je kot. Darjah 5, 6 dah tak masuk sebab malu nak lari...hahahahahaaa lagipun waktu tu kena tumpu kat exam kan. Dengan kelas tambahan lagi, seminar tu seminar ni. Tak masuk lagi aktiviti perkhemahan segala. Time berkhemah pun best sebab my mum akan datang duk tepi padang tengok anak dia berkhemah. If tak cukup apa2 yang nak guna my mum akan tolong bawakan tapi kena sembunyi2 sebab tak nak cikgu tau. Orang lain just mnum air masak je time khemah tapi group CikTeh minum ais lagi.E2 semua cilok dari my mum...hehehehe....Then paling yang tak dapat dilupakan masa darjah 6. Biasa lah dah masuk darjah 6 ni nak UPSR kan so banyak lah kelas and study group kena buat. Masa tuh memang group kami je yang buat. Group lain depa study kat umah je. Group kami memang rajin masa tuh (puji group sendiri la pulak tapi memang betul). Tak cukup buat group study pas waktu sekolah kami buat lagi kat rumah kawan belajar Math. Nak dijadikan cerita suatu petang tuh tengah duk study CikTeh rasa bosan so Cikteh amik ler daun pokok angsana so conteng2 lah kat atas daun tuh ala2 cite Mohabbtein. Then dari situ lah terjadinye kejadian yang tak diingini dimana (wah suspen je kan..hahahaha) kawan2 CikTeh pun mula tulis nama gabungan geng2 kami dengan budak2 laki kelas kami. Bila sorang start yang lain pun ikut ah. Tak cukup dengan tuh daun2 yang kami tulis tuh kami tabur atas padang. Esoknye datang sekolah masuk kelas atas meja penuh dengan daun yang kami tulis tuh. Budak laki kelas kami marah2 dan tanya sape yang buat. Kami dengan muka tak senonoh buat de je lau pun tahu budak2 laki tuh tahu yang kami tulis sebab depa kenai tulisan kami. Masa darjah 4 lagi kot geng kami selalu dipasangankan dengan geng laki dalam kelas kami. Mana yang tak suka memang muncung masam lah muka dan mana yang suka mula lah tersipu2 malu. Waktu bertugas juga kami selalu dipasang2kan.


Tapi itu semua zaman sekolah depa semua pun dah beranak pinak dah. Kecik2 dah pandai kan cintan cintun. Itu kisah cinta masuk bab p sekolah time ujan lak bagi CikTeh kelakar lah juga. Tiba musim ujan plastik gelenya pasti menjadi pilihan. Ye lah masa tuh my mum tak mampu nak beli baju ujan sorang satu. Lagipun masa tuh tak berapa nak ada lagi baju2 hujan budak2 nih. So tak nak bagi kasut basah my mum bekalkan plastik tuh kat kami. Kami sarungkan plastik tu kat kaki then jalan slow dalam air. Nak jalan kaki ayam memang tak berani sebab takut lintah or pacat gigit kaki sebab area sekolah CikTeh tuh memang ade benda alah tuh. So pakai lah plastik tuh. If tak nak pakai plastik terpaksa lah ikut jalan jauh. Ikut jalan besar untuk ke sekolah. Bila ada kelas malam lak berlumba2 naik basikal p kelas malam. Time balik  kelas malam lagi lah laju kami berlumba2 sebab takut. Kadang2 my mum akan datang jemput  balik kelas. Seronok sangat time sekolah rendah kan. Masa sekolah dulu my mum bagi 50 sen je tapi dengan 50 sen boleh beli nasi dengan air dah tu tapi sekarang apa je boleh beli dengan 50 sen tu. Nasi lemak pun sekarang dah seringgit. Time p sekolah petang (fardhu ain) mula lah korek tabung buat belanja petang. Bila korek tabung banyak ler sikit belanjanya dalam seringgit e2 pun my mum tak tau...hihihihihi. Geng CikTeh masa sekolah dulu agak nakal juga lah tapi tak de la sampai kena panggil dengan GB kan. Pernah suatu ketika masa tu subjek Kajian Tempatan dimana time cikgu duk sibuk suruh hantar keje sekolah kami boleh duk bersimpuh atas simen main batu seremban. Masa tuh permainan nih memang popular. Tiap sorang mesti ada simpan set batu seremban. So apa lagi mengamuk cikgu tuh siap rampas batu seremban kami dan ugut kami suruh kami minum air rebusan batu tersebut. Awalnya kami agak takut dan cuak tapi selepas hari ke hari benda tu berlalu macam tu je. E2 lah skit sebanyak time sekolah rendah. Kat bawah ni ade beberapa keping gambar masa sekolah rendah ehsan dari Cik Laa Bella :

Masa nih teacher bawa jalan2 pusing bandar (program anak angkat)

Kenangan bersama cikgu pektikal (Cikgu syahrum)

Kecik je kan comot lak tuh........masa nih darjah 5 lau tak silap

Dengan cikgu pektikal gak tapi lupa lak nama cikgu ngan ustazah ni :-)
(nama cikgu laki ingat je...hahahaha)

Bersama GB, Tuan Haji Mohammad - Hari2 last kat sekolah

Kenduri rumah kak ya

Still lagi contact laupun masing2 dah bawa haluan masing2

Friends for ever
Sekian



-CikTeh-

KakiNota: Nanti celoteh lagi di part 2 ye :-)

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews