Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Sunday, 25 September 2011

Studio

Ermmm...kali nih CikTeh nak upload gambar dalam studio yang CikTeh amik ngan kawan2 CikTeh ari tu. Tema gambar nih (wah siap tema lagi) bertemakan gila2...hahahaha...so enjoy the pica.....


Mula2 nak start buat kerja yang entah apa2

Setting backdrop yang dah hampir lunyai

Rajin kan dak nih kemas studio

Start posing dari dak lin

CikTeh pun nak posing gak

Gaya pe ler tu

Macam top model tak?wakakakaaa

Macam ni pun jadi lah

Gaya Froggy dari dak lin

Kanak2 istimewa

Gaya hindustan ka tamil nih lin?

Adjust lighting

Mak lompat nyah ^_^

Terbanggggggg

Hoooreeeyyyyyyy

Tarik nafassssssss

Ready to jump


Best tak tengok aksi2 yang kami lakukan? Mesti korang pun ada hati nak buat juga kan? Hahahahahahaaaaa.....perasan je kan orang nak buat padahal orang meluat tengok tapi ada kami kisah??? Hihihihi.....Maklumlah studio kan kami punya (time tu jelah) so kami buat lah apa yang dah lama kami idamkan nak buat terutama time lompat tu.Puas hati gak lah bila dah dapat buat. Then kat bawah nih pic yang diambil selepas beberapa hari kami busy ngan photoshoot kami. Masa ni on the way nak balik...So sekali lagi enjoy the pica

Nampak peyot yang buncissss :-(

Makanan sokmo ado kat tangan

Suka nye dapat twistist

Macam model lak

Bolatnyo mato dio macam nak keluo biji mato

Acecececeeee nampak now berlakon

Tak habis2 makan dak istimewa nih :-)

Makan lagi

On The way balik 
Comel..dak wan suka kan pic ni?

Ok habis dah gambar poyo CikTeh bersama kawan2....lain kali CikTeh upload lagi pic poyo kami ye. Jangan muntah jangan segan nak tengok ye....hahahahaha

Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Berdebar...takut...runsing...panik...was2...semua -ve feeling sedang merodak jiwa :-(

Sunday, 18 September 2011

Terkilan

Assalamualaikum...

Sungguh terkilan hati ini sebab tidak dapat hadir ke majlis kawen my bestfren aka my sanak saudara juga lah Cik Laa Bella nih. Dah lama nak attend majlis dia tapi last2 tak dapat juga sebab Sabtu ade kelas (Majlis Jumaat). Tapi dengar khabar ramai yang attend kenduri dia. Sungguh terkilan dan amat kecewa sekali lau pun my mum and my sis ada p wakilkan CikTeh. Sedikit tentang Cik Laa Bella(nama di fb nye).

  • Baik hati
  • Suka tolong orang
  • Senang bila berkawan dengan dia
  • Ringan tulang
  • Sanggup datang dari jauh untuk attend kenduri kawan dia jika dia free 
  • Seorang yang sempoi dan simple
  • Otak gila2 gak lah
Dah niat dah balik raya haji nih nak p jumpa dia and jemput ke rumah raya haji 1 sebab ada buat kenduri. Dah pilih hadiah untuk dia sekali. Best kawan ngan dia and paling best time p jalan2 ngan dia. cakap je nak p mana dia akan bawa. Tapi bila dah kawen nih pasti agak susah kot nak p jalan2 ngan dia sebab kehidupan masa anak dara dengan bila dah bersuami lain kan......Tapi Cik Laa Bella nih pernah cakap dia kawen ke anak dara ke time nak p mana2 jangan segan jangan malu untuk hello dia. Insyallah dia akan bawa. Cik Laa Bella nih selalu jadi driver CikTeh if CikTeh nak ke mana2 majlis kawen kawan2 kitaorang. Yelah CikTeh kan xde lesen so dia lah kena drive. Kesungguhan dia datang kenduri kawan2 dia yang lain memang CikTeh tabik spring lah. Dia sentiasa berusaha untuk datang and sebab tu juga lah salah satu sebab kenapa CikTeh terkilan sangat tak dapat p majlis dia.

Walau apa pun selamat pengantin baru buat Cik  Puan Laa Bella and encik somi Encik Zulkarni. Dua2 nih kawan masa sekolah CikTeh. Semoga hubungan suami isteri kekal hingga akhir hayat....amin




This Song dedicated to both of you


Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Lau dulu target dalam 25 tahun nak kawen tapi sekarang dah lebih so target baru sebelum 30 tahun.Perlu ke?

Vector

Assalamualaikum...


Alhamdulillah sesi menTrace gambar dah siap and tunggu nak hantar je (print nye idak lagi ^_^). Serius CikTeh cakap buat benda nih sungguh mencabar tahap kesabaran sebab buat benda ni (tracing) memerlukan kedetailan yang agak tinggi for me lah. Maklumlah kita tak expert so that's why lah CikTeh rasa buat tracing nih memerlukan masa yang lama. Sepatutnya dah kena hantar semalam tapi disebabkan tak siap lagi and tak puas hati dengan apa yang dihasilkan so tak terhantar juga. Buat benda nih guna illustrator dan kita panggil ianya vektor. Ni kali kedua CikTeh trace gambar. 1st masa sem 2 tapi masa tuh amat buruk sekali hasilnya tapi alhamdulillah dapat gak A untuk subject tu ^_^(bangga dan riak sekejap) tapi untuk subject kali nih tak tau lah dapat gred apa. Mintak2 dapat lah A juga tapi macam sukar sebab kali nih subject nye memang mantop dah nama pun Advance Image Editing so hasilnya mestilah mantop2 kan. Tapi tengok pada gaya CikTeh yang kureng pro and expert nih memang hasilnya boleh dijangka macam mana. Tapi semua tuh ilmu dan pengalaman. Untuk assignment kali nih banyak kali gak lah buat banyak kali and alhamdulillah bila dah banyak kali buat nih kerja mentarce nih agak cepat sikit dari masa mula2 buat. So tak nak "kecek" banyak tengok je lah hasil nye kat bawah nih....

3rd Edition
1st Edition
2nd Edition

Hah ni kerja masa sem 2 dulo2.Main bedal je letak background and skin nye OMG macam skin orang Somalia....hahahahaha

***Background adalah ehsan dari Kerawang.Net yang sentiasa emailkan free gift kepada CikTeh.Thanks Kerawang.Net

So amacam bila dah tengk hasil vektor CikTeh?Ok lah kan untuk beginner kan?3rd edition yang akan Cikteh hantar sebab bagi CikTeh yang tu ok sikit dari yang lain. Insyallah if ada lagi kerja2 trace mentrace or vektor nih akan CikTeh uploadkan kat cini. Tapi rajin kah CikTeh untuk melakukannya kalau bukan kerana assignment?hahahahaha......korang pikir lah sendiri. 

Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Mood study kurang bila last2 sem nih.Camno tu?



Monday, 12 September 2011

Kelam Kabut

Assalamualaikum....


Fuhhhh ari ni sungguh kelam kabut. Mana tak nye assignment yang patut hantar hari ni tiba2 semalam check rosak. So pagi2 lagi dah kua rumah p kedai gambar and dalam sejam lebih gak lah tunggu kedai tuh buka. Sementara kedai buka p bekfes kat Mc D. Pas hantar gambar untuk cuci p balik Mc D sebab nak kena tunggu gambar siap dalam sejam kata tokey kedai tuh. Pas setel  gambar p kedai sebelah untuk print nama yang nak letak kat mounting board. Pas print baru perasan yang spacing nama tuh agak jauh dan besar ukurannya. So gegas ke kampus terus sebab nak print kat library. Sampai kampus, terus p level 14 tapi tutup pulak. Tinggal beg segala kat library terus pecut ke kedai print kat bawah tapi masalah lagi printer black and white tak boleh pakai. P pula kedai seberang sana. Print kat kedai tuh masalah lagi. Masalah kali nih lak tulisan atas and bawah tak nampak. Adoiyaiiii.....dah penat dah kejor sana kejor sini. Malas nak tunggu lama kat kedai tuh terus naik library balik then tunggu library buka 2.30. Library buka terus p print tapi masalah lagi. Masalahnya semua folder/file yang ade dalam pendrive jadi shortcut. Bangang punyer pc. So keluar bilik print p kat Pc taip balik nama yang nak print tuh then p print tapi kat pc lain. Alhamdulillah ok. Then beli gam and potong siap2 tampal terus naik level 12. Naik level 12 lecturer tak de sebab dia de kelas habis 4.30. Tunggu ler lecturer habis ngajo sebab nak buh dalam pigeon hole tak muat. Sementara tunggu lecturer, p solat sat. Tepat jam 4.30 (tepat lah sangat kan) p hantar assgnment tuh and alhamdulillah lecturer tak marah sebab lambat hantar cuma dia komen picture tuh blur tapi dia terima juga sebab ni 1st assignment.

Moral of the story : Jangan buat keje last minute ^_^ (Tapi ni bukan keje last minute tapi ari jumaat lepas time nak hantar silap print dalam size yang salah so lecturer bagi masa hantar ari ni).

Sekian


-CikTeh-

KakiNota: Jangan dilupa pada-Nya kerana tiap apa yang berlaku semua tuh adalah dari-Nya untuk menguji ketahanan hamba-Nya


Flaming Again And Again

Assalamualaikum...


Just nak upload gambar time p buka pose kat flaming kat Setapak pose baru2 nih. Malas nak cite panjang sebab cite nih dah basi so tengok je lah pic nye k.....


Dah nak balik dah masa nih
Pandai Cik Wan guna pengepit tuh
Elin yang macam-macam
Yaya yang sokmo slamber
Senyum dapat makan ye
Take 5
Peace pas kenyang

Sembang apo tu mok cik ^_^
Happy je mok cik nih berceloteh ^_^
Sambil tunggu makanan masak sambil snap
First round done
Hampir licin di kerjakan
Teropong apo tuh CikTeh
Dessert CikTeh
Nyummmmm
Pinnocio
Suka buat aksi yang pelik
Bersungguhan ^_^
Tak habis2 ngan aksi yang tak senonoh ^_^
Pas makan 



Sekian




-CikTeh-

KakiNota: Nak makan grill steamboat pulak tapi kat mana ye?

Sunday, 11 September 2011

Menjelang Raya

Assalamualaikum...

Tirai Syawal hampir melabuhkan tirainya. Walaupun orang kata raya sebulan bagi CikTeh sendiri raya hanya seminggu. Pas seminggu feel raya dah tak rasa. Raya tahun ni agak meriah juga walaupun abang yon dan my SIL tak balik sebab on call. Kak ngah lak raya Rompin dulu tahun nih. So kat rumah just ada CikTeh, kak ida sekuarga dan adik CikTeh 2 orang. Gambar raya lak tak de satu family. Sungguh sadis. Ingatkan ada DSLR nih banyak lah gambar di ambilnya tapi hampeh secoet je. Tak tau kenapa malas rasa nya nak amik gambar. (Tak pernah habis malasnya nih huhuhuhu). 

Tahun ni raya agak padat jadual beraya nya dari raya pertama hingga ke 5. Malam raya CikTeh tak tido sebab siapkan kek 2 biji dan biskut almond london. Awalnya tak nak buat biskut tapi sementara tunggu kek masak and barang pun ada maka adun lah kejap jadi biskut. Biskut almond yang nih sedap berbanding yang di buat kat rumah Cdo sebab yang ni agak rangup berbanding mula2 buat(sesi mengembangkan idung sendiri). Yang buat kat rumah Cdo guna butter cup and yang kat rumah lak guna Planta. My mum cakap may b guna butter cup kot yang jadi tak rangup dan rapuh semacam je. My cousin pun cakap yang tuh tak sedap tapi biskut arab my cousin said memang tiptop ^_^(makin kembang). Dah lama sebenarnya tak buat biskut raya nih. Lau tak silap kat 3,4 tahun gak lah sebab kekangan masa. Ye lah dulu ramai anak dara leh buat tapi sekarang tinggal CikTeh je yang lain semua dah jadi mak dara. Sebab tu malam raya CikTeh tak tido sampai lah pagi petang raya pertama baru CikTeh tido. 

Memang tiap2 kali raya, my mum harapkan CikTeh untuk bantu dia. Beberapa hari sebelum raya kami sekeluarga buat sate. Buat awal sebab my mum nak bagi kat besan dia kat Rompin. Then sehari sebelum raya buat lagi dalam 5 ekor ayam sebab kawan opis ma ada tempah. Alhamdulillah setakat nih sate yang ditempah menjadi dan mendapat komen yang baik2 dari customers (wah customers tuh hihihihi). Sate memang menjadi hidangan wajib kami selain daripada ketupat dan tapai. Tahun nih my mum just tempah je tapai dan ketupat sebab tak sempat. Lau tahun lepas my mum buat sendiri siap dengan rendang lagi tapi tahun nih memang tak cukup masa even anak nya yang nih balik awal. Raya tahun nih sempat lah CikTeh buat dalam 7 jenis biskut dan 2 kak ngah beli. Masa buat rasa sikit tapi bila dah siap dan susun banyak pula. Tapi walaupun bunyinye 7 jenis tapi CikTeh buat untuk satu adunan je untuk tiap2 jenis biskut. Penat memang penat buat biskut nih tapi berbaloi sebab seronok dan puas hati. Tahun nih Cikteh buat biskut kelapa, kacang, arab, almond, cornflakes rangup dan cornflakes coklat, tat nenas, dan mini popia yang tak sempat nak goreng (tersimpan elok lagi dalam peti). Kek pula CikTeh buat kek biasa je 2 biji. 1 untuk kawan ma tempah dan satu lagi untuk rumah. Alhamdulillah menjadi kek tu dan habis masa raya pertama lagi. Habis buat kuih segala, CikTeh tak rasa mengantok that's why lah CikTeh tak tido malam raya tuh. So apa lagi kemas rumah segala then dalam kol 4 lebih kejutkan adik CikTeh untuk bakar sate. 

Tahun nih CikTeh tak amik bahagian dalam bako sate. Semua tuh adik CikTeh ngan Mok su na yang uruskan. Ye lah rumah CikTeh dah "beresing" so bab bakar membakar nih serah orang lain lak. Penat sey. Bab makanan ringan macam kerepek bagai memang kak ngah CikTeh setelkan tiap2 tahun sebab peserta dia ramai yang buat benda alah tu. Memang tiap kali raya memang sold out kerepek dan mini karipap peserta dia. Kadang2 sampai tak cukup. Kak ngah ada suruh bawa jual kat KL tapi CikTeh malas nak jual (malas lagi). Tak minat berniaga sebenarnya. Tolong2 orang niaga ok lagi tapi nak berniaga sendiri nih sorry lah. Seru tak datang lagi nak berniaga walaupun ada niat sebenarnya nak berniaga.

Setel bab persiapan rumah tiba bab persiapan diri lak. Sebelum puasa lagi dah ada sepasang kain pemberian my SIL. Then takut tak sempat siap yang tuh beli lagi sepasang. Dua2 pasang nih sama dengan my mum. Raya tahun nih kami 2 beranak sedondon tapi satu gambar kami bersama pun tak ada huhuhuhu. So sebelum puasa lagi dah p hantar tailors jahit tapi hampeh satu je siap. Satu lagi pas raya baru siap. Tahun depan memang dah tak hantar dah kat tailor tu. Awalnya dah buat back up baju raya yang beli siap sebab dah rasa macam baju raya yang jahit tuh tak siap. Tapi malangnya baju raya yang beli siap lak besar. P hantar repair pas raya gak baru boleh amik. Last2 pagi raya beraya dengan baju kerja kak ngah sebab baju raya yang siap sepasang tuh nak pakai masa tunang cousin raya ke 2. Raya tahun ni banyak pinjam baju kak ngah huhuhuhu (thanks a lot kak ngah bagi pinjam baju ^_^).


Kat bawah ade ler sekerat gambar yang sempat di ambil..........



Segak Bergaya Hero CikTeh si Irfan

Sementara Tunggu Orang Balik Masjid Makan Biskut Je Dulu

Baju raya Amani yang seksi (Raya ke 4)
Ma said : Ayah su gak eh baru pege anak buoh

Testing

Not Ready yet

Ni je yang sempat ada dalam gambar

Senyum Tokma Dapat beraya ngan Amani

Baik je posing ngan Ayah su

Sekian





-CikTeh-

KakiNota: Tak berkesempatan untuk solat raya lagi tahun nih (Tewas sehari puasa)

Makin bertambah dan tidak berkurang

Assalamualaikum...

Huhuhuhuhuuuuuuuuu.....sedih yang amat sangat sebab berat badan dah mencecah angka 5+kg. Sungguh risau dengan berat badan sekarang. Dah ler cepat naik tapi lambat pula nak turun nye. Patut ler semua seluar dan baju2 lain banyak yang tak leh masuk. Cuba untuk berdiet tapi serius cakap tak mampu nak melawan nafsu makan yang bukan2 yang boleh menambahkan lemak2 yang tak di ingini. Family pun pelik ngan berat badan CikTeh sebab terlalu cepat sangat naik. My sis selalu perli CikTeh " belum kawen lagi tapi badan macam orang dah kawen. Tengok kak ngah ni anak sorang pun badan maintain je " huhuhuhu...sungguh sadis bila my sis berkata begitu. Memang di akui my sis lau pun dah anak satu badan dia ok je macam anak dara. Baju2 dia semuanya masih lagi dalam ukuran yang lama. Jurujahit dia pun terkejut bila dia p ukur baju raya ari tu. Sungguh jeles dengan dia ok. So untuk hari pertama untuk diet CikTeh ari ni, CikTeh tak makan nasi lau pun terliur sangat housemate masak tadi siap dengan ulam petai lagi. Tahan je tadi. Tadi untuk lunch CikTeh masak maggi sup sebungkus. Cukup untuk lunch dan dinner. Untuk bekfes tadi CikTeh just makan cococrunch ngan susu je. Malam tambah sikit dengan makan buah epal. Tak tau lah esok dan seterusnya boleh tahan ke dak tak makan nasi. If makan nasi pun may b siang je kot. Malam cuba untuk elak makan nasi. Doakan CikTeh ye agar berjaya dengan diet nih. Tapi tak lah sampai memudaratkan diri pula. CikTeh just nak maintainkan beat badan bawah 50 je. So lau dalam kiraan CikTeh mesti turun kan lagi berat badan dalam 7kg gitu lah. Aiiishhhh macam mustahil je nak turun sampai 7kg nih. Yelah budak nama CikTeh nih pantang tak jumpa nasi. Lau tak jumpa nasi mula lah kena parkinson ^_^. Ni pun badan dah rasa semacam je sebab sehari tak makan nasi. Susah betol lau idup bergantung dengan nasi nih :-)

Ehsan dari pak Google
Tengok pada BMI CikTeh tak over weight lagi tapi CikTeh as women tetap riso masalah berat badan nih. Bagi CikTeh naik jerawat lagi ok kot dari naik berat badan. Tapi jangan ler pula naik berkilo2 jerawat kat muka nih. Mintak di jauhkan ye.

Ok lah nak sambung buat keje lak. Nanti kita berceloteh lagi ye ^_^

Sekian




-CikTeh-

KakiNota: Kemana dia pergi langsung tak berbalas?

Total Pageviews