Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Friday 14 October 2011

Assignment, Presentation, report and bla3

Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua. Alhamdulillah present fyp 2 dah selamat. So sekarang nak kata tak busy tak juga sebab assignment lain melambak lagi. Lagipun report fyp 2 belum start buat lagi. Duedate draft report kena submit sebelum 28hb nih. Duedate hantar report yang sebenar if tak silap dalam week 16. Ada lagi dalam sebulan gitu lah. Tengok pada jangka masa macam lama lagi kan tapi sebenarnya kejap je 2 sebulan tambah lak kerja lain tak setel lagi. Minggu depan sibuk ngan exhibition start hari Rabu sampai hari Jumaat. Dalam masa yang sama kena pikir pasal exhibition photography yang nak kena present pada 3hb 11. Dan dalam masa tu juga nak kena setelkan report fyp, presentation TIE, assignment TIE and final project untuk AIE. Tapi walaupun banyak kerja nak kena buat, semua tuh tak de lah bagi high pressure untuk CikTeh. CikTeh rasa high pressure pasal fyp je after present ari tuh baru rasa ok sikit. Lau tak rasa macam ayam berak kapur je...hehehehe....Serius lah presentation fyp 2 ari tu memang cuak giler tapi alhamdulillah CikTeh and dak lin dapat lalui dengan baik and yang penting kami tak kena repeat balik present fyp. Syukur sangat2. Thanks sangat2 kat my mom sebab tak putus2 doa untuk anak dia nih sorang. Tak lupa gak dak lin yang bersusah payah bersama2 dalam menyiapkan fyp nih. Begitu juga ngan our supervisor madam yati yang tak putus2 bagi tunjuk ajar kat kami even kami nih liat nak jumpa madam...hehehehe...insyallah semuanya dapat "diberesing". Ok lah jumpa lagi di celoteh akan datang ^_^ 



Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Kamu pun penting juga ^_^ weeeeeeee

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews