Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Thursday, 28 February 2013

Interview

Assalamualaikum.....

Semalam kerja half day sebab CikTeh ada interview pagi tu kat PJ. Interview semalam pukul 11 pagi and CikTeh sampai sana pun tepat-tepat pukul 11. Sembang nye sembang ngan Yumida sambil tunggu Karen, rupanya Karen lupa yang dia patutnya kena masuk office untuk interview CikTeh. Last2 Yumida je yang interview CikTeh. Ada test sikit sebab depa nak tahu macam mana nak guna power point. Senang je test nye yelah pakai power point je pun cuma masa tu tak de apa yang nak di buat sebab idea tak de then CikTeh pun tak tahu apa yang nak di masukkan dalam slide tu. Actually depa just nak tengok macam mana CikTeh arrange slide untuk attract people. Lau ikutkan interview semalam CikTeh yakin 95% dapat tapi tak tau la kan tiba-tiba depa dapat calon yang lagi sesuai. Ikut kata Yumida semalam, Karen excited nak jumpa ngan CikTeh sebab dia memang nak cari staff yang tahu bab design ni. Tapi semalam CikTeh tak leh nak tunggu dia sebab dah janji ngan bos nak msauk office after lunch. Semalam pun sampai office pukul 3 dah. So la ni statusnya tunggu depa call samada boleh ke tak.

Entah bila la CikTeh akan dapat keje yang tetap. Kat Lensa ni bukannya tak best tapi adalah masalah dalaman yang CikTeh rasa kurang menjamin masa depan sikit. CikTeh suka kerja kat lensa ni laupun kena marah ke apa ke itu semua tak apa sebab kerja kat mana-mana pun semua tu kita akan hadapi juga. Hubungan sesama staff pun ok je. Sayang sebenarnya nak tinggalkan lensa ni. Entah lah......fikir-fikir balik nak stay selagi khidmat diperlukan tapi kadang-kadang rasa nak blah je dari situ. 

ermmmm......lupakanlah sekejap hal kerja tu...ada jodoh ada rezeki dapat la kerja tu if tak dapat cuba lagi kan......

Sekian

-CikTeh-



Kaki Nota: Anak buah demam lagi..rindu nak peluk cium mereka semua...huk3

Friday, 15 February 2013

Shooting

Assalamualaikum...

Hai bersiaran lagi kita hari ini bersama CikTeh dalam program " Berceloteh Bersama CikTeh ".....haaaaa amacam ada gaya pengacara TV tak?hihihihi....sekarang ni mood tengah baik dan tak de la stress sangat lau pun busy yang amat sangat. Busy-busy pun sempat lagi kan update blog. Actually hari ni tak de shoot tapi kena prepare untuk shoot esok kat Sungai Chiling. Lau sesiapa yang berada berdekatan dengan kami esok mai ler tengok kami shoot. Mana tau korang boleh jadi bidang terjun untuk program kami tu. Untuk esok kami shoot untuk segmen takut ikan idup dan ulat gonggok. Ada juga ke yang takut ikan idup ni? Jangan gelak ye sebab peserta yang sebelum ni lagi pelik fobia dia tau. Dia fobia dengan pijak rumput. Masa shoot segmen takut pijak rumput tu kesian pun ada kelakar pun ada. Lau nak tahu macam mana peserta takut pijak rumput dan yang lain-lain tu jangan lupa tengok nanti kat tv k. Untuk musim pertama korang boleh cari je kat youtube. Taip je ADA BERANI or Lensa Film mesti ada. Bagi mereka yang baru baca blog CikTeh ni mai cini CikTeh cerita sedikit apa program yang team CikTeh buat sekarang ni. Ok sekarang ni kami sedang shoot 13 episod untuk program ADA BERANI. Program ni berkaitan dengan fobia yang dialami oleh seseorang. Kiranya program ni untuk overcome somebody nye fobia la. Insyallah program tv ni akan disiarkan di channel tvi. Bila? Not really sure. nanti bila dah dapat date siaran dari RTM, CikTeh bagitahu k.

Kami target habis shoot dalam bulan 2 ni juga sebab early March kami dah plan untuk shoot program tv juga yang diberi nama ULK. Apa tu ULK? Kena tunggu entry yang akan datang. If ada yang dah tahu ULK tu apa, diam-diam sudah k ^_^

Lau dah start shoot ni memang penat yang amat sangat dan tak cukup rehat. Mana nak cukup rehat nya, hari minggu pun kami kerja sebab nak kejar duedate. Semalam alhamdulillah dapat gak cuti sehari sebab host ada kerja tapi tak semua yang dapat rehat semalam sebab krew kena shot untuk OPUS. Apa pula OPUS tu ye? OPUS ni projek pembinaan LRT baru. Banyak company yang terlibat and kami salah seorang daripada mereka dan tugas kami adalah buat video. Pernah ikut team OPUS ni shoot balik pukul 4 pagi. Esoknya kepala berat dan pening sangat. Dengan panas nya, dengan beban atas kepala (topi je pun tapi kesan pakai topi tu macam letak beberapa ketul batu). Semalam ngan ari ni memandangkan tak de shoot ADA BERANI so depa kena shoot OPUS. Dan di jangka mereka kena stay kat sana sampai pagi sebab ada nak launching something. Kesian depa kan. Pagi-pagi esok nya depa kena stand by untuk gerak ke sungai Chiling. Memang tak de masa rehat la depa ni. Selalu nya habis soot je memang semua terbongkang dalam van tido kepenatan. Tadi pula ada meeting ngan Dato sekejap pasal arrangemnet untuk next project.

Untuk KBM2 lak (Kenyalang Borneo Musim 2) alhamdulillah dah submit DB kat RTM. Dato pun ada cakap KBM2 ni so far so good la sebab tak banyak kesilapan yang nak kena betulkan. Masa penghantaran pun ok je. 

Oklah cukup la untuk setakat ni dulu...nanti CikTeh update lagi celoteh CikTeh coming sooooooooonnnnnn........... ^_^

Kaki Nota: Risau yang amat sangat ni....huk3

Saturday, 12 January 2013

Esok

Assalamualaikum...

Ermmm....hari ni dapat call dari my cikgu bagitahu yang my future SIL nak tumpang duk rumah. Agak terkejut juga sebab segan dan malu. Lepas je my cikgu call terus mesej my future SIL tanya sebab my cikgu suruh tanya sendiri bila nak mai bagai. Janji ngan dia nak call pas balik keje sebab tadi ada keje nak buat. Berdebar gak ni nak call dia sebab tak pernah sembang and tak kenal rapat kan. Jumpa pun masa e-day ari tu je e2 pun tak sempat nak sembang lama. So dah de sebab nak call dia ni CikTeh take this as my opportunity untuk kenal lebih lanjut ngan dia. Lagipun ramai lagi yang perlu CikTeh kenal. Ni baru adik beradik dia je da 13 orang. Sanak saudara lain tu slow2 la. Pas kahwin pun leh kenal kan. My future MIL pun tak sempat kenal lagi...hihihi...teruknya CikTeh kan....

Ok tinggalkan cite tu dulu. Actually entry kali ni nak cite pasal esok. Cerita tadi tu selingan je. Esok? ermmmm...esok 13 januari 2013. kenapa ye esok? lau nak tahu tunggu la entry dari CikTeh esok ye...hampeh betol kan...hihihi. Tak de pe pun ngan esok just esok is my fiance nye besday.....punya la survey kat internet online delivery tapi yang CikTeh berkenan kebanyakkannya dah sold out and lau ada  pun mahal. So CikTeh decided CikTeh cancel plan nak buat kejutan kononnya untuk my cikgu. Last-last just wish je kat dia seperti sebelum2 ni..hahahaha.....my cikgu pun just buat majlis kecik-kecik je untuk diri sendiri kat sana ngan kawan-kawan dia. Apa pun asal dia tahu yang CikTeh tak pernah lupa besday dia dan sentiasa doakan dia di sana. Sempat la design kad untuk dia but simple je la...




Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Sedey tak dapat nak pi Sarawak :-(.... As long as I'm not married, my mother is my top priority..sorry 

Tuesday, 8 January 2013

Flyers

Assalamualaikum......

Ermmm....flyers....yup flyers. Nape ngan flyers ye? actually hari ni kami kena buat kerja luar edar flyers untuk tv program. Beberapa minggu lepas kami da edar masa KLFM buat show untuk new year tapi feedback tak menggalakkan la. So ari ni kena pi edar lagi kat beberapa tempat. Nanti lau korang nampak CikTeh ngan kawan CikTeh, Zura jangan la elak ye kami bagi flyers tu. Amik je mana tau korang berminat ^_^. Program ni free je and korang akan dapat token ngan hadiah lagi. Masuk tv lagi tau. Lau nasib anda baik korang leh jumpa artis tau sebab untuk musim ke 2 ni ada penglibatan artis. Rugi tau lau korang tak join. Sepatutnya kami dah keluar buat kerja edar mengedar ni tapi memandangkan driver tak de so hold dulu. May be lunch kot keluar. So sementara tunggu driver balik, CikTeh sambung la kerja cari peserta, call depa semua sambil blogging and fb ^_^. Korang lau baca entry ni and berminat nak sertai tv program ni bagitahu lah CikTeh ye. Jangan segan-segan. Kami just nak tolong korang je. Kat bawah ni CikTeh upload flyers tu mana tau korang berminat nak join kan jangan segan-segan jangan malu-malu jangan ragu-ragu just call me or drop your message k :-)



Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: malu sebenarnya nak buat kerja-kerja mengedar ni tapi nak buat macam mana dah tugas kan...tebalkanlah muka ni 14 inch demi AB dan ULK...hu3

Monday, 7 January 2013

Sinar Harian Edisi Utara

Assalamualaikum....

Pagi-pagi datang kerja perut buat hal. Setengah jam duk bertapa dalam rest room tu. Sampai tak masuk meeting. Itulah penangan nye lau makan pedas tak ingat dunia...hi3. Memandangkan tak masuk meeting so CikTeh duk je dalam bilik sambil on fb. Hajat di hati nak check kot2 ada yang agi feedback untuk tv program tu. Terkejut gak lah sebab kat beratus notification. Baru sehari tak buka fb dah kat beratus notification. Ngan mesej and orang add lagi. Klik la buka pe yang banyak sangat. Rupanya yang banyak tuh sebab gambar tunang CikTeh ngan my cikgu masuk paper Sinar Harian Edisi Utara. Gambar dah la tak comel...Malu sey....Actually beberapa hari lepas kawan CikTeh de mesej tanya pasal hal ni pasal belanjawan untuk kahwin. Ingat dia yang nak kawen tapi last-last at the end of our conversation kami tu dia de cakap untuk assigment dia. So CikTeh agak tak de la dia nak letak gambar kami sebab gambar tu entah apa-apa kan. Ingat dia letak la gambar orang lain sebab dia bukan je buat survey ngan CikTeh je ramai lagi tapi pic kami gak dia pilih. Terus baca komen yang ada kat pic tu and mesej yang masuk. Then text my cikgu bagitahu. Pas keje nanti baru my cikgu tengok. Ye lah my cikgu tu lau dah keje memang keje betul-betul. Selagi tak siap selagi tu lah ngadap. Tak macam CikTeh ni suka mengular je...hi3. My cikgu pun agak tak puas hati gak la sebab gambar tu tak cantik pun. Tapi dah masuk kan nak tak nak terima je la. Actually bajet untuk wedding photo tu CikTeh main hentam je bagitahu kawan CikTeh tu sebab tak tau pun harga sebenar. Lau real life tak de nye bajet sampai RM800. CikTeh suka amik pakej lagi murah. Pe pun thanks to my friend Nurul Fatihah  atas news to ye.

Buruk je gambar ni tapi kami comel kan?
hihihi


Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Untung da kawan keje reporter ni.....hi3. Jeles ngan kerjaya kawan-kawan..urmm....

Friday, 4 January 2013

AZAM

Assalamualaikum....

Hah kali ni CikTeh nak berceloteh pasal azam CikTeh untuk tahun 2013 dan azam tahun 2012 yang terpaksa di drag tu.

Ok azam 2013:
  • KERJA - nak cari kerja yang lebih menjamin masa depan dan bersesuaian
  • KUMPUL DUIT - untuk kawen, bagi ma, keperluan lain
  • HUTANG - bayar hutang mara seperti yang di jadualkan tanpa skip..insha Allah
Azam 2012:
  • LESEN - nak tak nak tahun ni or may be drag lagi pas kawen baru amik lesen. Dah ramai dah yang bising suruh amik....my cikgu pun dah pandai bising-bising dah pasal ni
Itu je kot azam CikTeh setakat ni. Actually banyak lagi azam lain macam nak tingkatkan amal ibadat and so on tapi azam-azam yang tu biarlah disimpan dalam memory CikTeh je tak yah la nak post-post kat sini nanti kan ada yang cakap-cakap lak kan. So apa azam korang lak?Tak nak share ke?hi3.......sebelum CikTeh undur diri CikTeh nak mintak maaf atas segala salah silap CikTeh kat korang semua. Kita mulakan hidup baru dengan perhubungan yang baik.No more gaduh-gaduh lagi or cakap-cakap belakang and so on. Kosong-kosong k.....so sempena kosong-kosong ni jom layan lagu ni dulu......
Najwa Latiff

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Jom sama-sama tingkatkan amalan, prestasi dan kurangkan kontroversi ^_^

Thursday, 3 January 2013

PROGRAM TV

Assalamualaikum....

Hai semua.....sebelum CikTeh celoteh panjang lebar let me wish you all Happy New Year.....Tak terlambat lagi kan?So pe azam korang? Macam CikTeh adalah azam baru dan azam lama yang terpaksa drag ke tahun 2013 ni. Tapi bab azam ni CikTeh celoteh lain kali  ye cuma kali ni just nak celoteh pasal program tv yang akan di terbitkan tak lama lagi. Actually program tv ni terbitan Lensa Film Sdn Bhd untuk RTM. Bermakna company tempat CikTeh kerja la.

So kat bawah ni CikTeh upload flyer tentang program tv ni. So untuk keterangan lanjut boleh la hubungi no yang tertera kat flyer tu or may be korang boleh klik kat link di bawah ni.














Klik kat gambar nak tengok lebih jelas
Atau pun korang boleh like page FB Ada Berani kat Sini

Actually program tv ADA BERANI ni dah masuk musim ke-2. Link yang kat atas tu adalah musim pertama. Lau nak tahu la macam mana program ni boleh la tengok yang musim satu nye. Program ni bertujuan nak atasi masalah ketakutan dan fobia seseorang. So lau korang rasa nak atasi masalah ketakutan korang or korang ada kawan-kawan, saudara mara yang fobia dengan something boleh la rebut peluang ni. Cuma untuk musim ke-2 ni kami plan nak buat cabaran dalam cabaran and penglibatan artis juga turut ada. Macam mana tu? Lau nak tahu jom lah join kami.

Ok itu untuk ADA BERANI. Program tv satu lagi adalah Uniknya Loghat Kita or ULK. Program ni berbentuk game show / kuiz. Akan ada 2 pasukan yang akan berentap menunjukkan kehebatan masing-masing dalam kehebatan loghat negeri tertentu. 

Dua-dua program ni ada 13 episod kesemuanya. Insha Allah lau tak de aral, pengambaran akan dijalankan pertengahan bulan 1 ni ntuk ADA BERANI dan ULK early March.

Kepada sesiapa yang berminat boleh la contact kami or tinggalkan mesej / komen anda di sini ^_^



Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: ADA BERANI? Apa ada hal......!    Sebut Biar Betul.....Uniknya Loghat Kita.....

Total Pageviews