Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Tuesday, 31 July 2012

11 Ramadhan


Ramadhan datang lagi dan hari ni dah masuk hari yang ke 11 kita berpuasa. Pejam celik dah hampir separuh bulan Ramadhan. Alhamdulillah setakat berjaya berpuasa cuma terawih agak longgar sikit. Itu pun banyak di lakukan di rumah sendiri. Bak kata my mum buat kat mana-mana pun tak pe janji buat cuma bezanya pahala sikit dan banyak je. Insyallah akan berkunjung jua ke rumah Allah untuk berterawih bersama-sama yang lain.

Hari ni keje mcam biasa tapi agak boring gak la sebab tak banyak keje. Just design and design tak tahu bila nak siap. Asalnya ari ni last shoot for DVD raya but Dato' Sean had a meeting so that we postponed tomorrow. Nasib baik Dato' da meeting lau tak buka lambat gak la macam semalam. Semalam sampai rumah orang tengah azan. Nasib baik ada mini bazar kat depan rumah so boleh la tapau bawa balik. And semalam sempatlah beli ketam masak lemak 2 ekor. Memang my favorite mr.crab ni. Tapi yang semalam nye kuahnya agak cair tapi disebabkan dah lama mengidam so bedal gak la laupun agak mahal. 

And then hari ni CikTeh ngan housemate buat nasi lemak. Menu asal masa kat office nak buat simple-simple je macam ayam masak kicap and sayur goreng last-last sampai rumah lain jadinya. Dan first time CikTeh makan nasi lemak berlaukan sardin. Sedap juga la laupun nasi lemak kami ala-ala koboi. 

And last story for today, my cikgu not very well. Asalnya nak ngajok ngan dia (tak de keje nak majok) tapi tak jadi bila dapat tau my cikgu tak sihat. Dah la tak sihat banyak keje yang dia kena siapkan. Macam nak fly je pi Sarawak tolong (kononnya la kan.....). Pe pun harap-harap my cikgu cepat-cepat sihat dan ceria seperti biasa.....amin


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Status balik kampung masih lagi pending....hukhukhukhuk...nak balikkkkkkkkkk



Saturday, 21 July 2012

Hari Ini Dalam Sejarah


Wah tajuk bukan main macam nak bercerita pasal sejarah lak kan....tapi entry kali ni tak de kena mengena dengan sejarah pun sekadar buat gempak je (gempak ler sangat). Actually entry kali ni just nak story pasal ofis hour during Ramadhan. Ishhhhhh...tak de benda lain ke nak story CikTeh ni kan. Ofis hour pun nak cite.....suka hati CikTeh la kan dah blog CikTeh nak berceloteh apa pun....hahahaha......

Ok back to the topic ye....Memandangkan ofis hour untuk bulan Ramadhan ni dah awal dari pukul 8.30 hingga 5.30 asalnya dah dianjakkan ke 8 hingga 5 so CikTeh with my partner, Zura bangun awal la sebab nak sahur satu hal then nak gerak pi kerja satu hal. Takut lambat lagipun Saturday memang bas tak banyak. So pas sahur kami tak tidur. Kiranya ni first day puasa kami recce la nak tengok timer untuk pi kerja nanti ok ke tak. Zura dengan aktiviti dia dalam bilik (mengemas bagai lau tak silap CikTeh) and CikTeh kemas ruang tamu sementara tunggu subuh. Pas siap segala gerak la kami ke stesen Monorel. Sebelum ni sempat la tengok aunt-aunt duk tai chi tapi tadi sunyi sepi je. Suasana tadi pun gelap lagi tak macam biasa-biasa. Sampai ofis 7.45....Oh My English awal kan. Lau sebelum ni lau tak 8.25 memang tak jejak kaki kat ofis tapi hari ni awal sangat. Lau sebelum ni 7.30 la paling lewat kua rumah tapi hari ni sebelum pukul 7 dalam 6.50 dah kua rumah. Mana kami tak senyum kambing pandang sesama sendiri dan unbelievable you know we can reach at the office early than previously. Macam CikTeh cakap tadi hari ni just recce je start Isnin dan seterusnya may be kami kua pukul 7.  

And nak gak cerita time kami balik semalam, punya la lama kami dalam bas dari tempat kerja ke Bangsar. Normally it is take time around 30 minute to reach Bangsar but last day it's take about 1 hour and half....Oh My English so long kan.....And next week I don't know how long we can reach at home. So that Zura and I prepare some drink inside our bag. I think that's all for today sebab tiba-tiba blur tak de idea. Tadi on the way datang office macam-macam nak tulis tapi bila dah start tulis ni hilang lak. K la dikesempatan ni gak CikTeh nak ucapkan........

Ehsan dari pak Gugel

Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota: Menu apa ye nak masak first day puasa ni? Any idea?

Wednesday, 18 July 2012

Carpal Tunnel Syndrome


Sejak kebelakangan ni pergelangan CikTeh sering rasa lenguh-lenguh, sakit-sakit dan sengal-sengal. Asalnya biarkan je sebab tau effect dari penggunaan mouse yang tak betul. Korang tahu macam mana guna mouse dengan betul? Korang tau macam mana penggunaan keyboard or kedudukan sebenar sewaktu guna pc or laptop? Haaaa...actually benda ni dah lama CikTeh tahu tapi buat endah tak endah je sebab sebelum ni tak de effect pun tapi sejak kebelakangan nih CikTeh merasainya kesan-kesan tersebut. Masa kursus GEMS dulu pun ada kawan buat presentation pasal CTS ni dan segala tanda-tanda yang di cakapkan semasa presentation tuh CikTeh rasa sekarang. Penyakit CTS ni lau tak dibendung or di rawat dengan lebih awal ianya akan berbahaya  sehingga menyebabkan kecacatan. Teruk lagi seseorang tu perlu menjalani pembedahan kerana ianya juga akan menyebabkan sendi pergelangan tangan putus dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Asalnya CikTeh nk pi klinik check tapi dalam masa yang sama keadaan tak izinkan tambah lak perasaan takut pun ada apatah lagi tengok gambar-gambar operate tangan tuh. Masa tengah duk tulis ni pun pergelangan tangan ni masih lagi sakit tapi still leh tahan. Yang tak leh tahan time buat design yang mana penggunaan mouse amatlah tinggi. So sometime I have to stop and rest dulu before continue designing. So kat bawah ni de link yang boleh anda semua baca untuk tahu dengan lebih detail lagi siap dengan cara-cara menggunakan laptop dan mouse dengan baik. Semoga info ni berguna untuk anda semua sebab ramai yang tak tahu lagi effect dari penggunaan mouse dan laptop yang tidak betul. Jangan anggap mudah dan pandang ringan ye ^_^


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Lagi 2 hari nak puasa....CikTeh dah. Anda....???Dah apa???Dah ready ke nak puasa????hihihihihi..... 

Monday, 11 June 2012

Membazir


Tadi try buat cookies sebab tengok kat fb kenkawan macam best je cookies tu. So tengah hari tadi turun pi kedai atas beli barang sekali chocolate chip tak de and badam pun sama. Dalam kepala cuba fikir apa yang boleh gantikan benda yang takde tu. Pikir punya pikir akhirnya decided nak letak kismis je. Balik dari kedai terus buat ikut resepi dalam internet. Dah siap adunan time nak baking lak. Panaskan oven segala then masukkan lah cokies tuh. Tunggu punya tunggu tapi cookies tuh tak juga masak. Oven pun kurang panas. Mulanya dah bau dah keenakkan cookies tuh tapi last-last makin hilang bau keenakkan tu. CikTeh pelik juga. Check oven tuh makin sejuk. Try naikan minute untuk baking tapi still juga sama. So CikTeh agak oven tuh rosak. So CikTeh pikir lagi macam mana CikTeh nak bakar cookies CikTeh tuh....pikir punya pikir ingat nak kukus tapi pikir lagi ada ke cookies kukus? Lau kek tu ada lah. Dah siap amik pengukus dah nak kukus tapi last-last tak jadi sebab memang tak pernah CikTeh dengar or baca cookies kukus. Last-last bakar atas dapur gas tapi api pula susah nak kawal, cepat hangus. CikTeh try makan yang dibakar atas dapur gas tuh, bahagian yang tak hangus la rasanya ok dan rangup. Tapi masalahnya memang lau bakar guna dapur gas memang banyak yang hangus dari yang elok. Last-last, ke tong sampah juga cookies CikTeh. Kecewa dan terkilan juga sebab membazir macam tu je. Masa nak buang adunan tuh pejam mata then terus pi buang sebab terasa bersalah yang amat sangat membazir .

Then tadi my aunt sampai dari kampung and masa dia nak basuh baju dia cakap mesin baju tak jalan. So CikTeh bagitahu yang tadi pagi ok je masa CikTeh guna. Dia cakap mesti wayar penyambung rosak. So kami checked and memang betul Wayar coklat dalam tuh putus. Kami repair and alhamdulillah dah ok. Then CikTeh pikir may b oven CikTeh tadi panas sekejap sebab wayar dalam tuh putus. My aunt cakap wayar dalam soket tuh memang selalu putus. So CikTeh assume that the oven is not broken but the problem is come from the socket. Sebab tadi CikTeh guna wayar penyambung yang sama. Lau tak sebab wayar dalam socket tuh memang esok dah boleh bawa pi opis my cookies. So ingat pas ni nak buat lagi sekali. Lagipun senang je nak buat cookies ni.

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Tahan telinga tebalkan muka berhadapan dengan Mr.Tajul....huk3

Sunday, 10 June 2012

Shopping Pertama (June)


Hai semua selamat bercuti hujung minggu and selamat kembali ke sekolah esok untuk para guru like my cikgu and others. So for this entry I like to story about yesterday. Yes yesterday I went to shopping with my colleague, Zura after office hour. Semalam kami kerja half day. Pas habis kerja terus tunggu bas. Perkhidmatan bas untuk hari Sabtu amatlah susah. Kami terpaksa menunggu lama untuk ke Bangsar. Lau hari kebiasaannya dalam 10 minute paling lama kami tunggu bas tapi lau hari Sabtu dekat sejam pun boleh jadi. So semalam kami just pi Masjid Jamek and Sogo je itu pun tak larat sebab orang ramai sangat nak-nak time belah petang. So, first of all we have to get our lunch. We decided to eat at Sogo food court. After lunch, kami jalan-jalan sekitar dalam Sogo then terbeli la sedikit barang kat situ.....hahahahahaaaa boleh pula terbeli ye CikTeh. CikTeh kan biasa la lau setakat jalan-jalan cuci mata tak sah tak grab something kan. So kat sogo CikTeh sempat la grab seluar jean and mouse. Sogo kan selalu sale so time dah de kat Sogo ni lah nak shopping segala tapi CikTeh just beli yang tu je lah. Lau ikut hati ni memang nak beli banyak lagi tapi kena pikir  hujung bulan ni nak makan apa kan lau awal bulan dah beli macam-macam. Actually seluar jean tuh memang nak beli pun lau pun tak de dalam list. Asal nak beli Bum tapi takde lak so pilih je lah Ladies Like je. Murah pun murah maklumlah 70% sale tuh mana CikTeh tak rempat kan. Mouse pun memang nak beli laupun tak de dalam list yang CikTeh bawa. Seharusnya la saya pilih yang paling murah kan mouse tuh. Asal nak amik yang wireless nye tapi pikir balik buat apa nak yang canggih-canggih guna pun sama je then rasa macam tak berbaloi je so CikTeh amik je yang RM19.90 tu.

Then terus ke Masjid Jamek sebab masa tu dah nak petang. Sebelum tu singgah kat Mydin. On the way ke Mydin kami sesat tak jumpa cari mana Mydin. Agak kelakar la sebab punya la senang nak cari Mydin tu tapi kami leh tak nampak. And paling tak leh bla apa yang kami nak cari kami tak dapat cari. So hasilnya beberapa barang je yang dapat CikTeh beli.

Habis kat Mydin terus gi cuci mata kat Masjid Jamek. Kat citu CikTeh sempat grab satu kemeja and tempat letak baju kotor. Ingat nak baiki jam tapi jam pula tak bawa. Nak beli shawl pun tak de yang kena dengan kemeja yang CikTeh beli tadi. So, kami decided terus je balik sebab hari dah nak hujan. Si Zura pun sempat lah grab blouse labuh ngan tudung segala. So, untuk next month lak CikTeh nak beli sandal or kasut pula sebab kasut yang ada ni macam dah mintak di tukar. Dan juga CikTeh nak beli shawl and kemeja lagi ^_^ itu pun lau matawang mengizinkan.

Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Berdebar untuk pi kerja esok :-(

Total Pageviews