Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Thursday 2 January 2014

:: TAC ::

Assalamualaikum....

Ermmm....macam dah lama je tak update..hehehehe....actually bukan tak de masa nak update and bukan tak de idea cuma macam malas je nak menaip. Actually entry kali ni nak cerita pengalaman CikTeh masa TAC baru-baru ni. Di ingatkan bukan nak menunjuk ye ni nak kongsi pengalaman sepanjang TAC manalah tau nanti rezeki korang pula kan dapat TAC. Sebelum itu mai sini CikTeh nak habaq mai pa dia TAC (asal lak tiba-tiba kua loghat utara ni...haishhhh). TAC stand for Terengganu Assesment Centre. Sebelum ni kan CikTeh ada update pasal exam PTM kan. So disebabkan lulus exam tu so depa panggil lah untuk assessment pula. Assessment ni untuk di nilai sama ada kita ni layak untuk panggilan temuduga atau pun tak. PTM yang CikTeh dapat ni under gov Terengganu. Kiranya nanti leh la keje kat negeri sendiri. Lau under SPA kita tak sure lagi negeri mana kita akan di campak kan (wow bahasa kasar nampak...hehehe). 

Ok...mula-mula dapat call dari my mum bagitahu yang ada surat sampai tapi surat tu kena pick up kat pos office sebab masa posman datang tak de orang nak terima surat tu. So dalam kepala CikTeh itu mesti surat penting. So esoknya my mum pi la amik surat tu then terus call CikTeh and baca surat tu satu persatu. Happy tak yah cakap la kan sebab orang kata memang susah nak dapat / lulus. CikTeh pun tak sangka yang CikTeh leh lulus. Pas dah tau isi surat tu, CikTeh mintak lah my mum fax kan sebab tak puas hati dengar je nak baca and tengok sendiri isi surat tu lagipun ada beberapa kelengkapan yang perlu di sediakan. Esoknya pula terus apply cuti sebab masa pun singkat takut cuti tak lulus lagipun cuti tahunan ada 1 hari je. Apply cuti lak 3 hari. Dalam kepala dah set lau tak lulus pun nak gak cuti and alhamdulillah approved and dapat lah 3 hari cuti. Bila dah dapat cuti apa lagi mood keje pun dah kurang la sebab dalam kepala duk tringat kampung je kan. Before cuti approve lagi dah siap gi beli tiket bas dah. Nampak sangat excited nak balik. 

Maka tiba lah waktu pulang ke kampung halaman. Sampai kampung dalam pukul 5 lebih and my mum datang pick up. Sampai rumah terus buat persiapan mana yang perlu. Tak banyak pun persiapan yang kena buat sebab semua CikTeh dah siap pack before balik. Dah settle semua, pas subuh gerak ke terengganu. TAC kali ni depa buar kat Sumai Apartment Hotel. Nak cari tempat pun tak susah. Dekat ngan Batu Buruk sebelah Primula Hotel. Nasib my sis tau and tak sesat. Sampai je Sumai terus pi daftar. Ramai sangat peserta waktu tu and semua segak dan kemas. Pas daftar amik gambar bagai terus pi check jadual untuk 7 aktiviti. Dah settle semua tu kami kena berkumpul kat dewan untuk taklimat before break minum pagi. Pas minum pagi bagai bermula lah aktiviti pertama. Setiap aktiviti akan di nilai oleh 2 orang panel dan seorang fasilitator yang terdiri daripada orang-orang SUK. Depa akan menilai dari segi pemakaian, cara komunikasi dalam kelas sama ada kita ni pasif or aktif orangnya, kerjasama dan lontaran idea yang kita berikan berdasarkan kes study yang kita dapat. Untuk aktiviti pertama lebih kepada kerjasama dalam kumpulan untuk selesaikan masalah. Satu aktiviti terdiri daripada -+10 orang peserta. Habis aktiviti pertama then break for lunch. After lunch kami semua check in bilik. Satu apartment depa letak dalam 6 orang. Sangat selesa sebab apartment tu ada 4 bilik. CikTeh ngan sorang peserta amik master sebab kami "cop" dulu. Dah master room kan so mestilah siap ngan bilik air kan. Bilik lak ngadap laut memang best. Paling tak leh ingat masa pas magrib malam tu Ya Allah hanya Allah saja yang tahu perasaan takut tu. Angin kuat giler ngan deru ombak macam apartment ni betul2 sebelah tepi ombak. Hujan tak yah cakap la lebat kemain. Masa tu memang tak berani nak turun katil pi jenguk. Duk dalam selimut je. Sejuk lagi ngan aircond. 

