Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Friday 15 February 2013

Shooting

Assalamualaikum...

Hai bersiaran lagi kita hari ini bersama CikTeh dalam program " Berceloteh Bersama CikTeh ".....haaaaa amacam ada gaya pengacara TV tak?hihihihi....sekarang ni mood tengah baik dan tak de la stress sangat lau pun busy yang amat sangat. Busy-busy pun sempat lagi kan update blog. Actually hari ni tak de shoot tapi kena prepare untuk shoot esok kat Sungai Chiling. Lau sesiapa yang berada berdekatan dengan kami esok mai ler tengok kami shoot. Mana tau korang boleh jadi bidang terjun untuk program kami tu. Untuk esok kami shoot untuk segmen takut ikan idup dan ulat gonggok. Ada juga ke yang takut ikan idup ni? Jangan gelak ye sebab peserta yang sebelum ni lagi pelik fobia dia tau. Dia fobia dengan pijak rumput. Masa shoot segmen takut pijak rumput tu kesian pun ada kelakar pun ada. Lau nak tahu macam mana peserta takut pijak rumput dan yang lain-lain tu jangan lupa tengok nanti kat tv k. Untuk musim pertama korang boleh cari je kat youtube. Taip je ADA BERANI or Lensa Film mesti ada. Bagi mereka yang baru baca blog CikTeh ni mai cini CikTeh cerita sedikit apa program yang team CikTeh buat sekarang ni. Ok sekarang ni kami sedang shoot 13 episod untuk program ADA BERANI. Program ni berkaitan dengan fobia yang dialami oleh seseorang. Kiranya program ni untuk overcome somebody nye fobia la. Insyallah program tv ni akan disiarkan di channel tvi. Bila? Not really sure. nanti bila dah dapat date siaran dari RTM, CikTeh bagitahu k.

Kami target habis shoot dalam bulan 2 ni juga sebab early March kami dah plan untuk shoot program tv juga yang diberi nama ULK. Apa tu ULK? Kena tunggu entry yang akan datang. If ada yang dah tahu ULK tu apa, diam-diam sudah k ^_^

Lau dah start shoot ni memang penat yang amat sangat dan tak cukup rehat. Mana nak cukup rehat nya, hari minggu pun kami kerja sebab nak kejar duedate. Semalam alhamdulillah dapat gak cuti sehari sebab host ada kerja tapi tak semua yang dapat rehat semalam sebab krew kena shot untuk OPUS. Apa pula OPUS tu ye? OPUS ni projek pembinaan LRT baru. Banyak company yang terlibat and kami salah seorang daripada mereka dan tugas kami adalah buat video. Pernah ikut team OPUS ni shoot balik pukul 4 pagi. Esoknya kepala berat dan pening sangat. Dengan panas nya, dengan beban atas kepala (topi je pun tapi kesan pakai topi tu macam letak beberapa ketul batu). Semalam ngan ari ni memandangkan tak de shoot ADA BERANI so depa kena shoot OPUS. Dan di jangka mereka kena stay kat sana sampai pagi sebab ada nak launching something. Kesian depa kan. Pagi-pagi esok nya depa kena stand by untuk gerak ke sungai Chiling. Memang tak de masa rehat la depa ni. Selalu nya habis soot je memang semua terbongkang dalam van tido kepenatan. Tadi pula ada meeting ngan Dato sekejap pasal arrangemnet untuk next project.

Untuk KBM2 lak (Kenyalang Borneo Musim 2) alhamdulillah dah submit DB kat RTM. Dato pun ada cakap KBM2 ni so far so good la sebab tak banyak kesilapan yang nak kena betulkan. Masa penghantaran pun ok je. 

Oklah cukup la untuk setakat ni dulu...nanti CikTeh update lagi celoteh CikTeh coming sooooooooonnnnnn........... ^_^

Kaki Nota: Risau yang amat sangat ni....huk3

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews