Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Wednesday, 2 November 2011

Jealous

Assalamualaikum...

Jealous? ya entry kali nih CikTeh nak cakap pasal JEALOUS. Semua orang ade perasaan nih kan baik muda, tua, kecik, besar semua ada perasaan nih. Tapi bukan itu yang CikTeh nak bahaskan (wah bahas tu hihihihi) cuma kat cini CikTeh nak bagitahu yang CikTeh JEALOUS dengan mereka-mereka yang :

sudah punya kerja
sudah punya keluarga
sudah punya anak
sudah punya suami
sudah punya masa depan 
sudah punya kereta
sudah punya rumah
AND 
sudah punya segala-galanya lah 
Dan 
yang paling CikTeh JEALOUS
adalah mereka-mereka yang :
tidak putus2 mengejar ilmu akhirat
Serius sungguh JEALOUS yang amat JEALOUS

Insyallah CikTeh akan ke arah itu cuma bukan dengan secara mendadak tetapi secara berperingkat sebab CikTeh manusia biasa yang punya  nafsu yang sukar di kawal kadang kala nya.


Bunyi macam mengeluh tapi itu lah hakikatnya yang CikTeh rasa sekarang dan 2,3 menjak nih. ermmmmm.....tak dak pa lagi nak tulis. Tiba2 idea kering yang pada mulanya mencurah2 bagai air sungai. So jumpa di entry lain ye k daaaaa

Sekian



-CikTeh-

Kaki Nota:Tak sabar nak balik kampung jumpa family Jumaat nih. Semoga perjalanan kami selamat sampai ke destinasi amin.....

Tuesday, 1 November 2011

Exhibition Day - 1st Day

Assalamualaikum...

Hai semua ari ni CikTeh nak berceloteh pasal exhibition day yang telah diadakan kat kampus CikTeh selama 3 hari starting from 19-21 October 2011. Kali nih CikTeh just nak celoteh untuk first day dulu then nanti ade masa lagi CikTeh sambung lagi untuk second and third day. 

Ok hari pertama exhibition macam biasa kena datang awal pagi sebab CikTeh and 2 orang lagi housemate kena bahagian booth. Sehari sebelum exhibition kami dah stay sampai malam untuk siapkan booth tu so esok nye kami datang selesaikan apa yang tak setel lagi sebab dalam pukul 9.30 majlis perasmian dah nak start. So hari pertama, dalam pukul 8 lebih kami sampai kampus then terus p amik barang segala set up booth.

Asalnya majlis perasmian pukul 9.30 dah terlewat dalam pukul 10 lebih kot bermula. Biasa lah kan janji melayu bukan janji jepun. Lau orang jepun lau berjanji memang sharp. So opening of exhibition for me tak berapa meriah sangat. Simple2 je. And hari pertama memang bosan giler. Booth kami ade buat game untuk pengunjung tapi game yang dak2 game buat for me tak berapa menarik minat. So that hari pertama tu agak sepi and bosan. Lagipun hari first hanya booth kami je yang buat game. Booth2 lain depa buat hari ke 2. Untuk tema exhibition kali nih bertemakan Time Capsule so untuk hari pertama kami decided untuk pakai costume ala2 retro style. Dalam 4 booth yang ada booth kami yang ikut tema. Booth lain ramai yang pakai formal.

Untuk pakaian nih CikTeh tak kua shopping pun just pinjam dak elin nye baju and selendang je. Nasib baik dak lin ade baju leh pinjam lau tak pakai mana yang ade je. Pas beli DSLR ari tu rasa macam asyik tak cukup duit je. Yelah dulu lau duit loan tak cukup leh cekau duit saving tapi sekarang duit saving pun ade ciput so terpaksa lah mintak biasiswa PA&MA. Nasib baik my mum faham yang sem ni anaknya nih banyak nak pakai duit. 

Ok back to the topic. Actually tak banyak lah agenda or peristiwa yang berlaku hari pertama tu sebab macam CikTeh bagitahu tadi first day amat lah bosan dan mengantok. So untuk ilangkan mengantok anda baca celoteh CikTeh yang entah apa2 nih jom lah kite nengok gambar hari pertama exhibition tu ye......enjoy the picca....ooopssss nak tgk pic tu click Di Sini



Sekian


-CikTeh-

Kaki Nota: Start daripada entry ni CikTeh cuba untuk tidak meletakkan gambar pada setiap entry sebab nye?saje2 je sebab nak buat page baru untuk segala pic yang akan dimasukkan dalam blog ni. So if nk tengok pic2 CikTeh tu click je kat page Galeri CikTeh kat atas tu ^_^

Monday, 17 October 2011

Khas untuk yang sedang angau bercinta :-)

♥~♥ 10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA ♥~♥


1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI DAN UTK SEMUA :)




Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Hari2 dilamun cinta ^_^


Friday, 14 October 2011

Assignment, Presentation, report and bla3

Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua. Alhamdulillah present fyp 2 dah selamat. So sekarang nak kata tak busy tak juga sebab assignment lain melambak lagi. Lagipun report fyp 2 belum start buat lagi. Duedate draft report kena submit sebelum 28hb nih. Duedate hantar report yang sebenar if tak silap dalam week 16. Ada lagi dalam sebulan gitu lah. Tengok pada jangka masa macam lama lagi kan tapi sebenarnya kejap je 2 sebulan tambah lak kerja lain tak setel lagi. Minggu depan sibuk ngan exhibition start hari Rabu sampai hari Jumaat. Dalam masa yang sama kena pikir pasal exhibition photography yang nak kena present pada 3hb 11. Dan dalam masa tu juga nak kena setelkan report fyp, presentation TIE, assignment TIE and final project untuk AIE. Tapi walaupun banyak kerja nak kena buat, semua tuh tak de lah bagi high pressure untuk CikTeh. CikTeh rasa high pressure pasal fyp je after present ari tuh baru rasa ok sikit. Lau tak rasa macam ayam berak kapur je...hehehehe....Serius lah presentation fyp 2 ari tu memang cuak giler tapi alhamdulillah CikTeh and dak lin dapat lalui dengan baik and yang penting kami tak kena repeat balik present fyp. Syukur sangat2. Thanks sangat2 kat my mom sebab tak putus2 doa untuk anak dia nih sorang. Tak lupa gak dak lin yang bersusah payah bersama2 dalam menyiapkan fyp nih. Begitu juga ngan our supervisor madam yati yang tak putus2 bagi tunjuk ajar kat kami even kami nih liat nak jumpa madam...hehehehe...insyallah semuanya dapat "diberesing". Ok lah jumpa lagi di celoteh akan datang ^_^ 



Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Kamu pun penting juga ^_^ weeeeeeee

Saturday, 8 October 2011

Berehat

Assalamualaikum....


Buat sementara nih CikTeh stop berceloteh seketika sebab busy ngan FYP.Nanti ada masa free CikTeh berceloteh lagi ye......ok daaaaaaaa

Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Wish me luck for fyp presentation...so nervous


Monday, 3 October 2011

Ralat

Assalamualaikum....


Wawawawa.....baru perasan most of my N3, perkataan "Assalamualaikum" salah eja. Most of perkataan tu banyak yang CikTeh eja "Assalamualikum"......serius baru perasan. So insyallah nanti akan di buat pembetulannya dari masa ke semasa. Bukan tu je tapi ada juga beberapa perkataan yang di eja salah. May b kesilapan dalam menaip maklumlah terlaju sangat (hehehehehe). Pe pun mintak maaf atas kesulitan yang berlaku



Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Mood Fyp 2 yang kian menerjah....huhuhuhu

CIMB Click

Assalamualaikum....

Nak bagitahu yang CikTeh dah boleh guna khidmat Cimb-click dah setelah bertahun gak lah tergendala akibat lupa password.....giler kuno dan mundur kan CikTeh. Orang lain dah berjaman dah boleh guna.......ado CikTeh kisah?hahahaha.....pasni tak yah dah berjalan, beratur tunggu giliran nak bayar bil. Semua hanya dihujung jari CikTeh.....hahahaha......E2 pun nasib baik Jiha ada tolong setelkan lau tak memang masih  tergendala lagi lah urusan online nih. Nak top up pun Jiha dah set kan. Thanks jiha. Jasamu di kenang sampai bila2....and thanks jugak bawa rambutan....sungguh manis buah tu dan sedap sungguh.

Sekian



-CikTeh-

KakiNota: Thanks kejutkan saya tadi awak ^_^

Total Pageviews