Dalam pukul 2 kami gerak kua untuk aktiviti yang ke-2. Petang kami di uji dengan aktiviti ke-3. Aktiviti ke-3 kami di uji dengan kepantasan berlari. Asalnya kami kena berlari sejauh 2 km lau tak silap and outdoor tapi memandangkan keadaan cuaca tak mengizinkan kami kena berlari dalam komplek sukan. Kena buat 6 pusingan 2 court badminton. Setiap satu pusingan lengkap kami di bekalkan rubber band. Selagi tak cukup 6 rubber band kami kena lari tapi ramai yang cilok termasuk CikTeh yang tak cukup pusingan. CikTeh just buat 4 pusingan je. Itupun dah semput nyah. Sudah aktiviti berlari, kami teruskan aktiviti 3 kat tempat yang sama. Untuk aktiviti ke 3 ni kami kena bersenam ala menari. Maksudnya kami kena tengok fasi buat senanam mengikut rentak muzik then kami kena buat macam yang depa buat ataupun buat satu senaman baru mengikut rentak tersebut. Enjoy sangat aktiviti hari tu. Habis aktiviti naik bas balik ke tempat penginapan. Lepak-lepak kat lobby then naik atas rehat before turun balik untuk dinner. Bab dinner lak boleh kami tersilap pi makan sekali ngan geng2 SUK.Patutlah kami tengok tak de sorang pun peserta TAC. Rupanya venue untuk peserta TAC kat bahagian atas sebelah dewan taklimat. Nasib tak kena halau je. Patutlah masa makan ngan roomate tu geng2 SUK pandang2 je kat kami. Siap makan bagai terus naik bilik rehat dan siap untuk next activities. Macam panjang lak kan nak cerita satu-satu aktiviti tu. CikTeh random je lah ka ceritanya. Sepanjang aktiviti TAC ni ada kena berdebat dan public speaking. Untuk debat kami akan di berikan tajuk dan situasi then di beri masa untuk prepare isi dan segala benda untuk debat. Tapi semua soalan dan situasi yang di berikan berkaitan dengan IT lah. Public speaking pun sama. CikTeh kena tajuk Sains dan Teknologi. Tajuk di beri masa kita register lagi. So ada lah masa sikit nak prepare. Masa yang di berikan dalam 3-5 min gitu lah. Kursus ni memang kita x leh lari nak lepaskan diri. Masing-masing nak tak nak kena bercakap dan bagi pendapat. If ada yang peserta pasif, panel dan fasi akan tanya. So far so good la. Majlis habis tengahari. Habis majlis naik bilik kemas untuk check out. Dalam pukul 3 lebih my mom and my sis sampai. Sampai rumah kat maghrib la and sempat berenti beli keropok lekor untuk di bawa ke KL. Esoknya malam nak bas ke KL. Sampai KL macam biasa then siap pi keje. Itu je lah pengalaman CikTeh masa TAC kat Sumai Hotel yang lepas. 


Ruang tamu pun luas
Ruang Dapur pun luas
Selesa sangat dan bersih
Master room......sepah giler mentang-mentang dah nak check out :-)

Sayang kamu lah sangat-sangat
Mek Toq ni lau bab bergambar memey suke
Kakak sokmo wak muka lau bergambar

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Masih menunggu keputusan TAC. Tak tau bila keluar. Mudah-mudahan di murahkan rezeki untuk short list interview....amin

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews