Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Saturday 10 November 2012

Seremban

Assalamualaikum...

Hai semua.....meriah beraya? Bagi CikTeh kurang lah meriahnye sebab beraya kat kampung orang. Mesej my mom pun dia cakap tak ke mana pun just tunggu orang hantar daging je. Then tengah harinya my mom and yang lain gerak pi rumah che long sebab dia da buat makan-makan sikit. Che long memang tiap kali raya dia akan buat makan-makan. Tak yah tunggu raya pun lau pi rumah dia memang tak sah lau tak di jamu. Apa yang ada kat dapur tu semua di angkut keluar lah. Sebab tu rezeki dia dan family amat lah murah. Family dia pun baik-baik belaka. Lau buat kenduri tak de che long ni memang tak meriah. Dia juga jenis yang tak suka berkira. Latest news yang CikTeh dapat anak sulung dia aka kak long dah pregnant. Tahniah for both of them. Hope everything is ok. 

Ok, raya kat Seremban biasa-biasa je. Bangun awal  pagi, mandi then siap segala makanan and hidang kat meja. Sementara tunggu orang balik sembahyang (kantoi tak pi solat hari raya..he3) bergambar sekeping dua. Nak snap lebih-lebihkan rumah orang kan. Ingat kan hari raya pertama ada la korban and boleh la pi tengok sambil snap picture tapi rupanya tak de. Depa buat keesokkan hari nya. So hari raya pertama tu kami just lepak kat rumah sambil tunggu orang datang. So bosan kan. Tambah bosan bila berada di rumah orang. Pergerakan agak terbatas. Kami banyak habiskan masa duk dalam bilik if tak de apa nak buat.

Hari raya ke-2 kami tak sempat nak tengok korban sebab subuh-subuh hari kami dah kena bertolak balik ke KL memandangkan kami hanya cuti sehari sahaja. Alhamdulillah kami sampai opis sebelum 8.30. Sampai opis kami kenduri ramai-ramai sebab masing-masing bawa juadah raya haji.



Walaupun beraya di kampung orang bergaya di pagi raya tetap ada ^_^

Di copy and paste dari FB

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews