Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Daisypath Anniversary tickers

WEDDING

Tuesday 5 March 2013

Wira Semporna

Assalamualaikum...

Balik je dari shoot semalam, roomate bagitahu yang salah seorang mangsa korban kat Semporna tu adalah dari kampung CikTeh. Awalnya buat tak tau je sebab badan agak penat and de kerja yang kena settle. So sambil buat kerja yang perlu di update esok tu, CikTeh buka la internet tengok pasal kes yang roomate bagitahu tadi. Baca la news pasal kes tu and terpaparla list name mangsa korban. Awalnya tengok nama tu agak tak berapa nak kenal la sebab jarang jumpa. Lau depa satu family balik pun bukan jumpa pun just dengar suara je. Maklumlah dapur rumah pusaka beliau ngan dapur rumah CikTeh dekat je. Lagipun anak beranak and saudara depa suka berkumpul kat anjung dapur. Beliau seorang yang ramah begitu juga anak bini beliau. Mereka tak sombong and amat lah ramah. Ok berbalik pada cerita tadi......dia yang CikTeh maksudkan adalah Supritendan Ibrahim Lebar. Beliau merupakan jiran belakang rumah CikTeh. Pas baca news kat internet terus tido sebab penat sangat tapi dalam kepala still duk pikir lagi pasal kes ni. Ingatan CikTeh kuat menyatakan bahawa memang beliau la sebab dalam kampung kami hanya jiran belakang rumah CikTeh je yang ayahnya bernama Lebar dan beliau je yang kerja polis and bertugas kat Bukit Aman. Then esoknya dapat mesej dari my ma tanya samada tahu tak kes orang kampung meninggal. Terus CikTeh call my ma tanya and nak kepastian adalah betul beliau. Lau kat kampung kami panggil beliau Sudin. So semalam agak was2 la sebab ingatkan nama beliau Shamsudin or something that have Din at the back kan.....so my ma confirmkan yang betul la Abang Sudin yang di maksudkan. Terus meremang bulu roma bagai. Pas dari tu asal je baca news pasal kes ni or dengar ke terus meremang bulu roma and rasa sedih. Balik kerja sempat la tengok rancangan khas pasal kes ini and terus call my ma bagitahu ada live kat TV3. Tapi my ma tak dapat tengok sebab blackout. Asalnya beliau pergi sana hanya sekadar membantu pasukan yang ada kat sana dalam kepakaran perisik yang beliau ada tapi tuhan lebih sayangkan beliau. If tak silap la hari beliau terkorban merupakan hari ulang tahun perkahwinan beliau yang ke 23 tahun. Dan mengikut akhbar, hanya jenazah belaiu yang cukup sifat berbanding yang lain. Sungguh tragis kematian mereka semua ni. Mengikut cerita salah seorang anggota polis yang cedera, sasaran tembakan sepatutnya ke arahnya tetapi beliau bernasib baik kerana peluru tersebut tepat terkena Tuan Ibrahim. Tidak cukup dengan tembakan tersebut, Tuan Ibrahim di hayun parang sehingga hampir putus jari jemari dan tangan akibat pertahankan diri. Menurut beliau lagi, Tuan Ibrahim bernasib baik kerana beliau sempat di selamatkan oleh anggota lain dengan menempatkan beliau di sebuah rumah kosong untuk bersembunyi tetapi tuhan lebih menyanyangi beliau. Takziah buat keluarga semua anggota polis yang terkorban...dan buat anggota-anggota polis dan tentera yang lain, selamat berjuang....jasa dan pengorbanan kalian tetap akan di sanjung dan dikenang sampai bila-bila...Allahuakhbar
Supritanden Ibrahim Lebar
Kakak Allahyarham Kak Yah and Kak Nab

Sekian

-CikTeh-


Kaki Nota: Merajok hati dengan my cikgu...huk3

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews