Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Thursday 25 October 2012

Salam Aidiladha 2012

Assalamualaikum...

Ermmmmm.....pasti dah ramai yang dalam perjalanan balik kampung kan? CikTeh tahun ni raya kat Seremban je. Tak dapek den nok balik berayo dongan omak den. Cuti raya sehari je. So nak balik serba salah lak kan penat lagi. So raya ni just ikut kak anis (staff lensa) balik kampung dia kat Soromban. Agak sedih juga sebab first time beraya kat kampung orang. Semalam call ma bagitahu yang den tak dapek balik kampung. Ma cakap tak pe la lagipun CikTeh baru je start keje (alhamdulillah dah di absorb) so tak kan dah nak amik cuti kan. Ma ada cakap yang raya haji ni semua orang tak balik. Agak sedih la dengan kata-kata my mum tu tapi nasib baik gak la my sis and my bro ada. Tapi my mum cakap dia tak nak masak pe pun (maksudnya raya nanti tak de masakan yang special from her) tapi my mum tu cakap je tak nak buat pe last-last paling kurang pun bihun goreng dia masak gak...he3. Tak tau la bila leh balik kampung lagi. Alhamdulillah hari ni 9 Zulhijjah CikTeh ngan staff yang lain berpuasa sempena ibadat wukuf di Arafah. Antara kelebihan puasa 9 Zulhijjah antaranya diampunkan dosa selama 2 tahun. Maksud 2 tahun tu adalah dosa setahun yang lepas dan dosa setahun yang akan datang. Selain itu juga ia merupakan hari pembebasan dari api neraka yang terbanyak. So kepada yang berpuasa hari ni tahniah dan syabas mudah-mudahan anda semua berjaya melaluinya dengan hati yang sabar dan tabah ye.So tadi CikTeh ada design satu kad raya haji untuk semua tau. Kad tu ada kat bawah ni :-)

Gambar yang digunakan adalah dari koleksi CikTeh dan ihsan dari pak cik gugel
^_^
Semalam gak masa chat ngan my mum dia cakap de mende nak cakap tapi tak boleh cakap masa tu sebab da kawan dia datang pasang penyangkut langsir. Agak berdebar gak ni apa ler yang my mum nak cakap tu kan. So la ni waiting call from my mum. Harap-harap jangan ler pasal tutttttttttt.....he3.

Ok lah masa rehat CikTeh hampir nak habis ni so kita sambung next entry ye. Last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk semua ^_^


Sekian

-CikTeh-

Kaki Nota: Macam mana nak tingkatkan prestasi dalam kerjaya ye? Oh my gucci sungguh mencabar buat CikTeh...hopefully CikTeh boleh buat orang sekeliling CikTeh bangga...insyallah....

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews