Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Wednesday 22 May 2013

Doakan Pretty Sihat

Assalamualaikum...

Hari Isnin lalu masuk office je Kak Anis tanya sapa yang masuk ICU? Kami tercengang dan terkejut. Kami tak dapat apa-apa berita pun pasal ICU ni. Kak Anis bagitahu Abang Isa mesej dia bagitahu ada orang masuk ICU. Kami duk fikir-fikir sapa then call Abang Isa tanya. Rupanya anak Kak Erni masuk ICU semalam after maghrib. Kami call Kak Erni tak dapat so kami call mak cik dia. Kami dimaklumkan bahawa Pretty (Anak Kak Erni) tidak sedarkan diri waktu tengah baring-baring tengok tv. So lunch hour kami terus pergi melawat kat KPJ Damansara. Sedih sangat-sangat sebab kami tengok seluruh badan sejuk dan pucat sangat. Memang langsung tak de darah. Then mata terbuka sedikit. Dia seolah-olah nak berkata sesuatu tapi macam ada something yang menghalang. Semalam lak kami buat kutipan sikit untuk meringankan beban Kak Erni. So semalam pas office hour kami pergi melawat lagi. Family Kak Erni dari Indonesia pun semua dah sampai semalam. Alhamdulillah badan Pretty dah panas and mula beri tindak balas sikit. Time kami cakap-cakap ngan Pretty memang nampak reaction dari dia. Doktor pun tak tahu apa penyakit dia. Apa yang diberitahu mungkin jantung. Doktor dah stop bagi ubat tidur and just tunggu dia sedar and bernafas sendiri. Setakat hari ni masuk hari ke-4 Pretty warded and keadaan dia masih tak sedarkan diri. Masih lagi bernafas guna alat bantuan pernafasan. Insyallah ada kelapangan kami pergi jenguk lagi. Actually Pretty baru je umur 10 tahun. Sebelum dia koma ni, dia tak de pun tunjuk sakit apa-apa. Sihat walafiat. Pe pun kami harap Pretty cepat sembuh dan kembali ceria macam sebelum ni.

Berkelah di Ulu Yam dengan Pretty, Kak Erni, Zura & Pie not in this photo.
CikTeh merayu kepada blogger diluar sana sama-samalah  doakan agar Pretty sihat walafiat.


Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Ujian Allah tidak kira muda atau tua, sihat atau sakit.....jika itu ketentuan-Nya pasti akan jadi.....Allahuakhbar 

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews